Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 45 - Tip

Chapter 45 - Tip

"Fuh! Apa dia cakap? Saya salah dengar ke? Dia cakap lapan syilling emas ke bawah?"

Kedengaran suara orang meludah.

Mendengar suara angkuh Zhang Xuan, semua orang meludah ke lantai sambil menjelingnya terbingung dengan ekspresi melihat seorang gila.

Kamu ini betul ke?

Dalam spekulasi harta, seorang itu bermain untuk keseronokan dan kekayaan. Tidak kira apa apa artifak dipilih pun, ia akan sekurang-kurangnnya berharga 100 syilling emas. 8 syilling emas… Apa boleh kamu beli dengan wang sekecil itu?

"Kepala otak orang ini masih berguna tak?"

"Lapan syilling emas? Wahahaha, lebih baik kamu pergi ambil lumpur di luar dewan dan balik ke sini."

"Kamu berani berkata lapan syilling emas dan ke bawah. Tidak ada satu pun barang di sini murah tahu tak…"

...

Untuk seketika selepas itu, semua orang ketawa terbahak-bahak sehingga air mata mengalir.

"Haram budak ini, lawak gila!"

"Bagaimana kamu ingin mencari objek berharga kurang lapan syilling emas di sini? Kalau kamu ada lapan puluh syilling emas pun tidak akan ada barang untuk kamu beli!"

"Kenapa? Tidak ada satu pun barang di sini layak bernilai lapan syilling emas? Kamu tidak malu ke?" Tanpa menghiraukan para hadirin dan hadiran, Zhang Xuan menjeling Si Penjual dengan bangga.

Diri pada kehidupan sebelumnya hanya meninggalkan dia dengan lapan syilling emas. Dia tidak akan mampu mengeluarkan lebih banyak walaupun dia ingin.

"Puuu!"

Orang ramai sekali lagi mula ketawa terbahak-bahak.

"Kamulah yang patut malu!"

"Ini seperti pergi membeli rumah dengan hanya satu syilling emas! Kamu faham tak?"

"Tidak ada artifak di sini semurah lapan syilling emas. Bagaimana kalau begini, kamu boleh pilih apa sahaja kamu mahu dan saya akan membayar untuknya. Kalau kamu mengaut keuntungan, semuanya kamu punya. Kalau kamu rugi, kamu akan beli apa yang dijanjikan tadi dan meminta maaf!"'Sarjana Mo Yang' menjelingnya dengan muka kasihan sambil meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang.

"Seperti yang dijangkakan oleh Sarjana Mo Yang, baik hati sungguh!"

"Orang ini cuma seorang badut, datang ke sini untuk membuat lawak bodoh!"

"Saya memuji setinggi-tingginya keperibadian tuan sarjana!"

...

Mendengar tawaran 'Sarjana Mo Yang' untuk membayar untuk Zhang Xuan, hadirin dan hadiran tidak dapat menahan rasa kagum mereka terhadapnya.

"Lihat tak? Tengok bagaimana tuan sarjana membawa diri sendiri dan kemudian bandingkan dengan budak itu…."

"Lupakan sahajalah, lebih baik jangan bandingkan. Saya takut nanti saya muntah pula…"

"Kamu pasti tak?" Mata Zhang Xuan berkelip.

Mengetahui 'Sarjana Mo Yang' ini penipu, Zhang Xuan tidak rasa bersalah untuk menggunakan duitnya.

"Memang, saya tidak pernah menipu!"'Sarjana Mo Yang' bercakap seakan dia seorang wali yang turun dari kayangan dan belum lagi dicemarkan dengan kekayaan duniawi.

"Hehehe, baiklah saya akan mula pilih…"

Zhang Xuan tersenyum sambil berjalan mengimbasi semua artifak di dewan tersebut.

Memandang 'Sarjana Mo Yang' memilih artifak kecil, dia juga mengehadkan diri sendiri untuk memilih artifak kecil juga. Lagipun, artifak besar mengambil lebih lama untuk dibersihkan.

"Budak ini tak tahu malu langsung!"

"Memang! Saya tak tahu kenapa Sarjana Mo Yang melayan dia baik sangat. Kalau saya, mesti saya sudah belasah dia lama sudah!"

"Untuk menghina tuan sarjana dan kemudian menggunakan duitnya untuk membeli artifak….budak ini tebal muka betul!"

...

Melihat bagaimana Zhang Xuan tidak malu langsung dan terus mengimbas melalui semua artifak dengan muka teruja, mereka terdiam sahaja.

Mereka mungkin pernah berjumpa orang yang tebal muka tetapi tidak ada seorang pun yang mukanya setebal ini.

"Dia yang menghina tuan sarjana dengan menuduhnya penipu dulu! Tidak kira apa, mereka berdua patut membenci satu sama lain. Dalam situasi begini, tidak malu ke dia untuk menggunakan duit tuan sarjana untuk membeli artifak…..ini sudah melampau!"

Tanpa menghiraukan perbincangan para hadirin dan hadiran, Zhang Xuan sambung mengimbas semua artifak di situ dan tidak lama kemudian memilih sesebuah artifak sebesar tapak tangan.

"Ini juga berharga 200 syilling emas!" Si Penjual berkata.

"Tuan Sarjana, tolong cepat bayar!" Tanpa malu, Zhang Xuan mengarahkan 'Sarjana Mo Yang' untuk bergegas menjelaskan bayaran tersebut.

"…." Muka 'Sarjana Mo Yang' jelas bertukar menjadi gelap.

Dia menawarkan untuk membayar dengan niat memalukan Zhang Xuan. Tidak dijangkakan Zhang Xuan akan menerima tawarannya dengan begitu bangga sekali, sehingga seakan dia hambanya pula sekarang.

Menahan perasaan ingin mencekik Zhang Xuan, dia menjelaskan bayaran tersebut.

"Baiklah, tolong bersihkannya sekarang dan di sini juga. Semua orang di sini boleh lihat dengan sendiri supaya tidak akan ada orang menuduh saya menipu keputusan!" Zhang Xuan berkata.

"Hmph! Tengoklah berapa lama lagi kamu boleh bongkok sebegini selepas ia dibersihkan!"

Si Penjual juga mula berasa marah terhadap permintaan Zhang Xuan. Dia mengambil kelengkapannya dan mula membersihkan artifak tersebut sedikit demi sedikit.

Tidak lama kemudian, kulat yang menyelebungi batu tersebut mula hilang dan bentuk sebenarnya di dedahkan.

Ia sesebuah batu lutsinar yang menyinar cahaya malap.

"Ini….Batu Linglong?" Seorang dari para hadirin menjerit selepas mengenal pasti bentuk dan ciri-cirinya.

"Apa itu batu Linglong?" Sesetengah orang mengenali identiti batu tersebut manakala sesetengah lagi tidak.

"Ini pun kamu tidak tahu? Batu Linglong bahan utama dalam penempaan kelengkapan kategori bayangan! Setiap satu batu amat berharga nilainya dan ia barang yang sentiasa tidak cukup bekalannya!" Seorang dari para hadirin bercakap dengan teruja.

Kelengkapan boleh dikategorikan kepada tuhan, wali, roh, bayangan, manusia!

Di tempat seperti Empayar Tianxuan, hampir tidak ada kelengkapan kategori manusia tahap puncak, apatah lagi kelengkapan kategori bayangan. Oleh itu, setiap satu boleh dijual dengan harga yang teramat tinggi.

Selaku bahan utama dalam penempaan kelengkapan kategori bayangan, sebaik sahaja diletakkan untuk lelongan, ramai keluarga dan pakar akan merebut mendapatkannya.

"Berapa banyak harganya!"

Mereka yang tidak mengenali objek tersebut tidak dapat menahan curiga.

Ia sukar untuk mengetahui nilai objek tersebut cuma daripada kejarangannya ditemui. Cara paling tepat untuk mengenal pasti ialah dengan harganya.

"Saya mendengar di Empayar Liuzhu, ia telah dilelong beberapa tahun dahulu. Ia lebih kecil daripada ini , agak-agak saiz telur ayam, tetapi itu pun telah mencapai harga 50000 syilling emas! Lihat betapa besarnya yang ini, lebih-lebih lagi tahap ketulenannya. Ia sekurang-kurangnnya berharga 100000…"

Orang yang bercakap menelan air luihnya.

"100000….."

Semua orang hampir naik gila.

Sesebuah artifak yang dibeli untuk 200 syilling emas sekarang dijual untuk 100000?

Keuntungan 500 kali ganda…

Ini betul ke tak?

"Ini…Ini…." Tangan Si Penjual menggeletar sambil dia melihat batu tersebut separuh tidak percaya apa yang telah berlaku.

Selaku Si Penjual di dewan spekulasi harta, dia berkebolehan untuk mengenal pasti ramai harta karun dan peka terhadap harganya. Dia tahu tidak ada sebarang yang salah daripada penjelasan orang tersebut!

Barang ini memang berharga itu!

"Mustahil.,..saya mesti sedang mimpi.."

Melihat muka terkejut khalayak ramai, muka 'Sarjana Mo Yang' berkerut.

Dia ingat Zhang Xuan akan memilih sampah dan lanjutan daripada itu menggunakan situasi tersebut untuk mempamerkan kehebatannya sekali lagi. Dia tidak menyangka Zhang Xuan akan memilih harta karun yang begitu menakjubkan sekali.

Kedua-dua artifak berharga 200 syilling emas, namun harta karun dia dijual untuk 2000 manakala Zhang Xuan berharga sekurang-kurangnnya 100000…..

Jurang perbezaannya terlalu besar!

"Saya akan mula lelong batu ini sekarang, pembida tertinggi akan menang!"

Peka terhadap identiti objek tersebut, Zhang Xuan tidak terkejut sedikit pun dengan harganya. Dia terus mengambil harta karun tersebut dari tangan Si Penjual dan menaiknya supaya jelas kelihatan semua.

"Saya tawarkan 100000!"

Orang yang mengenali batu Linglong tadi menjerit bidaannya.

100000 syilling emas mungkin merupakan jumlah besar, namun jika dibandingkan dengan batu Linglong, ia lebih berharga daripada jumlah duit tersebut.

"Saya menawarkan 110000!"

Terdapat beberapa di antara hadirin dan hadiran yang mengetahui harganya juga.

"120000…"

....

Tidak lama kemudian, harga jualan akhir ialah 153000 dan batu tersebut dibeli oleh seorang lelaki kaya pertengahan tahun.

"Ini wang kertas dari Bank Tianxuan. Dengan ini, kamu boleh mengeluarkan 153000 syilling emas dari mana mana cawangan bank dalam Bandar Tianxuan!" Orang pertengahan tahun tersebut mengambil batu Linglong sambil menghulurkan timbunan wang kertas kepada Zhang Xuan.

Syilling emas mengambil tempat dan berat. Ia tidak logik untuk membawa beribu-ribu syilling emas untuk berjalan-jalan. Oleh itu, sama seperti di bumi, wang kertas dicipta.

"Un!"

Selepas menelitinya, dia mengesahkan wang kertas itu betul dan menyimpannya. Kemudian dia mengambil sehelai wang kertas bernilai seribu dan berjalan ke arah 'Sarjana Mo Yang'. "Kamu bayar 200 untuk saya tadi. Nah, ini seribu. Simpan bakinya. Anggap ia sebagai tip!"