Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Exiled: 6PM

Fastz11
7
chs / week
The average realized release rate over the past 30 days is 7 chs / week.
--
NOT RATINGS
214
Views
Synopsis
Exiled: 6PM Langit senja berwarna oren keemasan membias di permukaan tingkap bangunan tinggi, memantulkan sinaran terakhir sebelum malam mengambil alih. Kuala Lumpur seperti biasa-sibuk, bising, dan dipenuhi manusia yang mengejar masa. Kei dan rakan-rakannya berada di sebuah kafe kecil di tepi jalan, bersembang kosong sambil menikmati angin petang. Rayze menyakat Elric seperti biasa, Alya mengeluh kecil melihat telatah mereka, sementara Kei hanya tersenyum nipis, menikmati saat-saat santai itu. Di seberang jalan, kota terus bergerak. Bunyi hon, suara manusia berbual, dan deruman enjin menyatu dalam simfoni kehidupan yang sudah menjadi kebiasaan. Seperti tiada apa yang akan berubah. Seperti segalanya akan kekal begini. Tetapi mereka semua silap. 6:00 PM. Detik itu tiba. 'Permainan itu' Bermula..

Table of contents

Latest Update3
318 hours ago
VIEW MORE

Chapter 1 - 1

Matahari petang membakar jalan raya, memantulkan cahaya oren ke tingkap kafe kecil tempat empat sekawan sedang melepak. Suasana dalam kafe cozy, lagu lo-fi berkumandang perlahan. Meja mereka penuh dengan cawan plastik, tisu berselerak, dan satu perbualan yang tak masuk akal.

Kei duduk bersandar sambil kacau air dalam cawan dengan straw. "Aku ada teori..."

Rayze angkat kening. "Kau ada teori? Menarik. Mari kita dengar kebijaksanaan Encik Kei."

Kei buat muka serius. "Orang tinggi nampak dunia dengan cara berbeza."

Alya gelak kecil. "Eh, macam menarik. Teruskan."

Elric sandar dagu atas tangan. "Ok, explain."

Kei sedut minuman dulu sebelum sambung. "Contohnya, kita ni duduk dekat meja sama, tapi perspektif kita berbeza. Korang nampak aku sebagai lelaki yg bertinggi 188 cm, hensem, manly, tapi aku nampak korang sebagai..." Dia buat gaya dramatik, "...pepatung kecil yang tak tahu erti kehidupan."

Alya jeling. "Kau perasan kan aku boleh baling straw ni tepat ke dahi kau?"

Kei gelak sambil angkat tangan tanda menyerah. "Gurau je, gurau je."

Rayze tiba-tiba masuk line dengan penuh bangga. "Ha! Ni soalan yang bagus. Sebagai orang yang bertinggi 191.5 cm, biar aku jawab." Dia duduk tegak, buat muka serious. "Pertama, kami boleh nampak orang botak dari atas. Kedua, kami boleh tengok konsert tanpa risau. Ketiga, kami boleh—"

"Maksudnya kau nampak habuk atas kipas?" Kei mencelah, buat muka selamba.

Rayze buat bunyi klik lidah. "Tinggi aku dengan kau beza 3.5 cm je, bro. Aku bukan raksasa."

Alya silang tangan sambil pandang dia. "Perlu ke .5 cm tu?"

Rayze angkat bahu. "Mestilah. 191 tu nampak biasa sangat. 191.5 cm ni nampak macam aku ada growth spurt tengah malam tadi."

Elric gelak. "Tak ke growth spurt kau tu hasil tapak kasut?"

Rayze tepuk meja. "Hei! Ini bukan hasil tapak kasut, ini hasil doa mak aku tiap pagi."

Alya ketawa kecil. "Bukan kau yang tinggi, doa mak kau yang power."

Suasana meja pecah dengan gelak tawa.

Selepas beberapa saat, Elric bersandar dan tiba-tiba tanya, "Weh, macam mana nak jadi tinggi ah?"

Rayze yang tengah minum air terus tersengih. Dia letak cawan perlahan-lahan, pandang Elric dengan penuh keangkuhan. "Haa, soalan yang bagus, wahai manusia biasa."

Elric buat muka blur. "Manusia biasa?"

Rayze angkat tangan ke dada sendiri. "Aku tinggi sebab mak ayah aku tinggi, bro. Genetik aku power. Yang mak ayah dia pendek, tak payah berangan nak jadi tinggi." Dia gelak jahat. "Hahahahaha!"

Kei cebik. "Bajet sangat."

Rayze tak layan dan sambung lagi, "Aku pun makan tiang."

Alya kerut dahi. "Makan... apa?"

"Makan tiang," ulang Rayze penuh bangga. "Korang tak buat ke? Masa kecik dulu, aku suka peluk tiang rumah, konon-konon nak panjangkan tulang. Ha, tengok hasilnya. Aku tinggi, kan?"

Elric geleng kepala. "Gila."

Rayze angkat kening. "Hei, aku ni masih boleh tinggi lagi tau. Mungkin 202.6 cm next year. Kalau korang, mungkin kekal pendek macam sekarang kut ataupun makin pendek. Hahaha!"

Alya terhenti, pandang dia pelik. "Weh, macam kau ni peramal pulak. Yakin betul boleh teka tinggi sendiri siap dengan .6 cm."

Rayze angkat bahu. "Aku kan genius."

Kei pandang Rayze dengan muka skeptikal. "Kau bukan genius, kau syok sendiri."

Rayze sengih. "Heh, taula korang jealous dengan kejeniusan aku kan."

Kei menyampuk, "Kalau betul jadi 202.6 cm, kita kena buat siasatan."

Rayze gelak besar. "Weh, jangan seram-seramkan aku."

Mendengarkan itu, mereka semua gelak tak ingat dunia.

Lepas beberapa saat, Elric tiba-tiba tanya, "Eh, Alya, type lelaki idaman kau macam mana?"

Alya fikir sekejap, sebelum jawab selamba. "Hmm… tinggi 175 cm ke atas, badan macam Sung Jin Woo."

Kei yang tengah minum kopi terus terhenti.

Rayze dan Elric pandang satu sama lain, kemudian mata diorang beralih ke Kei serentak.

"OOO~"

Kei angkat kening. "Apa?"

Rayze tersengih. "Takde apa-apa. Cuma... dunia ni bukan manhwa, Alya."

Elric angguk setuju. "Betul. Mana ada orang realiti badan perfect macam Sung Jin Woo."

Alya angkat bahu. "Aku cakap je."

Rayze kenyit mata ke Elric sebelum sengih besar. "Tapi aku rasa ada seseorang yang hampir ada ciri tu..."

Mata Alya perlahan-lahan beralih ke Kei. Bila dia tersedar, dia cepat-cepat alih pandangan dan pura-pura minum air.

Kei pula buat muka tak tahu apa-apa. "Aku tak minat bincang benda macam ni."

Rayze gelak. "Relaks la, bro. Kita baru nak berseronok."

Kei buat tak tahu, tapi telinga dia rasa panas sikit.

Alya cepat-cepat cover dengan gelak kecil. "Eh, aku tukar soalan. Kalau lelaki, haircut macam mana yang nampak paling menarik?"

Rayze angkat kening, tiba-tiba berminat. "Haa, aku nak tahu ni. Alya, bagi pendapat kau."

Alya fikir sekejap. "Hmm… undercut."

Rayze tersengih. "Patutlah aku selalu nampak kacak."

Kei minum kopi tanpa reaksi. "Sejak bila kau ada undercut?"

Rayze buat muka dramatik. "Sejak dalam mimpi aku tadi."

Alya gelak kecil. "Eh, Kei. Kalau kau buat undercut, mesti lagi nampak hot, kan?"

Kei hampir tersedak. "Hah?"

Elric dan Rayze terus berpaling ke arah Alya dengan muka penuh makna. "OOO~"

Alya cepat-cepat tutup mulut. "Eh, tak—aku cakap je!"

Rayze gelak jahat. "Hmm… tadi type kau tinggi 175+ cm, badan macam Sung Jin Woo…"

Elric sambung. "Sekarang tambah undercut?"

Kei tarik nafas panjang, malas nak layan. "Korang takde topik lain ke nak sembang?"

Alya cepat-cepat tengok jam. "Eh, dah lewat. Jom balik?"

Rayze angguk. "Besok kita lepak lagi."

Alya tiba-tiba bersuara, "Eh, esok cuti kan? Jom pergi shopping kat bandar pukul 5 petang?"

Elric angkat ibu jari. "On je!"

Kei angguk kecil. "Boleh, asalkan jangan lama sangat."

Rayze gelak. "Takde benda yang dipanggil 'sekejap' kalau pergi shopping dengan perempuan, bro."

Alya jeling. "Kau nak ikut ke tak ni?"

Rayze angkat tangan. "Ikut, ikut. Nak tengok korang membazir."

Mereka pun bangun, keluar dari kafe kecil itu. Angin luar bertiup sepoi-sepoi, membawa perasaan yang entah kenapa... sedikit pelik.

Mungkin cuma perasaan biasa.

Atau mungkin, peristiwa besar sedang menanti.

---