Hari yang sama sahaja dilalui oleh Zikri kerana hatinya bagai hujan yang renyai turun rintik-rintik membasahi bumi yang kian kosong di dalam isi hati Zikri."Hmm.... sunyinya rasa tiada benda lagi yang menarik bagiku",ujar Zikri dalam lubuk hatinya.Sehingga tidak sedar cepat berjalannya waktu tibalah waktu sesi pembelajaran harian mereka.Pada hari itu, suasana di dalam kelas tidak seperti kebiasaannya kerana murid lain saling berbual mengenai khabar angin yang menyatakan bahawa ada murid baharu yang akan memasuki kelas 4 Inqatar dan dia merupakan seorang pelajar perempuan.Namun,Zikri seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut dan hanya melakukan perkara yang disukainya iaitu menulis puisi. Secara tiba-tiba Cikgu Rohaya masuk ke dalam kelas tetapi sebelum dia memulakan sesi pembelajarannya dia menjemput masuk seorang murid perempuan yang cantik rupa parasnya serta memakai kaca mata yang menaikkan lagi seri di wajahnya. Zikri yang sebentar tadi tidak mengendahkan perkara tersebut lantas terpukau melihat sosok murid perempuan yang berada di hadapan kelas dan pada masa yang sama degupan jantungnya semakin laju ketika melihat sosok wanita itu, dia seolah-olah melihat kehidupannya yang dulu suram dengan sekelip mata berubah menjadi berwarna. Murid perempuan tersebut lantas memperkenalkan dirinya iaitu nama diberi ialah Nur Daniella Alya binti Mohd Rafizi ataupun lebih dikenali sebagai Daniella. Setelah selesai sahaja Daniella memperkenalkan diri,dia diarahkan untuk duduk di tempat kosong bersebelahan dengan murid bernama Bella. Tiba sahaja waktu rehat, meja Daniella dikerumuni oleh murid-murid 4 Inqatar kerana ingin berkenalan dengan Daniella.Namun, Zikri yang seolah-olah hatinya berbunga tadi tidak tertarik untuk berkenalan dengan Daniella kerana terlalu sibuk dengan penulisan puisinya yang bagi dirinya puisi tersebut merupakan nyawa kedua baginya. Waktu persekolahan telah pun tamat lantas semua murid mengemas barangan mereka dan balik ke rumah masing-masing. Ketika Zikri sedang menunggu ibunya untuk menjemputnya dia meneruskan lagi menulis puisi dan Daniella secara tiba-tiba duduk di sebelah Zikri lalu bertanya mengenai apa perkara yang dilakukan Zikri."Awak tengah tulis apa tu? Macam best je bagi saya tengok", ujar Daniella yang dengan pantas mengambil buku puisi Zikri."Wah! Puisi rupanya saya sangat suka puisi ternyata awak pun suka puisi juga?",Daniella bertanya kepada Zikri.Lantas Zikri membalas "Ya saya sangat suka puisi kerana bahasa melankolik dan metaforanya sangat unik serta menarik untuk dipelajari juga diminati". Tak terasa waktu berjalan akhirnya ayah kepada Daniella telahpun tiba untuk menjemput Daniella dan lantas Daniella memberikan nombor telefonnya kepada Zikri sebelum pergi meninggalkan Zikri sendirian di tempat perhentian bas.