Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 44 - Kunci Kepunyaan Mahaguru Ubat

Chapter 44 - Kunci Kepunyaan Mahaguru Ubat

Masa ialah benda guna habis yang tidak ternilai. Tidak kira awak suka atau tidak, ia sentiasa diguna habis.

Masa berlalu semasa mereka sibuk menapis pil. Masa da dekat 3:30pm apabila Song Shuhang hampir siap menapis cecair penguat badan.

Seperti semalam, apabila mereka memasukkan herba ubatan yang ke empat puluh satu, cecair penguat badan dalam periuk berubah.

Dengan pengalaman sebelum itu, kali ini, Song Shuhang menambah air dengan tenang. Selepas sebentar, dia membuang Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang, Kristal Sejuk Laut Dalam, dan Empulur Syaitan Salji ke dalam periuk sekali gus.

Apabila cecair ubatan dalam periuk dibelah dua, Song Shuhang terus meningkatkan suhu ke maksimum.

Setelah habis semua ini, Song Shuhang menghela nafas lega.

Semua berjalan lancar. Tinggal beberapa minit terakhir!

Oh, ya, dia masih perlu bersedia untuk 'campuran semua bau busuk di dunia' yang akan datang nanti.

Empat minit kemudian.

"Boom…!"

Penutup periuk ditolak tepi oleh daya tinggi sekali lagi, dan asap hitam keluar daripada periuk. Dengan segera, bau hancing memenuhi bilik. 

Song Shuhang sudah bersedia untuknya dan telah menahan nafas sebelum itu—walaupun bau itu menyerang deria baunya dari pelbagai bahagian badan, dia masih dapat mengurangkan rasa bau busuk itu ke tahap tertentu dengan menahan nafas dari awal.

"Uhhh! Bau apa ni?" Mahaguru Ubat yang hebat sudah meningkatkan keupayaan lima derianya. Khususnya, deria baunya lebih sensitif sebanyak tiga ratus kali daripada orang biasa.

Bau busuk pelik ini memasuki mulut dan hidungnya, dan Mahaguru Ubat berasa dia bukan lagi diri yang sebenarnya lagi.

Celaka, bau ini seteruk senjata biologi! Selepas menghidu bau ini, orang biasa akan menjadi pucat, muntah dengan loya, jatuh ke lantai, dan berbuih di mulut!

Kalau dia tidak cukup kuat, atau tidak selalu terseksa dengan bau busuk daripada kegagalan penapisan pil, dia mungkin terpaksa melutut apabila bau busuk itu muncul.

"Jika bau ini diekstrak, ia akan menjadi mimpi buruk untuk pertapa Tahap Satu yang sudah membuka bukaan hidung dan Mahaguru Agung Tahap Dua yang belum mampu mengawal deria bau mereka lagi," Mahaguru Ubat bergumam. Dia menepuk tangan, mengumpulkan tiupan angin, dan menghilangkan asap hitam yang busuk itu.

"Walaupun saya pernah menghadapi bau ini sekali, saya masih tak dapat membiasakan diri dengannya. Saya rasa saya tak akan ada selera makan untuk beberapa hari." Song Shuhang juga merungut.

"Awak sudah berjaya ke?" Mahaguru Ubat bertanya.

"Oleh kerana bau busuk telah keluar, saya rasa ia patut berjaya?" Song Shuhang mengangkat penutup periuk. Setiap kali, penutup ditolak ke atas Walaupun ia diperbuat daripada kaca bajaan, lama-kelamaan ia mesti akan pecah.

Mahaguru Ubat memicit hidungnya, pergi ke periuk dan memerhati situasi di dalam. Di bahagian bawah periuk, terdapat lapisan nipis pes ubatan hitam, lut sinar dan dengan bau busuk yang kuat.

Dia membengkokkan jari, dan memasukkan setitis cecair ubatan ke dalam mulutnya.

Merasa sifat-sifat ubatan cecair penguat badan dalam mulutnya, Mahaguru Ubat bersenyum dengan puas hati, "seperti yang dijangkakan".

Seperti yang dijangka, kesan ubatan cecair penguat badan ini separuh lebih lemah daripada versi mudahnya.

Biasanya, semakin kuat kesan sesuatu pil, semakin baik untuk seorang pertapa. Tetapi, cecair penguat badan yang paling mudah akan menunjukkan kesan istimewa yang tidak dijangka selepas kesan ubatannya telah dikurangkan ke tahap yang tertentu.

Cecair penguat badan versi lama mempunyai kesan ubatan yang kuat. Jika anak murid elit sesuatu sekta yang ingin mengambilnya perlu membuat penyediaan selama beberapa bulan atau setengah tahun sebelum itu. Mereka perlu merangsangkan qi dan darah ke tahap maksimum dan melaraskan keadaan fizikal mereka supaya mereka cukup cergas sebelum mengambilnya.

Meskipun mana-mana anak murid sekta ingin mengambil cecair penguat badan versi mudah Mahaguru Ubat, mereka masih perlu membuat persediaan selama sebulan sebelun mengambilnya.

Tetapi jika kesan cecair penguat badan tersebut dikurangkan lagi, anak murid sekta hanya perlu melaraskan keadaan fizikal mereka sedikit sahaja sebelum mengambilnya.

Selepas itu, semasa tubuh mereka dikuatkan selepas mengambil cecair penguat badan, mereka boleh mengambil versi cecair penguat badan lain yang lebih berkualiti, dan ini boleh mengurangkan masa sekta-sekta mengambil untuk memupuk anak murid.

Lagipun, setiap minit penting untuk Penubuhan Asasi anak murid. Dua tahun di antara umur empat hingga enam merupakan masa yang paling sesuai untuk Penubuhan Asasi. Semakin awal seorang anak murid mengambil cecair penguat badan, semakin baik untuknya.

Yang paling penting, cara penapisan cecair penguat badan Song Shuhang tidak memerlukan ahli alkimia membuat apa-apa yang lebih. Mereka hanya perlu mengubah cara penapisan apabila sesuatu yang buruk berlaku dalam langkah keempat puluh satu penapisan 'cecair penguat badan versi mudah'.

Cara ini merupakan penampal untuk cecair penguat badan versi mudah Mahaguru Ubat. Ia boleh meningkatkan lagi formula 'cecair penguat badan versi mudah', dan juga banyak mengurangkan perbelanjaan untuk herba ubatan.

Song Shuhang menghela nafas lega apabila nampak senyuman puas hati di wajah Mahaguru Ubat dan bertanya, "Ini akan membantu awak memperbaikkan formula cecair penguat badan ke?"

"Ia bukan begitu mudah. Kejayaan awak hanya bermaksud formula ini boleh diperbaiki lagi. Saya memerlukan kerjasama awak untuk beberapa hari lagi, sebab saya perlu memperbaiki lagi cara penapisan awak. Bagus, perjalanan ini memang berbaloi." Mahaguru Ubat kelihatan seperti dalam mood yang bagus.

"Saya akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama dengan awak, Senior," Song Shuhang mengangguk.

Mahaguru Ubat mengangguk dengan puas hati, mengeluarkan buku nota yang tebal daripada koceknya, dan cepat mencatatkan semua data dan butiran eksperimen ini.

Dipanggil ahli alkimia yang genius, dia sangat terkenal di kalangan pertapa. Tetapi dia tidak mungkin mendapatkan gelaran dan kemasyhuran tanpa membuat apa-apa. Daripada buku nota yang tebal itu, seseorang boleh nampak betapa banyak usaha dan masa dihabiskan dalam penapisan pil. Dan... terdapat lebih daripada tiga puluh rak buku di dalam gua pertapaannya, yang dipenuhi dengan buku nota tebal sebegini.

Di belakang setiap genius yang berjaya, terdapat banyak titik peluh yang dicurahkan oleh genius itu.

Song Shuhang memandang Mahaguru Ubat dan ingin bercakap tetapi berhenti selepas berfikir.

Akhirnya, dia tidak dapat menahan lagi. "Senior Mahaguru Ubat, tadi awak ada menyebut pedang terbang Mahaguru Utama Prinsip Pemikir akan tiba dalam empat atau lima jam; agak-agak sudah sampai masa sekarang, kan?"

dan ! Teknik Penubuhan Asasi yang betul-betul boleh membimbingnya ke dunia pertapa!

Berfikir tentang teknik-teknik pengenalan untuk pertapa ini, Song Shuhang menjadi resah dan teruja sehingga dia berharap dia boleh mendapatkan buku-buku itu sekarang juga.

"Haha, jangan risau. Pedang terbang Mahaguru Utama Prinsip Pemikir menggunakan saya sebagai koordinat posisi, dan saya akan merasanya jika ia hampir nak tiba. Bagaimanapun, kita boleh balik ke asrama awak. Koordinat posisi ditetapkan di asrama awak, oleh itu kalau semua benda lancar pedang terbang akan tiba di asrama awak," Mahaguru Ubat ketawa.

"Kita boleh balik sekarang ke?" Song Shuhang bertanya dengan penuh harapan.

"Tak payah cemas, saya telah mengesahkan banyak kebarangkalian idea dalam minda saya semasa memerhatikan awak menapis cecair penguat badan. Saya perlu mencatatkan kesemuanya dulu. Kalau awak cemas nak pulang, awak boleh balik dulu, nanti saya datang," Mahaguru Ubat bercakap.

Song Shuhang mengangguk.

"Kalau macam tu, Senior, saya balik ke asrama dulu untuk tunggu buku-buku."

"Pergilah~ orang muda memang kurang sabar." Sambil bercakap, Mahaguru Ubat menghulurkan tangan dan melontar segugus kunci ke arah Song Shuhang.

Ia merupakan kunci rumah itu.

"Ambil ni. Rumah ni ada lima tingkat, dan saya tak perlu begitu banyak ruang, oleh itu awak boleh pinjam tingkat teratas. Dengan itu, awak tak payah sewa rumah lagi," Mahaguru Ubat bercakap tanpa memandang ke atas.

Lagipun, dia sudah beli rumah itu. Baik bantu Song Shuhang daripada meninggalkan bilik itu kosong.

Song Shuhang mengambil kunci itu tanpa apa-apa dalih palsu. "Terima kasih, Senior!"

Dia betul-betul memerlukan rumah yang tiada gangguan, dan... dia tidak ada duit lebih. Nasib baik Mahaguru Ubat boleh meminjam bilik kepada dia untuk menyelesaikan masalah keperluan penting ini, oleh itu dia akan ambil sahaja.

"Jangan lupa kunci pintu!" Mahaguru Ubat melambaikan tangan dan sambung menulis dalam buku nota tebalnya.

Song Shuhang beredar dan berjalan dengan cepat.

Dengan pastinya, dia tidak lupa untuk membawa balik dapur elektrik dan periuk makanan panasnya, yang sepatutnya dipulangkan supaya tidak menyebabkan kesangsian di antara rakan sebiliknya.

  1. Dalih palsu merupakan suatu keterampilan orang Cina di mana ia lebih sopan untuk menolak tawaran kali pertama pihak lain, atau berpura-pura untuk berbuat demikian. Awak boleh menerima tawaran jika pihak lain membuat tawaran sekali lagi(mungkin lebih dari satu kali; tawaran yang pertama mungkin dibuat untuk menunjukkan kesopanan sahaja dan tidak ikhlas, oleh itu ia mungkin menjadi masalah jika tawaran itu terus diterima).