Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 50 - BAB 45 : TANGGUNGJAWAB

Chapter 50 - BAB 45 : TANGGUNGJAWAB

Rose sedang berjalan di koridor hospital, dia membawa plastik dengan bungkusan makanan di dalamnya. Setiap langkah yang diambil, dia terfikirkan akan semua yang terjadi, keadaan Khairul yang cedera parah, Nasuha yang sedang hilang, Pasukan Khas yang sedang mencari HOPE dan situasi White Tigers.

Gila betul semua ni bermula dari dua budak sekolah menengah yang larikan diri dari rumah.

Aku letak mereka dalam dunia bahaya ni…

Aku bertanggungjawab atas semua benda.

Sampai bila aku nak biar dua budak pikul tanggungjawab yang berat? Aku yang sepatutnya lakukan sesuatu sekarang.

Pertahankan mereka…

"Encik Ehsan?" Langkah Rose terhenti apabila terserempak dengan Ehsan, mereka berdua berada di hadapan bilik wad Khairul.

"Rose." Riak wajah Ehsan terus kelihatan sayu.

"Datang untuk cuba buat dia bergerak lagi ke?" soal Rose, Ehsan mengalihkan pandangan dan diam saja.

"Nasuha ialah tanggungjawab saya. Jangan bebankan Khairul lagi…HOPE sedang berusaha cari Nasuha sekarang dan saya pun sedang lakukan siasatan sendiri. Khairul dah cukup bagi kami apa yang kami perlukan." terang Rose, Ehsan menghembuskan nafas panjang.

"Aku nak salahkan semua benda…Salahkan kau, salahkan kumpulan Mutants tu, salahkan budak takde adab tu tapi aku sedar juga, aku yang benarkan Nasuha lakukan apa yang dia lakukan…Tak tahu macam mana nak hentikan dia, aku manusia biasa dan Nasuha dah jadi sesuatu yang luar dari kefahaman. Aku hanya nak betulkan balik semua benda, dengan anak aku." keluh Ehsan.

"Samalah…Saya harap saya boleh betulkan semua benda. Tak buat Khairul dan Nasuha masuk campur dalam dunia ni. Biarkan mereka jadi budak sekolah menengah biasa. Tapi pada masa sama, mereka berdua yang buat pilihan sendiri…Apa yang kita boleh lakukan pun untuk hentikan mereka?" tanya Rose pula, Ehsan menggenggam tangan, dia menepuk dada beberapa kali, menenangkan diri.

Rose membuka pintu wad Khairul dahulu namun matanya terus terbeliak apabila Khairul tidak berada di atas katil, dia terus bergegas masuk dan meletakkan plastik bungkusan makanan yang dibawa dan melihat sekeliling.

"Mana? Mana Khairul?" Rose cemas, Ehsan masuk ke dalam pula dan mencari Khairul juga.

"Tak…Tak…Khai…Jangan." Rose memegang kepalanya, membayangkan Khairul sedang berada di luar sana, mencari Nasuha, mencari ayahnya sendiri lagi. Dia terus mengeluarkan telefon dan menghubungi Shaurya.

Ehsan pula terduduk di tepi katil Khairul, dia melihat saja selimut yang tidak tersusun dan bantal yang berselerak di atas katil itu. Dia tersenyum kecil.

"Cari Nasuha sampai jumpa, Khairul…Bawa dia pulang."

Shaurya sedang menunggu di dalam kereta polis, Rose bergegas masuk dan menutup pintu dengan kuat. Kelihatan dia cuba menelefon Khalid namun tidak berbalas, Mikael juga tidak menjawab panggilannya, Rose menarik sedikit rambut.

"Apa diorang fikirkan? Buat Khairul berlawan lagi? Gila ke?!" marah Rose, Shaurya terus menoleh ke arahnya dengan riak wajah risau.

"Shaurya…Kita kena cari mereka dan bawa Khairul balik. Aku takkan biarkan dia berlawan lagi." kata Rose.

"Tapi kak…Macam mana? Kita takde cara nak cari mereka." balas Shaurya, Rose hanya kelihatan bertambah bengang saja.

"Buat je apa kita boleh! Aku tak kisah macam mana!" tengking Rose, dia mencucuk dada Shaurya dengan jari telunjuknya. Rose tersedar akan apa yang dilakukannya, dia duduk semula kemudian menarik nafas panjang.

"Bawak jelah kereta ni…Shaurya." pinta Rose, Shaurya mengangguk dan terus menghidupkan enjin kereta polis itu.

Mana korang? Tolonglah jangan buat Khairul sakit lagi. Jangan biarkan mereka dalam dunia ni lagi…

Mikael menghayun dirinya menggunakan cecair hitam yang keluar dari tapak tangannya, dia memusingkan diri di udara sebelum melepaskan lagi cecair hitam untuk berpaut pada bangunan lain dan mendarat di atas bumbung.

Dia mengekori jejak cahaya hasil kuasa Mei yang membawanya ke sebuah bangunan pangsapuri, Mikael memasuki satu rumah yang gelap, ianya bersepah, dia melihat sekeliling, terdapat bingkai gambar berada di lantai.

Mikael mengangkatnya dengan perlahan, terdapat gambar Lilly bersama seorang budak lelaki dan perempuan yang lebih kecil daripadanya, dia tersenyum manis di dalam gambar itu.

Di dalam sebuah bilik, terdapat banyak akar-akar yang sudah reput dengan biji benih-biji benih di di lantai, Mikael mengambil biji benih itu, ianya hampir sama bentuk seperti biji benih yang melekat pada badan mereka sebelum ini.

Pada masa yang sama, Khairul dan Chyou pula tiba di rumah Hazim, kelihatan ianya telah ditutup dengan pita keselamatan. Khairul melangkah masuk diikuti Chyou, kelihatan van Hazim yang rosak terbiar saja.

"Takde apa-apa sangat yang tertinggal disini…" keluh Khairul selepas dia dan Chyou memeriksa rumah Hazim seluruhnya, Khairul menyilang tangan dan menghembus nafas panjang.

"Khairul…Kau…Ah…Kau…betul-betul okay ke? Tak rasa…kepala kau…ada kat sini…sekarang…" soal Chyou, dia kedengaran gementar dan janggal, Khairul menoleh ke arahnya kemudian menggenggam tangan.

"Semestinya aku tak okay tapi aku kena cuba lakukan sesuatu. Kalau ayah aku bunuh aku sekalipun…aku akan selamatkan Nasuha." tekad Khairul, Chyou memerhati dia saja kemudian berjalan keluar pula.

"Mari…pergi cari…tempat lain pula." ajak Chyou, Khairul menyentuh bahunya. Mereka berdua terus teleport pergi dari kawasan itu.

Kuasa aku…benarkan aku kawal benda. Objek, alatan malah makhluk lain, dengan kawalan yang aku ada, aku boleh pilih tindakan dan perasaan yang dirasakan oleh seseorang. Membuat mereka menjadi alat aku.

Mengubah seseorang menjadi Mutant mudah dengan kuasa aku. Lagi-lagi bagi mereka yang punyai Mutant Cell yang tinggi. Makin tinggi tahap Mutant Cell, makin kuat mutasi seseorang…

Lilly dapat kuasa Mutant yang kuat hasil Mutant Cell yang tinggi di dalam badannya. Dua orang, lelaki dan adik perempuan dia tu, Mutant Cell mereka tak tinggi dan aku tak dapat manipulasikan mereka dapat kuasa yang berguna sangat tapi apa yang mereka ada memadai…

"Sekarang…dia takkan melawan sangat." kata Syakir, wayar-wayar di jarinya kembali memendek. Zaki berdiri di tepi dengan senyuman puas. Kelihatan di hadapan mereka Nasuha yang terikat dengan akar yang banyak, riak wajah dan matanya kosong saja, tiada emosi.

"Bunuh emosi dia sepenuhnya, huh? Menarik…Aku kagum, ini cara terbaik untuk sakiti budak tu." Senyuman Zaki berubah sinis, Syakir menghembus nafas panjang.

Lelaki tua gila ni. Dia sanggup buat pelbagai benda untuk buat hidup anak dia sengsara. Rasanya aku faham sedikit tapi aku tak kisah pasal tu…HOPE akan jatuh pada tangan aku…

Alat-alat seperti mereka akan berikan aku sumber yang baik bagi aku.

Jangan fikir kau terlepas dari pandangan aku juga, orang tua gila. Kau pun akan jatuh. Aku kan pastikannya.

Syakir menjeling Zaki.

"Syakir. Aku tak dapat jejak HOPE lagi. Rasanya mereka dah perasan bijih benih aku." tegur Lilly, Syakir menoleh pula ke arahnya.

"Mereka semestinya tengah bergerak cari kita juga…Jangan risaukanya, ini sebahagian dari plan kita. Lagi sekali, kita tunggu mereka masuk perangkap. Kelemahan mereka semua ialah mereka semua acah-acah mahu jadi hero, buatkan mereka ragu-ragu untuk sakiti orang lain, lagi-lagi orang yang mereka sayang. Kita akan menang dengan bodoh-bodoh yang idealitistik tu." terang Zaki, dia berjalan pergi dari Syakir dan Lilly.

"Sediakan akar-akar dan biji benih kau untuk perlawanan kalau mereka mula menyerang." arah Syakir pada Lilly pula.

"Aku tahu. Aku dah letakkan akar-akar di seluruh kawasan ini sekarang untuk kesan jika mereka datang." balas Lilly.

"Bagus…Kau makin menjadi alat yang berguna." puji Syakir, Lilly mengalihkan saja pandangannya yang berubah sayu.

"Ah…baik…"

"Call dari Rose…Banyak juga." Khalid melihat telefon, riak wajahnya berubah risau. Dia dan Mei sedang berada di dalam Furioswheels, menyorok di tempat parkir bawah tanah yang kosong dan suram.

"Dia ada mesej aku juga. Nampaknya dia tak nak Khairul ikut misi selamatkan Nasuha ni." Mei juga melihat telefonnya, Khalid menyimpan telefon semula kemudian meletakkan tangan di stering.

"Maaflah Rose tapi ini apa yang Khai mahukan." kata Khalid sebelum memecut keluar dari tempat parkir di mana dia berada tadi.

Di udara, kelihatan kilat unggu yang memecut pantas di langit. Terdapat seekor Stray berupa burung sedang terbang di udara, di kakinya terdapat tulang manusia dengan cebisan daging yang masih berada padanya.

Kyoko memecut laju dan menembusi badan Stray itu, terus membunuhnya. Dia mendarat pula di bumbung sebuah bangunan, pada tangan kirinya terdapat tulang manusia yang berada di kaki Stray tadi.

Dia meletakkanya di bumbung bangunan itu dan melihatnya dengan wajah jijik. Kyoko terus menutup mulut, dia terasa mual dan hampir termuntah.

"Aku langsung…tak biasakan diri dengan benda macam ni." keluh Kyoko sedang Stray yang dibunuhnya tadi sedang jatuh di belakangnya. Kedengaran bunyi siren dari jauh, Kyoko menoleh ke arah bunyi itu, terdapat dua kereta kebal Pasukan Khas sedang berada di jalan raya berdekatan.

"Kena cari Nasuha. Cepat." monolog Kyoko dan kembali terbang di udara, menyerupai kilat unggu.

"Tengok di udara tu…Superhuman atau rasaksa mutasi?" soal seorang ahli Pasukan Khas yang perasan akan kilat unggu yang bergerak di udara.

"Rasa macam pernah nampak…" balas rakan yang duduk ditepinya.

Kyoko terus mengekori semula jejak cahaya merah itu, dia dapat memeriksa pelbagai kawasan dengan pantas namun kelihatan pakaian dan sedikit bahagian badannya terbakar sedikit hasil penggunaan kuasa yang berlebihan namun dia tetap terus menggerakkan diri.

Kilat menyambar berdekatan dengan kawasan bangunan di mana Zaki, Syakir dan Lilly berada. Zaki menghidu sekelilingnya, senyuman terus terukir di wajahnya.

"Seseorang sedang dekat…Mutant dengan kuasa kilat tu." kata Zaki. Nasuha masih tidak bereaksi, wajahnya kosong lagi.

Kyoko menembusi cermin di bumbung bangunan itu seumpama kilat yang menyambar, asap hitam terhasil dari badannya. Dia menoleh ke hadapan, mata terus berubah berubah gerun melihat Nasuha yang berada di dinding, terikat dengan akar.

"Nasuha!" jerit Kyoko namun akar-akar berduri yang banyak keluar dari lantai. Kyoko segera mengelak sebelum sempat diikat akar-akar itu, dia menyambar kuasa kilatnya di sekeliling menyebabkan lampu-lampu di bangunan itu berkelip beberapa kali.

"Keluarlah! Kuso yaro!" marah Kyoko, Lilly muncul dahulu, dia melepaskan biji benih-biji benih merah yang terus meletup di hadapan wajah Kyoko.

"Perlahan!" Kyoko tiba-tiba berada di hadapan Lilly, dia menyambar Lilly dengan kilat yang menyebabkan dia terpelanting ke belakang.

"Bahahahahahargh!" Zaki pula muncul dalam bentuk rasaksanya, Kyoko mengelak kukunya dan menyambar dia juga dengan kilat namun Kyoko tidak dapat menolak jauh Zaki daripadanya.

"Tak sakit langsung!" Sepakan dilepaskan pada sisi badan Kyoko, dia terheret di lantai, beberapa akar datang menyerang pula.

"Arh!" Kyoko menolak akar-akar yang mendekatinya menggunakan kuasa kilatnya.

"Apa kau buat!?" soal Kyoko, Zaki dan Lilly sedang berdiri dihadapannya. Di belakang mereka berdua pula ialah Nasuha, Hazim dan Nur yang mempunyai riak wajah kosong, tidak beremosi yang terikat dengan akar yang banyak.

"Mereka bawah kawalan aku sekarang. Hanyalah alat, senjata untuk aku gunakan. Kau juga akan sertai mereka nanti." Syakir pula memunculkan dirinya, wayar-wayar dari jarinya memasuki belakang kepala Nasuha, Hazim dan Nur.

"Kau…" Kyoko bertambah bengang melihat Syakir.

"Aaaahhh!" Tiba-tiba Nasuha menjerit, kuasanya aktif dan terus menghancurkan akar-akar yang mengikatnya. Rambut Nasuha berubah panjang hasil tenaga cahayanya, dia terbang ke hadapan dan memandang Kyoko dengan mata bercahaya yang bengis.

"Nasuha…Ini aku, Kyoko. Dia kawal kau. Sedarkan diri kau!" pinta Kyoko.

"Takde gunanya. Aku dah bunuh emosi dan minda dia." balas Syakir, Kyoko mengetap giginya dan kembali mengaktifkan kuasa kilatnya semula.

"Bersabar, Nasuha…Aku akan selamatkan kau."

Zaki menuju untuk menyerang dahulu, Kyoko dapat mengelak lagi serangannya. Lilly datang pula dari tepi, dia menghayun beberapa akar. Kyoko menghasilkan gelombang kilat yang merenjat mereka berdua menyebabkan Zaki dan Lilly berhenti bergerak.

"Star…Beam!" Nasuha melepaskan Star Beam ke arah Kyoko, dia mengelak serangan itu namun laser merah menuju pantas pula ke arahnya, tepi bahu Kyoko terkena laser itu.

Asap keluar dari mata Hazim selepas melepaskan kuasanya, cahaya merah kembali pada matanya sebelum dia melepaskan lagi pancaran laser merah tadi. Kyoko memusingkan badan, dan merenjat Hazim menyebabkan dia berhenti menyerang.

"Aaaarrrhhhh!" Nur pula menyerang, tanah berkumpul pada seluruh badannya, kedua-dua tangan berubah menjadi batu besar dan dia cuba menghentak Kyoko namun Kyoko dengan mudah mengelak serangannya yang perlahan.

Kyoko cuba menyambar kilat pada Nur namun kuasa tanah Nur menyebabkan serangan kilat Kyoko tidak efektif.

"Tch!" Kyoko mengelak pelbagai serangan, hasil kelajuan kuasa kilatnya dia dapat mengelak namun serangan tanpa henti dari pelbagai pihak membuat Kyoko sukar membalas serang semula, dia akhirnya terbang keluar ke bumbung bangunan itu.

Jangan jadi bodoh cuba lawan perlawanan yang kau tak boleh menang.

Aku perlukan bantuan orang lain…

Kyoko memecahkan biji mata yang dibawanya, cahaya merah terhasil sebelum menghilang. Zaki melompat dan mendarat dihadapannya, senyuman sinis masih melekat di wajah. Nasuha pula terbang di belakang Zaki dengan kuasa cahaya terang keluar dari kedua-dua tapak tangan.

"Sampai bila kau nak larikan diri?" soal Zaki.

"Aku tak bodoh. Tak macam korang, cuba cari gaduh dan lawan perlawanan yang korang tak boleh menang!" Kyoko pula tersenyum yakin menyebabkan senyuman di wajah Zaki tadi hilang dan berubah bengang.

Akar-akar naik dan mengelilingi seluruh bangunan itu, Lilly menggunakan akar untuk membawa Syakir, Hazim dan Nur ke atas bumbung. Angin bertiup perlahan seketika, Kyoko mengumpul kilat pada kedua-dua tapak tangan.

Bunyi 'pof!' yang kuat berbunyi, Chyou muncul di tepi Kyoko, dia mengeluarkan pisau lipat.

"Mana Khai?" soal Kyoko.

"Dia ada." balas Chyou.

"Ah…Sempat panggil tolong, huh?" soal Zaki namun riak wajahnya terus berubah terkejut apabila hidungnya terhidu akan bau yang terlalu dikenali.

Dari langit, Khairul jatuh ke bawah dan mendarat di antara mereka semua, dia menyebabkan keseluruhan bangunan itu bergetar dan beberapa serpihan bumbung berterbangan ke udara.

"Cepatnya kaukembali!" jerit Zaki dengan senyuman sinis yang kembali. Khairul memandangnya dengan jelingan yang tajam.

"Kembalikan Nasuha!" jerit pula Khairul.

"Cubalah lakukannya sendiri, sialan!" Zaki teruja, bentuk rasaksanya bertambah hodoh dan berotot.

Kali ni Aku takkan teragak-agak lagi.

Aku takkan gagal lagi…

Kalau aku mati sekalipun, aku…

"Nasuha, jom balik." Khairul memandang Nasuha yang berada di udara seketika, wajah mereka bertemu namun Nasuha tidak memberi reaksi sedikit pun.

Kedua-dua tangan di genggam Khairul,balutan di tangannya terkoyak sambil dua bilah pedang hitam keluar dari tangan Khairul. Kedua-dua bilah pedang yang terhasil oleh kuasa bayang milik Mikael, Khairul menjeling Zaki semula.

"Mari bunuh sesama sendiri, Khairul!" Zaki menunjukkan kuku-kukunya yang seumpama bilah pisau.

"Aku akan bunuh kau, orang tua!"