Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 160 - Menjadi Hakim (2)

Chapter 160 - Menjadi Hakim (2)

Memandangkan Mo Xuan Fei sentiasa menganggap dirinya lebih hebat daripada orang lain, dengan penampilannya yang angkuh dan sikap yang bongkak, biar dia rasakan pula mendongak ke atas untuk memandang orang lain.

"Jun Wu Xie! Kamu gila! Bila kamu nak hentikan perbuatan gila kamu ini? Guru saya akan tiba di Bandar Diraja tidak lama lagi. Pada ketika itu saya akan pastikan kamu..."

*Pang* *Pang* *Pang*

Sebelum Bai Yun Xian selesai memarahinya, Jun Wu Xie mengangkat tangan dan dengan ganasnya menampar muka Bai Yun Xian sebanyak tiga kali!

Kali ini dia tidak menahan dirinya sewaktu memberikan tiga tamparan ke muka Bai Yun Xian yang halus itu.

Tiga tamparan itu begitu kuat dan berlaku secara tiba-tiba sehinggakan Mo Qian Yuan yang sedang berdiri berdekatan, berundur.

Sungguh kejam!

"Saya suruh kamu selamatkan seseorang, mengapa kamu masih merepek?"

Bai Yun Xian terdorong ke belakang kerana terkejut. Tidak pernah dia menyangkakan yang dalam dunia ini, ada yang berani menamparnya!

Bai Yun Xian memegang pipinya yang kesakitan dan berdiri terpegun, masih belum pulih daripada keadaannya yang terkejut akibat dipukul.

Maharaja tercengang. Jun Wu Xie ini benar-benar sudah gila! Dia berani memukul Bai Yun Xian!

"Kamu… Kamu berani pukul saya?" Suara Bai Yun Xian bergetar kerana berang. Dia menuding jari ke arah Jun Wu Xie sambil tubuhnya menggeletar kemarahan.

Jun Wu Xie memandang Bai Yun Xian dengan bersahaja sambil melangkah ke hadapan dan menampar gadis itu sekali lagi. Dia mengangkat kakinya dan dengan kejamnya menendang dada Bai Yun Xian sehingga membuatkan gadis itu terpelanting.

"Kamu mahu saya lakukannya lagi?" Bibir Jun Wu Xie menguntum senyuman.

Ada sedikit darah di mulut Bai Yun Xian, rambutnya kini tidak terurus. Penampilan angkuh dan sombong hilang, digantikan dengan perasaan gementar dan gerun. Dia memandang Jun Wu Xie dengan mata yang takut, seolah-olah sedang memandang syaitan.

Di dalam Kumpulan Qing Yun, Bai Yun Xian mempunyai kedudukan yang tinggi dan tidak ada sesiapa yang berani menyentuhnya. Mereka semua menghormatinya.

Namun, semua itu berubah sejak dia bertemu Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie hanya menjawab dengan tindakannya yang menunjukkan dia bukan sahaja mampu mengalahkan Bai Yun Xian, malah tidak akan berlembut dengannya.

Buat pertama kalinya dalam hidupnya, Bai Yun Xian akhirnya faham erti takut setelah mengalaminya sendiri. Pertahanan dirinya dihancurkan dan perasaan bangganya lenyap.

"Heret dia ke sini." Jun Wu Xie berpaling sedikit dan memandang dua orang askar Tentera Rui Lin yang berada di belakangnya.

Mereka berdua berjalan serentak menuju Bai Yun Xian. Setiap seorang memegang sebelah tangan gadis itu dan mengheretnya menuju ke arah Jun Wu Xie.

Bai Yun Xian cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. Pihak lawannya ialah askar Tentera Rui Lin yang memegang tangannya dengan kuat sewaktu dia berada di hadapan Jun Wu Xie.

"Kamu… kamu… kamu tidak boleh sentuh saya! Guru saya ialah Pemerintah Kumpulan Qing Yun…" Bai Yun Xian ibarat tikus yang sedang menggeletar di hadapan kucing. Bai Yun Xian memandang Jun Wu Xie dan merayu dengan matanya. Inilah kali pertama dia bertemu seseorang yang begitu gila sehingga tidak mempedulikan status Kumpulan Qing Yun. Walaupun menggunakan taktik seperti itu, Bai Yun Xian dapat merasakan yang di mata Jun Wu Xie, Kumpulan Qing Yun hanyalah seperti semut.

"Oh?" Jun Wu Xie mengecilkan matanya. Dia mengangkat tangannya dan menampar Bai Yun Xian sekali lagi.

"Kumpulan Qing Yun, ya?"

Bai Yun Xian merenung Jun Wu Xie dengan mulut yang ternganga. Dia merasakan kulit kepalanya menjadi kebas, seolah-olah dia sedang jatuh ke dalam lubang neraka.

"Bangun dan selamatkan kekasih kamu. Dia tidak boleh berdiri sekarang dan hanya boleh bergantung pada kamu, anak murid Kumpulan Qing Yun." Jun Wu Xie tersenyum sinis sambil dua orang askar itu yang memahami niatnya, mengheret Bai Yun Xian ke sisi Mo Xuan Fei.

Bai Yun Xian semakin takut dengan perubahan sikap Jun Wu Xie yang tiba-tiba itu. Sewaktu dia memandang lutut Mo Xuan Fei, dia tidak dapat menahan dirinya daripada menggeletar dengan lebih teruk.

Related Books

Popular novel hashtag