Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 52 - Serlahkan Diri Sebenar dengan Meditasi

Chapter 52 - Serlahkan Diri Sebenar dengan Meditasi

Langkah kiri, tumbukan tirani dan hayunan kaki mencangkung.

Kemudian... kedua-dua tangan menggenggam penumbuk, hentakan penumbuk tukul.

Tumbukan Asas, Nombor Enam!

Selepas langkah ini selesai, Song Shuhang sudah hampir tiba ke penamatnya. Tubuhnya lesu kerana telah menggunakan seluruh tenaga.

Sejujurnya, seorang lelaki yang tidak mempunyai latihan asas pertapaan tetapi mampu mencapai sehingga ke tahap ini memang mengagumkan. Berdasarkan anggaran Mahaguru Ubatan, sangat sukar untuk Song Shuhang melepasi langkah kelima.

Tetapi, Song Shuhang kelihatan seolah-olah dia masih boleh meneruskan ujiannya!

'Bagaimanapun, Cecair Penguat Badan di dalam tubuh Shuhang sudah digunakan sepenuhnya... oh, ya, sudah dua puluh jam sejak kali terakhir dia meminum Cecair Penguat Badan. Pada mulanya tubuh dia masih mempunyai sisa cecair penguat badan itu. Cecair itu sepatutnya telah digunakan sepenuhnya ketika dia mencapai langkah kelima.' Mahaguru Ubatan mengeluarkan sebotol bekas porselin kecil dari belakangnya. Itulah Cecair Penguat Badan Mudah yang dia telah hasilkan dengan bantuan Shuhang. 'Jika dia mengisi semula Cecair Penguat Badan di pertengahan ujian, adakah dia dapat bertahan lebih lama? Rakanku Shuhang, izinkan saya melihat batas kehendak kamu. Jika kamu boleh menyelesaikan keseluruhan set teknik penumbuk tanpa berehat, maka nilai Cecair Penguat Badan Mudah akan meningkat lebih dari dua kali ganda.'

Selepas beberapa Song Shuhang menyelesaikan 'Tumbukan Asas Nombor Enam', Mahaguru Ubatan menjerit dan berkata, "Shuhang, buka mulut kamu!"

Song Shuhang, yang sedang keliru itu berpusing dan membuka mulutnya tanpa dia sedar.

Sebiji pil kecil cairan ubat hitam yang ditembak oleh Mahaguru Ubatan masuk ke dalam mulutnya.

Tiba-tiba, satu letupan yang menyakitkan dan panas mengewap keluar dari kerongkongnya!

Dalam masa beberapa saat, cecair ubat peledak itu bertukar menjadi tenaga hangat yang kemudian menjalar dari kerongkong hingga ke abdomen bawahnya. Tenaga itu membuat perutnya berasa hangat dan selesa sehingga Shuhang hampir mengeluarkan bunyi mengerang.

'Cecair Penguat Badan?' Song Shuhang sudah mulai faham apa yang cuba dilakukan oleh Mahaguru Ubatan itu. 

Kuasa perubatan baharu itu meletuskan satu tenaga di dalam badannya. Kesan ubatan yang Shuhang alami itu sangat kuat sehinggakan dia hampir meletup, tetapi pada masa yang sama, ia memberi kuasa yang tidak terhad kepadanya.

Dengan sokongan kuasa perubatan yang mengalir dalam tubuhnya, ujian Tumbukan Asas Nombor Tujuh berjaya dilalui dengan lancar.

Seterusnya ialah Tumbukan Asas Nombor Lapan dan Sembilan!

Dia membuka langkah untuk melaksanakan tumbukan asas itu dengan pergerakan yang lancar tanpa halangan seperti pisau panas yang memotong mentega.

Kuasa perubatan yang sedang mengalir lebih jauh dalam tubuhnya itu membuatkan Song Shuhang tidak dapat menahan dirinya daripada membuat bunyi ngauman kecil. Dia tidak akan puas sehingga dia dapat mengeluarkan bunyi erangan dan ngauman itu.

Dia membaca formula tumbukan dalam kitab itu dengan menggunakan suara yang rendah tetapi bertenaga. Tumbukannya dilepaskan mengikut kehendaknya dan kehendaknya bergerak bersama dengan tubuhnya.

Setiap teknik yang dia lakukan sememangnya membuat Song Shuhang berasa letih, tetapi selagi dia berupaya untuk menyelesaikan pergerakan itu, kuasa ubatan 'Cecair Penguat Badan' akan menambah semula daya tahannya serta menghapuskan rasa letih.

'Lagipun, aku mesti teruskan sehingga keseluruhan ❮Teknik Tumbukan Asas❯ berakhir!'

Hanya itu sahaja yang bermain dalam fikiran Song Shuhang.

Akhirnya... dia berjaya menyelesaikan kesemua lapan belas langkah dari ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯!

Di dalam tubuhnya, qi dan darah meluap.

Kulitnya menjadi warna merah seolah-olah qi yang panas dan darahnya akan meletus keluar dari setiap liang tubuhnya.

'Selesai, qi dan darah sedang meluap!' Song Shuhang menggenggam buku lima sambil menahan keinginannya untuk meraung ke arah langit. Mereka berada di atas bumbung asrama lelaki. Raungan panjang dan jeritan yang didengari secara tiba-tiba akan membawa masalah yang lebih besar.

Mahaguru Ubatan tersenyum kecil. Dia ternyata puas dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Shuhang.

Shuhang berjaya menyelesaikan keseluruhan langkah ❮Teknik Tumbukan Asas Buddha❯ dari awal hingga ke akhir. Dia tidak menjangka Shuhang akan berjaya melaluinya.

"Bagus sekali. Kini, kamu boleh ambil kesempatan dengan darah dan qi yang sedang mengalir deras dalam tubuh kamu itu sebelum ia menjadi lebih sejuk! Duduk bersila dan bertapa dengan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯!" Dia segera mengingatkan Song Shuhang.

Dalam dunia pertapaan, kaedah meditasi bagaikan seperti bintang-bintang di langit. Terlalu banyak untuk dihitung satu per satu. 

Walau bagaimana pun, semua kaedah meditasi mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menumpukan kesedaran dan mengubahnya menjadi tenaga mental.

Tenaga mental dan tenaga dalam tubuh adalah asas teknik dalam pertapaan.

Dalam keadaan biasa, qi dan darah dalam badan tidak dikawal secara sukarela oleh minda. Hanya selepas memberi tumpuan kepada tenaga mental, barulah seseorang pertapa itu dapat membimbing dan mengawal qi serta darah dalam tubuhnya.

Selain itu, apabila qi dan darah berubah menjadi qi sejati atau tahap tenaga yang lebih tinggi, tahap tenaga mental yang setara diperlukan untuk membimbing dan mengawalnya.

Jika tidak, apabila tenaga mental tidak setanding dengan qi serta darah, seseorang akan mudah dirasuk oleh syaitan kerana mereka tidak dapat mengawal tenaga dalam badan mereka dengan betul. Semua itu berlaku kerana pertapa biasanya melakukan meditasi dalam pengasingan dan hidup seperti manusia biasa untuk meningkatkan tenaga mental mereka.

Selain itu, berdasarkan teknik meditasi yang berbeza, bentuk tenaga mental setiap pertapa adalah berbeza. Ada yang mempunyai tenaga mental seperti kegelapan yang sunyi, dan ada yang mempunyai tenaga mental yang ganas seperti harimau atau singa. Sementara yang lain mungkin mempunyai tenaga mental yang tenang seperti pokok purba. Ini semua disebabkan oleh perbezaan teknik meditasi dan ia bukannya sebuah kes terpencil yang tidak biasa terjadi. 

❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ menggunakan meditasi yang untuk pertapa merenung semula tentang 'Diri Yang Sebenar'. Ia menghilangkan semua pemikiran yang mengalihkan perhatian dan membuatkan kekuatan mental menjadi seperti telaga kering usang yang mengeluwap kemudian mengubahnya menjadi tenaga mental.

Song Shuhang menghembuskan nafas, menenangkan kegusaran dalam fikirannya, duduk bersila dan memulakan langkah terakhir.

Dia membaca kandungan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ menggunakan teknik meditasi di dalam fikirannya untuk membentuk 'Diri Yang Sebenar'.

Walaupun Tokong Jingang adalah Buddha, Diri Yang Sebenar dalam Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar adalah berbeza daripada diri Kebebasan Berlapan yang disebut dalam agama Buddha.

Diri Yang Sebenar bermaksud menjadi diri sendiri. Teknik meditasi membentuk diri sendiri yang asli di dalam minda. 

'Diri Yang Sebenar' ini tidak selalunya sama. Ia berubah mengikut umur pertapa, pengalaman hidup, teknik pertapaan dan status.

Ia boleh menjadi seorang kanak-kanak biasa, pertapa pedang berpakaian putih, pertapa pisau yang garang, seorang pertapa tua yang baik, seorang lelaki biasa di dunia manusia atau bahkan iblis yang kejam atas dasar kebencian dan kemarahan. Diri Yang Sebenar yang dibentuk oleh ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ akan berubah bersama dengan kemajuan, pencapaian, atau perubahan pertapa yang dia alami sendiri. 

Berbanding dengan teknik meditasi yang lain, ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ tidak akan mempunyai nilai keganasan yang tak ditandingi dari singa atau harimau, atau ketenangan pokok purba, atau bahkan keheningan langit yang berbintang. Sebaliknya, ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ adalah teknik meditasi yang paling sesuai untuk 'diri sendiri', kerana ia adalah 'Diri Yang Sebenar'.

'Lelaki macam mana yang aku, Song Shuhang akan jadi?' Song Shuhang berfikir. 

Adakah 'Diri Yang Sebenar'nya menjadi pemain pedang yang tidak ada tandingnya yang pernah dia inginkan?

Atau adakah dia akan menjadi pertapa dengan aura syurga kerana pendedahannya terhadap dunia pertapaan?

Tidak mungkin aku akan menjadi syaitan, bukan? Kehidupannya sudah biasa dan dia tidak pernah marah atau bermusuh dengan orang lain...

Kalau bukan begitu, adakah dia akan menjadi diri dia sendiri dalam versi yang sangat tampan?

Seperti yang difikirkannya, bacaan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ berakhir dan Song Shuhang merasakan gelombang rasa tenang dan nyaman.

Satu bayangan terbentuk di dalam pemikirannya.

Pertama terdapat kaki bersilang dan kemudian lengan, pinggang... sehingga ke atas...

Ia sama seperti pencetak 3D yang mencetak patung manusia dalam fikirannya.

'Apakah rupa diri aku?'

Song Shuuhang tidak sabar menunggu keputusannya.

Mencipta 'diri' yang sebenar melalui meditasi!

Dalam jangkaannya yang terlampau, 'Diri Yang Sebenar' Shuhang terbentuk dalam kesedarannya.

Bagaimana untuk terangkannya?

Rasa yang biasa sahaja!

Rupa 'Diri Yang Sebenar' dan Song Shuhang adalah sama. Ia memakai seluar kasual hitam, duduk bersilang dan sedang tersenyum hangat.

Menerapkan 'Diri Yang Sebenar' melalui meditasi.

'Diri Yang Sebenar' itu sepatutnya menjadi manusia, bukan? Adakah ini bermaksud bahawa aku masih seorang manusia biasa?"

Dia tidak ada masa untuk berfikir panjang. Saat 'Diri Yang Sebenar' sedang terbentuk, gangguan sementara Song Shuhang disingkirkan. Semua tenaga mentalnya tertumpu dan dengan sokongan dari ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯, jalur pertama tenaga mental yang murni dilahirkan.

Sebaik sahaja tenaga mental terbentuk, Song Shuhang mengikuti panduan teknik meditasi dan mula memimpin qi dan darahnya yang melimpah itu. Shuhang membimbingnya ke arah 'Bukaan Jantung'.

Bukaan Jantung adalah tempat terletaknya jantung. Walau bagaimanapun, Bukaan Jantung bukanlah jantung, tetapi hanya satu bukaan di mana jantung terletak. Walaupun tubuh manusia dibedah, lokasi 'Bukaan Jantung' tidak akan dapat dilihat. Tetapi ia masih ada di sana!

Qi yang melimpah dan darah yang Song Shuhang ada sudah mencukup. Di bawah tenaga mental yang dibentuk oleh 'Diri Yang Sebenar,' qi yang melimpah dan darah melonjak menuju ke Bukaan Jantung dari semua kawasan tubuh. 

Apabila proses ini diteruskan, haba di dalam badan akan hilang secara perlahan-lahan. Rasanya seperti berada di bawah udara dingin penyaman udara selepas disinari matahari pada hari musim panas yang panas. Terasa lebih dingin dan sangat selesa.

Tanpa mengetahui berapa banyak masa yang sudah berlalu, di bawah bimbingan tenaga mental 'Diri Yang Sebenar', qi dan darah yang melimpah semuanya menuju ke Bukaan Jantung. Song Shuhang hanya merasakan kehangatan dalam hatinya dan degupan jantungnya berdetak kuat.

'Yep, itu bunyi jantung yang sihat,' Song Shuhang mengangguk, 'nasib baik tidak ada penyakit jantung. '