Sempadan utara tembok kota, Bandar Jagat Mentari.
Semasa tiba di bekas tapak ujian, Iffy mendapati terdapat ramai ahli sihir sudah berkumpul di sana. Di antara mereka ialah Maggie dan peneman sejatinya, seorang gadis berambut perang keemasan.
'Mungkin dialah yang bernama Lightning.' Fikir Iffy.
Apabila gadis kecil itu ternampak Iffy, dia dengan geram menggenggam penumbuknya dan mengetap giginya, sebelum menarik Maggie jauh darinya.
Jika ini merupakan tiga hari sebelum ini, Iffy pasti sudah memberi pengajaran kepada kedua-dua mereka agar menunjukkan hormat di hadapan ahli sihir tempur.
Tetapi kali ini, dia hanya tertawa sendiri.
Riak wajah berhati-hati gadis kecil itu mengingatkan Iffy kepada Annie. "Semasa saya berumur seperti itu, Annie persis gadis itu. Dia selalu ceria dan berhati-hati dan selalu berjalan di hadapan untuk melindungi saya."
Jelas sekali yang secara kebetulan kami berdua mencari perlindungan bersama.