Chereads / Suara. / Chapter 9 - Kawan Baru

Chapter 9 - Kawan Baru

BMW Z4 warna merah dipandu penuh bangga memasuki tempat letak kereta. Pemandunya, dah tentu cukup bergaya. Dia turun sambil membetulkan cermin mata hitam yang dikenakan. Beg sandang warna kelabu tersangkut dibahu. Dia memerhatikan sekeliling, mencari seseorang.

Manalah pulak minah ni. Janji pukul 8…

"Hi…" Sapa seorang gadis, yang tak kurang hebat gayanya.

"Hello, sweetie. "

"Welcome to TBC. The Boring College. Jom, I bawak you jumpa The Chicks." Dengan mesra si gadis memegang tangannya. Mereka berpimpinan ke kafeteria.

Hari itu hari pertama semester baru. Satu keazaman tumbuh dalam hati Andrey untuk menjadi versi terbaik, baik dari sudut pelajaran mahupun peribadi. Semangat itu semakin berkobar-kobar setiap kali wajah Cikgu Sophia bermain di mata. Dia nak buat Cikgu Sophia bangga menjadi seorang guru.

Selalunya dia sampai ke sekolah tepat pada masanya. Lewat sepuluh, dua puluh minit tu biasa. Tapi pagi itu lain— dia tiba di sekolah setengah jam awal. Ramai pelajar dah melepak di kafeteria, mengisi waktu sebelum sesi persekolahan dimulakan. 

Duduk memerhati dari atas motor, dia berkira-kira sama ada hendak bersarapan di situ atau di tempat biasa saja. Azam yang mula tersemat dalam dada memberi kata putus. Dia memilih yang pertama. Bagaimanapun, meja paling terpencil tetap menjadi pilihan. Meja pertemuan antara dia dan Cikgu Sophia, di mana pertama kali mereka minum kopi dan makan sandwich bersama-sama. Meja itu memang dah jadi meja kegemaran dia kerena tak ramai orang suka duduk tempat terpencil macam tu. Dari situ setiap sudut dewan makan dapat diperhatikan dengan jelas.

Seperti selalu, tiada apa yang menarik selain kopi yang dihirup dan nasi lemak yang mengisi perut.

Pendengarannya terganggu bila kemunculan gelak tawa dari sekumpulan gadis yang datang memenuhi meja bersebelahan. 

Rosy and The Chicks. Cantik. Bergaya. Melebih-lebih. Apa saja yang mereka panggil, bagi Andrey, ia keterlaluan. Riuh rendah dan gelak ketawa dari gadis-gadis itu seakan sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang sekeliling. Siapa tak kenal mereka? 

Hari itu nampaknya Rosy and The Chicks dah menambah ahli. Andrey perasan, ada seorang daripada mereka yang lebih gemar mendengar dari bercakap dan memilih untuk tersenyum daripada ketawa terkekeh-kekeh seperti rakannya yang lain.

Mungkin sedar diri diperhati, sekuntum senyuman dihantar. Tak sangka ada juga perempuan sudi sedekahkan aku senyuman. Rare. Memang rare.

Lalu senyuman pun berbalas. Seketika kemudian, seorang lagi ahli kumpulan datang. Andrey kenal gadis itu. Sue namanya. Antara tiga yang lain, Sue boleh dikatakan yang paling cantik dalam kumpulan yang diketuai Rosy. Gadis itu tak datang berseorangan tetapi membawa seseorang. Seseorang seperti dia. Wajah baru, sudah pasti, kerana di sini, orang seperti Andrey boleh dikira dengan jari.

'Jejaka' tersebut mencium pipi setiap gadis dengan penuh mesra sebelum mengambil tempat di sebelah gadis yang tersenyum kepadanya sebentar tadi. Rancak mereka berbual memecah ketawa demi ketawa. Apalah yang lucu sangat agaknya?

Bosan dengan bunyi bising, Andrey angkat beg lalu kaki dihayun membawa diri ke belakang dewan—tempat kegemarannya, seperti yang dilabel Cikgu Rina. Sewaktu menaiki anak tangga, Cikgu Sophia muncul depan mata, mematikan niatnya untuk ke destinasi.

"Selamat pagi, Andrey."

Pagi yang gelap serta-merta bertukar terang apabila gadis idaman menyapa membawa sinar matahari. Bunga-bunga di seluruh muka bumi turut berkembang segar dan mekar bila mendengar suaranya.

"Selamat pagi cikgu. Cikgu apa khabar?"

"Saya baik-baik je. Awal awak hari ini? Sihat ke?"

"Tak, cikgu."

"Ada je jawapan awak ni."

Tangan Cikgu Sophia penuh menjinjing dua beg kertas dan beberapa fail. Segera dia mengambil ke dua buah beg tersebut. Tak sampai hati tengok awek sendiri angkut barang banyak-banyak macam tu.

"Beratnya. Apa kat dalam ni? Tengkorak?" Sengaja Andrey berseloroh dan setiap kali dia buat lawak bodoh mesti Cikgu Sophia ketawa. Itulah yang paling Andrey suka. Tak macam Cikgu Rina yang lebih bersifat dominan.

"Awak ni... Ada pulak tengkorak. Kalau tengkorak ringan kot."

"Ye ke tengkorak ringan?"

"Dah tinggal tulang. Lemak semua tak ada. Otot tak ada, organ dalaman tak ada."

"Ye tak ye jugak. Padanlah tulang ayam ringan."

Gurauan itu disambut ketawa besar Cikgu Sophia dan mesra tawa mereka berlarutan hingga kaki menjejak makmal.

"Terima kasih." Fail-fail di tangan diletakkan ke atas meja. Andrey menurut dengan meletak sama ke dua beg yang diangkutnya tadi.

"Cikgu punya pasal, anytime. Cakap je bila, bagaimana, mana cikgu suka. Tanpa alasan semua saya sanggup buat." Dengan bangganya dia memberi keizinan untuk diri diperhambakan. Sedia berkhimat dengan cekap, mesra dan betul untuk mengisi apa saja permintaan gadis yang diidam-idam. Apa saja hajatnya dengan berbesar hati ingin dia tunaikan.

Senyuman Cikgu Sophia melebar sampai ke mata menunjukkan dia gembira mendengar apa yang diperdengarkan. Dan bersama senyuman itu matanya menatap muka Andrey dengan satu renungan. Renungan yang seolah-olah berhasrat untuk memperdalamkan sejenis perasaan. Renungan yang buat Andrey perasan. Lantaklah… Perasan ke apa, yang aku tau aku nak dia. Dan apa yang penting bagi Andrey, dia diwajibkan hati untuk membalas tatapan Cikgu Sophia dengan penuh keberanian. 

Rindu… 

Ingin saja dia ceritakan tepat di telinga wanita tersebut tentang kerinduannya. Sayang, Cikgu Sophia mengalihkan mata dari muka Andrey. Mungkin apa yang dia nampak tak begitu merangsang otak.

"Awak dah buat keputusan ke pasal nak tukar subjek tu?"

"Belum cikgu." Andrey berterus terang. Sepanjang cuti semester malas dia nak bebankan otak memikir tentang sekolah. Pertanyaan yang Cikgu Sophia bangkitkan dah membawa kembali wajah Cikgu Rina ke mata. Ada keluhan kecil terhembus dari dada.

"Saya faham kalau awak perlu masa untuk fikir hal ni dalam-dalam. Tapi Andrey, awak pun kena faham, masa tak tunggu kita."

"Faham, cikgu." Kalau boleh dia tak nak mulakan hari dengan bercakap mengenai perkara tu. 

Baru je dia nak rasa seronok, baru je nak kuatkan semangat untuk bisikkan I miss you ke hati Cikgu Sophia... 

Dan kalaulah ada keberanian, akan dia tutup pintu rapat-rapat, kunci. Kat situ, dalam makmal tu jugak dia akan peluk, cium dan meluahkan perasaanya. Dia nak sampaikan terus ke hati Cikgu Sophia betapa geramnya dia, betapa rindu dan sayangnya dia. Tapi tak mungkin itu terjadi… Mustahil.

Cuti telah mengizinkan minda untuk berehat dari sekolah dan semua permasalahnya. Sekarang kebebasan itu dah berahkir. Rutin harian terpaksa diulang lagi. Semua tugasan yang perlu disiapkan, berjaya diuruskan dengan mudah kecuali tugasan yang diberi Cikgu Rina. Malas dia nak buat walaupun tau hari ni semua orang kena hantar.

Ekonomi...

Lama tak tengok Cikgu Rina. Apa khabar singa gunung tu agaknya? Mungkin lebih mesrakah dia lepas ni atau makin menyinga bila aku tak submit assignment?

Segera Andrey teringat Linda, kawannya, budak kelas sebelah.

"OK lah, cikgu, saya minta diri dulu. Kalau saya dah ada keputusan, saya update. Jumpa nanti dalam kelas."

"Jaga diri."

Dia tinggalkan Cikgu Sophia di makmal, cepat-cepat mencari Linda.

#

Budak debab bernama Linda yang suka menocangkan rambut itu memang handal dalam ekonomi. Disebabkan dia cemerlang, Andrey suka ambil kesempatan. 

Linda seorang yang buisness minded, sebab tu ekonomi sesuai dengan dia dan Lindalah satu-satunya manusia di institusi ini yang boleh dia gelar kawan. 

Macam Kak Zu, Linda memahami dia hingga kemesraan itu membentuk rasa percaya antara mereka. Masing-masing tak kekok untuk berkongsi masalah. Bagi Andrey, Linda pendengar yang baik.

"Awal-awal kau tak nak bagi. Ni dah due baru terhegeh-hegeh." Bebel Linda. Satu bungkusan Andrey hulurkan— sebungkus rasuah untuk Linda yang montel, sempat dia beli selepas meninggalkan makmal biologi tadi.

"Macam manalah Cikgu Rina tu tak hangin dengan kau. Tu pun aku tak paham camne boleh dia maafkan je kes engkau tu... Kalau akulah, memang aku report polis biar kau masuk lokap." Linda menyambung bebelannya. Sikit pun Andrey tak kisah, tak ambil hati, sebab jelas perasaan gembira terpancar dimuka kawannya yang bulat itu bila melihat donut dalam bungkusan. Dengan penuh selera, Linda menyumbat donut ke mulut.

"Berapa?" Sebenarnya Andrey tak pernah buat kerja macam ni. Biasanya dia hanya meminta tunjuk ajar Linda tapi kali ni dia terdesak sangat. Masa suntuk. Sendiri punya salah.

"180. Esok pagi-pagi siap kemas atas meja kau. Nak murah, 100 tapi Jumaat ni baru dapat. You choose."

"Cekik darah, padan debab." Andrey merungut perlahan— sengaja dibuat-buat. 

"Setan kau Andrey. Nak esok ke Jumaat?" Lengannya ditumbuk.

"Sakitlah… Kau tu dahlah besar macam ahli sumo." Andrey menggosok-gosok lengan sendiri.

Linda tersengih. Donut di tangan dia cubitkan sedikit dan dihulurkan ke mulut Andrey. Andrey memalingkan mukanya. Linda ketawa. Donut itu dicicah dalam kopi sebelum dia sumbatkan ke dalam mulut dan mengunyahnya penuh nikmat.

"Hmm... Kau rasa kalau Jumaat Cikgu Rina marah tak?"

"Marahlah. Kalau aku pun aku marah. Kenapa Jumaat, tak cukup bajet ke?"

"Tak la… Kalau siapkan hari Jumaat lagi padu kot assigment tu. Esok macam rush sangat takut nanti ntahape kau tulis. Buat cincai- cincai. Dah la mahal."

"Kau ni kan, kalau tak yakin dengan aku, apa kata kau suruh Cikgu Rina je buatkan. Banyak bunyi pulak dia."

"OK, OK... Jangan tumbuk lagi. Jumaat, OK. Aku memang kena berjimat, nak kumpul duit. Nak belanja Cikgu Rina makan nasik minyak."

"Banyak nasik minyak engkau. Memang sengaja carik hal."

"Alah bukan sengajalah… bukan nak carik hal pun. Aku busy, mana sempat nak buat…"

"Busy apa? Membuta?" Linda menolak bahu Andrey. "Cikgu Rina tu bagus. Aku suka cara dia ngajar. Relax je."

"Garang tak bertempat macam tu kau kata relaks?"

"Yang menggelabah tu engkau."

"Hmm.. lagi?"

"Tak de lagi... esok 100. Jumaat siap, collect sendiri kat sini. Tapi kau tau kan, Cikgu Rina nak tugasan ni hari ni atas meja dia..."

"Takpe, itu biar aku jawab."

"Takde masalah carik masalah."

#

Hari pertama Jacques melangkah ke TBC, dia sudah menarik perhatian hampir semua orang. Dengan rambut spiky tapi sesuai dengan senyumannya yang nakal dan gaya berjalan penuh keyakinan, Jacques tak perlu berkata apa-apa untuk memikat hati sesiapa saja yang melihat.

Pelajar perempuan murah senyum setiap kali dia melintas, pelajar lelaki pula memandangnya dengan rasa ingin tahu, cuba memahami apa yang membuatkan dia begitu menarik. Tak kurang juga yang memandang dengan mata jelek dan senyum mengejek. Namun, Jacques tak peduli. Hidup baginya adalah tentang menikmati setiap saat tanpa mengambil berat apa yang orang lain fikirkan.

"Kita ada pelajar baru. Jaqueline. Sila perkenalkan diri." Kata Cikgu Robert sewaktu Jacques memulakan kelas pertamanya hari itu.

Selepas diri diperkenalkan serba ringkas, dia diarahkan untuk mengambil tempat. Dia tertarik bila terpandang Andrey yang duduk di meja paling belakang. Sambil mengangkat kening, tak teragak-agak Jacques menghampiri Andrey. Tangan dihulur. Salam disambut.

"Kalau tak silap, engkau yang kat kafe pagi tadi." Katanya sambil menarik kerusi dan terus duduk di sebelah.

"Tak perasan..." Andrey sengaja pura-pura tak tau. "Anyway, aku Andrey."

"Sekolah ini cool. Mesti seronok buang masa kat sini. Banyak anak kucing comel-comel."

"School is school. Anak kucing memang banyak, tapi banyak yang liar."

"Haha, tapi ada yang dah jinak. Aku ada jumpa beberapa ekor pagi tadi, jadi aku ajak anak-anak kucing tu pergi minum susu sebagai jamuan untuk hari baru."

"Charming."

Dia ketawa. "Kau ada?"

"Ada apa?"

"Kucing."

"Kat rumah ada. Sini tak jumpa lagi kucing. Singa gunung adalah."

"Hahahahh…" Dia ketawa kuat. "Singa gunung." Katanya, mengulang ungkapan Andrey.

Sekejap lagi kau kenal lah pulak dengan singa gunung.

"Kucing jugak tu," sambungnya lagi.

Perbualan terhenti apabila Cikgu Rina masuk ke dalam kelas. Jantung Andrey mula berdebar- debar. Resah bercantum dengan rasa teruja.

Pandangan Cikgu Rina serta merta tertumpu di belakang kelas bila melihat Andrey seronok berbual dengan seseorang yang belum dia kenali. Dengan penuh yakin, Andrey lemparkan senyuman tanda hati mula terbuka untuk menerima. Senyuman berbalas, tapi sayang, hanya dengan satu garis kecil di bibir— segaris senyuman singkat yang tak menunjukkan kemesraan. Timbul lah kesal bercampur sesal. Kesal kerana senyuman ikhlas yang diberi telah memalukan diri sendiri.

"Kenapa nak malu? Seikhlas-ikhlas pemberian adalah senyuman yang ikhlas. Apa saja yang diberi atau dibuat ikhlas dari hati tak perlukan balasan." Suara dari minda mengisi relung kewarasan Andrey. Muka digosok dengan tapak tangan, menggariskan senyuman kecil di bibir.

"Nampaknya ada muka baru. Boleh kenalkan diri?"

Dengan bangganya Jacqueline Adam berdiri sekali lagi tapi kali ini untuk memperkenalkan diri khas kepada guru kelas.

"Salam sejahtera, cikgu. Happy to meet you. Saya Jaqueline Adam. Orang panggil saya Jacques. Saya dari utara, anak tunggal. Maksudnya tak ada kakak, adik mahupun abang. Ayah saya baru buka praktis kat sini. Kalau sakit perut ke pening kepala, senggugut atau cikgu ada gangguan psikologi, tekanan emosi, depressi, anxiety, sleeping disorder, sleepwalking ke whatsoever… boleh jumpa beliau. Ibu saya, beliau peguam. Beliau pun sama, baru buka ofis kat sini beberapa bulan lalu. Kalau cikgu ada kes jenayah bolehlah jumpa beliau, akan diselesaikan dengan bijak dan saksama. Kerana merekalah, maka berdirinya saya di sini sekarang. Hobi saya lumba kereta. Subjek kegemaran saya, Ekonomi. Haha kidding… Hmm, terus terang, Ekonomi boring. Mungkin Sejarah... Ahh... I don't think so... Saya rasa Geografi. Anyways, itu tidak penting. Takde subjek yang seronok pun. Apa-apa lagi yang cikgu nak tau, sila jangan segan, jangan malu untuk bertanya."

Kelas memandang Jacques yang masih memakai muka yakin selamba. Ada yang ketawa, ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang tersengih. Dia menamatkan sesi memperkenalkan diri dengan menambah, "saya gembira, dan kita semua patut bersyukur, kawan-kawan baru sekelian, sebab ada cikgu Ekonomi yang berkarisma dan lawa. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih."

Antara nak tergelak dan tak percaya bercampur terkejut dengan keselambaan Jacques, sempat Andrey meninjau ekspresi Cikgu Rina. Tiada senyuman, apalagi menunjukkan rasa terhibur atau terusik. Wajah tegas masih menghias wajah.

"Too much details. Awak boleh duduk. Selamat datang ke kelas saya. Ingat, kalau mengantuk, boleh balik. Kalau banyak cakap, nak jadi juruhebah, bukan di sini."

Andrey tersengih. Sikit pun dia tak terkejut dengan amaran Cikggu Rina sebab dia tau, mengantuk itu— dia.

Sebaik sahaja duduk, Jacques menoleh ke arah Andrey, berbisik, "ni ke singa gunungnya?"

Ketawa sedikit kuat, Andrey menjawab dengan menganggukkan kepala. Tetapi sekali lagi, Jaqcues berkata, "hot stuff, don't you think?"

Tak sempat menjawab, matanya tertancap pada Cikgu Rina yang sudah pun membaling kapur ke arah Jacques.

"Aduh…" Anak nakal itu menjerit apabila kapur melekat di pipinya buat kali pertama. Kapur yang biasanya diterbangkan khas untuk Andrey kini dah ada mangsa baru. Cikgu Rina ternyata seorang sharp shooter.

"Baru jugak saya cakap, saya tak suka orang bising dalam kelas saya. Tak faham? Sila ambil perhatian. Sekolah awak dulu, sampai bab mana dah?"

"Hmm… Silibus terakhir… Hmm… Jap cikgu…" Jacques mengambil begnya lalu diletakkan di atas meja. Dia mengeluarkan semua buku yang mengisi beg galas Eastpak berwarna kelabu itu. Seisi kelas memerhatikan tindak tanduknya.

"La... Saya tak bawa buku tu rupanya, cikgu. Maaflah... Jadual waktu tak dapat lagi, jadi saya tak tau kita ada kelas Ekomoni hari ni." Rakan-rakan sekelas ketawa lagi. Andrey pun tergelak sama.

"Itu bukan soalan saya. Saya tanya, sukatan pelajaran mana sebelum pindah sini. Ada masalah faham soalan?"

"Hmm... Sukatan pelajaran… yang terakhir…. Gosh... Maybe… itu…err…hmm... Domestic Business ke hape, tak pasti, cikgu."

"Itu Perdagangan."

Jacques pandang kawan barunya, mengangkat kening sambil merungut, "garang. I like."

"Jadi kelas, hari ini kita akan buat recap asas ekonomi — Bekalan dan Permintaan. Untuk yang baru ambil ekonomi, sila buat research. So, ada sesiapa nak mula?"

Tanpa berlengah, segera Andrey angkat tangan.

Amboi, ada progress... Cakaplah, suka aku nak dengar. "Ya, Andrey, silakan."

Walaupun dengan rela nak menjawab, namun jantungnya tetap berdetup detap macam bunyi derap tapak kasut berladam polis sewaktu berkawad. Inilah kali pertama dia angkat tangan untuk menjawab soalan Ekonomi, menyertai secara rasmi kelas Cikgu Rina, tidak seperti hari-hari sebelumnya. 

Gementar yang cukup mengganggu itu bagai mengawal detak jantung dan nadi. Bukan kerana jawapan yang sedia diberi, tetapi kerana dia. Kerana Cikgu Rina itu sendiri.

"Permintaan ialah kuantiti barang yang orang nak. Bekalan ialah jumlah produk atau perkhidmatan yang boleh disediakan oleh pasaran. Hubungan antara harga dan jumlah barang atau perkhidmatan yang dibekalkan dikenali sebagai hubungan penawaran. Ini menentukan harga sesebuah produk. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi harga. Bila permintaan rendah, harga pun turun."

Secebis huraian berjaya diberi. Andrey sedar, jawapannya tak lengkap tapi, jadilah. Mencuba tu yang lebih penting. Bukankah itu yang Cikgu Rina nak?— penerangan yang boleh buat dia faham. Jadi Andrey cuba. Soalan mudah, sesiapa pun boleh jawab. Kalau soalan lain dah tentu dia fikir dua tiga kali juga sebelum angkat tangan. 

Cikgu Rina tak tau, untuk cuba buktikan bahawa dia bukanlah teruk sangat, Andrey terpaksa bergelut dengan getar dan gementar. Mungkin rasa tercabar, maka ada sedikit keberanian yang diilhamkan oleh Cikgu Rina.

Masih berdiri, menunggu komen dan reaksi si guru, matanya meliar ke setiap penjuru kelas, melihat pelajar lain memberi perhatian dan menunjukkan minat untuk mendengar ulasan Cikgu Rina. Barangkali, itu satu kejutan buat mereka. Siapa yang tak tau Andrey dengan Cikgu Rina tu macam mana.

Pandangan beralih semula ke depan, ke arah Cikgu Rina yang berdiri megah. Di sebalik cermin, dia melihat sepasang mata tersenyum dan senyuman itu terpantul di bibir.

"Awak tak ambil ekonomi asas untuk O'Level, betul?"

"Tak cikgu. Baru ni."

"Kenapa?"

"Nak cuba sesuatu yang baru. Nak tengok kemampuan sendiri agaknya."

"Bagus, Andrey. Saya percaya awak dah gunakan cuti semester dengan baik. Sila duduk. Siapa lagi?"

Memang baik sangat. Haha… Dia ketawa dalam hati. "Terima kasih, cikgu."

Sebaik saja melekatkan punggung ke kerusi, Jacques menoleh, menunjukkan kekaguman. "You are sick, bro. You have the lion showing her dimples." Andrey hanya mengangkat bahu. Tumpuan dialihkan lagi kepada kelas. Ia mula jadi menarik.

"Ada sesiapa lagi nak tambah?" Tanya Cikgu Rina. "Awak." Dia menudingkan jarinya kepada Jacques. "Suka sangat bercakap, kan? Sekarang cakaplah."

Dengan teragak-agak Jacques berdiri. "Nak cakap apa cikgu?"

"Tadi Andrey cakap pasal apa? Kita tengah bincang pasal apa?"

"Saya tak pasti cikgu. Tak berapa paham… Cakapnya berbelit-belit… Lagipun saya belum lagi belajar hal ni kat sekolah lama."

"Ya, memang tak heran kalau awak dah belajar sekali pun. Andrey baru bagi jawapan. Apa yang awak tangkap?"

Entah kenapa hati Andrey bergetar bila namanya disebut, manakala matanya tak lepas dari merenung wajah si singa gunung yang kelihatan luar biasa di matanya pada hari itu. Kenapa dengan aku? Apa dah jadi?

"Err… Tangkap apa cikgu?" Jacques pandai buat lawak. Rakan-rakan nampaknya terhibur dengan telatahnya yang bersahaja. Gelak kecil jelas mengisi kesunyina ruang. Cikgu Rina menggeleng-gelengkan kepala sambil menuju ke papan hitam.

Dengan tangan kanan mencekak pinggang, tangan kirinya menulis perkataan Demand And Supply besar-besar. Kemudian dia menghampiri Jacques dan bertanya, "reti baca tak tu? Ke rabun? Nak saya ejakan satu-satu?"

"Boleh jugak. Spek saya pun tertinggal sama dengan buku Ekonomi."

"Loyar buruk awak ni ye."

"Mak saya baru je bukak opis."

Cikgu Rina menjeling. "Saya tak ada masa nak buang masa. Define Supply and Demand." Dia memberi arahan.

"Oooo... Ekonomi... Ingatkan tangkap singa bukit ke apa tadi... Err... Saya sebenarnya faham, cikgu. Penjelasan yang sangat jelas dan terperinci daripada rakan saya ni." Sempat Jacques mengenyit matanya kepada Andrey sebelum meneruskan huraiannya kepada kelas. Muka garang Cikgu Rina sempat Andrey curi pandang dan buat beberapa saat, mata mereka bertaut.

"OK, macam ni cikgu. Untuk memendekkan esei kawan saya tadi, apa nama dia…" Jacques berhenti, muka Andrey dipandang.

"Andrey," kata Andrey, separuh berbisik.

"Ha, Andrey. Menurut saya, jawapan beliau agak mengelirukan, jadi biarlah saya ringkaskan dengan mudah, mengikut erti kata saya sendiri, tanpa mereka-reka apalagi meniru buku teks, supaya cikgu lebih faham." Jacques berdehem. Kolar baju kemeja dia kemaskan. Sambil berdiri dengan kedua tangan dilipatkan ke belakang, penerangan dilanjutkan.

"OK kelas, dengar sini baik-baik. Permintaan dan Penawaran adalah seperti…errmm… chicks... You know chicks?" Mukadimah itu membuat seisi kelas ketawa, memerhati dengan rasa terhibur, tak sabar untuk mendengar hujah seterusnya.

"Yes... Apabila sesuatu tu panas, macam goreng pisang panas, permintaan tinggi. Bila permintaan tinggi, maka meningkatlah penawaran. Apa jadi lepas tu?" Jacques berhenti sejenak, menyebarkan pandangan mata ke seluruh kelas, seolah-olah dialah guru Ekonomi. Dia bejalan sedikit ke tepi. Tangannya memegang sebatang pen yang kemudiannya diselitkan di celah telinga kanan.

"Betul, harga pun melambung. Tokey kilang duk kira untung. Bila permintaan naik, pekerja pun perlu ditambah. Peluang pekerjaan ditawarkan sekaligus pengangguran berkurang. Bila berkurangnya pengangguran, taraf hidup pun meningkat selari dengan ekonomi. Tapi bila sejuk, nak basi, melepek lembik, apa jadi?" Dia meninggalkan tanda tanya lagi. Kali ini dia berjalan ke depan, berdiri di sebelah Cikgu Rina yang menyandarkan punggung di meja guru.

Memalingkan badan untuk berdiri muka ke muka dengan Cikgu Rina, Jacques melengkapkan huraiannya, yakin dan berani.

"Permintaan pun menurun, harga pun jatuh, free pun boleh dapat. Lambakan menyebabkan pembaziran. Maka produksi terpaksa dihentikan. Kilang-kilang pun bungkus, manusia hilang pekerjaan. Pengangguran tinggi, mata wang jatuh. Inflasi pun terjadi. Apalah yang susah sangat. Goreng pisang je kot."

Seisi kelas ketawa besar. Jacques bergerak ke tempat duduknya dan tanpa menunggu kebenaran dia terus melabuhkan punggung. Mukanya masih bersahaja, memandang kawan barunya dengan bahu dan kening diangkat, cukup yakin dengan jawapan yang diberi.

"OK tak, bro?" Andrey masih belum dapat redakan tawa. Sama ada Jacques seorang pelawak atau lurus bendul, ternyata butch itu menghiburkan dan jawapannya masuk akal.

Lagi tepat kot dari jawapan aku. Lagi senang paham. Macam nilah agaknya yang Cikgu Rina nak. Guna ayat sendiri, pemahaman sendiri tapi tetap pada fakta dan data. Dalam diam, Andrey salute Jacques.

Sekali lagi mamat ni berjaya buat Cikgu Rina geleng kepala. Perlahan dia berjalan ke belakang kelas menghampiri Jacques. Dengan tangan diletakkan ke meja, dapat Andrey menangkap kata-katanya, "saya harap jawapan awak ni dapat membantu awak dalam peperiksaan dan tugasan. Cubaan yang baik. Bagus."

Sebelum kembali ke depan kelas, Cikgu Rina mengerling ke arah Andrey. Ada senyuman di wajahnya selepas mendengar definisi yang diberikan oleh ahli baru kelas 6As, Jacques Adam.