"AKU terima nikahnya Nur Sadiyah Imani Binti Abdullah Amri dengan mas kahwinnya sebanyak Rm 100,000 tunai." Ucap Zul Asyraaf lancar tanpa tergagap-gagap atau harus mengulangi lagi. Tok iman melihat para saksi...
"Sah?" Soal Tok Yas yang dikenal sebagai Tok Iman sambil melihat ke arah saksi 1.
"Sah." Jawab saksi 1 dengan mengangguk kan kepalanya juga.
"Sah?" Soal Tok Yas kepada Saksi 2 dan saksi 3 sambil merenung menunggu jawapan mereka.
"Sah" Mereka mengangguk. Begitu juga dengan orang yang lain.
"Alhamdulillah." Ucap Tok iman sambil mengaminkan doa. Begitu juga dengan Zul yang tidak sabar mahu bersalaman dengan isteri nya, Sadiyah Imani yang kini telah menjadi pujaan hatinya.
"Assalamualaikum, pujaan hati abang."
Sadiyah yang malu tidak dapat membalas salam Zul dengan ucapan. Zul menghulur tangan nya untuk Sadiyah bersalaman dengan nya. Sadiyah menarik nafas dalam-dalam lalu hembus. Bergetar tangannya saat ingin menyentuh tangan Zul.
"Shh... Bertenang sayang." Pujuk Zul Asyraaf cuba menenangkan isteri sahnya.
"Saya cuba."
Setelah mengambil nafas dalam-dalam yang begitu lama lalu dia hembus dan akhirnya mereka sudah bersalaman.
Tak lama, Zharyella mengeluh kerana penat. Sedang penat melayan tetamu, dia melihat beberapa jejaka kacak yang berseragam uniform tentera.
'Wow, Abe tentera sangat menggoda.' Gumam Zharyella. Abangnya, Zharfan menepuk bahunya.
"Kau asal? Duk tenung sape? Anak teruna orang? Bagitahu umi baba." Sahut Zharfan Asyraaz yang cuba mengusik Zharyella. Zharyella menampar lengan kanan abangnya yang baru sahaja di cucuk oleh doktor pagi hari tadi.
"Sakit lah, adik! Majok aku dengan kau! Herm!" Zharfan berjalan sambil menghentakkan kaki nya, dia sudah mencebik seperti kera lapar kelapa. Zharyella hanya menggeleng namun ada perasaan serba salah.
Abang-abang berseragam uniform tentera memasuki ke dalam halaman rumah nya. Dia tersenyum lebar melihat abang-abang tentera mula masuk menghampiri nya.
"Ye? Boleh saya bantu?"
"Ini majlis kahwin Zul Asyraaf dengan Sadiyah Imani, kan?" Soal salah satu daripada mereka. Salah satu daripada mereka juga memberikan kad jemputan perkahwinan itu kepadanya. Zharyella mengambil dan melihat lalu dia mengembalikan kad jemputan itu kepada pemilik.
"Encik semua boleh. Sekejap lagi Abang saya Zul nak jumpa kauorang." Mereka hanya mengangguk tapi masih berdiri di situ sepertinya sedang menunggu seseorang.
"Hyder!" Panggil Zhafran Asyraaq kembar Zharfan Asyraaz. Zhafran menghampiri Hyder yang baru sahaja mahu membuka langkah menuju ke arah rakan-rakan nya yang lain.
Mereka semua menoleh dan melihat Hyder dan Zhafran berbual sesama mereka. Riak wajah Hyder masih tidak berubah tetap beku tanpa satu reaction di mukanya.
"Hyder, jom masuk. Zul dah tunggu kau dekat dalam. Member lepas kahwin dah pandai duk melekat dengan isteri dia tu. Katanya nanti, rindu. Meludah lah aku dekat dia nanti."
"Sabar, tu abang sulung kau. Beradab sikit."
"Ye lah, dude."
"Oh, ini adik perempuan bongsu aku, Zharyella Asyura." Zhafran memperkenalkan adiknya kepada Hyder. Hyder hanya mendengar. Zharyella. Nama yang bakal melekat di bibir, fikiran dan hatinya.
'Cantik namanya, macam tuan nama.' Gumam Hyder dalam hati. Cukup lah dirinya yang tahu.
"Dan adik, ini kawan abang-abang kau termasuk aku, Engku Hyder Jibrail." Ujar Zhafran. Zharyella hanya mengangguk, matanya mula naik melihat wajah kacak itu, malah mereka bertentangan mata.
"Nice to meet you, Miss Zharyella."
"Nice to meet you too, Mr. Hyder."
Mereka hampir bersalaman, Zhafran sempat menghentikan mereka. Matanya melihat ke arah kedua-dua orang ni. Sekor tinggi sekor pendek elok lah.
"Hm... Belum boleh sentuh, haram."
"Aku tahu."
_____________________________
"Awak?" Panggil Sadiyah, dia menatap wajah suaminya.
"Yes, love?" Jawab Zul lembut. Matanya beralih ke arah Sadiyah di sebelahnya yang sedang duduk di meja untuk makan. Para tetamu sudah menjamu selera.
"Boleh tak kalau kita ajak Ella makan sekali dengan kita dekat sini?" Tanya Sadiyah ragu-ragu. Entah kenapa tapi dia rasa pelik dan kekok kalau tak ada Ella makan sekali dengan dia.
"Adik aku? Ella? Bertiga?" Soal Zul. Berkerut dahi. Orang nak masa dengan isteri eh tahu-tahu ada orang ketiga, shib*l betul.
"Ye, saya dah terbiasa makan sekali dengan Ella. Rasa macam kekok pula bila Ella tak makan sekali dengan saya."
"Hm, faham. Nanti aku suruh adik laki aku panggil si Ella tu." Balasnya, tangan dia mengambil menggenggam erat lalu jarinya bercantum dengan jari Sadiyah.
"Nampak gaya macam tengah pikat hati abang tentera." Sindir Zul sambil memandang ke arah mereka bertiga yang sedang saling mendiamkan diri dan menatap satu sama lain. Zul menggeleng kepala.
"Hyder!" Panggil Zul. Hyder, Zhafran dan Zharyella menoleh ke belakang tempat dimana meja makan pengantin berada. Mata mereka semua beralih ke arah sana.
"Yes, why?" Soal Hyder dingin. Hunter eyes memandang ke arah mereka, Zharyella begitu terpikat dengan suara Hyder, mata Hyder, wajah Hyder, dan semuanya.
Zul tidak membalas soalan Hyder namun hanya membalas dengan anggukan kepala. Zharyella tersengih nakal. Nampaknya abang Zul dah bagi green light lah dekat Abe Hyder. Mula lah datangnya perangai gedik si Zharyella itu.
'Cepat-cepat lah meminang orang tu. Orang tu tengah tunggu dah tu.' Itu lah ayat yang kini melekat di kepalanya. Hairan dia dengan sahabatnya, Zul Asyraaf. Apa kaitan dia dengan orang tu? Apa yang perlu dia lakukan? Pergi meminang? tolak? atau buat-buat bodoh?