Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 46 - Pelajar Shuhang, Awak Ada Menyinggung Sesiapa Baru-baru Ini?

Chapter 46 - Pelajar Shuhang, Awak Ada Menyinggung Sesiapa Baru-baru Ini?

Setelah kembali ke asrama, Song Shuhang membuka pintu masuk dan memanggil, "Saya dah balik."

Tiada sesiapa yang menjawabnya.

'Tak ada orang ke?'

Dia memandang rak kasut. Surat permintaan cuti sudah tiada di sana sebab rakan sebiliknya sudah memberikannya kepada cikgu.

'Kelas belum habis ke? Saya ingat petang ada empat kelas, tetapi sebab Cikgu Renshui patah kaki, dia masih belum dilepaskan daripada hospital. Oleh itu, sepatutnya hanya ada dua kelas petang ini kan?' Song Shuhang berfikir.

Ataupun mereka semua telah pergi ke tempat Yangde lagi?

Bagus juga—kalau mereka tiada dekat sini, lebih senang untuk Mahaguru Ubat untuk datang ke sini dan menerima buku-buku itu melalui teknik pedang terbang penghantar dokumen tanpa risau jika rakan sebiliknya akan terperasan apa-apa yang luar biasa.

Sambil berfikir, dia membuka kasut dan bersedia untuk masuk bilik tidur.

Ketika itu, bunyi perbualan kedengaran daripada bilik tidur.

"Tolonglah, Gao Moumou, di kalangan semua kenalan saya hanya awak saja yang ada pengalaman dengan teman wanita!" Suara yang tidak dapat dibezakan jantina tetapi nyaring dan jelas kedengaran.

"Oleh itu, apa maksud awak? Tolong jangan dekat sangat dengan aku, ekspresi awak sekarang sangat menjijikkan! Kalau awak nak cakap sesuatu, cakap terus saja. Saya masih kena keluar untuk menguruskan sesuatu." Gao Moumou menjawab.

Di depannya terdapat seorang pelajar kacukan yang berambut emas, dan memakai uniform Kolej Jiangnan.

Pada pandangan pertama, dia kelihatan seperti seorang yang kacak dan periang, tetapi selepas memandang dengan lebih jelas, dia kelihatan seperti perempuan cantik yang suka berpakaian seperti lelaki?

Manusia ini tidak boleh dibezakan jantinanya dengan hanya memandang pakaiannya.

Dan sekarang, pelajar yang tidak diketahui jantinanya menunjukkan wajah tidak puas hati semasa bercakap dan semakin mendekati Gao Moumou.

Gao Moumou menghulurkan tangannya untuk menghalang pelajar ini dan mengekalkan ruang di antara mereka—kalau budak ini bukan kawan sejak dari kecilnya, dia sudah lama ditendang sampai terbang.

"Macam ni, hari ni, saya pergi dating dengan Xiaomei." Pelajar yang tidak diketahui jantina ketawa terbahak-bahak.

Xiaomei, nama ini macam nama perempuan? Oleh itu pelajar ini mungkin lelaki?

Gao Moumou menjawab dengan tenang. "Oh, baguslah kan?"

"Selepas itu, kami berpegangan tangan dan saya sangat gembira!" Pelajar ini bergolek-golek atas katil Gao Moumou, dengan sangat teruja.

Gao Moumou menjawab, "Baik, saya faham perasaan teruja awak, tapi saya sedang mengejar masa, boleh awak terus ke topik utama?"

"Gao Moumou, awak memang seorang yang tidak tau membaca situasi, tak fleksibel langsung! Meskipun kita ni pernah menjadi kekasih masa kecil, awak masih tidak dapat menghalau saya. Sepatutnya, keluarga kita ada niat untuk menjodohkan kita." Pelajar itu berkata.

"Zhu Geyue, tolong pergi ke topik utama." Gao Moumou mengurut pelipisnya.

"Baiklah… sebenarnya, sebab ini kali pertama saya berdating dengan perempuan, saya sangat gementar, dan itu menyebabkan badan saya menjadi kaku. Akibatnya, saya telah menggunakan daya yang terlalu kuat semasa memegang tangannya dan dia kelihatan seperti dalam kesakitan. Ia kegagalan yang besar!" Zhu Geyue berkata dengan muram.

Gao Moumou tidak tahu macam mana untuk menjawab.

"Esok, saya telah mengajak Xiaomei keluar, dan kali ini, saya bercadang untuk menciumnya! Tetapi, saya tidak pernah mencium sesiapa dan takut saya akan menggunakan daya yang terlalu kuat dan melanggar gigi Xiaomei… tentu sakit." Mata Zhu Geyue bersinar sambil memandang Gao Moumou.

Tidak tahu kenapa, hati Gao Moumou berhenti seketika dan perasaan yang sangat tidak menyenangkan meluru ke depan. "Sebab itu, awak datang sini kerana nak saya mengajar awak bagaimana untuk bercium?"

"Ah, dari pandangan tertentu, itulah ceritanya. Lagipun, di kalangan semua kawan baik saya, hanya awak yang mempunyai teman wanita sejak dulu lagi dan mesti awak pernah mencium beberapa kali, bukan?"

Gao Moumou mengangguk kepalanya. Dia tidak dapat menafikan kenyataan ini.

"Oleh itu, bagi saya cium awak dan awak boleh mengajar saya bagaimana untuk bercium. Biar saya mendapat teknik bercium yang lebih baik!" Zhu Geyue bercakap sambil mengepalkan penumbuk.

"Apa… tunggu kejap, saya terdengar benda salah ke?" Seluruh badan Gao Moumou menggigil semasa dia memandang kawan sejak dari kecilnya yang muka tebal itu.

"Bagi saya cium awak, ciuman lidah." Zhu Geyue menjerit.

"Minta maaf, saya kena menolak. Saya bukan gay dan saya sudah mempunyai teman wanita. Tolong cari benda lain untuk berlatih… bantal atau tiang, terserah kepada awak!" Gao Moumou menolak dengan tegas.

"Tak boleh. Saya dah cuba dengan bantal dan patung udara, tapi langsung tak ada perasaan. Saya nak seorang dengan bibir yang basah yang boleh berlatih dengan saya, terutamanya belitan lidah! Tolonglah, Gao Moumou. Di kalangan semua kawan saya, hanya awak yang boleh membantu saya!" Zhu Geyue merayu dengan ikhlas.

"Kalau macam tu biar saya menunjuk arah, dua jalan di luar kawasan sekolah, kemahiran perempuan-perempuan di sana sangat hebat. Saya menjamin awak akan belajar teknik bercium yang akan memuaskan teman wanita awak." Gao Moumou menunjuk ke arah jalan yang bercahaya.

"Tak mungkin, saya tak boleh mengecewakan Xiaomei! Lagipun, saya ada misofobia." Zhu Geyue menolak idea itu. "Oleh itu, Gao Moumou, tolong saya. Jangan risau, tak akan ada masalah sebab kita rapat sangat. Lagipun, saya ada menyediakan pembalut plastik. Kalau awak betul-betul malu, kita boleh mengguna pembalut plastik untuk berlatih dulu!"

"Meskipun ada pembalut plastik, saya tak akan tolong awak! Awak sudah gila, tapi minda saya masih berfungsi. Awak tak boleh mengecewakan teman wanita awak, maksudnya saya boleh mengecewakan teman wanita saya ke? Oleh itu, memang mustahil, awak patut lepaskan idea tu! Hei, tunggu, awak buat apa ni? Omff!"

Apa yang berikutan itu ialah pergelutan ganas oleh Gao Moumou dan bunyi benda terjatuh.

Selepas mendengarnya, lutut Song Shuhang menggigil. 'Kejadah apa ni, jangan-jangan kesucian Gao Moumou telah hilang?'

Sebagai rakan sebilik yang baik, patutkah dia masuk dan tolong? Atau dia patut menunggu dengan senyap sehingga serangan ke atas Gao Moumou telah berakhir dan memujuknya?

Berfikir untuk sebentar, dia berasa dia patut mengambil jalan tengah. 'Saya akan menunggu dua minit sebelum masuk?'

Lagipun, Gao Moumou merupakan orang yang angkuh. Meskipun mulutnya menolak dengan tegas, bagaimana kalau badannya sangat jujur? Adakah kebahagiaannya akan dirosakkan?

Lebih dari satu minit kemudian.

Semasa Song Shuhang masih teragak-agak untuk masuk, pintu bilik terbuka.

Zhu Geyue yang berambut emas keluar dengan wajah yang berpuas hati dan kemerahan.

Penglihatan Song Shuhang sekarang sangat bagus. Dia hanya perlu memandang ke dalam sedikit, dan ternampak Gao Moumou, yang tidak bergerak dan tidak bermaya di atas katil, kelihatan seperti semangatnya sudah dipatahkan.

Apabila Zhu Geyue membuka pintu, dia tiba-tiba nampak Song Shuhang teragak-agak di luar. Mukanya tiba-tiba menjadi kaku dan ekspresi senyuman yang angkuhnya hilang dengan segera, diganti dengan kemerahan yang menyelubungi di mukanya—tidak sangka dia tahu malu?

"Haha, dah habis ke? Hubungan kamu berdua memang rapat sangat." Song Shuhang meniru ketawa kuat Mahaguru Ubat, sebagai cubaan untuk mengelak topik ini supaya tidak mereka tidak berasa kekok.

Zhu Geyue mengelip matanya dan segera mendedahkan senyuman yang jelas dan bersinar. Dia menghulurkan tangannya kepada Song Shuhang. "Hi, saya Zhu Geyue, kawan Gao Moumou sejak dari kecilnya." 

"Hi, saya rakan sebilik Gao Moumou, Song Shuhang." Song Shuhang menghulurkan tangannya dan dengan cermat berjabat tangan dengan Zhu Geyue. Ia merupakan tangan yang kecil dan langsing—Song Shuhang membuat kesimpulan kebarangkalian dia merupakan perempuan lebih tinggi.

Namun, melihat Gao Moumou yang berkelakuan seperti dia terpatah semangat di dalam bilik tidur—jika dia dicium secara paksa oleh seorang perempuan, dia tidak patut ada reaksi seperti ini bukan? Oleh itu, Song Shuhang berasa kebarangkalian tinggi Zhu Geyue ialah lelaki.

"Selamat berkenalan. Gao Moumou ni orang yang sombong dan mempunyai perwatakan yang pelik. Harap awak dapat menjaga dia dengan baik." Zhu Geyue bersenyum dengan lembut seperti seorang yang datang dari keluarga yang berada.

Kalau hanya berdasarkan penampilannya sekarang, sesiapa pun tidak akan sangka seminit sebelum itu, dia telah mencium Gao Moumou secara paksa sampai dia terpatah semangat?

"Awak terlalu sopan. Sebenarnya, mereka lebih menjaga saya," Song Shuhang ketawa dan menjawab.

"Bercakap pasal tu, dari mana saya pernah dengar nama pelajar Song Shuhang?" Zhu Geyue mengelip mata dan mula berfikir.

Song Shuhang menjawab, "Saya rasa tak mungkin, sebab ini kali pertama saya menjumpa pelajar Zhu Geyue."

"Tak, tak mungkin saya salah. Saya pernah mendengar nama awak." Zhu Geyue mengerutkan dahi dan berfikir dengan dalam.

Sebentar lagi, Zhu Geyue tiba-tiba menepuk tangannya dan berkata. "Saya ingat! Pelajar Song Shuhang, awak ada menyinggung sesiapa baru-baru ini?"

  1. Misofobia merupakan perasaan takut yang abnormal terhadap kekotoran atau pencemaran.