Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 49 - Satu Teknik yang Begitu Menakjubkan

Chapter 49 - Satu Teknik yang Begitu Menakjubkan

"Berlatih dengan bersunggh-sungguh dan menumpukan semua perhatian dari sekarang untuk mengumpulkan qi dan tenaga darah untuk membuka Bukaan Mata, Telinga, dan Mulut. Apabila semua bukaan dibuka dan menyambung dengan Bukaan Jantung, tanda ikan lompat melalui pintu naga akan muncul. Selepas pintu naga dilalui, qi dan tenaga darah dalam badan akan bertukar dari bentuk tidak zahir menjadi bentuk zahir, dari maya menjadi nyata; itulah Mahaguru Agung Tahap Dua, apabila qi dan tenaga darah menjadi qi sejati.

Sampai sini saja, yang lain tu boleh tunggu sehingga awak mencapai alam tersebut, lagipun, Grup Sembilan Wilayah ada banyak orang yang boleh menjelaskan benda ini, oleh itu saya takkan membazirkan nafas. Mari, mula dengan melihat skrol Teknik Penumbuk Buddha Asas, ia mempunyai junlah lapan belas pergerakan. Baca semua, dan pastikan ia terukir dalam memori awak." Mahaguru Ubat berkata. 

Mendengarnya, Shuhang membuka imej pertama ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯.

"Buka dalam mod skrin penuh," Mahaguru Ubat berkata.

Shuhang mengangguk dan mengklik, dan membesarkan imej ke skrin penuh.

Pergerakan pertama mempunyai tiga gaya. Bahagian kiri mempunyai tiga imej bentuk manusia dalam gaya penumbuk, dan bahagian kanan mempunyai perkataan Tradisional Cina yang tersusun dalam barisan tegak.

Kerana tidak biasa dengan penjajaran perkataan seperti ini, dia menjadi bosan semasa membaca.

Lagipun, perkataan tersebut merupakan bahasa Cina klasik, yang boleh difahamkan jika dibaca satu per satu, tetapi apabila digabungkan, kandungannya akan menjadi rumit dan kabur, tidak biasa ataupun senang untuk difahami.

Tetapi, tugasnya untuk menghafal kandungan yang mendalam ini kata demi kata, tanpa meninggalkan mana-mana perkataan.

Maksud bahasa Cina klasik kuno mungkin akan menjadi lain jika tertinggal satu perkataan. Jika dia terlupa satu perkataan ia akan menjadi tragedi, dan mengakibatkan pertapaannya bersimpang dan tertunduk kepada syaitan dalaman.

Pada masa ini, manik ais pengikat roh pada leher Song Shuhang menunjukkan kesannya; haruman yang dingin dan segar muncul, dan menjadi jelas di dalam mindanya. Bergantung kepada tambahan ini, dia menghafal seluruh petikan itu.

Di belakangnya, penjuru bibir Mahaguru Ubat menaik sedikit dan dia mengangguk dengan puas hati.

Selepas Song Shuhang menghafal kandungan lampiran pertama, dia masih bimbang. Dia menyemak kandungan dalam mindanya dengan kandungan dalam imej pergerakan pertama.

Tetapi, dia tidak faham kenapa matanya mula menjadi kabur dalam proses itu.

Sedikit demi sedikit, dunia di depannya menjadi piksel, semua dalam biji-biji.

'Apa yang sedang berlaku, penglihatan saya menjadi kabur?' Song Shuhang menggelengkan kepalanya, sebab ingin mengosongkan mindanya sedikit.

Sambil menggelengkan kepalanya, depan matanya menjadi terang.

Selepas itu… dia nampak padang rumput yang luas.

Apa yang sedang berlaku?

Song Shuhang menjadi takut. Adakah matanya sudah rosak, sampai ia nampak ilusi?

Semasa dia sedang berfikir, satu bayangan muncul daripada padang rumput yang luas itu.

Ia merupakan lelaki yang separuh bogel di atas dan mempunyai muka yang kabur. Otot pada badannya sangat jelas dan dipenuhi tenaga yang banyak, bentuk badan yang diingini semua lelaki.

Shuhang meningkatkan kewaspadaannya dengan segera sekiranya apa-apa yang tidak disangka berlaku.

Namun, lelaki itu tidak mempedulikan Song Shuhang, dia hanya mula berlatih satu set teknik penumbuk dalam padang rumput seperti tiada orang di sekitarnya.

Teknik pertama mempunyai tiga gaya.

Lelaki itu asyik mengulanginya, bergerak dan memusing dengan kelajuan yang tetap pada padang rumput.

Satu pergerakan dengan tiga gaya yang dilaksanakan oleh lelaki bermuka kabur itu sentiasa bertukar. Setiap pergerakan seperti dia sedang membuka kebenaran Jalan Utama syurga dan bumi.

'❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯, Nombor Satu.' Song Shuhang mengenali teknik penumbuk itu.

Sekejap, kenapa dia berada di padang rumput? Dan, lelaki bermuka kabur ini datang dari mana?

Apa yang sedang berlaku?

'Bertenang, bertenang dulu!'

Inikah sihir Senior Mahaguru Ubat? Yang digunakan untuk menunjukkan teknik penumbuk kepadanya?

Atau adakah imej teknik pernumbuk ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ mempunyai ciri-ciri ghaib?

Atau ia merupakan kebetulan yang ditakdirkan yang telah mengakibatkan sesuatu?

Walau bagaimanapun, ini merupakan peluang di depannya.

Lelaki bermuka kabur ini tanpa ragu-ragu merupakan datuk mahaguru teknik penumbuk. Meskipun Song Shuhang tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang teknik penumbuk, dia masih boleh mengesan teknik penumbuk lelaki ini sangat mengagumkan.

Sekarang, lelaki di depannya sedang berlatih ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯, Penumbuk Asas Nombor Satu, berulang-ulang dan secara terbuka.

Ini merupakan peluang yang tidak patut dilepaskan—jika dilepaskan, siapa tahu bila ia akan datang lagi!

Song Shuhang membuka matanya dengan besar, dan menghafal teknik penumbuk yang dilaksanakan oleh lelaki bermuka kabur itu. Lelaki itu bergerak dan memusing; penumbuk diayunkan dalam gabungan bentuk bengkok dan lurus, serangan dalam petahanan, dan pertahanan dalam serangan, atau tumbukan terus seperti meriam, berkuasa dan berat dengan daya pergerakan yang boleh memecahkan kawah dan menenggelamkan bot.

Berkali-kali, ulangan demi ulangan; semua sudut dan pelbagai bentuk!

Masa berlalu.

Akhirnya, Song Shuhang tidak boleh ingat berapa kali lelaki bermuka kabur itu melaksanakan teknik penumbuk.

Di bawah demonstrasi yang hampir dipanggil kepenatan yang tidak berhenti-henti, Shuhang memperolehi impresi yang mendalam tentang tiga gaya 'Penumbuk Asas Nombor Satu'. Sekarang, dia hanya perlu menunggu untuk keluar daripada tempat yang ganjil ini dan berlatih beberapa hari untuk menguasai tiga gaya pergerakan itu.

Selepas fikiran ini terbentuk, Song Shuhang berasa matanya menjadi kabur sekali lagi.

Selepas itu, keterangan matanya dipulihkan.

Di depan matanya termuncul skrin komputernya, dan Senior Mahaguru Ubat ketawa dengan bangga.

Dia memandang masa pada penjuru kanan bawah skrin komputer… satu minit pun belum berlalu!

Song Shuhang memusing dan memandang belakang, dan ternampak senyuman bangga Mahaguru Ubat.

Nampaknya ia semua di bawah kawalan Senior. Oleh itu, Song Shuhang bertanya, "Senior Mahaguru Ubat, apa yang telah berlaku tadi?"

"Ia merupakan sihir hipnosis yang mudah yang hanya akan ada kesan pada orang seperti awak yang belum mula bertapa lagi… sihir ilusi tahap yang paling rendah." Mahaguru Ubat ketawa.

"Ia dikenakan oleh Senior ke?" Song Shuhang bertanya.

"Tak, saya biasanya menapis pil, dan ada sikit kemahiran dalam sihir hipnosis." Mahaguru Ubat menggoyangkan jarinya dan menjelaskan, "Ia asal daripada yang awak sedang lihat, kebolehan yang wujud dalam ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯.

"Kebolehan yang wujud dalam ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯? Tapi bukannya ia dibaca daripada pemacu kilat dan dibuka dalam komputer saya? Ia masih boleh mempunyai sihir hipnosis walaupun begitu?" Song Shuhang terkejut.

Kalau sihir hipnosis seorang pertapa begitu hebat, menakluki dunia bukan lagi satu mimpi!

"Ia bukan sehebat yang awak sangka, hanya satu gimik yang digunakan oleh pertapa zaman dulu. Gambar ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ yang awak nampak… teknik gaya bentuk manusia pada bahagian kiri atas imej dan perkataan pada bahagian kanan disusun dengan teliti. Setiap perkataan, setiap lejang, dan setiap tulisan telah dikira dengan teliti dan disusun; ia menjadi formasi satu sihir hipnosis. Selepas itu, awak hanya perlu menenangkan minda, menumpukan perhatian dalam menghafalkan kandungannya. Padankannya dengan imej dalam minda beberapa kali dan ini akan menghasilkan hipnosis. Awak akan nampak ilusi yang ditetapkan oleh pencipta ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ sebelum ini." Mahaguru Ubat menjelaskan.

Walaupun memanggil mereka gimik kecil, hujung mulutnya menunjukkan senyuman bangga.

"Sangat menakjubkan!" Song Shuhang berkata.

Dia begitu asyik dengan menyaksikan perlaksanaan teknik penumbuk datuk mahaguru.

Jika dia memperolehi teknik hipnosis dan menulis satu novel menggunakannya, bukankah dia boleh menyebabkan pembaca menyelami penuh dalam dunia novel? Apabila ia dimuat naik ke laman web, bukankah dia akan mencabar syurga?

Baiklah, itu sebenarnya fikiran keduanya. Fikiran pertamanya, menggunakan teknik ini untuk menukar beberapa novel 18+, dan itu akan menyebabkan orang menyelaminya dengan sepenuhnya, bukan? Dia berasa sangat hebat apabila memikirkan tentangnya. Apabila itu berlaku, wayang seperti 3D Seks dan Zen: Ekstasi Melampau akan menjadi tidak memuaskan, bukan?

Fikiran ini… dia menyimpan untuk diri sendiri. Jika dia menyebut tentangnya, Senior Mahaguru Ubat mesti menghentamnya dengan tapak tangan.

"Pergerakan tujuh belas ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ yang lain dan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ sama saja. Saya bagi awak dua jam untuk membaca semuanya. Sekarang ni angin saya baik, oleh itu selepas awak habis, laksanakannya satu kali dan saya akan membetulkan kesalahan awak jika ada." Mahaguru Ubat ketawa.