Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 336 - Tamparan Keenam (8)

Chapter 336 - Tamparan Keenam (8)

"Hei, Abang Hua. Kalau lama lagi macam ni, dia akan mati." Qiao Chu dapat melihat yang Qin Yue semakin lama semakin lemah dan mereka sudah kesuntukan masa. Mereka tak sangka yang Qin Yue akan enggan mendedahkan apa-apa walaupun ketika berada di ambang maut. Bukannya mereka peduli kalau Qin Yue mati sekalipun, tetapi kematiannya itu akan menguburkan juga lokasi peta yang mereka mahukan.

Hua Yao berkerut dengan bingung. Wajahnya yang tampan itu berkedut-kedut sewaktu dia berfikir.

Kawasan Kumpulan Qing Yun sangat besar. Kalau Qin Yue masih tak mahu mendedahkan rahsia, mereka perlu menggeledah seluruh Puncak Berawan dan itu akan mengambil masa yang lama.

"Biar saya uruskan," tiba-tiba Jun Wu Xie bersuara.

Hua Yao memandang Jun Wu Xie sambil tertanya-tanya.

"Saya dah kata tadi, kita hanya ada masa satu jam." Jun Wu Xie berkata dengan perlahan-lahan. Seperti yang dia nyatakan, Qin Yue akan mati dalam masa satu jam, tidak lebih dari itu.

Hua Yao membiarkan ular tulang berkepala dua itu melepaskan Qin Yue dan meletakkan lelaki itu ke atas lantai. Qin Yue berlumuran darah dan nafasnya semakin singkat. Dia kelihatan seperti tidak mampu bersuara lagi dan wajahnya herot-berot tanpa sedar.

Jun Wu Xie mencangkung dan memandang Qin Yue yang amat leamh itu. Dia mengeluarkan jarum peraknya dan mencucukkan jarum-jarum itu sati demi satu pada dua belas arteri utama Qin Yue. Ini untuk menghentikan pendarahan secara sementara. Kemudian dia membuka mulut Qin Yue secara paksa dan memasukkan tiga biji eliksir ke dalamnya. Jun Wu Xie memaksa Qin Yue menelan eliksir tersebut, kemudian dia berdiri.

Tanpa memahami apa yang sedang berlaku, Hua Yao memandang saja ke arah Jun Wu Xie. Dia telah melihat Jun Wu Xie bertindak sebelum ini dan amat mempercayainya. Hua Yao menyerahkan Qin Yue walaupun dia tak pasti apa yang akan Jun Wu Xie lakukan.

Kenapa Jun Wu Xie menghentikan pendarahan, memberi Qin Yue makan eliksir dan kemudian tidak mempedulikannya?

Qiao Chu terjengah-jengah memandang Qin Yue yang sedang kaku itu. Dia begitu ingin tahu tentang eliksir Jun Wu Xie yang pelbagai jenis itu serta-serta kesan-kesannya yang luar biasa. Qiao Chu sudah melihat seksaan eliksir "Topeng Kecantikan" terhadap mangsanya dan tertanya-tanya eliksir apa pula yang diberi kepada Qin Yue ini?

Masa seolah-olah terhenti ketika itu.Tuan Tua lain menggigil dan saling berhimpit-himpit di dalam satu kumpulan, duduk senyap di tepi dewan. Mereka memandang Qin Yue yang terbaring di atas lantai tanpa bergerak-gerak.

Jun Wu Xie tidak mempedulikan segala-galanya. Dia hanya mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap tangannya dengan teliti dan berhati-hati.

Tiada siapa tahu apa yang Jun Wu Xie berikan kepada Qin Yue dan kenapa tak ada kesan yang dapat dilihat.

Seketika kemudian, semua orang terperanjat melihatkan apa yang sedang berlaku!

Badan Qin Yue tiba-tiba melompat bangun. Kaki dan tangannya melengkung serta mengerekot. Kedengaran satu raungan yang mengerikan, memecah kesunyian di dalam dewan itu! Kaki serta tanganQin Yue kelihatan seperti sedang dipulas oleh satu kuasa yang kuat, menjadi herot-berot dengan luar biasa dan ini hanya permulaan sahaja. Jari-jarinya mula terbelah dan banyak luka-luka besar yang muncul. Sesuatu yang kelihatan seperti serbuk putih bercampur dengan darah dan mengalir keluar dari luka-luka tersebut. Badan Qin Yue tersentak-sentak dan dia menggigil dengan kuat, seolah-olah telah dipanah petir.

"Penghancuran tulang?" Mata Qiao Chu tiba-tiba terbeliak. Sambil merenung serbuk putih yang mengalir keluar dari luka itu, Qiao Chu akhirnya membuat kesimpulan yang ia datang daripada tulang-tulang yang telah dihancurkan sehingga menjadi serbuk!

Entah bagaimana, tulang jari Qin Yue sudah menjadi serbuk dan mengalir keluar bersama-sama darahnya. Lantai putih itu mula menjadi kotor.

Semua jarinya berdarah. Mendengarkan raungan tak berhenti-henti daripada Qin Yue yang tadinya terlalu lemah sehingga tidak mampu bercakap, dapat dibayangkan betapa terseksanya dia.

Muka Qin Yue semakin pucat dan matanya merah. Air mata dan hingus mengalir keluar dengan tidak terkawal, membasahi mukanya. Kedengaran bunyi Qin Yue mengetap-ngetap giginya dengan kuat, menunjukkan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.

"Mula-mula tangan, selepas ini kaki. Bermula dengan empat tangan dan kaki, kemudian tulang belakang dan tulang rusuk pula. Jangan risau, kamu tak akan apa-apa. Selagi saya masih di sini, saya tak akan benarkan kamu mati dulu." Jun Wu Xie akhirnya bercakap dengan Qin Yue sambil bibirnya sekali lagi mengukir senyuman kejam.

Related Books

Popular novel hashtag