Chereads / Suara. / Chapter 7 - Integriti

Chapter 7 - Integriti

Kalau airmata boleh ditakung, pasti dah jadi kolam sampai kolam pecah jadi sungai. Tapi tak pernah letih dia merenangi sungai airmata itu, mengikut arus, ke mana pun dia dibawa. Tiada alasan untuk mencipta alasan setiap kali diri diperlukan. 

Sophia perlu dijaga. Sophia perlukan seseorang untuk menjaganya dan buat masa ni hanya Rina sajalah yang Sophia ada, yang boleh diharapkan— satu-satunya jiwa yang mengerti dan mengalami apa yang telah dia lalui. 

Bagi Rina, Sophia adalah satu tanggungjawab. "Hidup ni bukan semalam. Bukan esok. Hidup ni, hari ni."

"Kadang-kadang aku nak jadi macam engkau. Hidup bebas, tak ada yang kawal. Tak ada siapa yang tentukan itu ini. Ada keluarga yang cukup faham. Supportive."

"Hidup aku ni, biasa je, kau pun tau. Aku bertuah sebab ada famili yang mendengar dan pilih untuk faham."

Airmata yang bertakung perlahan-lahan menitis. Rina mencapai tisu di meja lalu dengan penuh kasih sayang, dia mengeringkan pipi Sophia yang basah."Jangan nangis lagi. Aku ada. Buruklah, asik nangis je. Kecut muka nanti macam jeruk." Rina cuba buat kawannya itu ketawa.

Dalam menahan pilu, Sophia cuba ukir senyuman. Tangan Rina dipegang. "Banyak kasih sayang dalam diri kau, Rina. Memang tak layak langsung untuk orang macam Kim." Dia terkenang kisah mereka sewaktu di universiti dulu. "Walaupun kawan baik, dia tak macam Hans. Hans setia." Tambah Sophia lagi.

"Pengalaman dengan Kim dah ajar aku untuk berhati-hati. Sebab tu aku lagi selesa single macam ni. Nak buat apa couple kalau sekadar jadi koleksi?"

"Hans selalu tegur jugak perangai dia tu. Tapi dah dasar player, player jugaklah."

"Nasib baik aku tak pernah lebih-lebih dengan dia. Thank God, hati aku menolak."

"Tuhan lindungi engkau." Sophia memandang Rina, ingin menyampaikan sesuatu, walaupun dia dah tau apa reaksi yang akan dia terima. "Aku tak nak lagi buat terapi."

"No! You need it."

"Nak buat apa? Terapi tu tak membantu pun. Makin buat aku seksa je. Semua yang aku ada dah tak ada."

"Kau kan ada aku, ada kerjaya, masa depan…"

"Masa depan…" Sophia mengeluh. Saki baki airmata dikesat dengan tisu yang dah lumat digenggam dalam tangan.

"Hari ni untuk apa? Bukan ke untuk kita bina esok?"

"Aku dah tak nampak apa-apa."

"Biar aku jadi mata engkau."

"Jangan korbankan hidup dan perasaan kau untuk aku. Aku nak kau bahagia, sampai masa kau mesti nak ada partner, life sendiri. Sampai bila kau nak jaga aku je?"

"Sampai kau jumpa seseorang yang buat kau hidup balik. Pasal aku, kau jangan risau. Hal tu paling last dalam list. Ada, ada. Tak ada sudah. Aku percaya cinta tu datang bila dia nak datang. Tak payah cari."

"Macam mana nak jumpa kalau masa kau habiskan untuk aku je?"

"Sayang, cinta akan datang bila dia nak datang. Kalau cari macam nak gila pun, belum tentu jumpa. Kalau jumpa pun belum tentu elok. Biarlah semuanya datang secara natural."

"Yelah, kalau itu pendirian kau… Thanks, Rina."

"Setiap kejadian ada rahsia dia, kau percaya tu, kan?"

"Dulu aku percaya. Semuanya aku percaya. Sekarang aku tak tau lagi."

"Satu hari nanti, akan ada seseorang yang nak sayang kau, Phia. Yang nak bagi balik apa yang pernah kau rasa dulu."

"Tak akan sama."

"Itu dah tentu. But at least you have something to hold on to."

"Forget it. I'm good."

"No. You are not. Jangan berhenti terapi tu. Tolonglah. Kau sayang aku, kan?"

"Sayang. Sayang sangat." Sophia mencium pipi Rina sebelum dia bangun melangkah ke dapur.

Sebentar kemudian dia kembali ke ruang tamu bersama dua cawan teh. "For you, teh O. Aku punya ada susu." Cawan bertukar tangan sama seperti bibir bertukar senyuman. Sepantas itu jugalah butir perbualan turut ditukar. "So, selamat dah motor budak tu?"

"Dah. Selagi tak bagi, selagi tu dia merengek." Rina tetap melayan walaupun dia masih mahu meneruskan bicara sebelumnya. Dia tak mahu kawannya itu menghentikan terapi. Tapi seperti selalu, dia memilih untuk mengikut rentak yang dimainkan Sophia.

"Kesian budak tu..."

"Kesian tu memang kesian tapi apa boleh buat dah terlanjur… Nyesal jugak aku buat camtu kat motor dia."

"Tula kau pun satu, macam budak-budak."

"Kau ingat boleh ke dia maafkan apa aku dah buat kat motor kesayangan dia tu?"

"Dia tak boleh senang-senang je lupa apa dia dah buat kat kereta kau. Sama je korang berdua."

"Aku buat lagi teruk. Kau pun nampak."

"Cinta memang selalu ajak kita buat benda yang pelik-pelik."

"Eh, kau ni... Cinta pulak. Merepek."

Sophia ketawa, kemudian bertanya, "kau rasa siapa awek dia agaknya?"

"Ada awek ke budak sombong macam tu? Kawan pun tak ada."

Sengaja Sophia menduga walaupun mengerti apa yang sedang melanda hati Rina."Itu yang rare… betul?" 

Segera Rina teringat majalah sekolah yang selalu dibeleknya. Sahabatnya itu seakan cuba mengaitkan majalah sekolah dengan perkataan tersebut.

"Aku harap lepas ni korang boleh berdamai. Budak tu bagus. Ada potensi untuk cemerlang, talented."

"Talented tu aku setuju. Cemerlang tu mungkin bidang lain, tapi ekonomi…" Rina membuat isyarat ibu jari ke bawah.

"Ni la peluang untuk kau bentuk dia. Bukan ke tugas kita sebagai guru untuk mendidik dan jadi contoh terbaik?"

"Betul. Betul sangat cikgu."

Terdetik di hati Rina, Sophia seakan dapat menebak perasaannya terhadap Andrey. Macam manalah kalau Sophia tahu? Perasaan itu selalu buat dia rasa gelisah sebenarnya. Seorang guru menyimpan perasaan terhadap pelajar sendiri bukankah sesuatu yang tak beretika? Tapi cinta sememangnya aneh. Cinta mana ada etika.

Cinta ke apa yang aku rasa ni?

Rina tak sabar menunggu kehadiran Isnin. Isnin untuk sesuatu diakhiri dan dimulakan.

#

"Aku tak balik minggu ni." Beritahu Adrian kepada adiknya dalam perbualan mereka di telefon. Berkat otak yang bergeliga tak seperti otak Andrey yang terlebih gula, saudara kembarnya itu berjaya mendapat tempat untuk mengikuti program International Baccalaureate bagi mempersiapkan diri sebelum terbang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Cukup bulan aku balik. Busy, banyak kertas nak siap. Kau camne, OK ke?"

"Motor aku masuk bengkel."

"Apa masalah? Accident?"

"Ha ah. Accident. Kena langgar singa gunung."

Adrian atau lebih suka dipanggil Andy ketawa kuat-kuat. "Cikgu tu lagi? What's her name again? Lina?" Dalam ketawa dia bertanya lalu terbongkarlah cerita. Bila sebut pink, makin besar ketawa Andy.

"Rina."

"Ha. Rina. Itulah engkau pun satu, yang kau carik hal dengan cikgu kenapa? Nasib baik dia tak ketengahkan perkara ni. Kau patut bersyukur."

"Aku sakit hati. Bukan kau tak tau dia tu camne."

"Lah, memang aku tak tau. Bukan aku kenal pun. Aku tau pun dari engkau je dan aku tau kau tu macam mana. OKlah, camne pun dia menurut engkau, dia tetap cikgu. Kau kena hormat dia. Kalau tak tahan sangat kau boleh ajak dia bincang elok-elok kot... Mesti ada solution la, benda kecik je."

"Kecik bagi kau. Besar bagi aku. Ni maruah tau."

"Faham, tapi kita kena hormat cikgu. Itu prinsip. Macam parents... Kita tak perlu selalu setuju atau takut kat dorang. Tapi jangan kita abaikan rasa hormat."

Andrey baring merenung siling selepas perbualan singkat dengan Adrian di telefon. Tangan melekat di dahi, memikirkan masalah hidup. Sebenarnya lebih kepada merangka untuk ponteng sekolah esok. Mengapa? Sebab awal pagi dah kena masuk kelas ekonomi. Haishhhh... Keluhan berat dia lepaskan seraya berjalan ke pintu balkoni dan membukanya bagi mengizinkan alam menghembus nafas untuk menyegarkan ruang kamar. 

Langit cerah tenang berbintang. Bulan sabit seakan tersenyum menikmati nyanyian cengkerik dan unggas malam. Wajah cikgu Sophia terukir di celahan awan yang melintasi bulan. Apalah dia tengah buat sekarang agaknya? 

Malam seindah itu membuat hatinya semakin merindui cikgu Sophia. Dia teringat kepada usulan cikgu Rina pasal bawak awek naik motor. Bahagianyalah kalau cikgu Sophia yang membonceng. Dalam khayalan, Andrey bayangkan cikgu Sophia sedang memeluk dia kuat-kuat. Dia pun apalagi, sengaja bawak laju-laju supaya gadis idamannya itu tak lepaskan pelukan. 

Berangan. Tak salah, kan pasang angan-angan? Percuma je tak macam pasang kabel TV, telefon, internet, atau elektrik dan air. Siapa tau anganan tu jadi kenyataan? Bukankah kata-kata dan impian juga merupakan satu bentuk doa?

Beberapa minit sebelum jam dua belas, Andrey masuk ke dalam. Pintu balkoni sengaja dibiarkan terbuka. Meja tulis dihampiri. Tugasan ekonomi yang terdedah di situ sejak lebih dua minggu masih menunggu untuk disiapkan. Cepat-cepat buku dikatup, malas nak siapkan tugasan yang diberi cikgu Rina. Lantaklah!

Radio yang memang selalu dipasang sayup-sayup mendendangkan lagu Jerat nyanyian Harvey Malaihollo. Serta merta niatnya untuk ponteng sekolah terpadam bila matanya memandang buku biologi. Alunan lagu tersebut membawa wajah cikgu Sophia lebih dekat di khayalan, sekaligus melayangkan dia ke suatu hari di mana pertama kali cikgu Sophia melintasi ruang matanya.

Hujan. Seperti pelajar-pelajar lain yang tersekat untuk pulang, samada dengan menaiki motosikal, berbasikal, berjalan kaki, atau hanya mahu menyeberang, dia turut terkandas dan terpaksa berteduh di kafeteria. Ditemani secawan kopi dan sepotong sandwich, dia duduk bersendirian di satu sudut, merenung titis-titis air yang semakin lebat membasahi bumi. Suasana di kafeteria agak sesak petang itu. Meja penuh dan riuh mengganti sunyi dengan variasi suara yang seakan cuba mengalahkan dentuman petir dan tangisan awan.

Entah siapa agaknya di antara pelajar dan guru yang berada di situ yang memilih lagu Jerat untuk dimainkan dari Jukebox. Waktu berkumandangnya lagu itulah matanya terpukau oleh satu pemandangan indah yang tak pernah dia lihat di TBC. Sendirian di suatu sudut berdekatan tingkap, selang dua meja dari tempat dia mengisi ruang, di situ wanita itu berdiri. Pakainya ringkas saja. Seluar dan blazer hitam dengan blouse ungu di dalam. Seperti Andrey, dia juga merenung hujan.

Pancaran kilat diikuti guruh kuat telah memeranjatkan dia lalu dia beranjak ke belakang, menjauhi tingkap. Matanya mencari-cari tempat kosong untuk berlindung dan akhirnya pandangannya jatuh ke wajah Andrey yang sedang terpukau memandang. Antara sedar dengan tidak, wanita itu dah pun berdiri depan mata.

"Kosong? May I?"

"Sure." Laju Andrey bangun. Meja empat kerusi itu dipenuhi dia seorang. Tetapi dua dari kerusinya dah diambil orang. Beg sandang yang dia letakkan di kerusi sebelah segera dialihkan untuk memberi ruang kepada si gadis. "Silakan."

"Terima kasih. Saya Sophia."

Saat senyuman dilontar, hati Andrey jatuh entah ke mana. Senyuman itu meyakinkan dia bahawa itulah lubang cinta. Ada debar saat mata bertaut, ketika senyum bertukar. "Cikgu Sophia?" Dari cara berpakaian dapat Andrey mengagak tak mungkin gadis itu seorang pelajar.

"Ye. Form berapa?"

"A' Level candidateAS."

"I see... Saya akan ganti tempat cikgu Lee, kalau awak ambil biologi." Penjelasan diberi tanpa diminta. Perkhabaran itu telah dimaklumkan oleh cikgu Lee pagi tadi. Hari ini hari terakhir guru itu mengajar di TBC kerana di tugaskan berkhidmat di cawangan utara.

"Jadi, cikgu akan mengajar saya."

Dia mengangguk. Tangan dihulur dan disambut. "Andrey."

"Andrey... Ohhh... Familiar nama tu. Kalau tak silap saya cikgu Rina selalu sebut. Cikgu ekonomi awak, kalau saya tak salah?"

"Betul." Jawapan dibalas dengan sekuntum senyuman yang cukup memukau sanubari namun pada masa yang sama bagai menyimpan satu rahsia bila nama cikgu Rina disebutnya.

"Saya tak pernah nampak cikgu sebelum ni."

"Tahun ni tahun ketiga saya mengajar dekat sini. Awak pelajar baru ke?"

Andrey tertunduk, berusaha untuk mengingat namun akhirnya menyesali sikap sendiri yang selalu endah tak endah tentang sekolah hingga tercicir dalam melihat keajaiban yang tersembunyi di balik riuh rendah institusi itu.

Datang tepat masa, balik pun tepat pada masanya. Waktu rehat, dia lebih gemar bersendirian di belakang bangunan. Bila ada perhimpunan, dia datang lepas semuanya bersurai.

"Nak kata baru tu, tak jugak. Sejak tingkatan empat saya ada dah kat sini. Maknanya tiga tahun lepas. Habis O'Level, saya rehat setahun. Baru tahun ni saya join balik."

"I see. No wonder."

"Maksudnya, cikgu dah ada kat sini masa saya form five… Kenapa saya tak perasan pun cikgu…"

"Saya pun tak perasan awak." Dia ketawa. Andrey senyum. Terasa hatinya kembang— bangga kerana dapat duduk melihat hujan bersama seorang guru yang cantik.

Riuh rendah dan gamat di kafeteria seakan hilang dari pendengaran. Cuma lagu dari jukebox masih lagi berkumandang menjadi latar belakang bersama hujan yang mencurah semakin lebat. Matanya tak mau meninggalkan wajah itu sementara hati dah mula membenih kekaguman. Inikah yang orang panggil cinta pandang pertama?

"Bila cikgu akan mula mengajar saya?" Tanya Andrey, tak sabar.

"Esok."

"Cikgu tak ada payung?"

"Tak ada."

"Kopi?" Dia mempelawa untuk memanjangkan perbualan. "Sandwich? Tuna? Chicken? Roast beef? Vegies? Egg? Cheese?" Alasan ditambah lagi untuk lebih lama bersama. Dalam hati, Andrey berdoa semoga hujan akan bertambah lebat. Kalau tak berhenti langsung pun tak apa.

"Surprise me."

Betul, satu-satunya perkara yang berkuasa menggerakkan fizikal dan mental Andrey untuk ke sekolah ialah kelas biologi atau lebih jujur, guru biologi itu sendiri. 

#

Nyaman angin pagi meniup getar positif dalam seluruh kewujudan. Memandangkan motor masih belum siap, dengan rela Andrey ambil bas untuk ke sekolah. Kawasan perumahan redup, dikelilingi pokok-pokok hijau merimbun. Ciak miak burung bersama hembus lembut angin yang menyentuh kulit, membawa jiwa begitu dekat dengan alam. Sentuhannya takkan pernah gagal menghadiahkan manusia ketenangan seluhur ini.

Berjalan kaki menuju ke perhentian bas, Andrey berterima kasih kepada Pencipta kerana masih dapat menikmati udara segar dan mendengar alam berlagu. Masih dapat melihat keindahan warna-warni bumi. Masih dapat berjalan dengan gagah dan kuat. Hanya dengan menyentuh kaki di tanah perasaan itu dapat dikecapi. Lain jika menaiki kenderaan. Semuanya dilintasi dan berlalu macam angin.

"Ada kereta nak jalan kaki…"Kedengaran suara Anis, adik bongsunya mengejek bila kereta yang menghantar mereka ke sekolah perlahan-lahan berhenti. Dia menjengukkan mukanya dari tingkap. 

"Kenapa nak jalan? Jomlah…" Amanda pula bersuara. Uncle Black, pemandu keluarga turut menurunkan tingkap bercermin gelap itu.

"Ada mambang jemput dia kot. Itu yang bersemangat jalan kaki." Usik Uncle Black yang dah bekerja dengan abah sejak mereka kecil lagi.

"Tak pe la, uncle. Saya jalan je, nak exercise."

"We know the whole story," usik Amanda. Tingkap dinaikkan dan mereka membiarkan Andrey dengan pilihannya.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Mendongak ke langit luas, dia akur pada kitab Tuhan yang sedang dia baca. Nafas syukur di hembus. Bersama kabut pagi, udara yang terhela dari paru-paru bersatu dengan nafas alam. Penyatuan itu telah memunculkan keinsafan. Berjalan kaki begini juga satu keinsafan dan pagi ini dia menyaksikannya lagi.

Ketika sedang duduk merokok sambil menunggu bas, fikirannya melayang terkenangkan cikgu Sophia. Hatinya melonjak gembira, tak sabar nak jumpa. Banyak yang ingin dia tanyakan tentang biologi serta tugasan-tugasan yang dah ketinggalan— alasan paling kukuh untuk mencuri masa berduaan. Sambil menyelam apa salahnya minum air, jangan sampai kembong, sudah.

Dia tersengih sendirian dan ketika itu jugalah, kereta Cikgu Rina melintas dan berhenti di depannya.

Damai bertukar gelisah. Takut ada, malu pun ada. Ketenangan habis hancur musnah diganti geram. Macam mana dia tak geram, tak bengang? Sebab engkaulah aku patah kaki tak bermotor macam ni.

Nak tak nak, Andrey tak dapat mengelak bila cikgu Rina memanggil dan mempelawa. Kali ini, tanpa berfikir panjang, dia terus buka pintu dan melabuhkan punggung di sebelah pemandu.

"Macam mana rasanya bila patah kaki?" Tak perlu bertanya, tak payah cakap, macam bomoh siam cikgu Rina tau apa ada dalam kepala Andrey. Secebis provokasi sengaja dicetuskan dengan cukup lembut. Mesra sungguh bunyinya semesra jari telunjuknya menekan punat OFF, menghentikan pemain CD yang sedang memutarkan lagu When I Come Around.

Boleh tahan selera. Lalu tanpa teragak-agak, Andrey tekan butang On dengan menghadkan volume pada level dua. Cikgu Rina menjeling.

"Boleh, kan? Sedap lagu tu. Saya suka."

"Mana motor?"

"Bengkel. Dua tiga hari lagi siap la kot."

Muka Andrey dipandang sekilas.

"Cikgu suka Green Day?"

"RHCP pon saya layan je."

"Cool... Sy suka Macy's Day Parade."

Cikgu Rina diam, tak bagi apa-apa komen. Tiba-tiba Andrey terpanggil untuk menyampaikan sesuatu. "Terima kasih, cikgu. Cikgu dah ajar saya." Itulah yang nurani sampaikan. Dan bila sesuatu datang dari situ, Andrey tau, ia bukan gurauan. 

Sejak peristiwa toreh kereta, perkataan maaf memang langsung tak terlintas di fikiran tetapi ya, itulah ucapan yang datang terus dari hati. Mungkin kerana dia terkesan dengan kata-kata Adrian malam tadi dan mungkin juga keinsafan yang terbit dari sentuhan alam sekejap tadi telah mengilhamkan dia untuk melupakan semua geram lantas menghadiahkan cikgu Rina secebis penghargaan.

"Saya tak ajar awak. Awak yang dah ajar diri awak sendiri." Berbunga hati cikgu Rina walaupun dia langsung tak menyangka sepantas itu Andrey akan berubah. Hatinya semakin kuat meyakinkan semangat untuk menjernihkan kekeruhan.

"We can start all over again. Tak ada point pun nak panjang-panjangkan kes kecik macam ni."

Kes kecik dia kata? Merah muka Andrey ditampar ketulusan hati cikgu Rina yang menggemakan keihklasan di telinganya. Lalu dia bagi ruang untuk menaakul. Tapi macam biasa, hati, ada saja yang nak dipertikaikan.

"Start all over again… Apa yang nak dimulakan semula sedangkan tak pernah ada apa pun yang dah bermula selain sakit hati? Kau tak ingat, dia pernah cakap, this is merely a beginning."

Andrey toleh seketika ke muka cikgu Rina yang tenang memandu. Ke bibir cikgu itu sebenarnya. Bibir pertama yang dah mencabul kehormatan bibirnya yang masih perawan. Bila dikerling, cepat-cepat Andrey toleh ke kiri— ke luar tingkap. Lawalah pulak… Apasal dulu aku tak perasan?

Dalam degupan jantung yang tiba-tiba bergetar akibat dijeling begitu, hatinya mula merengek, menggelisah. "Mengadalah!!!" Akal membentak, marah.

"Lupakan saja, OK. Anggap perkara tu tak pernah jadi. Saya dah maafkan awak. Saya pun ada buat salah." Ayat yang dilontar membawa pandangan mata kembali ke wajah si empunya suara. 

Cikgu Rina menoleh, memandang sekilas ke wajah Andrey bersama sebuah senyuman. Jarinya memetik dua tiga kali butang next pada pemain CD dan dia berhenti bila The Zephyr Song mula berkumandang mengisi ruang. Volume dinaikkan ke tahap 4. Seperti bermain drum, dia mengetuk-ngetuk perlahan roda stereng, mengikut rentak lagu Red Hot Chili Pepper tersebut. Bait-bait lirik lagu itu cuba Andrey hayati dan kaitkan dengan apa yang dia katakan tadi.

Dia nak aku terbang dengan dia ke? Cuba untuk lebih menghayati, Andrey turut menyanyi kecil.

"Bukan sengaja saya nak bagi awak markah rendah dan itu juga tak bermakna semuanya salah. Saya cikgu, dah tentu saya tahu apa saya buat. Jawapan awak ada yang salah, banyak jugak yang betul. Itu biasalah... Kain putih pun boleh pudar. Tak buat salah, macam mana nak belajar, betul tak? Tapi awak kena tau, ekonomi bukan soalan 1+1= 2. You follow?"

"Faham, cikgu." Itu saja perkataan terbaik di pagi yang hening dan sebening itu.

"Cuba buat huraian biar jawapan jadi kemas. Kembangkan penjelasan tu mengikut pemahaman awak sendiri tapi jangan lari dari fakta dan data. Bagi saya faham apa yang awak faham."

"Santapan minda di pagi hari." Otak mengeluh sedangkan hati teruja untuk terus mendengar. Jadi dia diam. Confused. Bukan pada penerangan yang diberi cikgu Rina, tapi dengan tindakan sendiri. Dengan apa yang telah dan sedang dia lakukan. Dengan apa yang bakal dia lakukan dan apa yang bakal terjadi.

"Awak ni cerdik, tapi malas, macam spiderman." 

Amboi, cikgu Rina dah pandai bergurau. 

Mungkin kebuntuan di muka cengkung itu begitu ketara lalu sang guru cuba menceriakan muridnya. Dan di pagi itu, cikgu Rina berjaya buat hati Andrey ketawa.

"Cubalah jangan membuta lagi dalam kelas. Menyampah saya tengok." Dia menyambung, memecahkan tawa lagi.

"Membuta…" Andrey mengajuk separuh berbisik. Suka betul cikgu Rina perkataan membuta tu.

"Tell you what... I think you should drop economics if it's not what you're into. Saya sokong kalau awak nak ambil subjek yang awak suka. Awak ada masa dan pilihan. Life is all about time and choices, isn't it?"

Masa dan pilihan. Kenyataan terbukti. Kenapa nak paksa diri? Betul, dia buat ni semua atas permintaan abah, tapi dia tak pernah disuruh apalagi dipaksa untuk mempelajari subjek ekonomi. Dia yang memandai-mandai pilih. Walaupun berkeras dengan keputusan, tapi abah tetap bagi kebebasan kepada Andrey untuk membuat pilihan dan dialah yang bertanggungjawab untuk memilih yang terbaik.

Agaknya aku terpanggil ambil ekonomi sebab takdir nak jumpakan aku dengan dia.

"Benda takkan jadi tanpa sebab. Aku percaya ada hikmah semua ni." Terdengar suara akal berbisik sayu. Perlahan. Andrey tau, otaknya mengajak dia memikirkan sesuatu.

"Jangan salahkan aku." Balas hati. Sebenarnya hati menolak untuk mengerti.

Suara akal dia dengarkan. Kata nasihat cikgu Rina dia terima dan dia hormati. Kebenaran telah menewaskan dia dan di perbualan singkat pada pagi itu, perlahan-lahan mata hatinya tercelik untuk mencerap sisi lain guru ekonominya itu.

Benar, ada waktunya perkataan yang cikgu Rina pilih boleh menyakitkan jiwa. Yang menyakitkan hati, memang banyak. Tak payahlah susah-susah pening kepala nak kira. Tapi apabila difikirkan dalam-dalam, bila cikgu Rina bersuara lembut dan tenang, hati Andrey dengan mudah jadi tenteram. Ketulusan yang disuap buat santapan minda yang kelaparan lebih mudah dicerna.

"I'll sleep on it." Itu saja janji yang dapat dia bagi. Usul cikgu Rina ada rasionalnya. Kenapa perlu buang masa buat sesuatu yang tak kita suka?

"I bet. Kita boleh bincang perkara ni, kalau awak nak. I'll see what I can do for you, OK." Pesanan itu diiringi lemparan senyuman. Sempat dia menepuk perlahan bahu Andrey sebelum berlalu ke bilik guru.

"Terima kasih, cikgu." Andrey tundukkan kepala tanda hormat dan terima kasih. Usulan dan kata nasihat cikgu Rina yang bersahaja dah menyejukkan hatinya. Kemaafan yang diberikan nampak begitu tulus dan Andrey amat menghargainya.

"Awak sentiasa boleh cari saya untuk bercakap. Untuk apa saja. Be good."

"Mana hilangnya marah? Senang betul memaafkan?" Serentak dia ditanya oleh hati dan perasaan. Bersekongkolkah mereka dengan akal yang tersenyum menunggu jawapan?

Integriti. Dia dah ajar aku perkataan ini. Bukan senang nak dapatkan kemaafan orang, apa salahnya kalau aku mula belajar memberi?

"Tak salah pun kalau nak jernihkan air yang keruh." Hati terasa lapang dipujuk akal dan fikiran.

Dia teringat pada satu pepatah— kita tak boleh nampak refleksi di permukaan air yang tengah mendidih, apalagi air yang sedang mendidih itu keruh warnanya. Biarlah air itu sejuk dan tenang, bergenang jernih, barulah biasnya jelas.

Mungkin cikgu Rinalah yang mula-mula mengeruhkan air dan dia pula mencedok air yang sedia keruh itu untuk didihkan. Kini, api dah dipadam dan nampaknya cikgu Rina pun dah mula menyalurkan aliran air baru.

Siapa tau, satu hari nanti segalanya akan menjadi lebih tenang dan jernih, setenang dan sejernih Terusan Tasik Biru?

Akal bertepuk tangan.

Hati dan perasaan tersenyum bangga.

#

"Kau rasa apa dia fikir lepas kau bagitau kau suka dia?"

Dia confused tapi excited. Aku nampak kat mata dia.

"Kau rasa dia akan consider perasaan kau tu?"

Aku meluahkan bukan untuk diterima.

"Kau tak rasa ke, tak banyak, sikit, kau dah sentuh dia?"

Dia manusia, kan? Takkan lah dia lurus bendul sangat. Kalau dia faham, baguslah. Aku tak harap apa-apa pun. Aku cuma nak sayang dia. Itu je.

Rina bersoal jawab dengan hati dan kewarasannya. Dia masih diburu rasa bersalah menukar Aprilia hitam Andrey menjadi merah jambu. Tapi perbualan singkat dalam kereta pagi tadi seakan memberi isyarat bahawa laluan untuk menyusur denai hati Andrey semakin terang.

"Kau dah cium dia pun."

Benda dah jadi, tak boleh ubah dah.

Bila dikenang semula, dia merasa malu sendiri. Ikutkan sangat perasaan dan kata hati. Tak sepatutnya dia cium bibir Andrey.

"Kau pun dah sayang, bukannya nak sayang je."

Bagi aku cukuplah dalam mimpi dia jadi hak aku. Dalam sunyi pun aku mampu sayang dia. Suka kat seseorang tak bermakna kita mesti memiliki. Lepas apa yang aku buat, tak mustahil dia makin benci aku.

"Mana tau, kau dah gerakkan sesuatu dari hati dia?"

Aku tak tau… Hal ni betul ke salah. Aku confused.

"Time. It has the power to do as it pleases."

Dia pelajar aku.

Rina mengeluh."Aku rasa tua sangat." Terlontar ayat itu dari bibirnya.