Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 54 - Zhao Yaya

Chapter 54 - Zhao Yaya

Pada sebelah bumbung yang lagi satu.

Dua pakar seni mempertahankan diri berada dalam pertarungan sengit. Malah matahari yang bahang di langit pun tidak mampu menghalang mereka.

Selepas berfikir seketika, Song Shuhang tidak muncul dengan segera. Dia sedang menunggu pertarungan epik di antara kedua-dua pakar tersebut untuk berakhir. Terutamanya lelaki itu, yang memang bersedia untuk mengeluarkan serangan terunggulnya—Meriam Armstrong 'Neo Armstrong Cyclone Jet'!

'Sekarang!' Mengambil peluang, Song Shuhang membongkok ke depan dan menegur dua pakar itu dengan kuat dan jelas, "Hi, selamat berkenalan!"

"Klik..."

Bunyi itu datang secara tiba-tiba, seperti besen air sejuk yang dituang ke atas kepala dua pakar itu pada musim sejuk.

Terutamanya lelaki tersebut, yang berasa hatinya berdegup sepuluh kali lebih kuat dari biasa, dan hampir terkeluar dari dadanya! Dia memusing kepalanya dengan kaku dan merenung Song Shuhang.

Apabila dia nampak penceroboh itu bukan pengurus asrama tetapi seorang pelajar yang kelihatan lemah, mukanya menjadi berang dan dia mengepal penumbuknya—mana-mana lelaki pun akan naik radang dalam situasi ini.

"Saya tau. Ia sangat mengujakan apabila terdapat seseorang yang menyaksikan awak semasa bertarung, dan saya terdengarnya. Oleh itu, tak payah berterima kasih dengan saya, saya ialah Lai Feng." Song Shuhang melambai dengan semangat. "Bagaimanapun, ingat untuk kunci bumbung supaya pengurus asrama tak dapat tau apa yang telah kau orang buat kat sini."

Selepas itu, Song Shuhang beredar dari bumbung dan balik ke bilik asramanya, meninggalkan dua orang yang tidak tahu sama ada hendak menangis, ketawa atau menjadi marah.

'Saya telah membuat satu lagi perkara baik hari ini... dengan memenuhi permintaan dua orang pada masa yang sama. Bagusnya hari ini.' Song Shuhang berada dalam angin yang baik.

❄️❄️❄️

'Kebahagiaan melampau akan mengakibatkan kedukaan' merupakan simpulan bahasa, yang dipetik daripada sebuah buku Cina kuno : Kemerosotan datang selepas kemajuan dan kebahagiaan melampau mengakibatkan kedukaan.

Maksudnya apabila seseorang itu berada di puncak kebahagiaannya, sesuatu yang akan menyebabkannya menangis dan sedih akan melandanya secara tiba-tiba.

Sebagai contoh: seseorang itu memenangi cabutan loteri, yang bernilai 10 juta selepas ditolak cukai. Oh, bahagianya! Selepas itu, sejam kemudian, dia mendapati bahawa dia telah menghidapi penyakit kanser tahap akhir dan akan meninggal dunia malam ini. Oh, sedihnya! Air mata kesedihannya hampir boleh menenggelamkan dunia.

Dengan membantu lelaki dan perempuan di atas bumbung tadi, Song Shuhang berasa sangat puas hati dan gembira.

Selepas itu, apabila dia membuka pintu asramanya, dia ternampak seorang perempuan yang berbaju pakaian seragam doktor sedang duduk di atas katilnya. Ini merupakan perempuan yang cantik, elegan, dan berbadan cantik. Kaki panjangnya lurus dan seksi, malah seluar putih biasa yang dipakainya tidak dapat menyembunyi kecantikan bentuk kakinya.

Mengerut dahi, dia menyelak-nyelak buku nota Shuhang, yang digunakan untuk mencatat nama tiga puluh herba ubatan biasa yang digunakan untuk menapis cecair penguat badan.

"Kak Yaya, kenapa awak datang ke kolej saya?" Peluh mengalir dari dahi Song Shuhang.

Perempuan dalam pakaian seragam doctor itu ialah anak perempuan pak cik Song Shuhang, Zhao Yaya. Apabila Shuhang pergi ke Kolej pada kali pertama, dia telah menemaninya ke kolej sebagai wakil ibu Shuhang. Oleh itu, dia mempunyai kunci pintu asrama Song Shuhang dan boleh masuk sesuka hatinya.

Zhao Yaya merupakan gadis yang diminta bantuan oleh Song Shuhang semasa dia mencatat nama herba ubatan untuk penapisan 'cecair penguat badan versi mudah' dan cuba untuk mengetahui apakah sebenarnya mereka. Tetapi selepas itu, Zhao Yaya tidak menjawabnya dalam talian. Kebelakangan ini, Song Shuhang begitu sibuk dengan 'pertapaan' dan 'cecair penguat badan' sehingga dia sudah melupakan tentangnya.

Dia tidak sangka Zhai Yaya tidak menjawabnya dalam talian tetapi datang terus untuk berjumpanya —adakah dia ingin PK dia yang sebenarnya? 

Dia baru bertemu dengan orang yang tidak sepatutnya ditemui… pada masa yang paling teruk dan di tempat yang paling teruk.

Oleh itu lelaki tidak patut menjadi terlalu gembira. Setelah mereka begitu, kesedihan akan datang.

Zhao Yaya mengangkat kepalanya, dan memandang Song Shuhang dengan matanya yang cantik itu.

Dia merupakan pelajar perubatan, dan oleh itu dia jarang memakai mekap, sebab kosmetik akan mengganggu pembedahan. Tetapi, walaupun tanpa mekap dia masih gadis yang lebih cantik daripada biasa.

Song Shuhang secara kebetulannya sangat lemah disebabkan < Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar>.

"Pucat dan lemah, patutlah awak mencari ubat yang berselerak ini." Zhao Yaya mengerut dahi dan menutup buku nota itu, "Shuhang, awak tak boleh ambil ubat secara rambang. Ubat dalam formula ini kesemuanya tonik. Kesannya akan menjadi sangat kuat jika dicampurkan sekali. Lagipun, setiap ubat mempunyai kesan sampingannya. Awak mungkin akan diracuni jika mengambil campuran ubatan ini. Mengambil semua ubat ini bersama-sama sama dengan mencari maut! Kalau awak sakit, jumpalah doktor!"

Pada masa ini, ia seperti sepuluh ribu kuda sedang berlari dalam minda Song Shuhang. Dia kelihatan pucat kerana kesan < Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar> masih belum hilang. Tidak sangka bahawa kepucatan mukanya dan formula 'cecair penguat badan versi mudah' menyebabkan Zhao Yaya salah faham.

Dia berasa dia patut menjelaskannya sekarang. Kalau tidak, dia tidak boleh membersihkan diri meskipun dia melompat ke dalam Sungai Kuning. Jika dia tidak boleh meyakinkan Zhao Yaya, ibunya pasti akan terbang ke sini dan menariknya ke hospital esok! 

Oh… mungkin ia bukan salah faham, sebab dia telah mencari maut dengan mengambil 'cecair penguat badan'.

Tetapi sekarang, dia harus menyembunyikannya dengan apa jua cara.

"Ahem, Kak Yaya, ia sebenarnya bukan seperti yang awak fikirkan. Formula ini… sebenarnya…!" Minda Song Shuhang sedang berfungsi dengan payah untuk menyusun perkataan yang ingin disampaikan.

Jika Zhao Yaya mengetahuinya sebelum dia mengesahkan kewujudan 'pertapaan', dia mungkin boleh menjelaskan bahawa: inilah formula yang dicipta oleh orang yang menghidapi penyakit Xianxia Chuuni. Dia berasa bimbang kerana takut golongan pesakit Chuuni yang kelakar itu akan mati selepas mengambil ubat tersebut, oleh itu dia meminta Zhao Yaya untuk menyemak mereka.

Namun, masalahnya ialah golongan pesakit Chunni itu tiba-tiba bertukar manjadi 'pertapa yang betul yang mewah, hebat, dan berkelas'. Dia akan berasa malu jika mengguna jawapan itu. Lagipun, dia akan menjadi salah satu daripada mereka nanti. Dia tidak boleh mengkategorikan diri sebagai pesakit Chuuni, betul?

"Teruskan, saya sedang mendengar." Zhao Yaya meninggikan bulu kening dan merenung Song Shuhang dengan kaki bersilang. Dia terlalu biasa dengan Song Shuhang. Sejak dari kecil, asalkan dia merenungnya dengan begini, dia boleh mengetahui sama ada Song Shuhang bercakap bohong atau tidak.

Dengan 'kuasa hebat' ini, dia boleh tahu jika Song Shuhang sedang bercakap bohong selepas dia membuat benda yang salah. Tetapi… dia jarang mendedahkan bohongnya di depan ibu dan ayahnya.

Kalau tidak, Song Shuhang akan mengalami lebih banyak perlawanan perseorangan perempuan, perseorangan lelaki, dan saingan beregu semasa kecil!

Inilah salah satu sebab kenapa Song Shuhang sangat rapat dengan Zhao Yaya—dia merupakan kakak bagus yang akan melindunginya.

"Sebenarnya, kebelakangan ini, saya secara silap telah ditambahkan ke dalam sebuah sembang grup. Saya sumpah saya tak kenal mana-mana ahli grup pada masa tu." Song Shuhang tahu Zhao Yaya bagaimanapun akan mendapat tahu tentang bohongnya, oleh itu dia hanya boleh menyembunyikan sebahagian daripada kebenaran. "Lepas tu, ahli grup itu agak pelik. Saya rasa mungkin mereka telah membaca terlalu banyak novel Xianxia."

'Itulah sangkaan saya pada masa itu, tetapi sekarang saya sangat pasti bahawa mereka ialah 'pertapa' yang benar.'

"Lepas tu, seorang daripada grup menghantarkan satu formula pil, yang ada dalam tangan awak. Selain daripada formula pil, terdapat banyak herba ubatan yang mempunyai nama yang hebat yang tak dapat dicari melalui Internet, atau tak pernah dengar.

Sampai sekarang, saya masih tak tau apa sebenarnya herba ubatan itu, dan kesan apa yang mereka ada. Lagipun, nama seperti Rumput Misteri Embun Pagi memang sangat ganjil.

Saya sangat risau jika mereka akan mati selepas makan ubat ini, oleh itu saya mencatat nama herba ubatan yang dapat dicari melalui Internet dan meminta tolong awak untuk menyemaknya. Jika herba ubatan ini boleh meracuni orang sampai mati selepas dididihkan dalam periuk, saya akan cuba untuk memujuk ahli grup supaya tidak mengambilnya sebelum keluar dari grup. Itu saja." Song Shuhang mengangkat bahunya.

Ya, dia tidak berbohong. Itulah yang difikirkan olehnya dan itulah yang ingin dibuatnya.

  1. Meriam Armstrong 'Neo Armstrong Cyclone Jet' merupakan senjata lagenda yang sangat berkuasa dalam anime 'Gintama' dan berbentuk seperti kemaluan lelaki.
  2. Sepuluh ribu kuda sedang berlari merupakan homonim untuk haramjadah dalam bahasa Cina.