Hati Qiao Ting tersentak dan reaksi pertamanya ialah mengira bilangan wakil Puak Mecha Lingtian. Lawannya masih ada 12 orang. Keningnya berkerut saat terlintas soalan mungkinkah ahli pasukannya cuma kurang bernasib baik kerana terserempak dengan tiga pengendali kelas khas puak Lingtian.
Qiao Ting tidak begitu kecewa atau kesal disebabkan salah seorang ahlinya telah tumbang — di medan tempur, apa-apa sahaja boleh berlaku. Tuah juga merupakan antara faktor terbesar. Namun begitu, anak buahnya itu disingkirkan oleh pihak lawan dalam masa hanya seminit. Keadaan ini sedikit sebanyak membuatkan Qiao Ting mendengus. Fikirnya, walaupun ahlinya cuma pahlawan mecha kelas atasan, mereka sepatutnya boleh bertahan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit. Dihapuskan dalam masa kurang seminit ibarat satu tamparan baginya.