Pertempuran di Kawasan G13 akhirnya tiba di penghujung apabila Mu Shaoyu menumpaskan seorang pengendali kelas khas dengan serangan bunuh diri. Seluruh Kawasan G13 kini berubah menjadi tanah tandus yang sepi. Banyak pokok-pokok tercabut hingga ke akar. Bebola api yang menimpa pokok-pokok ini tanpa sengaja menyebabkan kebakaran. Asap daripada kebakaran ini berkepul-kepul dan melitupi seluruh Kawasan G13.
Di tengah-tengah api yang marak jelas kelihatan mecha-mecha berguguran dari langit. Jika dilihat dari atas, Kawasan G13 seolah-olah ditaburi mecha, menunjukkan betapa dahsyatnya pertempuran yang telah berlaku.
Cuma ada tiga mecha kelas khas yang masih berlegar-legar di udara. Melihat mecha-mecha yang tersingkir di bawah, dalam diam semua gembira kerana tidak tergolong dalam kumpulan tersebut.
Semua mecha ini tidak berhenti, sebaliknya terus terbang ke destinasi mereka, Kawasan G17.