Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 362 - Saya yang Buat. Jadi? (4)

Chapter 362 - Saya yang Buat. Jadi? (4)

Yan Bu Gui melangkah dengan pantas lalu berdiri di hadapan Qiao Chu. Dia mengangkat tangannya.

Di halaman itu, Hua Yao dan yang lain menundukkan kepala mereka, tak sanggup melihat apa yang akan berlaku.

Tangan Yan Bui Gui yang diangkat tadi masih belum lagi diturunkan.

Jun Wu Xie memegang tangan Yan Bu Gui. Wajah kecil itu memandang lelaki berkenaan dengan pandangan yang dingin.

"Saya yang lakukannya. Sayalah orangnya," kata Jun Wu Xie dengan ringkas dan kasar.

Yan Bu Gui teragak-agak.

"Kalau kamu nak hukum seseorang, sayalah orangnya," kata Jun Wu Xie sambil mengecilkan matanya.

Yan Bu Gui memandang Jun Wu Xie, kemarahannya beransur hilang. Dia menurunkan kembali tangannya dan berpusing untuk pergi dari situ. Baru saja dia mengambil dua langkah, Yan Bu Gui berpusing semula seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Namun dia tidak dapat mencari kata-kata yang sesuai.

Tetapi ada sesuatu yang Jun Wu Xie ingin katakan.

"Saya tarik balik permintaan menjadi anak murid," kata Jun Wu Xie secara tiba-tiba.

Yan Bu Gui diam menantikan Jun Wu Xie menyambung kata-katanya.

"Seorang Tuan Guru seperti kamu tak layak mendapat saya sebagai anak murid." Jun Wu Xie berkata dengan dingin. Dia nampak dengan jelas apa yang Qiao Chu dan lain-lain perlu hadapi. Jun Wu Xie tak pernah mempunyai Tuan Guru tetapi dia tahu kalau seorang Tuan Guru itu tidak boleh melindungi anak muridnya sendiri dan sebaliknya mengharapkan mereka menelan saja maruah serta kemarahan mereka walaupun setelah berkali-kali dihina, tanpa dibenarkan untuk melawan…..

Itu jelas menunjukkan kelemahan Tuan Guru itu!

Tuan Guru seperti itu, walau sekuat mana sekalipun, tidak layak Jun Wu Xie hormati!

Yan Bu Gui diam sahaja. Dia merenung Jun Wu Xie yang berwajah dingin dan tidak berperasaan itu. Mata Jun Wu Xie seperti ais, merenungnya dengan tajam. Yan Bu Gui merasakan seperti tenggelam di dalam tasik yang dingin.

Qiao Chu dan yang lain terkejut sehingga menjadi kelu.

Jun Wu Xie berpusing untuk berjalan pergi dari situ tetapi Yan Bu Gui tiba-tiba bersuara, "Tuan Guru seperti saya? Apa maksudnya?"

Jun Wu Xie merenung Yan Bu Gui dengan matanya yang dingin itu lalu berkata, "Tuan Guru yang tak dapat melindungi muridnya sendiri dan membenarkan muridnya itu dihina serta dibuli oleh orang lain. Kalau begitulah, saya tak ada Tuan Guru pun tak apa."

Suara Jun Wu Xie lembut sahaja, tetapi setiap patah perkataannya menikam hati mereka yang mendengarnya.

Yan Bu Gui mengecilkan mata tetapi janggutnya yang lebat itu menyembunyikan ekspresi wajahnya.

Ketika itu Qiao Chu cepat-cepat bertindak dan berdiri di hadapan Jun Wu Xie. "Xie Kecil, kamu dah salah faham! Keadaan ini bukan seperti yang kamu lihat! Tuan Guru kita ni….dia buat semua ni untuk melindungi kita!"

Jun Wu Xie berpusing ke arah Qiao Chu dan berkata dengan dingin. "Kalau saya sentiasa ditekan oleh orang-orang seperti itu dan dipaksa bersabar serta bertahan, walaupun saya akhirnya akan dapat mencapai apa yang dimahukan, itu bukannya boleh dianggap sebagai kejayaan. Saya tak akan puas hati. Kalau nak hidup, nikmatinya dengan gemilang. Walau langit runtuh sekalipun, kita tak seharusnya tunduk! Keangkuhan boleh hilang, tetapi maruah tak boleh goyah!" Menahan diri tak bermaksud bersabar saja dengan pembulian yang tidak berbelas kasihan. Membina jati diri itu bukannya bermaksud perlu ditindas sepanjang masa.

Dahulunya Jun Wu Xie mungkin telah dikurung di dalam sebuah bilik selama lebih sepuluh tahun tanpa kebebasan. Dia sering diasak dan dipaksa menerima prinsip si syaitan itu sepanjang tempoh berkenaan. Jun Wu Xie tidak pernah tunduk kepada lelaki tersebut serta tak pernah membenarkan dirinya terhina.

Walaupun tulang-tulangnya dihancurkan, badannya akan kekal tegak berdiri sehingga ke akhirnya!

Kata-kata Jun Wu Xie itu membuatkan Qiao Chu terkejut. Yan Bu Gui juga nampaknya seperti sedang berfikir-fikir.

Hidup seperti anjing dan diseksa serta dimalukan sesiapa saja. Adakah itu yang dinamakan kehidupan?

Mungkin betul cakap budak kecil ini.

Lebih baik mereka mati daripada hidup seperti ini.

"Kamu ni Jun Xie, bukan?" Yan Bu Gui mengangkat kepalanya pada ketika itu. Pandangan matanya kelihatan berbeza.

Jun Wu Xie memandangnya dengan mata yang tetap kelihatan dingin.

"Kalau kamu rasa kita boleh hidup dengan baik dan bangga, jangan tarik balik permintaan kamu untuk menjadi murid saya. Mari kita lihat apa yang kamu boleh capai dengan cara kamu tu dan ubah nasib Qiao Chu serta mereka yang lain," kata Bu Gui sambil tersenyum.

Related Books

Popular novel hashtag