Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 296 - Penggantian (5)

Chapter 296 - Penggantian (5)

Sewaktu Ke Cang Ju membantu Qin Yue merampas tampuk pemerintahan Kumpulan Qing Yun, dia telah menyimpan rahsia itu supaya Qin Yue tidak memutuskan hubungan dengannya sebaik menjadi Pemerintah Kumpulan Qing Yun. Kuasa yang ada pada Ke Cang Ju ini telah memaksa Qin Yue mengikut segala kemahuannya. Qin Yue juga tidak berdaya menentang perbuatan kejam Ke Cang Ju di dalam Puncak Awan Tersembunyi kerana Ke Cang Ju tahu tentang kejadian yang boleh memusnahkan reputasi Qin Yue.

Bai Yun Xian secara tidak sengaja telah terdengar rahsia ini sewaktu Qin Yue dan Ke Cang Ju bertengkar. Jun Wu Xie tidak berniat menggunakan rahsia ini untuk menentang mereka, tetapi Ke Cang Ju telah menyebabkan nyawanya sendiri tergadai apabila dia membawa kematian ke dalam Puncak Awan Tersembunyi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan kecuali Ke Cang Ju sendiri.

Memandangkan jalan ini telah dipilih disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga, pastilah Jun Wu Xie akan menggunakan segala yang ada padanya untuk memberi kelebihan kepada dirinya.

Rahsia yang tersimpan di dalam Kumpulan Qing Yun ini mengejutkan Hua Yao dan Qiao Chu. Mereka berdua tahu yang Qin Yue telah menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan kedudukan sebagai Pemerintah Kumpulan Qing Yun. Namun mereka tidak menyangka yang dia menggunakan cara yang melampau serta menjijikkan dengan membunuh Tuan Gurunya sendiri!

Pada pandangan mereka, tidak ada yang lebih keji daripada seseorang yang membunuh Tuan Gurunya.

Kalau hal ini tersebar, Qin Yue bukan sahaja akan kehilangan kedudukan sebagai Pemerintah, tetapi dia juga akan disumpah dan dicerca ke mana-mana sahaja dia pergi.

"Dengan adanya maklumat ini, tak hairanlah kamu begitu yakin yang Qin Yue akan menurut sahaja permintaan yang melampau itu." Qiao Chu hampir bertepuk tangan untuk Jun Wu XIe ketika itu. Macam mana budak ini tahu tentang rahsia yang amat mengejutkan dan boleh digunakan untuk mengugut Qin Yue?

Jun Wu Xie menyambung lagi, "Ke Cang Ju menyimpan bukti Qin Yue telah membunuh Pemerintah terdahulu. Qin Yue mahu mencarinya, tetapi tidak pernah berjaya. Kita mungkin tak tahu di mana dan apakah bukti tersebut, tetapi itu tidak akan menghalang kita daripada mengugut Qin Yue dengan maklumat yang mampu memusnahkan dia ini."

Tidak kiralah sama ada mereka mempunyai bukti itu dalam tangan mereka atau tidak. Kalau mereka gagal mencari bukti itu sekalipun, Qin Yue tetap terpaksa tunduk pada ugutan mereka, tanpa mengetahui yang Ke Cang Ju telah digantikan secara rahsia.

Hua Yao mengangguk. Dia benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Jun Wu Xie.

"Kita akan lakukannya seperti yang kamu katakan. Mari buat kecoh dalam Kumpulan Qing Yun!"

Dalam kekecohan tersebut, peluang akan muncul. Setelah Jun Wu Xie menghapuskan Kumpulan Qing Yun, mereka berdua boleh menyelongkar seluruh kawasan ini untuk mencari peta yang mereka mahukan.

Tambahan pula, dengan menggunakan hubungan unik di antara Ke Cang Ju dan Qin Yue, lebih mudah dan pantas untuk mereka mencari maklumat mengenai lokasi peta melalui perbualan dengan Qin Yue.

Tidak syak lagi, pemuda kecil molek yang dibawa oleh Qiao Chu ini telah memberikan pertolongan yang besar di dalam rancangan mereka!

Tidak kiralah jika eliksir yang mereka perlukan itu berjaya dihasilkan atau tidak, mereka berdua tetap terhutang budi dengan pemuda ini, lebih daripada apa yang mereka mampu bayar!

Ketika itulah keputusan untuk menimbulkan kekecohan di dalam Kumpulan Qing Yun dicapai. Sehingga tiba harinya malapetaka menimpa Puncak Berawan Kumpulan QIng Yun, tiada siapa tahu yang bencana itu mula dicetuskan dari dalam kawasan Kumpulan Qing Yun itu sendiri.

Di luar pintu, Ye Sha bersembunyi di sebalik bayang-bayang gelap dan mendengar setiap butir perbualan di dalam bilik itu. Semakin lama dia mencuri dengar, semakin terkejut Ye Sha dibuatnya.

Minda Cik Muda ini begitu tajam dan melangkaui jangkaan orang lain. Berapa lama dia sudah berada di dalam kawasan Kumpulan Qing Yun? Keadaan sudah jauh terpesong daripada rancangan asalnya tetapi dia telah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Dalam masa yang singkat sahaja dia telah memikirkan rancangan baru. Hanya dengan mendengar perbualan itu dari luar sahaja Ye Sha sudah tahu yang kali ini Kumpulan Qing Yun pasti akan musnah!

Boleh dikatakan yang Kumpulan Qing Yun itu menempah maut kerana telah menimbulkan kemarahan Cik Muda. Hanya mereka yang boleh dipersalahkan dalam hal ini.

Perbuatan kejam Ke Chang Ju di dalam Puncak Awan Tersembunyi sahaja sudah melanggar hukum alam dan syurga sekalipun tidak akan bertolak-ansur dengannya.

Tuannya telah mengarahkan Ye Sha untuk melindungi Cik Muda secara rahsia. Tetapi berdasarkan apa yang dia dapat lihat, Cik Muda ini tidak memerlukan perlindungan. Tangannya yang kecil itu berkemahiran dalam racun dan ubat-ubatan manakala minda yang tajam itu dapat menjangkakan semuanya. Dia cukup berkebolehan untuk menghancurkan Kumpulan Qing Yun.