Keesokan paginya, Roland membuka matanya dan melihat cahaya matahari yang bersinar ke dalam ruang tamu.
Kipas terus meniup angin panas sepanjang malam dan cengkerik mendendangkan lagu kebiasaan di luar tingkap.
Sekarang dia sudah mengesahkan yang tidur di Dunia Mimpi tidak akan membuatkannya kembali ke realiti dan Roland berfikir yang dia mungkin dapat berehat semasa dia sedang tidur.
'Walaupun ini kedengaran sangat aneh… siapa kisah. Tidak kisah asalkan berhasil.'
Dia bangun dari kerusi panjang sambil menguap. Semasa dia baru sahaja mahu ke dapur menyediakan sarapan pagi, dia terdengar Zero menjerit di dalam bilik.
Beberapa ketika, dia muncul di pintu dengan mukanya kemerahan. Dia menunjuk ke Roland sambil tergagap-gagap. "Semalam, saya… pak cik…"
"Pak cik tidur di kerusi panjang malam tadi." Roland mengangkat bahunya. "Tolonglah, awak berpeluh dan tidak mandi. Pak cik tidak akan tidur dengan awak."