Roland memanggil perhimpunan agung pertama bagi semua pegawai kanan Pekan Sempadan untuk bersidang di balai penghadapan istana.
Dewan Perbandaran yang dahulunya hanya dianggotai Barov dan seorang dua perantis sahaja kini sudah menggajikan hampir 100 kakitangan. Mereka terdiri daripada orang-orang bangsawan yang berpecah, kesateria yang ditangkap semasa perang, pembantu-pembantu kesateria serta penduduk tempatan yang sudah menghabiskan pendidikan asas dan menerima ijazah mereka.
Populasi penduduk Pekan Sempadan telah meningkat dengan mendadak dan ini membawa kepada kewujudan satu demi satu jabatan dalam Dewan Perbandaran. Sekarang mereka sudah melangkah setapak lagi untuk memenuhi keinginan pentadbiran Putera Roland. Sekarang dia tidak perlu melakukan semuanya sendiri, tetapi dia boleh berharap kepada jabatan-jabatan Dewan Perbandaran untuk menjalankan semua arahan dan perancangannya. Ini membuat Roland rasa sangat berpuas hati.