Ketika pertama kali bertemu dengan Bulu Lembut, pasti seseorang akan mengingati sepasang kakinya yang panjang itu. Tetapi selepas beberapa ketika bersama dengannya, seseorang itu pasti akan teringat pada senyuman malunya yang sangat comel itu.
Pada masa ini, Tubo dan dua lelaki lain berdiri dan segera menuju ke Shuhang sambil bertanya, "Kenapa, Shuhang?"
Mereka bertiga rakan sebilik Shuhang yang berasa bimbang dan ingin tahu apabila mereka melihat seorang lelaki berkulit gelap datang melawat Shuhang.
"Tiada apa-apa, dia penghantar surat. Saya dapat dua penghantaran ekspres dan saya perlu menandatangani bungkusan itu." Shuhang tersenyum dan berpaling ke arah Sima Jiang. "Helo Jiang si kecil, di mana bungkusan itu?"
Jiang si kecil... Sudut mulut lelaki yang memakai sut itu menggerenyet. Sudah lama tidak ada orang yang memanggil dia dengan panggilan sebegitu. 'Aku tidak sangka ada seorang budak lelaki yang berani memanggil aku begitu.'
Walau bagaimanapun, dia masih tersenyum dengan mesra. "Saya telah letakkan dua bungkusan itu di pintu bilik asrama anda. Sila periksa."
"Ok, boleh kita pergi? Tempoh rehat saya cuma 15 minit antara kelas," kata Song Shuhang.
Sima Jiang ketawa dan berkata, "Sebab itulah yang saya datang ke sini!"
❄️❄️❄️
Di tingkat dua asrama lelaki, di hadapan pintu asrama mereka.
Empat lelaki dalam sut hitam mengawal dua kotak bersaiz 80x80 dengan muka yang serius.
Song Shuhang terkejut. "Adakah perkhidmatan Penghantaran Fengshou Express sentiasa sebaik ini?"
Sekiranya begitu, bagaimanakah syarikat penghantaran ekspres lain masih dapat bertahan?
"Haha, perkhidmatan kami sentiasa baik. Tetapi kali ini, pelanggan kami seorang yang istimewa. Jadi perkhidmatannya lebih baik," kata Sima Jiang sambil ketawa.
"Maaf kerana mengganggu," Song Shuhang mengangguk sambil menuju ke arah dua kotak besar dan memeriksa nota penghantaran.
Dan dia melihat nama "Bulu Lembut" dalam ruang 'Penghantar'. Tetapi, alamat suratnya kosong.
Kedua-dua kotak itu mungkin dipenuhi dengan bahan mentah untuk menapis 'cecair penguat badan mudah' yang Bulu Lembut janjikan untuk beri kepadanya.
"Adakah anda perlu membukanya?" Sima Jiang bertanya dengan nada sopan.
Dia tidak perlu membukanya. Sima Jiang tidak akan berani membuka dua bungkusan besar itu sendiri.
"Ha, tidak. Jika ada masalah, saya boleh terus menghubungi anda." Song Shuhang melambai kad nama di tangannya.
"Baiklah. Encik Shuhang, jika anda tidak mempunyai sebarang masalah, sila tandatangan di sini." Sima Jiang berasa lega selepas mendengarnya. Dia menunjuk kepada nota penghantaran sambil mengukir senyuman.
"Baiklah." Song Shuhang menghulurkan tangan dan terus menandatangani namanya.
"Okey selamat tinggal, Encik Shuhang. Semoga hari anda indah." Sima Jiang melambai tangannya dan berpaling ke arah empat orang lelaki yang memakai sut hitam itu.
Shuhang merasakan yang lima orang lelaki itu tidak kelihatan seperti penghantar bungkusan. Mereka nampak sangat hebat dan bermisteri. Song Shuhang membuka pintu, 'Oh, saya terlupa untuk meminta mereka memindahkan kedua-dua kotak itu. Agaknya bungkusan ini berat tak?'
Dia sangat kagum dengan beg besar Bulu Lembut, jadi dia bimbang sekiranya kedua-dua bungkusan yang dia terima ini juga sangat berat.
Dia mengangkat kedua-dua kotak besar itu. Bagus, tidak terlalu berat.
Dia meletakkannya di atas katil satu demi satu.
Shuhang menutup pintu kerana dia tidak sabar untuk membuka kotak itu. Terdapat kotak-kotak kayu kecil di dalam bungkusan itu. Terdapat empat lapisan dalam setiap bungkusan dan dalam setiap lapisan ada empat kotak kayu kecil. Jadi, terdapat sejumlah tiga puluh dua kotak kayu di dalam dua bungkusan yang dia terima itu.
Sambil membuka kotak kayu yang kecil itu dengan berhati-hati, Shuhang mendapati ada lebih daripada empat puluh jenis herba ubatan yang diletakkan di dalamnya.
Terdapat beberapa ubat herba yang boleh dikenali oleh Shuhang, seperti ginseng, wolfberry, Batu Matahari Terbit, Haruman Perawan dan sebagainya.
Terdapat juga beberapa jenis herba yang Shuhang tidak pernah lihat tetapi mengeluarkan bau yang sangat harum. Shuhang merasakan seluruh badannya dimandikan dalam aroma ubatan itu dengan hanya menghidunya. Mungkin ini semua ramuan ubatan ajaib, seperti Ranting Overlord Segar dan hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang.
Shuhang terkejut saat dia melihat ke arah dua kotak ramuan ubatan itu...
Antara dua kotak ramuan ubatan, bukan hanya hirisan ginseng yang mempunyai nilai tinggi, ramuan lain yang ada di situ pasti lebih tinggi nilainya. Dan, beberapa ramuan ubat-ubatan di dalam kotak, seperti Rumput Misteri Embun Pagi, Ranting Overlord Segar dan hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang mungkin seratus kali lebih berharga daripada ginseng.
Tetapi bukan nilai ramuan itu yang membuat Shuhang terkejut.
Dia tertanya-tanya, 'Adakah ini ramuan yang diperlukan untuk 'cecair penguat badan yang mudah'?'
Dengan ramuan ubat herba ini, bolehkah aku siapkan 'cecair penguat badan mudah' dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Mahaguru Perubatan dalam Kumpulan Nombor Satu Wilayah Sembilan? Hanya dengan mencampurkan semua ramuan ini ke dalam periuk besar dan pada suhu yang sesuai?
Apakah kesan cecair ini kepada badan manusia?Bolehkah ia membentuk emula tubuh seseorang untuk menjadi seperti yang diterangkan dalam novel Xianxia?
Mungkin aku boleh tahu sama ada pertapaan benar-benar wujud dengan ramuan ubatan dan formula pil 'Mahaguru Ubatan'!
Pemikiran sebegini seperti menyalakan api ke minda Shuhang dan dia menjadi lebih bersemangat untuk mencuba.
Song Shuhang bukan seorang yang degil. Sekiranya cecair penguat badan benar-benar mempunyai kesan ajaib yang legenda itu, dia akan mempercayai kewujudan pertapaan.
Tetapi, apa yang perlu dia lakukan sekiranya dia dapat mengesahkan kewujudan pertapaan?
'Aku tidak ada kelas petang ini. Terdapat empat puluh lima jenis ubat-ubatan. Setiap satu akan mengambil masa lima minit atau lebih. Jadi aku akan mengambil masa selama tiga hingga empat jam. Mungkin aku boleh mencubanya petang ini!'
Song Shuhang tidak pernah teragak-agak untuk melaksanakan rancangannya. Selagi dia bersungguh-sungguh, dia akan meneruskan tugasannya!
'Sekiranya aku ingin membaiki cecair pil ini, mula-mula aku perlu ada... relau pil bukan?'
Walau bagaimanapun, sudah tentu tidak ada sebarang relau yang dijual di pasaran. Mungkin dia boleh membelinya dari Taobao, tapi itu pasti relau mainan.
Tidak mungkin dia boleh mendapatkan relau pil sebenar jika dia hendak membaiki cecair itu petang ini. Jadi dia terpaksa mencari sesuatu untuk menggantikannya.
Song Shuhang pergi ke dapur kecil di dalam biliknya dan mula mencari.
Tidak lama kemudian, dia melihat sesuatu yang boleh digunakan untuk menyediakan ubat... periuk panas.
Tetapi dia segera menafikan idea gila itu, 'Tidak, barang ini terlalu jauh bezanya daripada relau pil.'
Dia tidak melihat rupa sebenar relau pil dan tidak tahu sama ada ia serupa seperti yang ditunjukkan dalam filem. Tetapi, dia harus mendapatkan sebuah relau dan periuk panas tidak sama seperti relau.
Selepas meletakkan periuk panas, Shuhang mula mencari di dapur kecilya itu sekali lagi.
Selepas beberapa ketika, dia tidak menemui apa-apa.
Periuk nasi elektrik, cerek panas, kuali, periuk tekanan. Tiada satu pun yang dapat menggantikan relau pil itu.
Periuk tekanan kelihatan lebih kukuh, tetapi ia dimasak dengan tekanan tinggi, jadi ia tidak dapat dibuka dalam separuh perjalanan untuk penyediaan cecair itu. Semasa membuat cecair penguat badan untuk dibaiki, ramuan ubat perlu ditambah setiap lima minit.
Ini bermakna, daripada semua alatan yang ada, pilihan terakhir semestinya... Song Shuhang menatap ke arah periuk panas dengan berat hati.
'Nah, ia hanya untuk menyediakan ramuan ubatan. Mungkin aku boleh cuba? ' Dia berfikir. 'Tetapi ada tiga puluh dua bahagian ramuan herba perubatan. Kalau aku gagal sekali, masih boleh terima.
'Tapi, ramuan itu pasti terbazir. Lagipun, ramuan ubat ini seperti mempunyai nilai yang tinggi.
'Betul, biar aku cuba sekali sahaja. Aku tidak akan berjaya sekiranya tidak mencuba. Walaupun aku mungkin gagal, aku masih dapat pengalaman.' Song Shuhang telah membuat keputusan.
'Aku akan cuba buat petang ini!'
Dia berharap rakan-rakan sebilik tidak akan mempedulikan dia ketika dia sedang sibuk membuat uji kaji di dapur. Atau, mungkin dia harus keluar dan mencari tempat lain untuk mencuba secara rahsia?
Apapun , kini dia terpaksa kembali ke kolej untuk menamatkan kelas terakhirnya pagi ini.
Shuhang membuka almarinya dan meletakkan kotak-kotak yang mengandungi ramuan ubat-ubatan herba ke dalamnya satu persatu.
Saiz almari itu cukup untuk memuatkan kesemua bahan ramuan ubatannya. Dia boleh meletakkan semua ubat herba ke dalamnya selepas mengeluarkan semua barangan di dalamnya.
'Baguslah. Jika tidak, aku tidak tahu di mana aku akan sembunyikan semua barang-barang ini,' Fikir Song Shuhang.