Chereads / Commando's Property / Chapter 2 - HyderZharyella 2

Chapter 2 - HyderZharyella 2

"ELLA! BANGUN SOLAT SUBUH!" Sadiyah yang memekakkan di telinganya membuatnya membuka mata seluasnya, tangannya naik melayang mengenai pipi tembam Sadiyah.

"Sakit lah, Ella!" Kata Sadiyah Imani sambil mengusap-usap pipi tembam nya. Kini dia mencebik, dia menyilang tangan nya di dada. Muka sudah monyok kerana tadi.

"Ella, bangun sekarang... Solat subuh dulu."

Zharyella bangun dan masih duduk di katilnya, dia mengusap matanya menyapu tahi mata dari matanya. Dia menguap luas, Sadiyah sempat menutup mulut Zharyella.

"Afwan," ucap Zharyella. Sadiyah pelik. Dahinya berkerut.

"Untuk apa?" Soal Sadiyah kehairanan. Tiba-tiba minta maaf, apa lah ella ni.

"Sebab tangan aku tadi, yang terkena dekat pipi kau tadi." Beritahu Zharyella, membuat Sadiyah mengangguk faham. Dia ketawa kecil, tangannya naik menepuk kedua-dua bahu Zharyella.

"Oh, pasal tu. Takpe, aku maafkan kau lagipun aku tak marah." Kata Sadiyah, bahu Zharyella dia usap lembut supaya menenangkan Zharyella yang mungkin memikirkan dia sudah memukul Sadiyah yang lebih tua dari nya. Lama Zharyella mendiamkan diri lalu dia bersuara...

"Betul ni tak marah aku?" Soal Zharyella yang agak sedikit ragu-ragu.

"Iya, betul." Jawab Sadiyah lembut sambil mengangguk kepalanya.

"Sekarang pergi solat subuh, selepas tu kita ngaji. Lepas mengaji tu kalau kau nak tidur, tidur lah," ujar Sadiyah lembut, seperti ibu-ibu yang menyayangi anak-anak nya. Zharyella terus bangun dari katil dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

_____________________________

"Dude? Bangun solat subuh." Lembut sahaja suara yang digunakan Qayyum Zachary. Tangan nya menepuk lengan Hyder lembut, cuba membangunkan Hyder.

"Dude?"

"Kau panas lah, bro." Qayyum berkata seorang diri sambil meletakkan tangan nya di dahi Hyder yang kepanasan itu. Dia mencari kain untuk dibasahkan dengan air.

"Man, ambilkan aku tuala kecil dengan air!" Jerit Qayyum dari dalam. Aiman Mustafa yang di luar hanya mengangguk dan berlari mencari tuala kecil dan air. Sampai sahaja, dia memberikan tuala kecil dan air itu kepada Kapten, Qayyum Zachary.

"Kapten Qayyum, komando Hyder kenapa?" Soal Aiman Mustafa lembut namun kedengaran seperti ada kerisauan disebalik suara itu. Qayyum menjawab...

"Komando demam. Kau tak perlu risau kejap lagi lega lah tu." Jawab Qayyum, tangan fokus merendamkan tuala kecl ke dalam bekas air lantas dia perah tuala kecil itu supaya tidak begitu basah lalu di letakkan di atas dahi Hyder.

"Baik, kapten Qayyum. Kalau begitu, saya minta izin dulu." Kata Aiman, tangan di angkat ke hingga ke dahinya lalu memberikan tanda hormat. Aiman membuka langkah pergi dari situ.

______________________________

"Mama!" Jerit Zharyella yang berlari terkedek-kedek seperti anak penguin menuju ibu nya. Puan Maira memeluk erat tubuh Zharyella itu. Sungguh rindu dia akan anak perempuan nya yang satu ini.

"Umi rindu kamu." Kata Puan Maira yang masih memeluk erat tubuh Zharyella lalu Zharyella membalas dakapan Puan Maira.

"Ella pun rindu umi." Balas Zharyella lembut masih memeluk uminya. Belakang badan uminya diusap lembut. Dia mendongak ke atas melihat wajah uminya.

"Umi, Ella rasa nak cari calon suami."

"Calon suami macam mana?"

"Hm... Ella nak calon suami tentara. Boleh naik kereta kebal, main bom pastu main tembak-tembak mesti comel kan, umi?" Soalnya kepada uminya. Berkerut dahi Puan Maira mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya, Zharyella Asyura. Bahaya sungguh budok ni.

"Eh jangan macam tu. Bahaya."

"Mana ada bahaya, itu kan permainan. Takkan umi tak ingat waktu Ella kecik-kecik dulu selalu main mainan tentera yang abang Zul punya." Bebel Zharyella, Puan Maira hanya mampu menggelengkan kepala sambil mengeluh. Pipi gebu Zharyella dicubit lembut oleh Puan Maira.

"Umi ingat, tapi nak main bom main tembak-tembak tu bahaya. Ini bukan K-drama, Ella woi." Kata Puan Maira tanganya masih sibuk mencubit pipi gebu Zharyella. Zharyella mula mencebik. Mukanya sudah kelihatan seperti sedang monyok.

"Aunty Maira, jom lah masuk." Sampuk Sadiyah dari rumah yang berdiri di hadapan pintu yang dari tadi melihat mereka berdua. Sadiyah hanya mampu tersenyum. Puan Maira mengangguk dan berjalan masuk ke dalam rumah bersama Zharyella.

"Aunty datang sini kenapa?"

"Aunty datang sini sebab nak bagitahu yang abang si Ella ni nak kahwin." Ujar Puan Maira sambil menghirup air coklat yang telah dibuatkan untuknya. Zharyella yang disebelah uminya terkejut. Abang nya? Mahu kahwin? dengan siapa?

"Zul Asyraaf?" Tanya Sadiyah lembut. Hatinya mula rasa tidak tenang kerana rasa suka terhadap Zul Asyraaf abang Zharyella. Mata Zharyella tertumpu ke arah Sadiyah. Puan Maira mengangguk.

"Ye, tapi umi pun tak tahu dengan siapa. Kejap lagi dia sampai."

_______________________________

"Bro? Kau macam mana? Lega? Dah tak demam?" Tanya Qayyum, tangan nya mengambil tuala kecil daripada dahi Hyder. Hyder bangun dan duduk. Matanya mengerling sekilas ke arah pintu yang terbuka. Dia melihat sesuatu...

"Fiq? Tu kau kan? Fiq?" Tanya Hyder sambil menunjuk-nunjuk ke arah pintu. Disitu tidak ada sesiapa. Kalau ada pun akan berdiri di sebelah pintu bukan tepat di hadapan pintu.

"Mana kau ni? Mana ada Afiq dekat pintu tu." Matanya menuju ke arah pintu yang ditunjuk oleh Hyder. Sungguh tidak ada apa-apa di situ.

"Ada, dia panggil aku." Qayyum mengeluh, tangannya masih memegang tuala kecil lalu dia letak ke dalam bekas air itu.

"Hyder, kau dah gila lah. Afiq dah takde." Bidas Qayyum teliti namun masih kedengaran sedikit tergagap dan sedih dari nada suaranya.

"Afiq... Dah takde?" Soal Hyder terkaku seketika. Dia menggeleng kepala tidak percayakan apa yang Qayyum katakan..

"Ye, Afiq pergi dah meninggalkan kita disini. Redha jelah Hyder. Kita tak boleh buat apa lagi."

"Aku rindu Afiq. Aku nak Afiq." Ujar Hyder sayu. Mata kehijauan nya mula berkaca-kaca menandakan dia bakal menangis, setitis demi setitis titisan mutiara itu jatuh ke pipinya.

"Shhh... Aku ada. Nanti kita pergi ziarah kubur afiq, okay?" Pujuk Qayyum, tangan nya mengusap belakang rahang Hyder, Hyder hanya mengangguk. Dia penat mahu melawan. Matanya terpejam kerana tenang dan lega di dalam dakapan Qayyum.