Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 40 - Sarjana Sudah Tiba

Chapter 40 - Sarjana Sudah Tiba

"Kamu hendak tumbuk saya?"

"Memang!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

"Kamu buat lawak bodoh ke!" Melihat muka Zhang Xuan yang serius, si penjual menjadi semakin marah dan menghantar penumbuknya ke muka Zhang Xuan.

Dia pernah melihat orang gila tetapi tidak segila ini. Kamu masih mahu saya memberi kebenaran untuk kamu menumbuk saya? Kenapa tidak saya belasah kamu hingga mati sebaliknya!

"Tidak kurang hebatnya!"

Sambil senyum, Zhang Xuan bergerak dengan sedikit untuk menangkis serangan tersebut.

Dia sudah mencapai Peninju 5-Dan alam Dingli tahap puncak. Sememangnya seorang yang hanya Peninju 3-Dan tidak akan mampu mencederakan dia!

"Un?"

Dia ingat orang ini hanya datang ke sini untuk membuat hal, oleh itu dia ingat dia hanya seorang samseng dengan tahap pertapaan rendah. Namun, selepas melihat bagaimana dia menangkis serangan dia, dia terus tahu tahap pertapaan orang ini jauh hebat berbanding dia.Si penjual tersebut berhenti dengan rasa terkejut mula menyelebungi dia. Seorang yang sudah mencapaii Peninju 3-Dan ke atas tidak mungkin akan berjalan-jalan membeli barang dengan hanya 8 syilling emas…

"Kalau tidak salah saya, kamu dari Xia Pingyi!"

Sejurus sahaja selepas si penjual melontarkan penumbuknya, sesebuah buku telah terjelma dalam Perpustakaan Jalan Syurga. Selepas mendapat buku tersebut, Zhang Xuan tidak dapat menahan senyum.

"Bagaimana….bagaimana kamu tahu?" Si Penjual terkejut.

Xia Pingyi merupakan bandar kecil di sekitar Bandar Diraja Tianxuan. Ia bukanlah bandar besar dan terdapat sekurang-kurangnya lapan lagi bandar sebegini di sekitar ibu kota. Si Penjual bingung bagaimana Zhang Xuan dapat mengenal pasti dengan begitu tepat.

Dia meneliti Zhang Xuan namun tidak ada sebarang tentangnya yang unik untuk mendedahkan asal usulnya.

"Tak penting bagaimana saya tahu!" Zhang Xuan cuba kekal tenang Dia melihat Penjual itu sekali lagi dengan muka tenang dan serius, "Setengah tahun lalu, kamu telah digigit oleh Ular Buluh Sejuk di Hutan Tianxuan! Walaupun kamu dapat selamatkan diri dengan melarikan diri, hati kamu telah tercedera daripadanya. Kalau tidak silap saya…kerana itu, ia sukar untuk kamu menunjukkan kelelakian kamu!"

"Kamu…kamu…"

Si Penjual menggerakkan dirinya ke belakang. Matanya membesar sehingga biji matanya seakan boleh terjatuh ke lantai.

Ia benar dia pernah digigit oleh Ular Buluh Sejuk di Hutan Tianxuan setengah tahun lalu! Selepas itu.....Apa yang dikatakan Zhang Xuan selepas itu juga benar.

Namun, Selain dia dan perempuan daripada rumah pelacuran, dia tidak pernah bercakap tentangnnya kepada orang lain. Bagaimana orang ini dapat tahu tentangnya?

Adakah mungkin dia seorang tukang tilik? Seorang yang mampu melihat masa hadapan?

Si Penjual diselebungi dengan perasaan tidak percaya.

"Kenapa? Adakah apa dikatakan saya salah?" Melihat ekspresi Si Penjual, Zhang Xuan tahu apa tertulis dalam Perpustakaan Jalan Syurga tidak salah. Oleh itu, dia membuat muka kasihan dan berkata, "Kalau apa dikatakan saya salah, saya akan bergegas dari sini tanpa mengambil herba perubatan tersebut. Namun… peluang kamu untuk mengubati masalah kamu tersebut akan pergi bersama saya! Haih, kalau kamu tidak dapat lagi menjadi jantan selepas ini, jangan salahkan saya kerana tidak mengingati kamu…."

"Saya…..tuan muda, jangan pergi!"

Selepas mendengar orang ini mampu mengubati dia, Si Penjual dengan cepat mengambil langkah kehadapan dan bertanya dengan suara menggeletar, "Kamu….kamu betul betul boleh mengubati saya?"

Untuk seorang lelaki, tidak apa lebih teruk daripada menghidapi masalah erektil tidak berfungsi. Disebabkan ini, dia tidak berani membalas ajakan daripada kawan-kawannya kerana takut orang akan tahu. Merana bersendirian, dia sudah berjumpa dengan ramai doktor, namun mereka semua memberikan jawapan sama, simptomnya terlalu sukar untuk diubati dan hanya mempunyai satu solusi iaitu memotongnya…..

Dia tidak berani percaya tiba tiba akan muncul seorang yang boleh mengenal pasti masalahnya dengan sekilas pandang malah mendakwa mampu mengubati masalahnya.

"Saya tidak akan memaksa kamu percaya saya! Namun, memandang saya mampu memberitahu kamu masalah yang dihidapi kamu, saya juga mempunyai cara tersendiri untuk mengubatinya!" Zhang Xuan mendakwa.

"Tuan muda, saya merayu kepada kamu untuk menolong saya. Selagi kamu boleh mengubati saya….bukan sahaja sebatang Rumput Matahari Sejuk, semua herba dalam kedai ini kamu boleh ambil!" Si Penjual melonjak ke depan penuh dengan rasa panik.

Terdapat terlalu ramai orang menakjubkan di dunia ini. Perkataan orang ini adalah logik dan memandangkan dia dapat mengenal pasti masalahnya, semestinya dia dapat mengubatinya!

Lebih-lebih lagi, dia tidak mempunyai pilihan selain mengenggam setiap cahaya harapan yang ditemuinya kerana ia berkait dengan kegembiraan masa hadapan dia…

"Un, Kamu telah digigit oleh Ular Buluh Sejuk. Binatang ini bercirikan kesejukan. Apabila kamu digigitnya, tenaga kesejukan diserap ke dalam badan kamu membuatkan kamu hilang kawalan terhadap adik kecil kamu! Lebih-lebih lagi, ia tidak dapat disingkirkan mengunakan sebarang herba perubatan, oleh itu, pakar pembuat ubat pun akan mendapatin sukar untuk mengubatinya!"

"Namun, apa yang ganjil terhadap ular ini ialah walaupun seluruh badannya sejuk, pundi kencingnya panas. Selagi kamu menjumpai satu lagi Ular Buluh Sejuk, bunuhnya dan dengan segera makan pundi kencingnya, kamu akan dapat menyingkirkan tenaga sejuk tersebut dari badan kamu. Hati kamu yang tercedera juga akan beransur pulih dan kamu akan dapat menggunakan kejantanan kamu sekali lagi!"

Zhang Xuan berkata.

Terdapat banyak ubat untuk merawat bisa daripada patuk Ular Buluh Sejuk, namun ubat terbaik terdapat adalah badannya sendiri. Pundi kencingnnya kunci untuk menangani tenaga sejuk tersebut.

Inilah yang tertulis dalam satu kitab suci Pavillion Kompendium Hongtian. Seleas memikirkan tentang Ular Bamboo Sejuk, informasi ini muncul dalam kepalanya.

Inilah sebabnya dia hanya menyatakan tentang pundi kencing Ular Buluh Sejuk. Jika tidak, dengan kebolehan Perpustakaan Jalan Syurga menunjukkan segala kelemahan setiap teknik, terdapat terlalu banyak cara yang boleh diberikan oleh Zhang Xuan dan bukannya satu sahaja.

"Makan pundi kencing Ular Buluh Sejuk?" Si Penjual masih kurang percaya Zhang Xuan.

Begitu senang?

Jika ini benar, kenapa dalam ramai doktor yang dijumpainya, tidak ada satu daripada mereka tahu?

"Tentunya di bandar perdagangan ini akan ada seekor Ular Buluh Sejuk untuk dibeli. Kalau kamu tidak percaya, kamu boleh pergi beli satu sekarang dan mencubanya. Saya hanya akan beredar selepas kita mengesahkannya!" Zhang Xuan berkata.

Bandar Perdagangan Tianyu tidak sahaja menjual herba perubatan, malah pelbagai harta karun, binatang liar dan haiwan peliharaan juga dijual di situ. Ular Buluh Sejuk merupakan binatang buas tahap rendah yang dijual di sini. Walaupun mengandungi sedikit bisa di dalamnya, ia tetap boleh digunakan untuk membancuh ubat. Oleh itu ramai menjualnya di sini.

"Baiklah, tunggu sekejap.."

Selepas meragui Zhang Xuan untuk seketika, Si Penjual berpaling dan bergegas membeli Ular Buluh Sejuk. Selepas seketika masa berlalu, dia pulang dengan seekor Ular Buluh Sejuk di dalam sesebuah sangkar.

Selaku seorang peninju alam Zhenqi, selagi dia bersedia, membunuh Ular Buluh Sejuk tidak menjadi masalah kepadanya. Tidak mengambil masa lama untuk dia mendapatkan pundi kencing ular tersebut. Tanpa sebarang keraguan, Si Penjual menelan Pundi kencing tersebut.

"Un?"

Tidak lama kemudian, mata Si Penjual mula berkelip.

Si Penjual mendapat jawapan sama ada ubat tersebut berkesan ataupun tidak.

"Seribu terima kasih tuan muda atas pertolongan kamu. Semua Rumput Kesejukan Matahari ini adalah kepunyaan kamu!" Matanya penuh dengan kegembiraan, Si Penjual hampir melutut untuk menunjukkan rasa terima kasih terhadap Zhang Xuan.

Ini sesuatu yang telah membelengguinya sejak lama lagi. Sebenarnya, kerana ini, terdapat suatu masa dahulu yang dia berasa seakan tidak mahu hidup lagi. Untuk mengubati masalah ini, dia telah menghabiskan beberapa tahun dan wang simpanannya namun tidak dijangkakan dia cuma perlu sekadar makan pundi kencing Ular Buluh Sejuk!

"Tengok, saya tidak menipu apabila berkata kamu akan memberinya kepada saya untuk percuma!"

Zhang Xuan menerima hadiah kotak yang dipenuhi Ibu Rumput Matahari Sejuk yang diberikan oleh Si penjual.

Pengetahuan juga sejenis kekayaan. Adalah biasa untuk Zhang Xuan menerima pampasan daripada Si Penjual selepas mengubati kesakitannya.

"Tuan muda, saya meminta maaf atas kegagalan saya mengenal pasti kemampuan kamu!" Si Penjual menggaru kepalanya dengan malu.

Baru beberapa ketika tadi, dia dengan biadap memberitahu akan memanggil Zhang Xuan atuk jika dia memberinya Rumput Matahari Sejuk untuk percuma. Tidak dia menjangkakan apa dikatakan Zhang Xuan adalah benar.

"Ia perkara biasa sahaja!" Zhang Xuan melambaikan tangannya. Sebelum dia sempat bergegas, tiba-tiba segerombolan manusia bergegas ke depan dengan muka penuh keghairahan.

"Cepat, Sarjana Mo Yang di situ!"

"Seorang itu pasti akan hidup dengan makmur jika mendapat pedoman Sarjana Mo Yang. Peluang sebegini jarang datang!"

"Kali ini, selagi ia harta karun yang diteliti oleh Sarjana Mo Yang, saya akan membelinya tanpa ragu dan tidak kira harganya!"

"Memang, saya berasa menyesal kerana tidak mengambil peluang dahulu…"

Khalayak ramai berbincang tentang Sarjana Mo Yang sambil berlari ke arahnya.

"Apa sedang berlaku?"

Melihat bagaimana khalayak ramai keghairahan seakan seorang terkenal sudah sampai, Zhang Xuan berasa curiga.

"Sarjana Mo Yang telah tiba!" Mata Si Penjual pun mula berkelip dengan keghairahan.