Hari ini hari yang sangat berbeza bagi Zikri dan dia merasakan hidupnya berubah 360 darjah daripada yang sebelumnya.Pada pagi itu, Zikri dikejutkan oleh Daniella yang baru sahaja tiba di sekolah dan dia berjalan bersama-sama dengan Zikri menuju ke kelas. Sambil berjalan menuju ke kelas,Daniella bertanya kepada Zikri "boleh tak awak tolong saya?" dan Zikri lantas mengatakan "boleh je nak tolong apa tu?".Ternyata Daniella ingin meminta Zikri untuk menuliskan sebuah puisi untuknya lantas ketika Zikri mendengar perkara tersebut jantungnya berdegup kencang sekali lagi dan tidak boleh mengeluarkan satu patah perkataan pun dari mulutnya seperti mulutnya terkunci rapat ketika mendengar alunan suara lunak merdu Daniella serta permintaannya tersebut dan Zikri hanya mengangguk tanda setuju. Sebelum ini Zikri belum pernah sekali pun menuliskan puisi untuk seseorang apatah lagi perempuan kerana Zikri seorang yang pemalu untuk bergaul dengan perempuan.Ketika melihat Zikri berjalan bersama-sama dengan Daniella masuk ke kelas,murid-murid kelas Inqatar mengeluarkan bunyi yang seperti mengajuk mereka berdua macam sepasang kekasih tetapi Zikri menolak mentah-mentah pernyataan tersebut kerana dia dengan Daniella hanya sebatas kawan sahaja tidak lebih daripada itu. Lonceng telah pun dibunyikan menandakan bahawa waktu persekolahan telah pun bermula. Sewaktu dipertengahan sesi pembelajaran Sejarah, Daniella tiba-tiba ditanya oleh Cikgu Rahim mengenai faktor tercetusnya perang dunia kedua di eropah.Namun, Daniella hanya berdiri sambil terdiam seribu bahasa dan mujurlah ada Zikri yang membantu Daniella untuk menjawab soalan tersebut.Daniella memberikan "thumbs up" kepada Zikri menandakan yang dia berterima kasih atas bantuan yang Zikri berikan sebentar tadi. Lonceng dibunyikan sekali lagi menandakan waktu rehat telah pun tiba.Zikri tidak turun ke kantin untuk membeli makanan kerana dia membawa bekal yang disediakan ibunya dari rumah. Bak kata peribahasa sambil menyelam minum air, Zikri menulis puisi yang diminta oleh Daniella sambil menjamah makanannya.Tajuk puisi yang ditulis oleh Zikri ialah Sang Puteri yang menandakan cantiknya rupa paras dan keperibadian seseorang itu seperti seorang puteri. Ada dua puisi yang dihasilkan oleh Zikri yang pertama ialah
tak perlu riasan tebal, untuk menonjolkan diri
Kecantikan alami, memancar dari hati
Dengan kacamata mungil, ia tampak lebih anggun
Seorang gadis sederhana, penuh pesona
Kasih sayangnya tulus, seperti cahaya mentari
Menyinari setiap jiwa yang ia temui
Ia adalah inspirasi, bagi semua orang
Seorang sahabat sejati, yang selalu ada. Kedua pula ialah lensa kaca matanya, bagai cermin jiwa
Mencerminkan keindahan, yang tak terkira
Di balik bingkai tipis, tersimpan rahasia
Sebuah hati yang penuh kasih, setia
Ia adalah sosok yang inspiratif
Dengan kecantikan dan kebaikannya
Ia mengajarkan kita, untuk selalu bersyukur
Dan menghargai setiap anugerah. Selesai sahaja Zikri membuat puisi tersebut di terus sahaja memberikan puisi tersebut kepada Daniella.Daniella tersenyum riang melihat puisi yang disediakan oleh Zikri. "Ehh? Saya minta satu puisi je awak buat dua? Hahaha takpelah apa-apapun terima kasih kerana sudi buatkan saya sebuah naskah puisi ni" ujar Daniella. "Ohh hahaha saya tiba-tiba terlebih idea jadi saya buatlah dua" ujar Zikri. Sebaik sahaja tamat sesi persekolahan mereka pun berjalan balik menuju ke tempat perhentian bas untuk menunggu dijemput oleh orang tua mereka. Ketika menunggu di pondok perhentian bas itu Daniella bertanya kepada Zikri,"Awak dah ada peneman hati ke?" tetapi lantas Zikri membalas bahawa suatu ketika dahulu dia ada peneman hati namun sekarang sudah tidak ada lagi dikeranakan ada sesuatu kejadian yang berlaku. Lalu Zikri bertanya soalan yang sama kepada Daniella dan Daniella membalas benda yang sama kepada Zikri. Mereka berdua diam seribu bahasa kerana tiada benda yang ingin diceritakan lagi sesama sendiri. Memecah suasana sepi itu akhirnya bapa Daniella iaitu encik Rafizi telah tiba untuk menjemput Daniella balik. Ketika berada di dalam kenderaan, Daniella tersenyum malu membaca puisi yang diberikan oleh Zikri kerana terpesona dengan ayat-ayat digunakan oleh Zikri. Sebulan setelah Daniella berpindah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Dalam (SMKPD), dia mula berkawan baik dengan Zikri dan mereka berjalan bersama-sama ke bilik guru kerana mereka dikhabarkan bahawa ada pemilihan untuk peserta pidato peringkat negeri lalu setelah memastikan khabar angin tersebut sahih,mereka berdua bersetuju untuk menyertai pemilihan itu bersama-sama. Seperti sudah ditakdirkan untuk bersama, mereka berdua terpilih untuk menyertai pasukan pidato sekolah.Di samping itu, terdapat juga rakan sekelas mereka yang menyertai pasukan pidato tersebut iaitu Nur Syifa dan Afiza. Mereka yang masuk pasukan pidato sekolah,diberikan tugasan untuk menyiapkan video pidato untuk pertandingan peringat negeri dan sekiranya terpilih akan ke peringkat kebangsaan. Daniella dan Zikri di pasangkan bersama dibawa ajaran Cikgu Cindy manakala Syifa dan Afiza dipasangkan dengan Cikgu Farah. Mereka bersetuju untuk melakukan rakaman video pada hari Sabtu kerana tidak menganggu sesi persekolahan mereka di samping persekitaran yang sunyi juga diperlukan. Hari yang dijanjikan telah pun tiba mereka melakukan rakaman video di sekitar kawasan sekolah dan sepanjang mereka melakukan rakaman video terdapat banyak gelagat yang kelakar di lakukan oleh Daniella dan Zikri sehinggakan mengambil masa yang lama untuk video rakaman tersebut disiapkan. Namun, ketika proses rakaman itu juga perasaan cinta itu mula berkutik di hati Zikri tetapi perasaan tersebut masih belum kuat lagi dan Zikri masih berasa ragu-ragu.Tamat sahaja sesi rakaman tersebut,Zikri yang balik ke rumah dengan perasaan yang sudah lama tidak dirasainya tiba-tiba kembali dengan sekelip mata namun dalam fikiran Zikri dia mesti pendam perasaan tersebut untuk menjaga hubungan persahabatannya dengan Daniella. Sedang Zikri melihat rakaman video yang diambil pada pagi tadi, Daniella tiba-tiba mengabari Zikri menerusi "WhatsApp" dari telefon bimbit yang menyatakan bahawa dia sangat gembira pada hari ini."Thanks wei aku happy sangat harini hahahaha" dan Zikri juga membalas hal yang sama kepada Daniella. Pada keesokkan harinya,Daniella bertanya kepada Zikri sama ada dia kenal atau tidak atlet bola keranjang sekolah yang mempunyai banyak peminat.Lantas Zikri membalas "Ehh kenal pula ni kawan saya, Haiqal namanya." dan Daniella meminta tolong kepada Zikri untuk mengenalkannya kepada pelajar yang bernama Haiqal itu.Zikri hanya bersetuju namun dalam sudut hatinya dia masih memiliki perasaan terhadap Daniella dan enggan melakukan perkara tersebut. Namun demi kebahagiaan Daniella, Zikri sanggup melakukan perkara tersebut.