Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 12 - Keturunan Maharaja

Chapter 12 - Keturunan Maharaja

Sejam kemudian, Zhang Xuan berjalan keluar dari Biro Logistik dan matanya berkelip dengan kegembiraan.

Jikalau dirinya yang terdahulu, semestinya dia telahpun diambil kesempatan oleh mereka. Namun, dengan Perpustakaan Jalan Syurga, hidupnya kini seakan 180 darjah berbeza.

"Mungkin, inilah anugerah saya dilahirkan semula disini! Perasaan seronok beginilah yang saya harapkan!"

Zhang Xuan mencengkam tangannya sambil menghembuskan nafasnya.

Dalam kehidupannya yang lepas, dia cuma seorang ahli perpustakaan yang hidup dalam kehidupan yang biasa dan senang. Hidup tersebut berpusat antara perpustakaan dengan rumahnya. Kalau dia sambung hidup dengan keadaan yang sebegitu, dia hanya akan mengambil gaji dan hidup tanpa arah tuju. Namun, di sini berbeza. Dengan hadiah kelahiran semula yang dipanggil Perpustakaan Jalan Syurga, mungkin dia akan mampu berjalan lebih jauh dan menjadi lebih kuat. Dia mungkin dapat hidup seluruh hidupnya di sini sentiasa menerokai sesuatu yang baru dan seronok!

Pada saat ini, Zhang Xuan akhirnya betul-betul menjadi sebahagian daripada dunia ini! Dia tidak lagi ragu-ragu di dalam hati tentang keinginan berada di sini ataupun di dunianya yang lepas.

"Jangan tarik saya. Saya ingin mati, Saya ingin mati…"

Sejurus sahaja selepas dia meraih keputusan dalam fikirannya, dia terdengar keluhan yang datang tidak jauh dari tempat dia berada. Ia kedengaran seakan seekor lembu jantan yang naik gila dan membuatkan orang yang mendengarnya berasa kesian terhadapnya.

Berpusing ke belakang, dia melihat seorang gemuk yang sedang meraung bahawa dia akan meluru ke tasik buatan akademi dan membunuh dirinya dengan melompat ke dalamnya.

Belakang si gemuk, tiada siapa yang cuba menghalangnya. Si gemuk tersebut tidak mula meluru ke hadapan walaupun sedang meraung tentangnya tanpa henti. Tiba-tiba, dia berpaling ke belakang dan mengambil tangan seorang pelajar dan meletakkan ke atas dirinya, membuatkan ia nampak seakan pelajar itu sedang menahannya. Selepas itu dia sambung meraung.

"Jangan menahan saya, biarlah saya mati. Saya tak mahu hidup lagi…"

"…"

Semua orang terpegun.

"Dia ini tidak tahu malu!" Zhang Xuan menggelengkan kepalanya.

Si gemuk ini, walaupun tidak mahu mati, tetap membuatkan persepsi bahawa dia ingin membunuh diri sendiri dan ada orang sedang menahannya daripada membunuh diri. Dia ini betul-betul tidak tahu malu.

Apabila mengetahui bahawa budak ini tidak akan mungkin membunuh diri, dia tidak lagi mempedulikannya. Oleh hal demikian, dia mula berjalan kearah kelasnya. Namun, sebelum sempat dia berjalan 3 langkah, bunyi seorang budak meraung menghampirinya dan menyebabkan tanah bergegar. Sejurus kemudian, sepasang tangan yang penuh lemak memeluk kakinya,

"Cikgu, saya merayu padamu. Tolonglah terima saya sebagai anak murid kamu. Mereka semua memandang rendah pada saya kerana saiz saya lalu menolak saya…"

Si gemuk mula menangis.

"Lepaskan saya!"

Zhang Xuan terpegun.

Bukankah budak ini terlalu gila? Meluru ke sini untuk merayu mengambilnya sebagai anak murid sejurus sahaja melihat bahawa dia seorang guru, Zhang Xuan tidak pernah melihat orang yang sebegini di dalam hidupnya.

"Cikgu, saya hanya akan melepaskan kamu kalau kamu menerima saya!" Air mata dan hingus mengalir keluar dengan deras dari muka si gemuk. Suaranya teramat sedih sehingga orang yang di sekeliling pun mula berasa kesian terhadapnya. "Hari ini, saya telah melawat lebih daripada sepuluh orang guru tetapi tidak ada satu pun yang sanggup menerima saya. Cikgu! Lihatlah betapa kasihannya saya dan tolonglah terima saya!"

Peperiksaan yang berada di kalangan pelajar juga mempengaruhi penilaian seorang guru. Seorang yang gemuk sepertinya akan mempunyai masalah dengan ketangkasan dalam pertarungan. Biasanya, guru yang lebih terkenal tidak akan menerima pelajar sedemikian.

"Kalau kamu mahu diterima saya, sekurang-kurangnya kamu perlu menunjukkan kebolehan kamu. Apa yang kamu harapkan hanya sekadar memeluk kaki saya?" Kata Zhang Xuan.

Dia mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga dan disebabkan itu sepatutnya tidak akan menjadi masalah untuknya mengenalpasti potensi anak muridnya. Kalau orang ini didapati biasa sahaja, Zhang Xuan tidak akan menerimanya sebagai anak murid.

"Cikgu, kamu perlu menerima saya sebagai anak murid kamu. Saya seorang yang berkemampuan…" Si gemuk melihat keatas dengan segera sambil dengan perlahan melepaskan kaki Zhang Xuan.

"Kita perlu tengok dulu sebelum tahu adakah kamu ini berkemampuan atau tidak. Ia tidak berguna untuk cakap banyak sangat!" Melihat betapa dia tetap ragu-ragu untuk melepaskan kakinya, Zhang Xuan menendangnya ke tepi dengan rasa marah.

Apakah ini? Ia mungkin boleh diterima jikalau seorang pelajar perempuan yang memeluk kakinya. Bukan sahaja dia seorang lelaki bahkan gemuk juga… Dia mula menggeletar apabila berfikir tentangnya.

"Baiklah! Lihatlah kemahiran saya!" Si gemuk tidak merasai kemarahan Zhang Xuan. Dia berdiri dan melihat persekitarannya. Kemudian, dia mula mengambil beberapa batu-bata dari persekitarannya ke hadapannya. Selepas itu, dia mengangkat tangannya dan menghempas kepalanya pada batu bata tersebut.

Peng!

Batu tersebut hancur.

Selepas it, dia mengambil beberapa lagi batu bata yang kemudiannya dihancurkan dengan siku dan kakinya. Tanpa sebarang pengecualian, semuanya hancur.

Budak ini walaupun gemuk, dia mahir dalam seni tinju Henglian.

Tidak mempedulikan pertunjukan seni tinju Henglian budak tersebut, Zhang Xuan sedang melihat keperibadiannya melalui buku yang dirumuskan didalam mindanya.

Kemahiran yang ditunjukkan melalui Henglian boleh dikira sebagai sejenis seni tinju. Sejurus sahaja si gemuk menunjukkan kekuatannya, perpustakaan mula merumuskan keperibadiannya.

"Yuan Tao, Petapa nomad di Bandar Dihuang, Peninju 1-Dan alam Juxi tahap Sederhana!"

...

"Kesalahan: 18 aspek. No.1 Keturunan Maharaja kuno di dalam badannya belum lagi diaktifkan! No.2, asasnya terlalu lemah dan seni tinju yang dilatihnya…"

"Keturunan maharaja?"

Melihat rumusan buku tersebut, Zhang Xuan terkejut.

Selepas berasimilasi dengan ingatan Zhang Xuan yang dahulu, dia tahu bahawa di dunia ini, keturunan dan jenis badan seseorang adalah amat penting. Selagi seseorang mempunyai salah satu daripadanya bersama dengan teknik pertapaan yang sesuai, tahap pertapaannya akan maju dengan mendadak dan kekuatan mereka juga akan bertambah.

Terdapat banyak jenis badan seperti Badan Yin Tulen, Badan Yang Tulen, Badan Rapi, Badan Emas…

Terdapat juga banyak jenis keturunan seperti Keturunan Kuno, Keturunan baru, warisan dan juga mutasi…

Selepas dijumpai, setiap daripada mereka akan menjadi seseorang yang diingini oleh pelbagai guru.

Keturunan Maharaja si gemuk ini datang adalah daripada Keturunan Kuno. Ia diperkatakan bahawa apabila seseorang yang mempunyai keturunan ini mencapai puncak pertapaannya, badannya akan menjadi kebal dan tidak ada apa-apa pun di dunia ini yang boleh mencederakannya. Ia adalah antara keturunan yang paling kuat antara keturunan jenis pertahanan.

Si gemuk yang tidak tahu malu ini betul-betul mempunyai keturunan maharaja?

"Keturunan Kunonya belum lagi diaktifkan. Kalau melihat keadaaannya sekarang, budak ini masih tidak perasan tentangnya juga".

Mata Zhang Xuan berkelip.

Antara semua jenis keturunan, keturunan jenis kuno agak berkuasa. Untuk budak ini tidak diterima oleh berpuluh-puluh orang guru, ia tidak bermaksud mereka tidak dapat mengenal pasti keturunannya. Sebaliknya, mungkin kerana keturunannya belum lagi diaktifkan dan menyebabkan dia terlihat seakan orang biasa sahaja. Lebih-lebih lagi, orang lain tidak dapat mengetahui keturunan dia termasuklah dirinya! Namun, walaupun dia tidak dapat tahu, dia tetap mempunyai potensi untuk mengaktifkannya. Kebolehan pertahanan si gemuk ini lebih kuat berbanding orang lain dan sebab itulah dia memilih untuk berlatih seni tinju jenis beg penumbuk.

"Saya mesti menerima budak ini dibawah pengajaran saya!"

Matanya berkelip.

Di seluruh akademi ini mungkin tidak akan ada seorang pun yang mempunyai Keturunan Kuno untuk masa yang lama. Untuk seseorang yang mempunyainya muncul di depannya, bagaimana mungkin dia akan membenarkannya untuk melepaskan diri?

"Tidak kurang hebatnya. Saya akan menerima kamu sebagai anak murid saya. Kemari, biar saya memperakui kamu sebagai guru kamu!"

Zhang Xuan menahan rasa gembiranya dan memberikan si gemuk tersebut jed identitinya dengan muka yang tenang.

"Cikgu, adakah kamu betul-betul akan menerima saya? Ini bagus…"

Si gemuk berasa terkejut. Selepas mendengar bahawa guru ini sanggup menerima dia, dia begitu gembira bahawa dia terus mencederakan jarinya untuk menitis darahnya ke atas jed identiti tanpa sebarang keraguan.

"Nampaknya kualiti seorang guru mencerminkan kualiti murid yang dia terima. Apabila guru itu sampah maka pelajarnya juga sampah!"

Pada saat ini, suara yang mengejek boleh didengari.

Berpaling ke belakang, Zhang Xuan boleh melihat seorang yang angkuh sedang berjalan menghampirinya.

Terdapat seorang perempuan yang cantik di sebelah orang tersebut. Rambutnya yang hitam menawan mengalir bawah ke bahunya, kulitnya yang putih gebu dan matanya dapat menawan sesiapapun yang melihat ke dalamnya.

"Shang Bin? Shen Bi Ru?"

Apabila melihat mereka berdua, dua nama dengan segera muncul di dalam kepalanya.

Dalam seluruh akademi, tidak ada sesiapa yang tidak tahu siapa Shen Bi Ru!

Dia tidak mempunyai latar belakang yang unik tetapi dia terkenal sebagai guru yang tercantik di akademi. Malah pelajar perempuan yang tercantik pun akan kelihatan hodoh apabila bersebelahan dengan Shen Bi Ru.

Tetapi dia tidak sekadar mempunyai muka yang cantik. Dia juga amat mahir dalam mengajar anak murid. Walaupun dia hanya berada dalam akademi kurang daripada setahun, dia telahpun menjadi seorang guru yang terkenal di dalam akademi.

Mulia, menawan, cantik dan bijak, dia menarik perhatian ramai orang guru yang ingin menguratnya.

Zhang Xuan yang dulu juga pernah menjadi antara peminatnya.

Namun, Zhang Xuan yang dulu terlalu teruk. Lebih-lebih lagi dengan pertapaannya yang lemah dan dia juga mendapat tempat yang terakhir dalam pelbagai peperiksaan yang diambilnya. Kerana harga dirinya yang rendah, walaupun dia berminat terhadapnya, dia tidak pernah bercakap dengannya masakan ingin menguratnya.

Orang yang sebelahnya pula dipanggil Shang Bin dan dia merupakan cucu tetua Shang. Dia juga merupakan seorang daripada peminatnya yang telahpun mengunakan statusnya untuk menghalang peminat Shen Bi Ru yang lain. Nampaknya dia telah mendapat tahu bahawa Zhang Xuan juga berminat terhadap Shen Bi Ru dan ini membuatkannya mengejek Zhang Xuan sebaik sahaja mereka bertemu dan kadang kala ia keterlaluan sehingga menyebabkan keganasan.

Namun, Shen Bi Ru nampaknya tidak berminat langsung terhadapnya. Selama itu, dia biasa-biasa sahaja dengan semua orang seakan dia tidak berminat langsung dengan sesiapapun. Ini membuatkan Shang Bing tertekan.

"Siapa yang kamu sedang panggil sampah?" Mendengar ejekan Shang Bin yang kasar tersebut, Zhang Xuan tidak naik angin sambil berpaling melihatnya.

"Sampah ini sesuatu yang hina untuk kamu?" Shang Bin senyum kambing.

"Oh, jadi sampah ini sedang menghina saya. Ye busuk, busuk sangat!" Zhang Xuan melambaikan tangannya di depan hidungnnya sambil membuat muka yang melihat sesuatu yang jijik.

"Kamu…" Hanya sekarang Shang Bin membalas. Apabila diejek balik oleh guru yang paling teruk di akademi, mukanya bertukar menjadi merah.