Chereads / Journey: Di Balik Bayangan Dunia dan Gerbang / Chapter 9 - Bab 2: Kota Aeloria

Chapter 9 - Bab 2: Kota Aeloria

 Clara dan teman-temannya mula melangkah masuk ke dalam kota, debaran terasa untuk meneroka Kota yang bergitu termasyhur ini.

Sebaik sahaja mereka memasuki gerbang Kota, mereka disambut oleh deretan bangunan batu dengan tingkap kaca berwarna, yang memantulkan cahaya matahari. Jalan-jalan dipenuhi oleh orang dari berbagai bangsa—ada ahli sihir dengan jubah yang dihiasi simbol misteri, pedagang dari benua jauh yang menjual barangan eksotik, serta tentera dan pengawal yang berjaga-jaga.

Di tengah-tengah kesibukan itu, ada sesuatu yang unik tentang kota ini. Walaupun ramai orang kelihatan menjalani kehidupan sehari-hari mereka, terdapat suasana keanehan yang meresap di sekeliling. Clara merasakan beberapa mata mengintai mereka dari kejauhan, seolah-olah kedatangan mereka telah menarik perhatian yang tidak diinginkan.

"Clara," kata Liorin perlahan, suaranya rendah. "Perhatikan sekeliling. Tidak semua orang di sini datang dengan niat yang baik."

Clara mengangguk, cuba untuk tidak memikirkan ketegangan yang dia rasa. Mereka terus berjalan menyusuri jalan-jalan yang semakin padat. Kedai-kedai di kiri dan kanan menawarkan pelbagai barangan sihir—ramuan, alatan alkimia, dan gulungan naskhah kuno. Bau herba dan kemenyan memenuhi udara, membuatkan suasana semakin terasa magis.

Ketika mereka melalui sebuah pasar terbuka, Clara tertarik dengan satu gerai yang menjual buku-buku dan manuskrip kuno. Dia berhenti seketika, memerhatikan beberapa judul yang dipamerkan. Namun, sebelum dia sempat mendekati gerai itu, suara seorang lelaki menarik perhatiannya.

"Kalian baru tiba di Aeloria?"

Clara berpaling dan melihat seorang lelaki berdiri tidak jauh dari mereka. Dia mengenakan jubah kelabu, dan wajahnya disembunyikan di bawah tudung. Penampilannya mungkin dikenali oleh orang-orang sekeliling, tetapi bagi Clara dan sekutunya, dia kelihatan seperti orang biasa.

Liorin, yang merasakan sesuatu yang aneh tentang lelaki itu, segera menghunus pedangnya sedikit, berjaga-jaga. "Siapa kau? "

 Lelaki itu tidak bereaksi dengan ancaman Liorin, " Jangan tergesa-gesa. Aku tidak mahu interaksi kita jadi tegang. " kata lelaki itu. Senyuman kecil tetapi penuh tanda tanya terlihat.

Clare memberikan isyarat kepada Liorin agar meletakkan menyarung semula pedangnya.

" Ya, kami baru saja sampai— " " —Apakah kamu orang tempatan? " soal Clara. Dia tidak ingin menimbulkan ketegangan yang tidak perlu. Mereka baru sahaja sampai, sudah tentu dia tidak ingin perjalanan mereka terbantut setengah jalan.

" Tidak, aku juga seperti kalian. Baru saja sampai di sini beberapa hari lepas. " jawab lelaki itu. Suaranya sedikit sengau dan garau, namun pertuturannya sangat mengancam.

" Oh, Kamu juga pengembara! Apakah kamu sudah meneroka seluruh kota Ini? " soal Clara.

" Hampir semua... " Lelaki itu kemudian melirik tajam ke arah Clara, menyebabkan Clara sedikit was-was dengan tindakan lelaki itu. " Menara itu, tidak pernah aku jejaki lagi. " lelaki itu menuding jarinya ke arah menara tinggi yang terletak di pusat kota—Menara Siren, tempat tinggal Penyihir Legendaris, Nyra.

" Oh, kami juga ingin pergi ke sana juga! Apakah kamu ingin mengikuti kami? " Clara masih ingin tetap berinteraksi dengan lelaki tersebut walaupun perbuatannya membuatkan Liorin tidak senang hati.

" Kau sangat baik hati. Bahkan dengan orang tak dikenali sepertiku masih kau ajak tanpa usul periksa. " lelaki itu membalas dengan nada perlahan tetapi boleh didengari.

" Itu sebuah tindakan terpuji... " lelaki itu kemudian melirik tajam sekali lagi ke arah Clara, kali ini lebih tajam dan mengancam, " Tetapi ingatlah, tidak semua orang yang kau temui boleh dipercayai. Bahkan dia terlihat seperti orang baik sekalipun kerana ada manusia bertalam dua muka. " kata lelaki itu lalu melangkah perlahan ke arah lorong bertentangan.

" Harap kita dapat berjumpa lagi! " kedengaran suara lelaki itu.

Lelaki itu menghilang dalam khalayak ramai. Auranya seolah-olah mencengkam ketiga-tiga mereka sebelum hilang dari pandangan mata.

Clara sedikit dilema. Dia tidak tahu maksud sebenar lelaki itu. Namun, kata-katanya seolah memberikan amaran kepadanya, jika sesuatu berlaku pada masa akan datang.

" Ih, lelaki tu nampak menakutkan! " kata Riveria, dia menatap Clara dengan perasaan tidak sedap hati.

" Saya berfikir kita harus menghindari interaksi seperti ini " ucap Liorin. " Saya setuju! Kita baru saja sampai " sokong Riveria.

Clara mengangguk, Walaupun Clara masih terfikir-fikir tentang lelaki misteri itu, mereka memutuskan untuk tidak terlalu memikirkannya buat masa ini. Perjalanan mereka ke Perpustakaan Agung adalah tujuan utama mereka. Dengan langkah berat namun penuh keazaman, mereka meneruskan perjalanan melalui jalan-jalan sempit menuju pusat kota.

Semakin dalam mereka menjelajah ke kota itu, semakin jelas bahawa Aeloria bukan hanya sekadar kota. Ia adalah tempat di mana kekuatan yang tidak terhingga berkumpul, dan Clara merasakan bahawa takdirnya mula bermain-main dengan dirinya.

Di kejauhan, mereka akhirnya melihat bayangan bangunan besar—Perpustakaan Agung Aeloria. Bangunannya menjulang tinggi, diapit oleh dua menara yang dipenuhi dengan ukiran runes kuno yang bersinar lembut di bawah cahaya matahari. Clara menahan nafas, merasakan debaran di hatinya semakin kencang.

Aeloria menjulang di hadapan mereka seperti impian yang akhirnya tercapai. Kota ini dipenuhi dengan keajaiban dan misteri yang tidak dapat dielakkan. Dari gerbang besar yang berdiri kukuh hingga jalan-jalan berbatu yang dilalui pelbagai orang dari seluruh pelosok dunia, Clara tidak dapat menahan rasa takjub yang memenuhi dirinya. Namun, di balik keindahan dan kemegahan itu, ada sesuatu yang aneh. Sesuatu yang terasa gelap dan mengintai dari bayang-bayang.

Setelah pertemuan dengan lelaki berjubah kelabu di pasar, mereka meneruskan perjalanan mereka, walaupun hati Clara masih dibebani dengan kata-katanya. "Hati-hati dengan siapa yang kau percayai," bisikan lelaki itu kembali terngiang di telinganya. Namun, sebelum mereka dapat merenungkan lebih lanjut, lelaki itu sudah lenyap, meninggalkan mereka dengan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

"Mari teruskan ke Perpustakaan Agung," kata Liorin, memecah kebuntuan. "Aku tak suka perasaan ini, seperti kita sedang diperhatikan."

Riveria mengangguk setuju. "Semakin lama kita di sini, semakin daya merasa tidak selesa."

Mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang luas. Ruangannya dihiasi dengan rak-rak tinggi yang menjulang sampai ke langit-langit, dipenuhi dengan buku-buku tua dan manuskrip kuno yang tidak terkira jumlahnya. Cahaya sihir lembut melayang di atas kepala mereka, menerangi lorong-lorong antara rak dengan cahayanya yang berwarna keemasan. Ruang ini sunyi, hanya suara tapak kaki mereka yang menggema, mencipta suasana yang penuh dengan rasa hormat terhadap ilmu pengetahuan yang tersimpan di sini.

Seorang penjaga perpustakaan yang tua, berjubah biru tua, berdiri di belakang sebuah meja kayu besar di tengah ruangan. Dia mengangguk perlahan saat Clara dan teman-temannya menghampirinya.

"Apa yang boleh saya bantu?" suaranya lembut, tetapi penuh dengan kebijaksanaan yang datang dari umur panjang dan pengalaman.

"Kami sedang mencari maklumat tentang sesuatu yang sangat khusus," kata Clara, suaranya goyah dengan ketidaktentuan. "Gerbang 1000 Dunia."

Penjaga itu berhenti sejenak, memandang Clara dengan mata yang tajam dan penuh curiga. "Gerbang 1000 Dunia, katamu?" gumamnya perlahan. "Sebuah subjek yang sangat jarang dibincangkan… dan sangat berbahaya."

Clara mengangguk. " Saya faham. Tapi aku perlu tahu lebih lanjut. Apa saja yang ada di perpustakaan ini tentang Gerbang itu."

Penjaga tua itu termenung sejenak sebelum dia perlahan-lahan berdiri dan memberi isyarat kepada mereka untuk mengikutinya. Mereka melangkah melalui deretan rak buku yang seakan tidak berkesudahan, sebelum akhirnya mereka tiba di bahagian paling belakang perpustakaan, di mana ruangan itu menjadi lebih gelap dan sunyi. Rak-rak di sini dipenuhi dengan buku-buku tebal yang kelihatan hampir rapuh, beberapa di antaranya ditutup dengan habuk yang tebal, menunjukkan bahawa mereka sudah lama tidak disentuh.

Penjaga itu berhenti di hadapan salah satu rak dan menarik keluar sebuah buku besar dengan kulit berwarna kelabu kusam. Ia kelihatan lebih tua daripada apa pun yang pernah Clara lihat sebelum ini. Judulnya terukir dalam bahasa yang asing, dengan simbol-simbol aneh yang tidak dapat Clara kenali.

"Hanya ada satu buku yang berkaitan dengan Gerbang 1000 Dunia," kata penjaga itu, menyerahkan buku tersebut kepada Clara dengan berhati-hati. "Tetapi ia ditulis dalam bahasa kuno yang hampir dilupakan. Hanya sedikit yang boleh membacanya, dan sayangnya, aku bukan salah seorang daripada mereka."

Clara memegang buku itu dengan cermat. Ia terasa berat di tangannya, seolah-olah dipenuhi dengan ilmu yang tidak terhingga. Dia membuka perlahan-lahan halaman pertama, mendedahkan tulisan tangan yang melengkung dengan indah, tetapi sama sekali tidak dapat difahami oleh mereka.

Liorin mendekat, memandang tulisan itu. "Aku tak pernah lihat bahasa ini. Kau pernah, Riveria?"

Riveria menggeleng. "Tidak. Ini… ia terlalu kuno. Tidak ada satu pun yang aku kenal."

Clara menghela nafas. "Apa yang harus kita lakukan sekarang? Ini satu-satunya maklumat yang kita ada, tetapi kita tak mampu membacanya."

Penjaga tua itu meletakkan tangannya di bahu Clara. "Di luar Aeloria, ada mereka yang masih menguasai bahasa ini. Tetapi mereka tinggal jauh, di luar batas kota ini. Mungkin kau harus mencari mereka jika ingin membuka rahsia ini."

"Apa kamu tahu siapa mereka?" tanya Clara, rasa ingin tahunya semakin kuat.

Penjaga itu terdiam sejenak sebelum berkata, "Mungkin ada seseorang yang boleh membantu. Seorang ahli sihir hebat, Nyra, mungkin tahu bagaimana untuk membaca bahasa ini. Dia sering datang ke sini untuk mencari ilmu kuno. Mungkin kau sudah mendengar namanya."

Clara terkejut mendengar nama Nyra disebut. "Kami… kami tahu tentangnya."

Penjaga itu tersenyum sedikit. "Nyra adalah salah satu yang terbaik di antara kita. Jika ada yang mampu membuka rahsia buku ini, dia adalah orangnya."

Clara mengangguk, memandang buku itu sekali lagi dengan lebih teliti. "Baiklah. Kami akan mencarinya."

Dengan buku yang penuh misteri itu di tangan, mereka meninggalkan perpustakaan dengan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Gerbang 1000 Dunia masih diselubungi misteri, tetapi Clara tahu bahawa dengan bantuan Nyra, mereka mungkin dapat menemui kunci kepada rahsia yang tersembunyi dalam buku kuno itu.