Ia tidak senang untuk Zhang Xuan mengatur kesemuanya dengan betul dengan si gemuk tersebut sebelum menghantarnya pergi. Hanya selepas itu dia perasan bahawa matahari sudahpun mula terbenam dan hari akan mula menjadi malam.
"Nampaknya saya hanya mempunyai lima orang anak murid!"
Dia menggeleng kepalanya.
Hari ini merupakan hari yang terakhir untuk mendapat anak murid. Daripada masa yang tinggal, ia boleh dianggarkan bahawa telahpun tamat masa untuk mendapatkan pelajar baru.
Pada asalnya, dia ingat dia tidak akan dapat mahupun seorang pelajar. Namun, dia tidak menjangkakan bahawa dia mampu mendapat sampai 5 orang pelajar. Untuk seorang guru yang mendapat tempat terakhir dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, boleh dikatakan bagus juga keputusan ini.
Selepas menutup pintu kelasnya, Zhang Xuan mengikut jalan balik ke biliknya seperti yang diingati oleh Zhang Xuan yang dahulu. Sebagai seorang guru, dia mempunyai biliknya yang tersendiri. Namun, ia cuma merupakan sebuah bilik yang kecil sekitar beberapa puluh meter persegi.
Tidak lama kemudian, dia sampai ke biliknya. Selepas menolak buka pintu biliknya dan melihat bilik tersebut untuk kali pertama, dia tidak mampu menahan rasa kecewa dia.
Hidup Zhang Yuan yang lepas sememangnya teruk sekali. Biliknya bukan sahaja kecil tetapi panas juga. Kulat sudahpun tumbuh diatas katil. Dia sememangnya tidak tahu bagaimana Zhang Yuan yang dulu boleh hidup dalam keadaan yang sebegini.
"Lupakan sahaja dahulu. Kelas akan mula esok, oleh hal demikian saya perlu mengenal pasti tahap pertapaan saya dan cuba berlatih juga!"
Memandangkan dia tidak lapar , Zhang Yuan mengikut kaedah yang diingatinya dan duduk di atas katil dengan kaki silang.
Walaupun sebagai seorang yang dilahirkan semula dan mewarisi ingatan Zhang Yuan yang lepas, dia tetap tidak dapat menahan rasa terujanya bila memikiri bahawa dia akan menjadi lebih kuat.
Selepas dia selesai dengan pendapatan anak murid, sekarang merupakan masalah untuk memperkukuh pertapaannya. Tidak kira apa-apa pun, kekuatan tetap menjadi faktor yang terpenting.
Perpustakaan Jalan Syurga dapat mengenalpasti titik kelemahan dan kebolehan orang lain dan ini membolehkannya untuk dengan senang melawan musuh yang sama tahap. Namun, jikalau musuh tersebut lebih kuat daripada dia, walaupun dia dapat mengenalpasti pembukaan di dalam serangan mereka, dia tetap tidak akan dapat mengikutinya. Sebelum dia sempat untuk mencederakan pihak lawannya, dia mungkin telahpun dicincang kepada beberapa bahagian seperti tikus makmal.
Oleh hal demikian, Walaupun Perpustakaan Jalan Syurga hebat, ia tidak memberikannya kekebalan. Kalau dia ingin menjadi lebih kuat, pertapaanya adalah jawapannya.
"Teknik pentapaan saya dalam hidup yang lepas dipanggil Formula 9-Dan Hongtian! Ia merupakan teknik yang dibuat oleh pengasas Akademi Hongtian. Teknik ini terdiri daripada Sembilan Dan dan setiap Dan berkait dengan alam pertapaan si pertapa!"
Dia mengingati teknik yang dihafal didalam kepalanya.
Terdapat sembilan Dan kepada seorang petapa dan setiap tahap membuka kepada alam yang baru. Lebih tinggi seorang mencapai, lebih susah ia menjadi untuk maju.
Formula 9-Dan Hongtian merupakan antara teknik pertapaan yang paling biasa diikuti di Akademi Hongtian. Ia juga mengandungi sembilan Dan yang setiapnya akan berkait dengan 9-Dan ahli pertapa.
"Sekarang, saya merupakan guru yang terlemah di akademi ini!"
Di dalam akademi, hampir semua guru telah mencapai peninju 4-Dan, meninggalkannya sebagai guru yang hanya mempunyai 3-Dan. Oleh hal demikian, dia perlu berlatih dengan lebih gigih untuk mengejar mereka.
Mengikut teknik penafasan dalam ingatannya, dia menumpukan perhatiannya.
Dengan segera, zarah-zarah cahaya yang tidak terbilang muncul di depannya. Sambil dia bernafas, sambil tulah dia menyerap masuk zarah-zaraf cahaya tersebut. Secara perlahan-lahan, zhenqi didalam dantiannya semakin meningkat.
Selapas bertapa untuk beberapa jam, Zhang Xuan membuka matanya dan menggeleng kepalanya.
"ini terlalu lambat!"
Walaupun dia mewarisi ingatan daripda Zhang Xuan yang lepas, dia tetap faham bahawa dia seorang manusia. Dia mendapati bahawa ia susah untuknya duduk dengan diam sambil bertapa untuk masa yang panjang.
Lebih-lebih lagi apabila melihat proses mengumpul zhenqi, dia berasa tidak berdaya.
Pengumpulan zhenqi merujuk kepada penarikan dan pengumpulan zaraf zaraf spiritual yang ada di udara dan pemantapannya. Seperti menakung air hujan, sedikit sedikit lama-lama menjadi bukit.
Tetapi, ia merupakan satu tugasan yang besar. Ada antara ahli petapa yang gigih bertapa setiap hari tanpa gagal untuk memenuhi dantian mereka dalam masa tiga tahun mereka supaya dapat melepasi had mereka dan masuk ke alam yang seterusnya.
Ia merupakan kerja yang memakan masa yang lama.
Untuknya bertapa dengan cara yang bosan sebegini untuk beberapa tahun?
Relanya dibunuh!
"Oh, betul juga! Walaupun Formula 9-Dan Hongtian merupakan kaedah yang paling popular di akademi, ia bukannya kaedah yang paling hebat. Saya boleh menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga untuk mencari masalahnya dan kemudian mencari kaedah untuk membetulkannya. Selepas saya menyelesaikan masalahnya, bukankah latihan saya akan menjadi lebih senang?"
Satu perkara timbul dalam pemikirannya.
Terdapat beberapa tahap kepada teknik pertapaan juga. Teknik yang lebih bagus membenarkan seseorang untuk bertapa dengan lebih cepat sementara yang lemah akan mengakibatkan seseorang bertapa dengan kadar yang lebih perlahan. Mungkinkah teknik pertapaan yang lebih bagus mempunyai lebih kurang kesalahannya?
Orang lain mungkin tidak dapat memperbaiki teknik pertapaan mereka tetapi Zhang Xuan berbeza. Dengan Perpustakaan Jalan Syurga di tangannya, Dia boleh menggunakannya untuk mencari jalan untuk memperbaikinya. Kalau dia dapat mencipta teknik pertapaan yang dimana Perpustakaan Jalan Syurga sendiri tidak pernah menjumpainya, tidakkah pertapaannya meningkat dengan menakjubkan?
Pada saat ini, Zhang Yuan berdiri dan meletakkan Formula 9-Dan Hongtian di tapak tangannya sambil mengimbas melaluinya.
Hu!
Seperti yang dijangkakan, perpustakaan di mindanya terkeluarr dan muncul buku yang sama namanya. Dengan membuka buku itu dengan perlahan, dia mendapati terdapat banyak kelemahan Formula 9-Dan Hongtian! Kalau dikira, boleh dikatakan bahawa terdapat lebih daripada seribu kesalahan!
"Inikah teknik yang saya berlatih sebentar tadi?" Zhang Xuan terkejut.
Cuma bahagian 3-Dan yang senang sahaja pun terdapat terlalu banyak kelemahan. Bukankah ini terlalu banyak!
Ia seakan memakan sayur yang penuh dengan cacing! Zhang Xuan berasa dia bernasib baik kerana pertapaannya masih ada selepas melatih mengunakan teknik tersebut.
"Jadi bagaimana pula dengan teknik pertapaan yang lain?"
Sebagai seorang guru, terdapat beberapa buku di dalam biliknya, 'Empat Tulisan Teragung', 'Teknik Meridian Syurga', 'Kekuatan Memecah Acupoin Lotus'… Sambil dia mengambil setiap buku dan mengimbas melalui mereka, perpustakaan di dalam mindanya akan dengan segera merumuskan buku tersebut dan memberitahunya segala kesalahan dan kelemahan yang ada didalam teknik tersebut. Untuk teknik-teknik ini, kesalahan yang ada melepasi 3000!
Yang itu lagi teruk daripada Formula 9-Dan Hongtian!
"Ini… takkan saya mati kepenatan kalau hanya sekadar mencari kesemuanya untuk mendapat yang betul!" Selepas mengambil satu lagi pandangan, Zhang Xuan berasa seakan naik gila daripada kekecewaan.
Ia sukar untuk mencari jalan yang betul apabila terdapat lebih daripada seribu kesalahan didalam satu manual. Ia seakan mempunyai banyak jalan didepanmu yang setiapnya mempunyai banyak jalan lagi untuk dipilih. Walaupun Perpustakaan Jalan Syurga mampu memberitahunya jalan tersebut betul ataupun salah, untuk mengenalpasti kesemuanya untuk mendapat jalan yang paling betul akan mengambil selama-lamanya!
"Sekarang, Pertapaan saya berada di tahap Peninju 3-Dan Puncak Alam Zhengqi, sedikit lagi sahaja untuk saya melepasi ke alam yang seterusnya. Sekarang, saya hanya perlu jumpa masalah yang ada di dalam manual ini berkaitan dengan aspek ini untuk dibetulkan!"
Selepas melihat jumlah kesalahan yang tidak terhingga dalam Formula 9-Dan Hongtian, dia tahu bahawa ia mustahil untuknya menyelesaikan kesemua kelemahannya dalam jangka masa yang pendek. Oleh hal demikian, dia menyelak manual tersebut ke muka surat yang terakhir.
Ianya sangat susah untuk berlatih sebagai seorang Peninju 3-Dan, Namun langkah terakhir untuk melepasi ke alam seterusnya lebih senang. Seperti yang dijangkakan, ia cuma mempunyai sepuluh masalah didalam muka surat tersebut.
"Kesalahan dalam teknik merasai unsur-unsur di udara, kesalahan memanipulasi arus zarah-zarah semangat , kesalahan dalam mengalirkan unsur yang terkumpul untuk melalui Meridian Yangwei…"
Sepuluh kesalahan yang tertulis di sini adalah dibincangkan sangat terperinci.
Perpustakaan Jalan Syurga hanya merakam kesalahan, dia tidak merakam cara untuk menyelesaikan masalahnya. Ia tidak senang untuk mencari jalan yang betul.
"Tunggu dulu! Ia didapati bahawa bahagian kaedah melepasi alam Peninju 3-Dan dalam buku lain mempunyai masalah yang berbeza daripada ini!"
Tiba-tiba sesuatu idea muncul didalam mindanya apabila mengingati apa yang tertulis dalam manual yang berlainan. Sejurus selepas itu, dia mula mengimbas muka surat buku lain kepada bahagian yang berkaitan dengan melepasi alam Zhenqi.
Apa yang diingatinya adalah benar. Walaupun terdapat masalah didalam manual yang lain, masalah mereka berbeza.
"Kalau ia tidak ditulis sebagai kesalahan, ia bermaksud ia bukan sesuatu kesalahan…" Mata Zhang Xuan mula bercahaya. Dia dengan segera mengambil kertas dan pen dan mula menulis kaedah yang betul daripada setiap bahagian. Tidak lama kemudian, satu kaedah pertapaan yang baru muncul di depannya.
"Mari kita lihat sama ada masalah lagi tak di dalam teknik ini!"
Dengan senyuman, dia mengambil buku yang baru ditulisnya dan sekali lagi Perpustakaan Jalan Syurga muncul lagi. Buku yang sama muncul di depannya dan kali ini ia cuma mempunyai satu masalah didalamnya.
Selepas mencari untuk seketika lagi, dia berjaya membetulkan masalah tersebut lalu menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga untuk memastikannya betul. Sememangnya, semua masalah telahpun diselesaikan dan inilah tekniknya yang sempurna.
"Inilah kaedah yang paling tepat untuk melepasi alam Peninju 3-Dan! Biar saya cuba!"
Melihat kandungan yang ditulisnya dengan sendiri, Zhang Xuan mengangguk dengan gembira. Dengan segera dia masuk posisi dan mula bertapa.
"Menenangkan badan dahulu dan membenarkan liang saya untuk buka seakan-akan saya tenggelam dalam kolam air roh. Setiap liang kepunyaan saya adalah benda hidup yang tersendiri, bernafas dengan keazaman yang tersendiri…"
Tzzzzz!
Pertapaan melalui kaedah ini, walaupun dia tidak biasa dengannya pada permulaan, ia tidak mengambil masa yang lama untuknya merasai zarah-zarah di sekelilingnya mula mengalir masuk ke dalamnya dengan deras. Walaupun jumlah roh yang diserap melalui satu liang tersebut tidak banyak, tetapi apabila semua liang di badannya melalui proses sama yang bertalu-talu, kelajuan penyerapan adalah sukar untuk ditahan.
Roh-roh di udara berkumpul seakan-akan air sungai yang mengalir, mengakibatkan banjir besar didalam badannya dan ia meluru ke dantiannya.
Boom!
Satu letupan bergema dari lautan rohnya. Pada asalnya, dia cuma selangkah daripada melepasi alam Peninju 3-Dan. Sekarang, zhenqi yang mengalir secara berlebihan daripada dantiannya menyelebungi seluruh badannya dan memperkayakan otot dan tulangnya, memberikan rasa yang amat lega.
Peninju 4-Dan alam Pigu!
"Ini… ini terlalu cepat!" Mata Zhang Xuan terbuka.
Berdasarkan apa yang ditulis dalam Formula 9-Dan Hongtian, dia sepatutnya mengambil sekurang-kurangnya 3 ke 5 bulan untuk melepasi alam tersebut dan ia juga memerlukan sedikit nasib baik. Selepas mengubah suai teknik tersebut, berapa lamakah yang diperlukannya?
Sepuluh minit? Lima minit?
Pastinya, dia tidak mengambil lebih daripada tiga minit untuk berjaya melepasinya!
Ini...
Tambahan pula, walaupun hanya dengan membetulkan teknik untuk melepasi alam Peninju 3-Dan, ketulenan zhenqi yang diserapnya tidak dapat dibandingkan, mengandungi lebih banyak tenaga daripada yang telah dia serap melalui teknik pertapaannya yang lepas!
Kalau zhenqi yang didapatinya melalui pentapaannya yang lepas seakan lumpur, yang ini bagaikan ombak air kolam jernih yang belum pernah lagi dicemar.
Terdapat beberapa tahap kepada zhenqi, terunggul, biasa, dan kekurangan. Lebih tinggi kualitinya, lebih jernih ia akan didapati dan lebih jauh seseorang boleh maju pada masa hadapan! Dulu, zhenqi yang dikumpulnya melalui pertapaan adalah keruh dan berkemungkinan pada tahap lemah.
Zhenqi yang didapatinya melalui pertapaan ini sangat jelas sehingga kamu boleh lihat melepasinya. Besar kemungkinan ia zhenqi tahap terunggul.
"Bukankah mereka pernah berkata…kalau seorang ingin bertapa mengumpulkan zhenqi yang bertahap terunggul, mereka perlu mempunyai sekurang kurangnya teknik pertapaan yang bertaraf wali ataupun dewa?"
Terdapat beberapa tahap kepada teknik pertapaan iaitu, tuhan, wali, roh, bayang dan manusia. Setiap tahap boleh dipecahkan lagi kepada empat tahap iaitu lemah, biasa, unggul, dan kemuncak.
Kalau mengikut khabar angin ahli pertapa, ia memerlukan sekurang-kurangnya teknik pertapaan bertahap wali untuk mengumpulkan zhenqi yang ulung.
Formula 9-Dan Hongtian merupakan teknik pertapaan tahap manusia yang terbawah, bagaimana mungkinkah ia dapat mengumpulkan zhenqi yang berkualiti sebegini.
"Ini adalah sebab Perpustakaan Jalan Syurga!"
Zhang Xuan mencengkam penumbuknya.
Dia masih mengikuti teknik pertapaan Formula 9-Dan Hongtian, tetapi dia berjaya mengelakkan diri daripada masalah yang direkodkan di dalamnya. Sebaliknya, dia mengikuti jalan yang betul dan ia membolehkannya mengumpul zhenqi bertaraf unggul.
Nampaknya…apa yang terkandung dalam Perpustakaan Jalan Syurga adalah tepat. Formula 9-Dan Hongtian ini adalah sangat sempurna.
"Kalau begitu, dengan bantuan Perpustakaan Jalan Syurga, mungkin boleh untuk saya mencipta buku teknik pertapaan tahap wali ataupun tuhan?"
Mata Zhang Xuan penuh harapan.