Chereads / HIGH SCHOOL HIERARCHY / Chapter 1 - Kebenaran Yang Pahit -EP1

HIGH SCHOOL HIERARCHY

🇲🇾NatriumKlorida
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 181
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Kebenaran Yang Pahit -EP1

Pada 27/7/2024 yang lalu,

Rayyan melangkah masuk ke kelas barunya dengan senyuman kecil. 4 Sains 1—kelas yang paling elit di sekolah. Dia sepatutnya bangga kerana berjaya masuk ke kelas aliran Sains Tulen, bersama pelajar-pelajar terbaik. Tapi entah kenapa, sejak dia menjejakkan kaki ke dalam kelas ini, dia dapat rasakan sesuatu yang... pelik.

Mata-mata di dalam kelas itu memandangnya sekilas sebelum kembali fokus ke kerja masing-masing. Tiada senyuman mesra, tiada sapaan ramah. Rayyan menelan liur. "Mungkin diorang semua serius belajar," fikirnya, cuba menenangkan diri.

Dia berjalan ke tempat duduk yang kosong di tepi tingkap. Baru saja dia menarik kerusi untuk duduk, seorang pelajar dari belakang berkata dengan suara perlahan, hampir berbisik.

"Selamat datang ke kelas ni, Rayyan. Aku harap kau kuat."

Rayyan berpaling, tapi pelajar itu sudah pun menyandarkan badan ke kerusi, matanya tertumpu ke arah papan putih. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dada Rayyan berdebar. Apa maksud kata-kata itu?

Rayyan cuba mengabaikan kata-kata tadi dan fokus pada kelas. Cikgu masuk, pembelajaran bermula seperti biasa. Tapi sepanjang sesi berlangsung, Rayyan dapat rasakan sesuatu yang janggal.

Setiap kali seorang pelajar bercakap, ada mata-mata yang memerhati. Bila seseorang tersilap jawab soalan, ada bisikan kecil yang kedengaran. Ada yang senyum sinis, ada yang mengangkat kening seolah-olah sedang menilai.

Dan yang paling pelik, Rayyan perasan ada seorang pelajar di hujung kelas yang duduk bersendirian. Faris. Tak ada siapa bercakap dengannya, tak ada siapa peduli. Bila cikgu tanya soalan, dia jawab betul. Tapi tetap, semua orang buat-buat tak dengar.

Seolah-olah dia tak wujud.

Ketika waktu rehat, Rayyan keluar dari kelas bersama beberapa pelajar lain. Tapi sebelum dia sempat menapak jauh, dia terdengar satu suara dari belakang.

"Oi, Faris. Kau tahu peraturan, kan?"

Rayyan berpaling. Di belakang, sekumpulan pelajar sedang berdiri mengelilingi Faris. Salah seorang daripada mereka, seorang pelajar tinggi berkaca mata, bersandar di dinding dengan tangan bersilang. Wajahnya tenang, tetapi senyumannya tajam.

Danish,Yin,Chan,Amir dan Han Xie

"Aku..." Faris bersuara perlahan, wajahnya pucat. "Aku cuma turun nak beli air."

Danish ketawa kecil. "Siapa kata kau boleh turun makan? Kau dalam ranking paling bawah, ingat? Hanya yang layak je boleh turun dengan bebas."

Jantung Rayyan berdegup kencang. Ranking? Layak? Apa semua ni?

Faris tunduk, tangannya menggenggam erat hujung bajunya. "Tapi aku lapar..."

Satu suara kasar menyahut. "Lapar? Itu bukan masalah kami, bodoh."

Rayyan melihat seorang pelajar tinggi berambut pendek, Amir, menghampiri Faris sambil menjeling tajam. Di sebelahnya, Yin, Chan, dan Han Xie turut tersenyum sinis. Han Xie, yang paling agresif, menarik kolar baju Faris dengan kasar.

"Aku pelik la," katanya perlahan tetapi mengancam. "Kenapa orang macam kau masih ada dalam kelas ni?"

Faris menggigit bibir, jelas ketakutan.

Danish hanya bersandar di dinding, tangan bersilang. Dia tidak menyertai perbuatan mereka, tetapi dia juga tidak menghalang. Senyap. Sombong. Seolah-olah ini perkara biasa.

Rayyan mengepalkan tangan. Apa benda semua ni?

Hari-hari di kelas 4 Sains 1 terus berlalu seperti biasa. Rayyan cuba menyesuaikan diri dengan suasana kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar pintar, tetapi dia masih tak dapat lupakan peristiwa dengan Faris dan peraturan pelik yang ada dalam kelas ni.

Dia cuba bergaul dengan beberapa pelajar, tapi setiap kali dia cuba mendekati, ada yang mengelak. Ada yang memberikan senyuman kosong. Ada yang hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Semua seperti... takut. Takut akan sesuatu yang tidak kelihatan, tetapi jelas ada di udara.

Pagi itu, selepas kelas tamat, Rayyan berborak dengan Zul, seorang pelajar yang agak pendiam. Mereka berjalan bersama menuju ke kantin. Rayyan bertanya dengan hati-hati, takut kalau soalan itu salah.

"Zul, kau tahu tak apa yang sebenarnya berlaku dalam kelas ni? Kenapa semua orang macam takut je?"

Zul terdiam sekejap sebelum menjawab perlahan. "Kau baru je masuk, Rayyan. Kau belum faham lagi."

Rayyan memandang Zul dengan penuh tanda tanya. "Faham apa?"

Zul menghela nafas panjang. "Tentang High School Hierarchy... sistem ni ada undang-undangnya. Semua pelajar dalam kelas ni kena ikut. Kalau tak, kau akan jadi mangsa. Gred tinggi takkan dihukum. Gred rendah..." Zul berhenti seketika, memandang sekeliling. "Kau akan tahu apa yang jadi kalau kau tak cukup baik. Kau akan jadi bahan buli. Tapi yang paling teruk, kau tak boleh lawan sistem ni."

Rayyan semakin terkejut. "Amir, Yin, Chan, dan Han Xie... mereka yang jadi ketua pembuli, kan?"

Zul hanya mengangguk perlahan. "Mereka yang mengawal semuanya. Semua ikut peraturan yang mereka tetapkan."

Rayyan merenung wajah Zul. "Tapi kenapa Danish ikut serta dalam semua ni? Dia kan bijak, kenapa dia biarkan semuanya berlaku?"

Zul menggelengkan kepala. "Danish tak buat apa-apa, dia tak buli. Tapi dia tak halang. Dia sekadar... tengok. Dia tahu dia tak perlu buat apa-apa kerana kedudukannya di atas. Dia tak akan dibuli."

Rayyan rasa semakin keliru. Apa yang berlaku dalam kelas ni? Apa yang buat semuanya begitu pelik?

Dan lebih penting, apa yang dia perlu lakukan untuk bertahan dalam kelas ni?

Hari itu, kelas Biologi berjalan seperti biasa. Cikgu Sarah mengajar dengan penuh semangat, tetapi Rayyan sukar untuk fokus. High School Hierarchy. Sistem yang menentukan siapa yang berkuasa dan siapa yang akan menjadi mangsa.

Matanya melirik ke arah Amir, Yin, Chan, dan Han Xie yang duduk di barisan paling depan, kelihatan selamba seperti tiada apa-apa berlaku. Danish pula seperti biasa, hanya diam dan memerhati.

Tiba-tiba, cikgu mengumumkan sesuatu yang membuat jantung Rayyan berdegup laju.

"Minggu depan kita akan ada ujian. Jadi, bersedia dan buat yang terbaik."

Rayyan menelan air liur. Ujian?

Dia teringat kata-kata Zul. Gred menentukan kedudukan dalam kelas ini. Kalau kau gagal, kau akan jadi sasaran.

Selepas kelas tamat, Rayyan menunggu semua pelajar keluar sebelum mendekati Zul lagi. Dia perlu tahu lebih banyak.

"Zul, kalau aku gagal ujian nanti... apa yang akan jadi?"

Zul kelihatan serba salah, seolah-olah tidak mahu bercakap. Tapi akhirnya dia bersuara perlahan. "Kalau keputusan kau masih tinggi, kau selamat. Tapi kalau kau jatuh ke bawah..." Zul menggenggam erat tali begnya. "Kau akan kena."

Rayyan berasa tidak sedap hati. "Jadi kalau aku hanya dapat 2A atau 1A...?"

Zul menelan air liur. "Kau akan jadi sasaran seterusnya, Rayyan."

Jantung Rayyan hampir berhenti. Dia tak boleh gagal. Dia tak boleh jatuh ke ranking terbawah.

Tapi dia masih ada satu persoalan. "Macam mana sistem ni bermula?"

Zul menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Seseorang telah menciptanya."

Rayyan mengerutkan dahi. "Siapa?"

Zul menggeleng. "Tak ada siapa tahu. Sistem ni dah lama wujud. Danish mungkin antara orang yang paling memahami sistem ni, sebab tu dia ikut serta. Tapi siapa penciptanya, tak ada siapa yang benar-benar pasti."

Rayyan terkejut. "Jadi... seseorang sedang mengawal semua ni dari bayang-bayang?"

Zul senyum sinis. "Dan dia mungkin sedang memerhati kita sekarang."

Rayyan terasa sejuk di seluruh tubuhnya. Siapa dalang di sebalik permainan ini?

Dan sekarang, dia sudah terperangkap dalam permainan ini.

Malam itu, Rayyan tak dapat tidur. Kata-kata Zul berulang dalam fikirannya. "Dan dia mungkin sedang memerhati kita sekarang."

Siapa 'dia'? Kenapa dia mencipta sistem ni? Apa motifnya?

Rayyan mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka aplikasi pesanan kelas. Pelajar-pelajar lain berbincang tentang ujian minggu depan. Tiada seorang pun yang bercakap tentang High School Hierarchy. Seolah-olah semuanya baik-baik saja.

Tetapi Rayyan tahu itu semua cuma ilusi.

Saat dia ingin meletakkan telefonnya, satu mesej tanpa nama muncul di skrin.

[???]: "Kau rasa kau boleh lari?"

Dada Rayyan berdegup kencang. Siapa ni? Dia cuba melihat profil pengirim, tetapi akaun itu kosong.

Kemudian satu lagi mesej masuk.

[???]: "Tiada siapa boleh lari dari Hierarchy."

Rayyan menelan air liur. Tangannya berpeluh. Adakah ini... pencipta sistem ni?

Sebelum dia sempat membalas, mesej terakhir muncul.

[???]: "Jangan cuba cabar sistem ini, Rayyan."

Dan dalam sekelip mata, akaun itu hilang.

Rayyan terdiam.

Seseorang tahu dia sedang mencari jawapan. Seseorang sedang memerhatinya.

Dan sekarang, dia betul-betul berada dalam bahaya.

*5 HARI KEMUDIAN*

Hari ujian akhirnya tiba. Seluruh kelas sunyi sepi, hanya bunyi pensel yang menari di atas kertas. Rayyan cuba fokus, tapi fikirannya masih terganggu dengan mesej misteri yang diterima malam sebelumnya.

"Jangan cuba cabar sistem ini, Rayyan."

Siapa yang menghantarnya? Apa yang akan berlaku kalau dia tetap mencari jawapan?

Rayyan menghela nafas dan kembali ke soalan ujian. Dia tak boleh gagal.

Dari sudut matanya, dia melihat Danish. Seperti biasa, wajahnya tenang, penuh keyakinan. Dia selesai menjawab jauh lebih awal daripada orang lain, meletakkan penselnya dan menyandar di kerusi, hanya memerhati.

Memerhati siapa?

Rayyan kembali ke kertasnya. Masa semakin suntuk. Dia harus pastikan dia selamat.

---

Tiga hari kemudian...

Keputusan ujian diumumkan. Cikgu menyerahkan kertas jawapan satu persatu. Rayyan menggenggam erat mejanya. Dia menahan nafas saat cikgu meletakkan kertasnya di atas meja.

4A-, 3B+, 3A.

Rayyan tersenyum lega. Dia lulus.

Tapi sesuatu yang aneh berlaku.

Pelajar-pelajar di depan berpaling ke arahnya. Ada yang berbisik, ada yang tersenyum sinis.

Rayyan mengerutkan dahi. Dia tak faham. Kenapa mereka pandang dia macam tu?

Saat itu, Zul menepuk perlahan belakang tangannya dan berbisik, "Rayyan... kau dalam bahaya."

Rayyan tersentak. "Apa maksud kau? Aku dapat 4A-, 3B+, dan 3A. Aku lulus."

Zul menggeleng lemah. "Peraturan tak sebut A+, tapi... hanya A+ yang diterima. A- dikira sebagai gagal."

Darah Rayyan berderau. "Apa?"

Dia segera melihat ke arah Amir, Yin, Chan, dan Han Xie.. Mereka semua tersenyum sinis. Dia sudah menjadi sasaran.

Danish? Seperti biasa, dia hanya diam dan memerhati.

Rayyan mula berasa sesak nafas. Dia sudah jatuh ke ranking bawah. Dia akan dihukum.

Dan saat itu, dia sedar… malam ini, sesuatu akan berlaku.Sejak keputusan diumumkan, sesuatu yang pelik berlaku.

Rayyan tidak lagi dipandang sebagai seorang pelajar biasa. Dia dipandang sebagai 'tiada'.

Dia cuba bercakap dengan rakan sekelasnya—tetapi mereka semua mengabaikannya. Seolah-olah dia tidak wujud.

Dia cuba menegur Aiman, pelajar yang selalu berbual dengannya sebelum ini. Tetapi Aiman hanya melaluinya tanpa reaksi, seperti Rayyan hanyalah bayang-bayang.

Dalam kelas, dia cuba mengangkat tangan untuk menjawab soalan cikgu. Tetapi cikgu langsung tidak melihatnya.

"Rayyan? Siapa Rayyan?"

Pelajar lain berpura-pura tidak mendengar. Cikgu hanya meneruskan pelajaran seperti biasa.

Hanya pelajar kelas 4 Sains 1 yang tahu tentang sistem ini. Tiada seorang pun yang berani melawan.

Mereka yang berada di ranking bawah... tidak wujud lagi.

Selepas kelas tamat, Rayyan berjalan keluar. Tapi sebelum dia sempat melangkah jauh, satu tangan menarik kolar bajunya ke belakang.

Han Xie.

Rayyan tersentak. Dia cuba meronta, tapi genggaman Han Xie kuat.

"Kau dah tahu peraturannya, kan?" bisik Han Xie perlahan. "Kau gagal. Itu bermakna kau kena hukum."

Di belakang Han Xie, Amir, Yin, dan Chan berdiri dengan senyuman penuh makna.

Rayyan menelan air liur. Dia memandang ke sekeliling—pelajar lain hanya berjalan seperti biasa, seolah-olah ini tidak berlaku.

Danish? Seperti biasa, dia hanya memerhati.

Dan saat itu, Rayyan tahu…

Malam ini, dia akan merasai neraka.

Rayyan masih terduduk di lantai koridor. Nafasnya tidak teratur, perutnya masih sakit akibat tumbukan Han Xie tadi.

Mereka tidak berhenti di situ.

Amir melutut di hadapan Rayyan, menepuk pipinya perlahan-lahan dengan tapak tangan. "Oi, bangunlah. Ke kau dah serik?"

Rayyan tidak menjawab. Dia hanya menatap Amir dengan pandangan tajam.

Yin menjeling ke arah Rayyan dan ketawa kecil. "Mungkin dia tak faham lagi apa maksud 'ranking bawah'."

Chan tersenyum sinis. "Kalau macam tu, kita tunjukkan dengan lebih jelas."

Sebelum Rayyan sempat bergerak, Yin menarik kolar bajunya dan menghentaknya ke dinding semula. "Dengar sini, budak baru."

"Ini bukan sekadar peraturan. Ini adalah hierarki. Kau patut bersyukur kau masih boleh bernafas."**

Han Xie menyeluk tangan ke dalam poket sambil bersandar pada dinding. "Kau tak akan dapatkan bantuan daripada sesiapa pun. Semua orang ikut sistem ni. Kau boleh menjerit, tapi tiada siapa akan tolong."

Rayyan hanya menghela nafas perlahan. Dia tidak akan menunjukkan ketakutan.

"Dah habis?" Rayyan bersuara tenang, walaupun tubuhnya masih sakit.

Mereka semua terdiam seketika.

Han Xie mengangkat kening, lalu tersenyum kecil. "Kau memang degil, eh?"

Amir ketawa kecil. "Tak apa. Dia akan faham juga nanti."

Yin dan Chan akhirnya melepaskan Rayyan. Mereka tidak mahu mencederakannya teruk—belum lagi.

Mereka mahu Rayyan 'patah' secara perlahan.

Rayyan membetulkan bajunya, mengambil begnya yang berselerak di lantai, lalu bangun dengan perlahan. Walaupun seluruh tubuhnya sakit, dia tetap mendongak dengan bangga.

Sebelum dia berlalu pergi, dia sempat berkata, "Aku tak akan tunduk."

Han Xie tersenyum sinis. "Kita tengok nanti."

Rayyan melangkah pergi. Langkahnya berat, tetapi hatinya masih teguh.

High School Hierarchy baru sahaja bermula.

Rayyan berjalan perlahan ke bilik guru, menahan sakit di setiap langkah. Dia sudah nekad.

Dia perlu laporkan ini.

Jika dia berdiam diri, dia akan terus menjadi sasaran.

Sebaik tiba di hadapan pintu bilik guru, dia menarik nafas dalam dan mengetuk perlahan.

Tok! Tok!

"Masuk," suara tegas kedengaran dari dalam.

Rayyan melangkah masuk. Di dalam, beberapa orang guru sibuk dengan kerja mereka. Cikgu Hakim, guru disiplin, menoleh ke arahnya.

"Ya, Rayyan? Ada apa?"

Rayyan menelan air liur, cuba mengatur kata-katanya. "Cikgu, saya nak laporkan sesuatu. Ada satu... game dalam kelas kami. Game yang berbahaya."

Cikgu Hakim berkerut dahi. "Game?"

"Ya, game ni dipanggil High School Hierarchy," Rayyan bersuara, cuba untuk kelihatan setenang mungkin. "Pelajar yang dapat gred rendah akan dibuli. Dan tiada siapa berani melawan sebab sistem ni… semua orang ikut."

Cikgu Hakim bersandar ke kerusinya, memandang Rayyan dengan riak tidak percaya.

"Kamu serius?"

"Serius, cikgu! Saya sendiri jadi mangsa. Saya kena tumbuk, kena paksa tunduk, kena—"

"Tunggu dulu," Cikgu Hakim mengangkat tangan, memotong kata-kata Rayyan. "Siapa yang buli kamu?"

Rayyan teragak-agak. Jika dia menyebut nama Amir, Yin, Chan, dan Han Xie, mereka pasti akan tahu dia yang melaporkan.

Tapi dia tiada pilihan lain.

"Saya tak boleh beritahu nama, cikgu... tapi percayalah, benda ni benar!"

Cikgu Hakim mengeluh perlahan. "Rayyan, saya dah jadi guru bertahun-tahun. Saya tahu kalau ada kes buli dalam sekolah ni. Kalau perkara ni benar-benar berlaku, mesti dah ada yang melaporkan sebelum ni."

"Tapi cikgu, semua orang takut! Mereka tak berani melawan sebab sistem ni sangat kuat."

Seorang lagi guru, Cikgu Farah, menyampuk. "Rayyan, mungkin ini hanya salah faham. Awak pelajar baru, mungkin awak belum faham cara pelajar lain bergaul."

Rayyan menggenggam penumbuknya. "Ini bukan salah faham! Saya sendiri yang kena, cikgu!"

Namun, Cikgu Hakim hanya menggeleng.

"Tanpa bukti, saya tak boleh buat apa-apa, Rayyan. Kalau benar ada kes buli, kamu boleh buat laporan rasmi, tapi tuduhan macam ni memerlukan saksi."

Rayyan terkedu. Saksi? Siapa yang berani bersuara?

Tiada siapa akan berdiri di pihaknya.

Dan itulah kelebihan High School Hierarchy.

Semuanya dilakukan secara rahsia, tanpa sebarang bukti.

Rayyan menggigit bibirnya. "Jadi... cikgu tak percaya saya?"

Cikgu Hakim menarik nafas dalam. "Ini bukan soal percaya atau tidak, Rayyan. Kami perlukan bukti."

Rayyan berdiri diam untuk beberapa saat sebelum berpaling ke pintu.

Tiada gunanya.

Mereka tidak akan percaya.

Saat dia keluar dari bilik guru, dia terserempak dengan Danish yang bersandar di dinding, tangan dalam poket, senyum tipis di bibirnya.

"Kau ingat kau boleh kalahkan sistem ni dengan cara mudah?" Danish bersuara perlahan, cukup hanya untuk Rayyan dengar.

Rayyan mengetap gigi. Danish sudah tahu.

Mereka semua sudah tahu.

Dan sekarang, mereka tahu Rayyan cuba melawan.

Perkara ini baru sahaja menjadi lebih teruk.

Rayyan berdiri kaku di hadapan Danish, hatinya berdegup kencang.

"Aku perlu tahu lebih tentang game ni."

Danish mengangkat kening, kemudian ketawa kecil. "Kau masih tak faham, kan? Kau fikir kalau kau tahu lebih banyak, kau boleh keluar dari permainan ni?"

Rayyan tidak berganjak. "Aku cuma nak tahu."

Danish menyandarkan bahunya ke dinding, matanya merenung tajam ke arah Rayyan. "Baiklah. Aku bagi kau satu peluang. Aku akan beritahu sedikit."

Rayyan menggenggam tali begnya dengan erat. Ini mungkin satu-satunya peluang untuknya memahami sistem yang sedang memerangkapnya.

"High School Hierarchy bukan sekadar peraturan biasa." Danish memulakan, suaranya tenang tetapi berbahaya. "Ia adalah sistem yang memastikan hanya yang kuat boleh bertahan. Yang lemah? Mereka akan jatuh... dan lenyap."

Rayyan menelan air liur. "Siapa yang cipta sistem ni?"

Danish tersenyum tipis. "Itulah yang menariknya. Tiada siapa tahu siapa yang mula-mula mencipta peraturan ini."

"Jadi kau pun tak tahu?" Rayyan mengerutkan dahi.

"Aku tak tahu, tapi aku tak peduli pun. Apa yang aku tahu, sistem ni dah lama wujud dalam kelas ni, dan ia tak akan hilang selagi tiada siapa yang mampu menjatuhkannya."

Rayyan mengetap gigi. "Tapi ini semua salah. Kau pun tahu."

Danish memandang Rayyan dengan pandangan kosong sebelum mengangkat bahu. "Betul atau salah? Itu bergantung kepada siapa yang kau tanya. Dalam sistem ni, hanya ada dua jenis orang—penguasa dan mangsa."

Rayyan mengetap bibirnya. "Jadi kau lebih rela jadi pengikut daripada lawan sistem ni?"

Danish ketawa kecil. "Kau fikir aku bodoh? Aku hanya pilih untuk berada di tempat yang lebih selamat. Aku tak buli sesiapa, tapi aku juga tak kena buli. Itu lebih baik daripada jadi seperti kau, kan?"

Rayyan tidak menjawab. Danish adalah sebahagian daripada kumpulan mereka, tetapi dia tidak bertindak seperti mereka. Dia hanya... berada di sisi yang menang.

"Kau masih ada peluang, Rayyan. Kau boleh tunduk dan ikut sistem ni, atau kau boleh terus jadi sasaran." Danish berkata sebelum berpaling.

"Aku takkan tunduk," Rayyan bersuara tegas.

Danish hanya ketawa perlahan dan berjalan pergi.

Rayyan tahu dia perlukan sekutu.

Dan satu-satunya orang yang mungkin tahu penderitaan ini... adalah Faris.

---

Mencari Saksi

Rayyan melangkah ke belakang sekolah, di mana dia tahu Faris selalu mengasingkan diri.

Faris adalah pelajar yang selalu berdiam diri, tidak banyak bercakap, dan sentiasa cuba menjauhkan diri daripada pelajar lain. Dia pernah menjadi mangsa sebelum ini.

Rayyan menjumpainya duduk di bangku lama, matanya kosong memandang lantai.

"Faris," Rayyan menyapa perlahan.

Faris mengangkat kepalanya sedikit, tapi tidak berkata apa-apa.

"Aku tahu kau faham apa yang aku lalui," Rayyan bersuara, cuba menarik perhatiannya. "Kau pernah kena, kan?"

Faris masih diam.

"Aku perlukan saksi. Aku nak lawan sistem ni."

Faris tersentak sedikit, kemudian menggeleng perlahan. "Tak guna..." suaranya bergetar. "Kau takkan menang."

"Tapi kalau kita bersatu—"

"Kau tak faham, Rayyan!" Faris tiba-tiba bersuara kuat. Matanya merah, penuh ketakutan. "Mereka bukan manusia biasa. Mereka boleh buat apa saja untuk pastikan kita tak melawan!"

Rayyan melihat ketakutan dalam mata Faris. Trauma itu masih menghantui dirinya.

Faris menggeleng dan bangun. "Aku tak nak terlibat. Jangan cari aku lagi."

Rayyan hanya mampu melihat Faris berjalan pergi.

Saksi yang dia perlukan… tidak mahu membantu.

Dan sekarang, Rayyan semakin keseorangan dalam perlawanan ini.

---

Rayyan termenung di bangku lama, memikirkan jalan seterusnya. Faris menolak untuk membantu.

Tapi masih ada satu nama yang terlintas di fikirannya—Zul.

Zul bukan pelajar straight A's, tapi dia pernah rapat dengan Rayyan sebelum ini. Jika ada seseorang yang masih boleh dipercayai, mungkin itu Zul.

Tanpa membuang masa, Rayyan mencari Zul di kantin. Dan seperti yang dijangka, dia melihat Zul sedang duduk bersama sekumpulan pelajar, ketawa dan bercakap besar.

Rayyan melangkah menghampiri. "Zul, aku nak cakap dengan kau."

Zul menoleh, wajahnya berubah sedikit terkejut sebelum dia mengangkat kening dengan sinis. "Rayyan? Kau nak apa?"

Rayyan berkerut dahi. Nada Zul… berubah.

Dulu, Zul bukan begini. Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu menonjol, tetapi juga tidak lemah. Namun kini, cara dia bercakap—angkuh.

"Aku nak bercakap dengan kau... berdua," Rayyan bersuara, cuba untuk tidak menunjukkan keresahannya.

Zul ketawa kecil sebelum menjeling ke arah kawan-kawannya. "Korang dengar tu? Dia nak cakap dengan aku. Macam penting sangat je."

Rakan-rakan Zul turut ketawa, tetapi Zul akhirnya bangun. "Baiklah, aku layan kau sekejap."

Mereka berjalan ke satu sudut kantin yang lebih sunyi.

"Kau tahu pasal High School Hierarchy, kan?" Rayyan terus ke intinya.

Zul tersenyum sinis. "Siapa je tak tahu?"

"Aku nak jatuhkan sistem ni. Aku perlukan bantuan kau."

Zul diam seketika sebelum ketawa sinis. "Jatuhkan? Kau fikir kau boleh kalahkan sistem yang dah lama bertapak ni? Lawak betul."

Rayyan terkejut dengan reaksinya. "Zul… kau bukan macam ni dulu. Kau tahu benda ni salah."

Zul merenungnya tajam. "Dulu aku bodoh, Rayyan. Aku fikir kalau aku jadi baik, aku boleh hidup senang. Tapi tengok apa yang jadi pada Faris. Tengok apa yang jadi pada kau."

Rayyan menggeleng. "Kau sanggup ikut sistem ni? Jadi macam mereka?"

Zul menjeling. "Kalau aku tak boleh lawan mereka, lebih baik aku berada di pihak mereka. Sekurang-kurangnya aku tak kena buli."

Rayyan menggenggam penumbuknya. Zul sudah berubah.

"Aku ingat kau kawan aku..." suara Rayyan perlahan, kecewa.

Zul tersenyum sinis. "Jangan salah faham, Rayyan. Dulu aku mungkin kawan kau. Tapi dalam High School Hierarchy, kita semua hanya nombor dalam sistem."

Rayyan mengetap gigi. Dia semakin keseorangan.

Dan kini, dia sedar—tiada siapa yang akan menyelamatkannya.

Dia hanya ada dirinya sendiri.

Rayyan berdiri kaku, masih tidak percaya dengan perubahan Zul.

"Kau serius nak biarkan sistem ni terus berjalan?" Rayyan cuba memberi peluang terakhir.

Zul menyilangkan tangan, senyuman sinis terukir di bibirnya. "Serius? Aku tak ada pilihan lain, Rayyan. Aku nak terus hidup. Kalau aku tak tunduk, aku akan jadi macam kau."

"Jadi kau lebih rela jadi pengecut?"

Senium Zul pudar. Matanya berubah tajam. "Aku bukan pengecut. Aku cuma tak bodoh."

Rayyan menarik nafas dalam. "Aku takkan tunduk dengan sistem ni."

Zul ketawa perlahan. "Kau fikir kau hero? Kau fikir kau boleh ubah semuanya? Rayyan, kau hanya seorang pelajar dalam kelas ni. Kau tak ada kuasa. Kau tak boleh kalahkan mereka."

Rayyan menggenggam penumbuknya. Dia benci mendengar kata-kata itu.

Tapi dia tahu Zul betul.

Sistem ini sudah lama wujud. Pelajar yang membuli—Amir, Yin, Chan, Han Xie—mereka semua mengawal keadaan. Danish sendiri pun hanya menjadi pengikut untuk terus selamat.

Zul melangkah mendekat, berbisik dengan suara perlahan. "Dengar sini, Rayyan. Kalau kau pandai, kau akan berhenti lawan. Selagi kau senyap, mereka mungkin akan lepaskan kau."

Rayyan menggeleng. "Aku tak boleh buat macam tu."

Zul menjeling sebelum menjauh. "Hidup kau, pilihan kau. Tapi aku jamin, kau akan menyesal."

Sebaik sahaja Zul berpaling, Rayyan merasakan sesuatu yang menakutkan—dia betul-betul keseorangan sekarang.

Faris tidak mahu membantu. Zul sudah berpihak kepada sistem.

Dan Danish… dia hanya memerhati dari jauh.

Tiada sesiapa di pihak Rayyan.

Dan itu menjadikan dia sasaran sempurna.

---

Malam itu…

Rayyan berjalan pulang dengan fikiran berserabut. Tiada siapa yang mahu membantu.

Dia perlu berfikir. Dia perlu cari cara lain.

Tiba-tiba, dia terasa sesuatu yang pelik.

Langkah kaki.

Dia memberhentikan langkah dan menoleh.

Tiada siapa di belakangnya.

Tapi nalurinya kuat mengatakan dia sedang diperhatikan.

Rayyan menggenggam tali begnya erat. Dia mempercepatkan langkah.

Tapi begitu juga dengan orang di belakangnya.

Rayyan tidak sempat berfikir. Dia mula berlari.

Dan sebelum dia sempat berbuat apa-apa—

Seseorang menarik kolar bajunya dan menolak dia ke dinding.

Rayyan tersentak. Nafasnya kencang. Dia tidak bersendirian.

Di hadapannya berdiri Amir, Yin, Chan, dan Han Xie.

Empat pelajar yang mengawal High School Hierarchy.

Dan kali ini, mereka datang untuknya.