Chereads / Jarak Usia, Setia Di Hati / Chapter 1 - Janji

Jarak Usia, Setia Di Hati

El_111
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 89
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Janji

'Ting dong'

Damian menekan lonceng pintu rumah Rizal.

'Krekkk.. '

Bunyi pintu ditarik oleh seseorang dari dalam.

Damian melihat seorang budak perempuan bersembunyi di sebalik pintu. Damian berlutut dan berkata kepada budak perempuan itu

"Hai, cantik. Ni rumah Rizal ke? "

Budak perempuan itu hanya menundukkan kepalanya sekali.

Datang Seorang lelaki yang bernama Rizal dan mengendong budak perempuan itu

"Hai, masuklah Damian".

Damian melepaskan kasutnya di luar.

Rizal menjemput Damian duduk di ruang tamu sambil menemani budak perempuan itu. Tanpa basa-basi Damian berbual dengan budak itu

" nama awak siapa? "

"Nama saya Elena. Umur saya 4 tahun"

Elena bercakap dengan perlahan.

Rizal menuju ke ruang tamu sambil membawa teh dan roti.

"Damian, ni anak aku. Nama dia Elena"

Rizal memangku Elena.

"Tak pernah tahu pun dah kahwin kau kahwin? 2 tahun tak jumpa, Tahu-tahu dah kahwin".

" sorrylah Damian, lagipun kau 2 tahun duduk UK. Tak smapai hati nak kacau kau sambung belajar"

Damian dan Rizal ialah sahabat. Rizal lebih tua daripada Damian. Kini umur Damian 19 tahun. Sedangkan Rizal 24 tahun.

"Isteri aku dah meninggal masa melahirkan Elena. Aku terpaksa mengambil peran sebagai ibu. Muka Elena sama macam ibu dia. Hidup kami memang kaya tapi benda tu tak boleh membahagiakan kami. Sebab tu lah Damian, selagi kau ada family,kau kena hargai mereka"

Rizal menundukkan kepalanya.

" aku turut bersimpati dengan kau, Zal".

"Elena, pak cik nak ajak Elena ke taman sementara papa buat kerja. Nak tak? " Damian berdiri dan memegang tangan Elena.

"Ehh?. Mian, tak susahkan kau ke? "

Rizal terus berdiri dan membuat muka terkejut.

"Tak apa".

Damian hanya senyum dan membawa Elena keluar dari rumah.

Semasa dalam perjalanan ke taman permainan,

" Pak cik, Elena nak eskim. Nak eskim. Bolehlah.. " Elena merungut

"Boleh je"

Di taman permainan,

Elena dan Damian duduk di sebuah kerusi di taman.

"Elena suka tak? "

"Suka.pak cik punya perisa apa? "

"Perisa vanilla"

"Elena shuka stlobeli. Kenapa Elena tak ada mak? "

Seketika muka Elena murung.

"Kenapa Elena tanya macam tu? "

Damian mula memandang Elena dengan serius.

"Sebab Elena jaelous dengan kawan Elena. Mereka ada mak dan ayah. Elena sorang je takde mak. Setiap kali Elena tanya papa, papa mesti cakap yang mak ada kat tempat yang jauh lebih baik. Tapi mak meninggal masa tahun Elena lahir. Mesti mak dah tak ada bila Elena lahir. Maksudnya Elena lah penyebab mak tak ada kan? "

"Tak. Bukan Elena. Betul cakap papa, kalau mak Elena kat tempat yang lebih baik. Kalau papa pun kat tempat yang lebih baik juga, pak cik yang akan jaga Elena. Pak cik janji, Pak cik akan jaga Elena selayaknya ibu bapa"

Damian cuba untuk hiburkan Elena.

"Pak cik, pak cik ni baik lah. Nanti kalau Elena dah besar, pak cik nak tak kahwin dengan Elena?Pak cik pun boleh jaga Elena juga. Ayah cakap, Elena perlu cari lelaki yang baik dan kahwin dengan dia bila dah besar nanti. Pak cik janji dengan Elena, pak cik akan kahwin dengan Elena"

Damian mengeluarkan jari kelingkingnya tanda dia setuju dengan cadangan itu.