'Tetapi, saya hanya mengikut gerak hati sendiri dan tidak mengikut arahan dalam formula pil pada langkah-langkah yang terakhir.
'Maksudnya, saya berjaya atau gagal?'
Song Shuhang memicit dagunya dan merenung ke arah cecair ubatan itu dengan lama.
'Ataupun patut saya cuba merasanya?'
Lagipun, dia menghabiskan lebih daripada tiga jam setengah untuknya.
Dia teragak-agak sebentar dan seterusnya membuat keputusan.
Perasaan takut untuk mencuba cecair ubatan yang tidak diketahui ditewaskan oleh keinginan untuk mengesahkan kewujudan 'pertapaan'.
Paling teruk pun, dia akan dihantar ke hospital untuk mengepam perutnya.
Bagaimanapun, Song Shuhang bukan seorang yang bertindak dengan terburu-buru.
Pertamanya, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan memastikan nombor telefon salah satu rakan sebiliknya terpapar di skrin—Tubo. Kalau ada apa-apa yang berlaku, dia boleh menelefon Tubo dengan menggerakkan jarinya sahaja.
Pada mulanya, dia bercadang untuk memaparkan nombor telefon '120', tetapi dia takut dia tidak ada tenaga untuk bercakap pada masa itu. Jika dia tidak dapat bercakap selepas membuat panggilan, operator telefon 120 mungkin ingat ada seseorang sedang bergurau. Kalau macam itu, tragedi pasti menimpa. Oleh itu, baik dia menelefon rakan sebiliknya. Jika ada sesuatu yang berlaku, walaupun hanya dengan suara jeritannya, mereka pasti akan tahu ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya.
'Biar saya cuba. Jika saya hanya mengambil satu suap... saya mungkin tidak akan mati, betul?' Shuhang berfikir.
Akhirnya, dia mencedok satu sudu penuh, dan meniup untuk mennyejukkannya. Wow, dengan empat puluh lima jenis herba, hanya tinggal lebih kurang lima sudu pes ubatan.
Lima sudu pes ubatan mungkin akan bernilai satu juta?
'Ia hanya pes bijian, ia hanya pes bijian...' dia cuba untuk meyakinkan diri, dia menutup matanya, tahan nafas, dan menelannya.
Dengan terkejutnya, walaupun pes itu busuk, rasanya sedap dan mempunyai wangian ubatan yang tidak dapat diterangkan.
Tetapi seterusnya muncul dua rasa daripada tekaknya... kesakitan dan kepedasan!!!
Rasanya sangat pedas. Yang peliknya, masa pes ubatan memasuki mulutnya ia tidak pedas, dalam tekaknya ia terus mengeluarkan kepanasan tanpa henti dan seperti tekaknya akan meletup!
'Matilah saya. Saya kena mengepam perut.'
Shuhang menggenggam lehernya dengan satu tangan dan menekan skrin telefon bimbit dengan tangan lagi satu. Dia cuba menelefon Tubo!
Namun, sebelum dia cuba menggerakkan jarinya, rasa yang seperti akan meletup itu tiba-tiba hilang.
Untuk lebih jelas, cecair ubatan yang meletup itu bertukar menjadi suatu tepek suam yang menuruni tekaknya ke dalam perut. Dia hanya berasa sesuatu yang suam di dalam perutnya. Dia berasa sangat selesa sehingga ingin **.
Tetapi, sebagai lelaki, ia akan menjadi jijik jika dia betul-betul **, oleh itu dia cuba menahannya.
Tetapi ia belum berakhir lagi. Menumpu ke perut Shuhang, haba mengalir melalui semua saluran dan laluan badannya. Dia berasa hangat dan selesa dalam perutnya pada mulanya, tetapi sebentar lagi, dia berasa sangat tidak selesa di semua bahagian badannya.
Akhirnya, Shuhang tidak boleh menahan lagi. Dia membuka mulutnya dan mahu **. Rasanya sangat bagus. Dia memang tidak boleh menahan lagi!
Namun, apabila dia membuka mulutnya, dia berasa seperti mulutnya disumbat. Dia tidak boleh mengeluarkan suara, walau sedikit pun!
Hanya, pada masa itu, dia berasa dia mesti melepaskannya.
Oleh itu, dia menahan nafasnya, dan membuka mulut dengan besar, mencuba untuk mengeluarkan bunyi daripada perut dan seterusnya ke tekak!
Dia sedang menahan...menahan untuk seketika.
"Kentut~ ~"
Ia bergema dengan kuat, tetapi kasihannya, ia tidak datang dari mulutnya. Sebaliknya, ia datang dari punggungnya.. Dia kentut selepas menahan nafas untuk begitu lama.
Nasib baik, jika seseorang itu boleh melepaskan udara dari bawah, dia boleh melepaskan udara dari atas. Shuhang membuka mulutnya dan bersendawa.
Sendawa ituseolah-olah melepaskan semua haba di dalam badannya.
Lagipun, selepas membesar ke peringkat dewasa, dengan pengumpulan pelbagai jenis toksin dalam badan, orang selalu berasa seperti berapi di dalam hati, dan mereka kadangkala berasa tekak mereka panas dan kering semasa bernafas.
Namun, sebaik sahaja Shuhang bersendawa, dia berasa seperti organ dalamannya telah dibersihkan. Dia berasa nyaman dan segar. Ia sangat sangat selesa! Dengan setiap nafas, dia berasa seperti dia sedang berjalan di dalam hutan pada waktu pagi. Angin yang nyaman memasuki hidung dan mulutnya, terus sampai ke hatinya.
Dengan sendawa ini, cecair ubatan dalam badannya mula berkesan seperti ia telah meletup. Ia memberi kesan kepada setiap bahagian badannya dan satu saliran tenaga yang tidak berhenti-henti telah membangkit!
Kesan ubatan dalam badannya masih sedang meledak… meledak!
Shuhang kegatalan di seluruh badan, dan rasa kepenatan daripada menapis pil selama tiga setengah jam sudah hilang.
'Cecair penguat badan ini betul-betul wujud!' Song Shuhang sangat pasti cecair hitam yang dia baru telan itu betul-betul merupakan cecair penguat badan.
Tenaga dalam badannya masih penuh, dan kehangatan masih sedang meledak. Badannya penuh dengannya, dan ia tidak berhenti-henti berkumpul walaupun badannya sudah dipenuhi dengannya. Shuhang berasa dia seperti hampir meletup.
Pada masa ini, minda Song Shuhang tiba-tiba dipenuhi imaginasi yang liar. Dia teringat dalam novel Xianxia, wira-wira yang mengambil ubat akan ada suatu teknik atau teknik tumbukan untuk dilatih, untuk mengasimilasikan kesan ubat itu.
Namun, dia tidak tahu apa-apa teknik tumbukan.
Salah satu orang cikgu sekolahnya telah mengajar dia dan rakan sekelasnya tinju bayang untuk menghabiskan masa, tetapi Shuhang hanya agak-agak ingat satu benda, iaitu formula
Selain daripada itu, dia ragu-ragu tentang versi yang diajar oleh cikgu tersebut, iaitu cikgu sukan dan matematiknya masa itu. Mungkin ia dipetik daripada suatu buku teks yang ketinggalan zaman terbitan XX Press.
'Saya kena meruapkan kesan ubat ini, kalau tidak, macam mana kalau saya meletup seperti yang digambarkan di dalam novel Xianxia?' Song Shuhang berasa dia perlu bergerak.
'Mungkin saya patut keluar untuk berlari?' Memandang matahari yang membahang di luar, Shuhang berasa mungkin itu bukan cadangan yang bagus. Tetapi, aliran kuasa dan tenaga yang asyik meledak dalam badannya membuatkannya berasa dia patut membuat sesuatu.
Dengan mengersik giginya, dia berlari ke arah padang sukan kolej.
Berlari dan berlari, Shuhang bergerak dengan semakin pantas. Semakin banyak dia berlari, semakin selesa dia berasa. Dia berasa seperti dia hampir terapung di udara.
Dia hampir memecut ke padang sukan.
Cuaca begitu panas sehingga pelajar yang paling bertenaga pun memilih untuk bermain bola keranjang atau benda lain, dan tiada sesiapa pun yang akan berlari beberapa pusingan di bawah matahari yang terik.
Hanya Shuhang sahaja berada di atas trek yang lebar. Dia melepaskan segalanya, dan berlari ke depan trek seperti kuda yang gila. Tambah laju! Dan seterusnya, tambah laju lagi!
Akhirnya, dia berasa kakinya telah bergerak terlalu cepat untuk dikawal.
Setiap kali trek membelok, dia berasa seperti dia sedang "drifting"!
Dengan senang sekali, dia telah berlari tiga pusingan penuh dalam keadaan memecut. Dan itu ialah seribu lima ratus meter. Tetapi, dia tidak letih langsung. Sebaliknya, sementara kehangatan dalam perutnya sedang dilepaskan, dia berasa badannya semakin ringan. Semakin banyak dia berlari, semakin tenang dia berasa.
Dengan senaman yang begitu berat, manik ais pada dadanya pun tidak dapat memastikan suhu badan Shuhang akan kekal normal. Peluh mengalir keluar daripada setiap liang roma pada badannya dan lama-kelamaan mambasahi baju Shuhang.
Tetapi, dia berasa sangat selesa!
Dengan setiap titisan peluh, dia berasa tubuhnya menjadi lebih ringan. Dengan setiap nafas yang keluar dari mulutnya, dia berasa lebih nyaman di dalam.
Cecair penguat badan bukan sesuatu yang boleh menguatkan badan dengan hanya berbaring dan tidur. Setiap pertapa perlu menyediakan suatu teknik atau teknik tumbukan untuk membantu mengasimilasikan cecair itu kepada kesan yang maksimum.
Song Shuhang tidak mempunyai apa-apa teknik atau teknik tumbukan yang begitu. Pada masa ini, dia hanya boleh berlari dengan liar!
Satu pusingan selepas satu lagi, Song Shuhang kelihatan seperti penuh bertenaga.
Pada mulanya, dia mengira berapa banyak pusingan yang telah dilari, tetapi akhirnya, tiada makna untuk meneruskan pengiraan, kerana dia berasa dia mampu berlari mengelilingi bumi selagi kesan ubatan meletup masih berada di dalam badannya, seperti keadaan sekarang.
Oleh itu, dia terus memecut satu pusingan selepas satu pusingan. Dia tidak akan berhenti sehingga badannya tidak lagi melimpah-limpah kesan ubatan itu.
Tanpa mengira, dia sendiri tidak tahu berapa banyak pusingan yang sudah dipusing. Tiga puluh pusingan? Empat puluh pusingan? Mungkin lebih lagi.
Song Shuhang akhirnya berhenti.
Walaupun berlari pada kelajuan memecut untuk masa yang begitu lama, dia bernafas dengan lancar dan tidak kelihatan penat langsung.
Nasib baik, kesan yang meledak ubatan itu akhirnya dikurangkan. Kesan ubatan yang tertinggal berkumpul dalam perut Shuhang dan mula menguatkan badannya ddengan cara yang lebih lembut.
Memandang bajunya yang dibasahi peluh, Shuhang terus menanggalkan bajunya yang melekit dan memegangnya.