Menggabungkan dua teknik membolehkan isyarat telefon untuk dibaca sejauh beberapa ratus kilometer tanpa geganti, yang mana dapat melengkapi kebanyakan kawasan perumahan di Rantau Barat dan akan membenarkan Jagat Mentari menerima kemas kini yang cepat daripada barisan pertahanan di Banjaran Puncak Langit.
Jika dia mahu terus meluaskan rangkaian, dia perlu menggunakan geganti isyarat.
Sebab kenapa Roland memilih untuk memajukan telefon berwayar bukan sahaja hanya kerana dia terinsipirasi dengan kata-kata Anna, tetapi juga kerana penggunaan alat ini yang meluas dan sangat praktikal. Telefon berwayar ini boleh menjadi suatu bahagian penting bagi mengawal keadaan politik, memajukan pusat kerajaan dan mengarahkan usaha pada musim peperangan.
Yang lebih penting, projek perindustrian di Jahat Mentari sudah mencapai titik ketepuan.