Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 11 - Merayu Untuk Nyawa

Chapter 11 - Merayu Untuk Nyawa

Untuk seorang ahli tinju 4-dan alam Pigu, ototnya, tulangnya dan kulitnya akan diperkuatkan dan ini menjadikan kekuatan seseorang itu meningkat!

Perbezaan antara alam Pigu dengan alam Zhenqi adalah seakan syurga dengan bumi!

Namun, budak ini yang hanya ditahap Alam Zhenqi telah menyebabkan seorang yang berada di Alam Pigu untuk muntah darah dengan satu tamparan sahaja.

Semua orang mendapatinya sukar untuk dipercayai.

Selain itu, bukankah orang ini mendapat tempat terakhir dalam ujian kekuatan semasa Peperiksaan Kelayakan Guru? Kenapa…. Kenapa dia begitu kuat sekarang?

"Ini mesti cuma kebetulan sahaja, jangan takut padanya!"

Qian Biao meraung.

Seorang guru daripada kumpulan mereka setuju dengan Qian Biao dan meluru ke hadapan.

Seperti juga dengan Li Yuan, dia telahpun mencapai alam Pigu tahap maju. Ototnya seakan besi dan kulitnya seperti papan besi yang membuatkannya seakan kalis terhadap serangan.

"Kamu akan jatuh ke lantai!"

Sambil mengambil langkah ke hadapan, guru tersebut membuka matanya dan bersedia untuk melemparkan tangannya ke muka Zhang Xuan.

Pah pah!

Tekanan dari udara menyebabkan gema sonik.

Menghadapi serangan guru tersebut yang ganas, Zhang Xuan kelihatan tenang sahaja. Dengan jari induk dan jari tengahnya ketat bersama, dia menyerang terus keatas pada sudut 45 darjah.

Pah!

Guru yang badannya seakan besi merasai sedikit sakit di ketiaknya sebelum pemandangannya bertukar menjadi gelap lalu jatuh ke lantai dan pengsan.

"Apa?"

Dengan dua serangan, dua ahli tinju 4-dan dikalahkan begitu sahaja. Dua guru yang tinggal termasuklah Qian Biao sekarang tahu bahawa guru yang mereka memandang rendah tersebut bukanlah selemah yang mereka fikirkan!

"Mari menyerang bersama-sama…"

Dengan ngauman yang kuat, Qian Biao meninggikan penumbuknya dan meluru ke hadapan. Namun, sebelum dia berjaya berbuat apa-apa, Zhang Xuan telahpun muncul di hadapannya. Tangan kirinya mencengkam mukanya dan tangan kanannya mencucuk dengan lembut .

Putong!

Qian Biao merasai kesakitan di bahagian abdomen dia kemudian rebah ke lantai juga.

Sejurus sahaja badannya jatuh ke lantai, guru terakhir yang mengikuti Qian Biao menyerang Zhang Xuan juga jatuh ke lantai dan menggeletar seakan sawan.

"Kamu….Bagaimana kamu tahu semua titik kelemahan kami.."

Sambil muntah darah, Qian Biao menjeling Zhang Xuan yang berada di depannya dengan rasa takut.

Akhirnya dia faham kenapa walaupun terdapat perbezaan kekuatan yang banyak antara mereka, keputusan yang didapati terbalik dengan apa yang dijangkakan.

Musuh mereka berjaya menjumpai titik kelemahan pertapaan mereka. Apabila titik itu diserang, bagaimana mungkin mereka boleh menangkas serangan tersebut?

Semua petapa akan ada satu titik kelemahan dan apabila titik tersebut diserang, walaupun orang yang menyerang adalah kanak-kanak, serangan itu berkemungkinan akan mengakibatkan maut!

Namun, titik kelemahan itu merupakan dasar seorang manusia, oleh hal demikian, seorang petapa akan menjaganya dengan teliti. Walaupun saudara-mara yang terdekat pun tidak akan tahu dimana titik kelemahan dia berada. Walaupun Zhang Xuan tidak mempunyai pertapaan yang kuat, dia nampaknya dapat mengenal pasti di mana titik kelemahan mereka berada dan terus menyerangnya.

Bagaimanakah mereka mampu untuk mencabar orang yang sebegini?

Mendengar pertanyaan daripada Qian Biao yang penuh curiga, Zhang Xuan senyum tanpa menjawab.

Sudah tentu ialah disebabkan oleh Perpusatakaan Jalan Syurga.

Bukan sahaja Perpustakaan Jalan Syurga membolehkannya untuk melihat arus teknik pertapaan seseorang, malah dia juga boleh melihat masalah peribadi pentapa tersebut dan juga titik kelemahannya. Semuanya terpapar dengan terperinci di dalamnya.

Dengan mengetahui titik kelemahan dan juga kelemahan dalam teknik semua musuhnya, walaupun Zhang Xuan baru sahaja datang daripada bumi dan masih tidak fasih dengan adat dan kemahiran yang ada di dunia ini, ia tetap menjadi tugas yang senang untuk menewaskan keempat-empat mereka.

"Kamu sudahpun membuat pertaruhan dan oleh hal demikian, kamu patut bersiap sedia untuk berhadapan dengan akibatnya jikalau kalah. Kalau kamu biarkan saya tampar kamu tadi, kita tidak perlulah melalui semua ini!" Zhang Xuan gelak.

"Zhang Xuan, tak payah kamu syok sangat tentang ini! Saya tak tahu apa cara keji yang kamu gunakan untuk mendapat tahu titik kelemahan kami tetapi selaku guru yang paling tidak berpengalaman, kamu telah menyerang guru lain di tempat yang terbuka! Dengan ini, saya sudah boleh menghantar aduan kepada akademi untuk membatalkan kelayakan guru kamu…"

Qian Biao meraung.

Terdapat perbezaan yang jelas di antara pangkat seseorang guru di akademi. Bagi seorang guru yang berpangkat rendah untuk mencederakan seorang guru yang berpangkat tinggi adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Zhang Xuan merupakan seorang yang muda dan juga mendapat markah kosong dalam Peperiksaaan Kelayakan Gurunya. Oleh itu, dia boleh dikira sebagai guru yang berpangkat paling rendah di akademi. Perbuatannya mencederakan empat orang guru yang lebih tinggi pangkat mereka daripadanya, jikalau akademi diberitahu tentang insiden ini, sudah pasti hal ini menjadi isu yang hangat. Pembatalan Lesen Perguruannya bukanlah sesuatu yang kecil kerana ia boleh membuatkannya untuk dibuang secara terus!

"Kenapa? Disebabkan kamu tak dapat menang dengan menggunakan kuasa, sekarang kamu mahu menggunakan peraturan pula untuk mengugut saya?" Walaupun berhadapan dengan ugutan itu, Zhang Xuan bagaikan tidak mempedulikannya.

"Yea!" Li Yuan juga berfikir tentang itu. Keghairahannya dan juga kekejamannya jelas terpapar di matanya. "Kalau kamu melutut dan memberikan kami melempang kamu, mungkin kami akan gembira sedikit dan tidak akan membuat laporan tentang insiden ini. Kalau tidak, bersedialah untuk dipecat!"

"Selepas dipecat dari akademi, tanpa posisi kamu sebagai seorang guru untuk melindungi kamu, tidak ada sesiapa yang akan cakap apa-apa pun kalau kamu dibunuh!" seorang lagi guru meraung.

Di Empayar Tianxuan, semua guru dari mana-mana akademi mempunyai status yang tinggi. Apabila mereka hilang kerja mereka sebagai seorang guru, status mereka juga akan hilang begitu sahaja. Jikalau demikian, tidak hairan beberapa daripada mereka akan mengambil peluang untuk membunuhnya.

"Disebabkan kamu ingin menggunakan peraturan, baiklah, saya juga akan menggunakan peraturan!" Dengan muka yang tenang, dia berjalan sehingga di hadapan Qian Biao dan berkata, " Cikgu Qian Biao, kamu dengan senyap-senyap menggunakan harta tetua Chen untuk keseronokan bini kamu, tiga bulan lalu, kamu mencuri duit daripada dana akademi untuk membeli sebuah rumah untuk bini kamu, sebulan yang lalu, kamu memecahkan pasu kesayangan tertua Liu Quan dan menolak salah itu kepada seorang pelajar dan mengakibatkannya dibuang dari akademi… Perlukah saya memberitahu kesemua perkara ini kepada semua ketua sekolah?"

"Kamu…kamu…"

Mata Qian Biao merapat dan badannya yang gemuk mula menggeletar tanpa kawalan. Perasaan seram yang tidak pernah dirasai menyelebungi badannya. Dia nampak seakan terdapat hantu di depan matanya dan berasa seakan berada di ambang hendak naik gila.

Dia melakukan kesemua jenayah yang diperkatakan oleh Zhang Xuan tanpa meninggalkan apa-apa bukti. Oleh hal demikian, tiada sesiapa yang sepatutnya tahu tentangnya! Walaupun kawan sekerja mahupun Li Yuan dan yang lain. Untuk orang ini… bagaimanakah dia mendapat tahu? Lebih-lebih lagi dengan semua maklumat yang terperinci sebegini.

"Cikgu Li Yuan, adakah pelajar perempuan yang kamu perkosa dan mengakibatkannya untuk membunuh diri tiga tahun yang lalu, adakah dia telah pulang untuk menghantuimu? Beberapa hari lalu, kamu ditumbuhi jerawat di belakang badan. Mungkin itulah dia yang datang untuk melaksanakan dendamnya!"

Tanpa menghiraukan muka Qian Biao yang penuh ketakutan, Zhang Xuan melihat Li Yuan.

"Ah…."

Mendengar kata tersebut, Li Yuan dengan cepat bergegas ke belakang dengan takut. Mukanya pucat seakan semua darahnya sudahpun meninggalkan badannya.

Tiga tahun yang lalu, dia terlalu terpaku dengan kecantikan seorang pelajar perempuan dan disebabkan itu, dia telah memperkosanya. Ini menyebabkan pelajar itu untuk membunuh diri kerana malu. Insiden ini amatlah sulit dan tidak ada sesiapa yang tahu tentangnya. Oleh kerana berasa bersalah, tiga tahun ini dia selalu bermimpi tentang roh pelajar perempuan ini pulang untuk membalas dendam. Tambahan pula, setengah bulan yang lepas, jerawat besar yang berbentuk tapak tangan tumbuh di belakangnya. Dia berasa sangat takut sekali.

Selepas mendengar Zhang Xuan menceritakan insiden ini dengan begitu teliti, seluruh badannya mula menggeletar tidak terkawal kerana rasa takut.

Putong!

Lututnya hilang tenaga dan ini menyebabkannya jatuh melutut ke lantai. Tiba-tiba bau busuk mula berkeliaran di dalam bilik. Seorang peninju 4-dan tahap maju boleh ditakutkan sehingga terkencing di tempat awam.

"Cikgu Du Chun, kamu mencuri perniagaan abang kamu dengan meracuninya melalui arak. Walaupun insiden ini tidak dapat diselesaikan pada masa itu, kalau khabar angin tentangnya tiba-tiba berkeliaran, rasanya kamu masih boleh sambung jadi guru tak?"

"Cikgu Bai Lin, tidak terdapat banyak masalah dengan tindakan kamu. Tetapi disebabkan minat kamu dalam barangan antik, kamu telah menerima banyak 'hadiah' daripada pelajar! Kalau tidak salah saya, cincin jed kuno yang kamu sedang pakai sekarang merupakan hadiah daripada seorang pelajar yang mempunyai permintaan untuk kamu. Perlukah saya cakap apakah permintaan itu?"

Melihat kepada dua guru yang lain, Zhang Xuan berkata.

"Kamu…kamu ni syaitan!"

"Kamu bukan manusia…"

Kedua-dua guru yang lain juga berasa takut yang tidak terhingga. Kali ini, mereka menatapnya dengan penuh ketakutan.

Segala yang mereka telah lakukan, walaupun tidak sempurna, mereka yakin tidak ada orang luar yang akan tahu tentangnya. Tetapi, disini berdiri seorang yang tahu tentang apa yang berlaku seakan dia berada di situ semasa ia dilakukan!

Apabila dia mengalahkan mereka melalui perlawanan, mereka cuma berasa malu dan bukannya takut. Sekarang, selepas dia mendedahkan semua rahsia mereka, mereka betul-betul berasa takut! Seakan-akan helaian baju yang dipakai mereka dicarik begitu sahaja meninggalkan mereka bogel di khalayak ramai.

Mereka sudahpun boleh terbayang apa yang akan terjadi sekiranya informasi tersebut dibocorkan, bolehkah mereka sambung menjadi seorang guru. Paling teruk, mereka akan dihantar ke Makhamah Guru dan dibunuh di situ juga!

"Kami bersalah!"

"Cikgu Zhang Xuan, selaku orang yang agung, tolong jangan menyimpan dendam terhadap sampah seperti kami. Tolong maafkan kami…"

....

Mengeletar, mereka tidak sanggup merayu.

"Saya terlalu malas nak peduli dengan apa yang kamu semua buat dahulu. Cuma, jangan buat saya marah pada masa hadapan! Satu lagi, kalau kamu tak berubah dan sambung membuat perkara yang keji, saya tak akan teragak-agak untuk campur tangan dan memastikan kamu semua mendapat hukuman yang sewajarnya!"

Zhang Xuan melambai tangannya dengan rasa menyampah.

Sebenarnya, kalau mereka tidak menjengkelkannya, dia tidak akan peduli pun.

Perpustakaan Jalan Syurga mampu melihat kelemahan dan kebolehan setiap orang. Samada keperibadian ataupun kelakuan silam dalam rumusan buku setiap individu. Namun ianya cuma sebahagian kecil daripada buku tersebut.

Tetapi, dia bukannya nabi dunia ini, tidak kira apa yang pernah dibuat oleh mereka dahulu, selagi mereka tidak membuat hal untuknya, dia tidak akan mempedulikan mereka!

Apa yang orang sebegini tidak sepatutnya buat adalah untuk mencari pasal dengannya dan membuat benda menjadi susah untuknya! Memandangkan mereka sudahpun membuatnya susah untuk saya, biarlah saya menunjukkan kepada mereka pemandangan yang akan dinikmati mereka apabila menimpa maut!

Hal ini supaya mereka tidak akan melakukannya sekali lagi!

"Kami tak berani, kami tak akan berani untuk…"

"Cikgu Zhang, inilah token jed yang kamu inginkan. Ambilah sebanyak mana yang mahu.."

….

Mendengar bahawa Cikgu Zhang tidak akan mendedahkan tindakan mereka yang lepas, Qian Biao dan yang lain memberi keluhan yang lega.