Damian akan tinggal bersama Elena dan Rizal sementara mencari tempat tinggal yang sesuai
Di ruang tamu,
Damian duduk di atas sofa sambil menikmati secawan kopi
"Mian, sumpahlah kau tak tahu nak pindah ke mana? "
"Ye, semua tempat kat sini macam tak best. Kalau boleh nak buat rumah sendiri, tapi takut tak ada sesiapa nak jaga rumah sebab aku selalu bussiness trip" Damian melihat telefonnya.
" itulah, cari isteri. Adalah yang nak jaga rumah memandangkan kau selalu business trip"
Rizal ketawa kecil
"Amboi, sedapnya mulut bercakap. Kau ingat cari isteri ni main-main ke?" Damian mula meletakkan telefonnya dan meminum kopi.
"Ehh.. Sekurang-kurangnya kau tak mati kesunyian tahu. Ada baiknya aku nasihatkan kau" gurau Rizal
"Tak. Aku bukan apa tahu, Zal. Aku tengah setia menunggu seseorang selama 15 tahun" Damian senyum sinis
"Setia betul kau. Apasal tunggu dia? Dah macam Lovely Runner pula" kata Rizal
"Sebab tunggu dia dewasa. Sekarang dia dah dewasa. Cuma tunggu nak lamar dia"
Sedangkan orang yang dikatakan itu ialah Elena.
"Ewah.. Aku support kau. Aku akan support kau. Go Mian, go mian"
"Hahaha.. Kau masih sama macam dulu, Zal" Damian ketawa.
"Ehh.. Jom, kita lumba motor nanti nak? Kat tampat Motorsport,aku sewa. Nanti aku ajak anak aku". Kata Rizal
" jom" balas Damian
'Kliikk' bunyi pintu dibuka,
"Elena dah balik! " Elena menjerit di depan pintu tanda dia sudah pulang
"Dah balik pun. Ni siapa? "
Rizal menunjuk seorang lelaki yang memakai cermin mata dan berbaju polos di belakang Elena.
"Ouhh.. Ni boyfriend Elena. Heheh" Elena tersengih-sengih
"Hah?! Boyfriend. Ok. Elena, tolong ambilkan air untuk tetamu kita ni"
Rizal mula menyilangkan kedua-dua tangannya dan bersandar ke sofa
"Kamu, boyfriend anak pak cik? Apa nama kamu? "
"Sa.. Saya Imran". Imran membetulkan cermin matanya dan mengelap peluh
" kamu cintakan anak pak cik? Ada rumah? Motor? Kereta? Mana kali pertama kamu jumpa Elena dan macam mana? " Rizal meletakkan kakinya di atas meja.
"Saya tak ada semua tu. Saya anak ayah" ucap Imran
"Kalau macam tu, kau tak boleh kahwin dengan anak dia. Lepas dah success baru kau boleh buktikan" Damian merenung tajam ke arah Imran.
Tiba-tiba, Elena ke ruang tamu sambil membawa minuman dan makanan untuk Imran
"Macam mana, Imran" Elena meletakkan tangannya ke bahu Imran sambil berdiri di belakang sofa.
"Em.. Imran ni bagus lepastu..... " Rizal memotong percakapan antara Imran dan Elena
"Saya perlu balik. Ayah saya nanti Marah" Imran memotong ayat Rizal. Imran berlari keluar dari rumah
"Papa! Papa ada cakap sesuatu yang tak patut, kan? Apa yang papa cakap" Elena marah.
Rizal tidak pedulikan anaknya dan membaca surat khabar. Elena berlari dan masuk ke dalam bilik.
Namun, Damian pergi ke bilik Elena.
'Tok, tok, tok' Damian mengetuk pintu bilik Elena,
"Elena? Sayang, boleh pak cik masuk? " Damian cuba memujuk Elena.
"Ye" kedengaran bunyi Elena dari dalam bilik.
Damian membuka pintu bilik Elena dan melihat Elena yang sedang bersembunyi di sebalik selimut
"Elena? " Damian membuka lampu dan menutup pintu. Damian cuba menarik selimut Elena dengan perlahan.
Damian melihat Elena menangis dengan teresak-esak. Elena duduk di atas katil dan Damian melutut di depan Elena
"Heh..eh he eh he eh he.. " Elena menangis
"Eh? Elena" Damian memeluk Elena untuk menenangkan Elena.
"Elena, papa kamu buat kamu macam tu supaya kamu tak salah memilih lelaki. Nanti itu akan menjadi penyesalan seumur hidup kamu. Bila kamu kenal dia? " Damian mengusap-usap kepala Elena
"3 hari lepas" ucap Elena
"Hah.. Ni lah sebabnya. Kita tak tahu orang tu sebenarnya macam mana kalau terus jadi boyfriend. Nanti bila dah kahwin, mesti dia akan berubah. Sekarang dia nampak baik bagi kamu, mana tahu bila dah kahwin nanti, dia akan panas-baran dan turun tangan. Itu lagi sakit" Damian menasihati Elena
Elena memandang Damian sambil menangis
"Pak cik? Mana pak cik tahu? " Elena menangis teresak-esak
"Pak cik tak tahu tapi mungkin akan terjadi kat kamu. Bukan ke mencegah lebih baik berbanding merawat? Dah jangan nangis " Damian mencium kepala Elena