"Baiklah, kamu jual Rumput Matahari Sejuk tak?"
Zhang Xuan bertanya sambil menggeleng kepalanya untuk mengeluarkan semua idea yang ada.
Selain kelengkapan, penjual ini juga menjual herba.
Selepas membaca habis buku di Pavillion Kompendium, dia menjumpai jalan penyelesaian untuk masalah Zhao Ya. Dengan Badan Yin Tulennya, dia patut bertapa menggunakan teknik neutral dan lembut. Dengan cara ini, masalah pengumpulan tenaga yin dapat diselesaikan!
Namun, dia sudah bertapa teknik yin tulen untuk jangka masa panjang dan meridiannya sudah biasa dengannya. Jika dia terus tukar sekarang, badannya mungkin akan tercedera dan tahap pertapaannya akan terjejas, Untuk menghalang ini berlaku, beberapa persediaan perlu dilakukan!
Satu antara mereka ialah menyuburkan meridiannya menggunakan herba perubatan!
Rumput Matahari Sejuk tumbuh di kawasan sejuk walaupun ia suka kepada persekitaran panas. Akibatnya, tenaga panas dan sejuk terkumpul dan saling bertembung di dalamnya mengakibatkan pergabungan tenaga yin dan yang. Ini menyebabkan Rumput Matahari Sejuk tumbuh sesuai digunakan untuk menyuburkan meridian Zhao Ya. Memandangkan dia berada di bandar perdagangan, sekarang masa baik untuk bertanya tentangnya.
"Rumput Matahari Sejuk tumbuh? Kebetulan sungguh kamu bertanya tentang ini. Bukan nak bangga tetapi saya boleh jamin saya satu-satunya penjual di seluruh Bandar Perdagangan Tianyu yang menjual herba ini. Saya baru mendapatinya beberapa hari lalu di sesebuah kawasan merbahaya di Hutan Tianxuan. Saya ada sejumlah 10 batang dan setiap daripada mereka berharga 100 syilling emas. Berapa kamu mahu?"
Penjual tersenyum sambil berpaling ke belakang untuk mengambil keluar sesebuah kotak. Membukanya, beberapa herba yang segar didapati dalamnya.
Bunga putih dengan batang dan daun merah.
"Biar saya lihat dahulu!"
Zhang Xuan hanya tahu tentang Rumput Matahari Sejuk tumbuh melalui buku, oleh itu dia tidak begitu kenal dengannya. Dia mengambil sekuntum dan meletakkan ia diatas tangan dia.
Weng!
Perpustakaan Jalan Syurga terkeluar dan sebuah buku menjelma.
"Rumput Matahari Sejuk, dituai daripada Lembah Misteri 200km daripada Hutan Tianxuan. Umur 2 Tahun…Kelemahan…"
Nama herba tersebut tertulis di muka surat hadapan buku dengan lokasi, cara penuaian dan kelemahannya tertulis didalam.
"Ini Rumput Matahari Sejuk tulen, orang ini tidak menipu!"
Setelah mengesahkan nama herba tersebut dalam Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan tahu penjual ini menjual yang asli Dia mengangguk kepalanya dengan puas. Sejurus sebelum dia ingin bercakap, matanya tertarik dengan sesuatu di dalam kotak tersebut.
"Kenapa yang itu nampak seakan sudah layu? Mungkinkah cara penuaian kamu tidak betul dan sebab itu membuatnya layu?"
Terdapat teknik khusus untuk menuai herba perubatan. Jika teknik itu salah, khasiat herba tersebut mungkin akan hilang menyebabkan harganya untuk berkurangan dengan mendadak.
Rumput Matahari Sejuk yang dikatanya kelihatan layu dengan warna kuning dan badannya nipis seakan masih kurang umurnya. Lebih-lebih lagi, ia tidak nampak segar. Bunga di kepalanya sudah kecut menunjukkan akan mati bila-bila masa sahaja.
"Kamu ini mesti bergurau. Ini kerja saya, bagaimana mungkin saya boleh salah! Herba ini dari mula pun begini! Kalau kamu mahu, saya akan menjual kepada kamu separuh harga, 50 syilling emas!"
Penjual itu berkata.
"Un!"
Zhang Xuan mengambil batang Rumput Kesejukan Matahari yang kelihatan layu.
Weng!
"Ibu Rumput Matahari Sejuk, merupakan usul pertumbuhan Rumput Kesejukan Matahari lain di persekitarannya. Dituai daripada lembah misteri 200km daripada Hutan Tianxuan. Umur 15 tahun…." Dalam buku yang terjelma, nama dan maklumat herba tersebut didapati di dalamnya.
"Ibu Rumput Matahari Sejuk?" Mata Zhang Xuan berkelip.
Dia pernah terbacanya dalam buku. Herba ini amat jarang dan amat berharga. Kalau herba ini digunakan dalam penciptaan ubat, kecekapannya akan meningkat sebanyak sepuluh kali ganda!
Dia tidak menjangkakan akan berjumpa dengan harta karun ini dengan begitu senang. Lebih-lebih lagi, herba ini 15 tahun. Itu sahaja pun telah membuatnya amat berharga.
Jika Zhao Ya mengunakan Ibu Rumput Matahari Sejuk untuk menyuburkan meridiannya, dia masih memerlukan beberapa augmentasi daripada beberapa sumber lain untuk berjaya menukar teknik pertapaannya. Namun, dengan Ibu Rumput Matahari Sejuk, masalah ini boleh diselesaikan dengan senang tanpa memerlukan sumber lain!
Herba paling sesuai untuknya, tidak ada persoalan langsung!
"Saya mahu herba ini!"
Walaupun terlalu gembira dalam pembeliannya, mukanya tidak menunjukkan sebarang perasaan sambil dia menghulurkan Rumput Matahari Sejuk kepada penjual.
Jika penjual tersebut menyedari ia sebenarnya bukan layu tetapi adalah Ibu Rumput Matahari Sejuk, harganya mesti akan meningkat sehingga hampir sepuluh kali ganda.
"50 syilling emas!"
Melihat betapa segak orang ini berpakaian, dia ingat orang ini akan membeli beberapa batang Rumput Kesejukan Matahari. Dia tidak menjangkakan dia hanya akan membeli satu yang seakan sudah layu. Menutup mulutnya, dia membungkusnya dengan teliti, mukanya yang gembira tadi terus hilang.
Seorang penjual pun akan menilai pelanggannya. Orang ini tidak sanggup membayar untuk herba bagus, ternyata dia ini miskin. Oleh itu, ia sia-sia sahaja untuknya cuba memujuknya membeli lagi.
"Baiklah!"
Mengambil herba tersebut, Zhang Xuan mengambil dompetnya dan sambil terkejut..
Kerana terlalu fokus dengan perpustakaannya, dia lupa tentang status kewangannya.. Selaku seorang guru bertahap rendah, gajinya sedikit. Lebih-lebih lagi, kerana dia mendapat kosong markah dalam Peperiksaaan Kelayakan Guru, gajinya telah digantung. Oleh itu, 10 syilling emas pun dia tidak ada apatah lagi 50 syilling emas.
"Ada masalah tuan?" menyedari sesuatu tidak kena daripada raut wajahnya, penjual tersebut bertanya.
"Batuk batuk, boleh tak kamu….jual kepada saya untuk lapan syilling emas?" Zhang Xuan mengira jumlah syilling emas yang ada dalam dompetnya dan mendapati Cuma ada lapan sahaja.
"Lapan? Merepeklah kamu! Kalau kamu tak bawa duit, kenapa kamu datang ke sini…."
Melihat beberapa syilling emas yang ada di tangan orang ini, penjual tersebut ke belakang sedikit kerana terkejut.
Dia pernah berjumpa dengan pelanggan cerewet tetapi tidak ada lebih cerewet daripada ini!
Hendak membeli Rumput Kesejukan Matahari dengan hanya lapan syilling emas? Orang ini mesti bermimpi! Walaupun dalam keadaaan kurang baik ataupun seakan hendak layu, ia tetap berharga jauh lebih daripada lapan syilling emas.
Merampas balik herba itu daripada tangan Zhang Xuan, dia melambaikan tangannya dengan muka geram. "Berambus dari sini kalau kamu tidak ada duit! Buang masa saya sahaja bercakap dengan kamu!"
"Batuk batuk! Memang benar saya tidak membawa cukup duit, tetapi adakah kamu pasti tidak mahu menjualnya kepada saya?"
Melihat kelakuan penjual tersebut, Zhang Xuan menggeleng kepalanya.
"Merepek sungguh kamu! Walaupun dalam keadaan seteruk ini, ia tetap mengandungi ciri-ciri perubatan. Paling teruk pun, ia tetap boleh dijual pada harga 30 ataupun 40 syilling emas. Namun kamu hendak saya jual kepada kamu untuk 8 syilling emas? Jangan mimpi! Cepat berambus, kalau tidak saya akan panggil penguat kuasa!"
Melihat bagaimana orang miskin ini enggan beredar dari kedainya walaupun tidak mempunyai duit untuk membeli barang, dia menghalaunya dengan marah.
Untuk memastikan ketenteraman dan kecekapan bandar perdagangan, biasanya terdapat sesebuah pasukan penguatkuasaan yang akan meronda persekitaran bandar tersebut. Apabila seseorang memanggil mereka, mereka akan muncul dengan segera. Walaupun kamu seorang Peninju 5-Dan alam Dingli tahap pakar, kamu tetap akan dihalau dari bandar tersebut dengan serta-merta!
Lebih-lebih lagi, untuk bertindak terhadap pasukan penguatkuasaan bermaksud juga bertindak terhadap seluruh bandar perdagangan tersebut. Biasanya tidak ada orang berani seperti itu untuk berbuat demikian.
Selepas melihat orang ini enggan meninggalkan kedainya walaupun tidak mempunyai duit secukupnya, dia sedar lelaki ini memang datang untuk membawa masalah. Oleh itu dia terus membuka mulutnya untuk memanggil pasukan penguat kuasa.
"Jangan panggil pasukan penguat kuasa, saya memang berminat untuk membelinya!" Zhang Xuan mencelah. Dengan muka tenang, dia bercakap dengan nada sinis "Saya mungkin tidak mempunyai duit secukupnya, tetapi saya di sini bukan untuk membuat hal. Percaya tak kalau saya mula bercakap, bukan sahaja kamu akan dengan rela menjualnya kepada saya malah akan memberinya kepada saya percuma?"
"Memberi kepada kamu untuk percuma? Jangan mimpilah!"
Penjual tersebut tidak menyangka orang miskin ini akan berkata demikian. Da melihat orang ini seperti orang bodoh dan berkata dengan sinis, "Saya hanya akan beri kamu percuma jika kamu atuk saya!"
Pada pendapat dia, orang ini mesti tidak siuman. Bukan sahaja dia tidak membawa duit secukupnya, dia berfikiran dia akan mendapatnya secara percuma
Saya tidak gila tahu tak. Kenapa perlu saya berinya kepada kamu untuk percuma?
Kamu ingat kamu siapa!
"Panggil saya atuk? Tak perlu pun!" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. Dia melihat penjual tersebut dengan senyuman sambil berkata, "Kamu akan berikannya kepada saya untuk percuma kerana saya berkata demikian. Kalau kamu tak percaya….saya akan mengambil dua langkah ke belakang… batuk batuk, marilah kita lihat apa yang akan terjadi selepas saya menumbuk kamu!"