Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 19 - Tokong Lampu Berhantu Lima Puluh Tahun Dahulu

Chapter 19 - Tokong Lampu Berhantu Lima Puluh Tahun Dahulu

Song Shuhang terhenti dan berasa sangat gembira apabila dia mengenali penunggang motosikal itu. "Bo? Awak ke tu? Kenapa awak kat sini?"

Jejaka kacak itu merupakan salah satu daripada rakan sebilik Shuhang, Bo, satu nama kampung yang tidak sepadan dengan wajah kacaknya. Nama keluarganya Lin, dan nama penuhnya Lin Tubo (orang kampung Bo).

Nama yang tidak seberapa itu menyakitkan hatinya lebih daripada 10 tahun, sebab baginya, ia sangat buruk.

Dia sudah bertahun-tahun bertelingkah dengan ayahnya kerana ingin menukar namanya.

Pernah sekali, dia membawa pendaftaran keluarga dan kad IDnya dan pergi ke balai polis untuk menukar namanya dengan sendiri. Bila ayahnya dapat tahu mengenai perancangannya, heret Bo balik ke rumah, dan dia dibelasah.

Oleh itu, dia selalu meminta orang memanggilnya Ah Bo, Si Bo, ataupun Bo sahaja.

Sebenarnya, pada pendapat Shuhang, nama 'Tubo' tidaklah begitu buruk.

Ia lebih baik daripada Wang Erdan atau Liu Gousheng.

Jangan ingat ini hanya satu jenaka. Memang ada seorang yang bernama Goudan di kampung Shuhang—tetapi nama keluarganya ialah Wang, nama penuhnya Wang Goudan.

Wang Goudan selalu berasa dia bukan anak ayahnya, ataupun ayahnya membencinya. Kalau tidak, macam mana dia boleh diberikan nama sebegini?

Bagaimanapun, dia tidak sangka akan terserempak dengan Bo di sini.

"Datuk saya tinggal di Bandar J, dan minggu ini keluarga saya datang untuk melawatnya. Awak pula? Kenapa awak datang ke sini?"

Semasa berbual Bo tiba-tiba terperasan gadis berkaki panjang di tepi Shuhang.

Dia menepuk penumbuk kanan dengan tangan kirinya—faham! faham! Shuhang membawa teman wanitanya ke sini untuk berdating!

"Tsk, tsk, Shuhang, tak sangka awak ni lelaki **. Dah dapat teman wanita yang begitu cantik tetapi tidak beritahu orang ke? Awak kena belanja makan malam tau!"

Bo ketawa perli.

Walaupun diperli oleh Bo, Song Shuhang tidak menunjukkan reaksi. "Diamlah. Saya akan nyalakan dupa kalau dia betul-betul teman wanita saya. Dia kakak saya, Bulu Lembut.

Dia datang ke Bandar J untuk mencari tempat yang bernama Tokong Lampu Berhantu, tapi sebab dia tak kenal jalan, dia suruh saya menemaninya ke sini."

"Betul ke?"

Tubo memandang Shuhang dengan serius.

Shuhang mengangkat bahunya, dan Bulu Lembut tersenyum manis di tepi.

"Baiklah. Saya percaya awak." Tubo bukanlah pengumpat. "Tadi awak cakap awak sedang mencari tokong? Dah jumpa ke belum?"

Shuhang menggeleng kepalanya. "Dah lama saya mencari di Internet, tapi masih tak dapat, oleh itu saya datang ke sini untuk tengok kalau ada orang yang tahu tentangnya.

Tapi, pelayan hotel pun tak tau tentang Tokong Lampu Berhantu. Mungkin nama tokong tu dah ditukar ataupun ia dah dirobohkan, oleh itu saya bercadang untuk bertanya-tanya penduduk tua di sini, dan cuba mendapatkan petunjuk."

"Kalau macam tu…apa kata awak datang ke rumah saya? Mungkin awak boleh tanya datuk saya tentangnya. Datuk saya memang penduduk asal kawasan Jalan Luo Xin di Bandar J. Mungkin dia kenal Tokong Lampu Berhantu ni. Tsk, namanya sangat buruk. Dengan nama macam ni, tokong ni tak mungkin ada banyak pemuja. Pastinya dah ditutup!" Tubo bercakap. Dia sangat obsesi dengan nama.

Song Shuhang sangat gembira dengan pelawaan itu tetapi dia masih ingin bertanya, "Adakah kami mengganggu keluarga awak?"

"Tak apa, datuk saya agak suka menerima tetamu. Kalau ayah saya, dia begitu terdesak suruh saya tinggal dengan rakan sekelas sebab takut saya keluar mengusik benda-benda pelik. Dia asyik berleter 'pergi belajar, pergi belajar' sehari suntuk, tapi saya sekarang dah jadi pelajar kolej. Hampir gila saya dibuatnya," Tubo ketawa.

Walaupun dia asyik merungut tentang ayahnya, dia dengan ayahnya sebenarnya mempunyai hubungan yang baik—asalkan ayahnya tidak memukulnya.

Ayahnya sangat percaya tentang pendidikan fizikal. "Cara yang paling baik untuk menghabiskan masa ketika hujan ialah memukul anak saya' merupakan ungkapan penariknya. Sikap ini menyebabkan Tubo berasa sedikit tidak selesa.

Akhirnya, Tubo bertanya, "Awak boleh menunggang motosikal, Shuhang?"

"Boleh, tapi tak ada lesen," Shuhang menjawab. 

"Tak apa. Di tempat kecil sebegini, siapalah yang akan bersusah payah nak periksa lesen motosikal awak?" Tubo ketawa, memusing kepalanya dan bercakap, "Ah Yong, pinjamkan dia motosikal awak. Awak kongsi dengan yang lain!"

"Boleh."

Seorang yang berbadan besar turun dari motosikalnya dan meletakkannya di depan Song Shuhang.

"Terima kasih," Shuhang bersenyum.

Ah Yong melambaikan tangannya dengan santai untuk menunjukkan ia tidak kisah dan terus menumpang motosikal kawannya yang lain.

Dalam seketika, motosikal-motosikal tersebut beredar dengan bunyi yang lantang.

Song Shuhang menaiki motosikal hitam itu dan mencubanya.

Dengan memusing pendikitnya sedikit, dia berasa motosikal itu melompat ke depan dengan berkuasa.

"Boleh tahan ni, dah ubah suai ke?" Shuhang menghentikan motosikal itu dan ketawa.

"Motosikal semua di sini telah diubah suai oleh saya. Mereka semua ada kuasa yang hebat," Tubo ketawa dengan bangga.

'Oh, saya lupa budak ni seorang geek teknologi.

'Walaupun dia tak boleh memasang Gundam dengan tangannya sendiri, dia selalu membina benda mekanikal yang menarik.'

"Bulu Lembut, naiklah." 

Shuhang memusing kepalanya dan memanggil Bulu Lembut.

Nasib baik bagasi besarnya ditinggalkan di dalam hotel, kalau tidak, tidak mungkin mereka boleh menunggang motosikal kerana tidak ada tempat untuk meletaknya.

Bulu Lembut mengangkat salah satu kakinya yang panjang dan menaiki bahagian belakang motosikal yang ditunggangi Shuhang.

Tanpa disedari, dada lembutnya bersandar pada belakang Shuhang, menyebabkan Shuhang hampir kehilangan tenaga pada kedua-dua kakinya.

Di depan mereka, Tubo ketawa, "Ikut saya!"

Dengan bunyi lantang, kedua-dua motosikal menuju ke arah depan…

❄️❄️❄️

Datuk Tubo merupakan lelaki tua yang berfesyen. Dia suka membuat alat-alat mekanikal—nampaknya Tubo mewarisi hobinya daripada datuknya. Disebabkan dia sangat berfesyen, dia boleh bergaul rapat dengan orang muda.

"Tokong Lampu Berhantu? Masih ada orang muda yang tahu tempat itu?" dia ketawa terbahak-bahak.

Selepas mendengarinya, Shuhang tahu dia mesti tahu sesuatu tentang tokong itu!

Shuhang bertanya dengan segera, "Datuk, awak tau di mana Tokong Lampu Berhantu?"

'Datuk' merupakan cara orang di Jiangnan, Bandar J, dan bandar berdekatan yang lain memanggil orang lelaki yang sudah tua.

"Tak banyak orang yang mengenali tempat itu, sebab tokong itu wujud enam puluh tahun dahulu. Orang yang mengenalinya kebanyakan sudah mati, oleh itu kebanyakan orang muda seperti awak tak pernah dengar pun nama itu."

Datuk Tubo membawa mereka ke pintu halaman belakang dan menunjuk ke arah timur. "Terus berjalan ke timur, dan awak akan menjumpai hutan lebih kurang 700 meter daripada sini. Terus berjalan dan awak akan nampak sebuah makam lama yang besar, yang merupakan lokasi asal Tokong Lampu Berhantu."

"Sebuah makam lama? Tokong Lampu Berhantu merupakan makam?" Shuhang bertanya soalan yang bodoh tanpa disedari.

"Tokong Lampu Berhantu sudah diroboh?"

Mata Bulu Lembut terbeliak selepas mendapat tahu kebenarannya.

"Ya, lebih daripada enam puluh tahun dahulu, tokong itu dirobohkan oleh seorang lelaki yang seterusnya membina sebuah makam besar di sana untuk diri sendiri," Datuk Tubo berkata.

Enam puluh tahun dahulu, masa televisyen belum popular lagi. Ia bukan seperti sekarang di mana semua orang dapat mengetahui pelbagai benda daripada internet yang begitu maju.

Oleh itu, tidak ada apa-apa maklumat tentang Tokong Lampu Berhantu, malah orang muda yang berasal dari sini pun tidak berapa tahu tentangnya. Hanya beberapa orang tua yang tahu apa yang telah berlaku masa dahulu.

"Tetapi, setakat yang saya tau, Tokong Lampu Berhantu ialah harta benda persendirian, bukan? Ia bukankah telah dibeli oleh seseorang bertahun-tahun dahulu?" Bulu Lembut bertanya dengan tidak pasti.

"Oh, budak ni, banyak juga yang awak tahu tentangnya."

Datuk Tubo mula mengingat balik. "Sebenarnya…

Pada masa itu, tanah yang digunakan untuk membina Tokong Lampu Berhantu telah dimiliki oleh 'pengeksploit Huang', yang merupakan Huang Dagen, pemilik makam itu.

Dia telah menjual tokong itu kepada seorang orang asing lebih daripada enam puluh tahun dahulu.

Namun, sebelum menjualnya, dia hampir nak merobohkan Tokong Lampu Berhantu dan membina makamnya. Masa itulah seorang lelaki asing telah datang dan ingin membeli Tokong Lampu Berhantu. Huang Dagen mengambil peluang itu dan menjual Tokong Lampu Berhantu.

Beberapa tahun kemudian, dia nampak orang asing itu tidak balik, dan terus merobohkan Tokong Lampu Berhantu dan membina makam untuk diri sendiri."

"Tak malunya!" Shuhang terkejut.

Datuk Tubo mengeluh. "Pengeksploit Huang memang tak malu, oleh itu dia telah menipu banyak orang kaya pada masa itu. Bagaimanpun, ramai orang asing mudah tertipu dan kaya."

Song Shuhang memandang Bulu Lembut dengan senyap—dia meneka lelaki yang telah membeli Tokong Lampu Berhantu mungkin ahli keluarga Bulu Lembut. Namun, tiada perasaan marah pada wajahnya.

Dia hanya mengeluh, "Kalau tak silap saya, hampir semua ahli keluarga Huang Dagen sudah mati kan?"

Kata-kata gadis itu menggerunkan.

  1. 'Dua telur' dalam bahasa Cina
  2. 'Makanan anjing' dalam bahasa Cina.
  3. 'Telur anjing' dalam bahasa Cina.