Chereads / Janji. / Chapter 1 - Prolog

Janji.

Jyoozaa
  • 7
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 69
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prolog

"I'm sorry, love" Ucap si jejaka itu dia sebelahnya ada seorang gadis. Gadis itu memandangnya dengan wajah tenang.

"It's okay. Saya faham." Ucap gadis itu. Dia tersenyum lembut sambil memandang wajah sayu jejaka di hadapannya.Kemudian, dia meneruskan ucapannya.

" Awak kena ikut arahan parents awak. Diaorang nak yang terbaik untuk awak." ucap gadis itu lagi.

"Tapi saya tak sanggup nak berpisah dengan awak. "Ucap jejaka itu dengan lirih. Dia sedaya upaya menahan air mata yang bila-bila masa sahaja boleh mengalir.

" Awak.... Bila ada jodoh insyaallah kita akan berjumpa semula. Awak kena ikut parents awak balik France. " ucap gadis itu lembut. Dia juga sedang menahan tangisannya. Mereka saling memandang dan melemparkan senyuman.

"Saya janji, saya akan cari awak semula bila saya datang Malaysia nanti. " Ujar jejaka itu.

Gadis itu hanya mengangguk kepalanya sambil menunjukkan senyuman yang manis.

"Saya akan tunggu awak. " Ucapnya sambil menahan sebak di dada.

"Saya pergi dulu. Jumpa lagi, Fleur. Ma fleur préférée. "ucap jejaka itu. . Dia mengambil sesuatu dari dalam poket seluarnya lalu dia letakkan di atas tangan gadis itu. Seutas gelang berwarna silver bercampur merah terlihat begitu cantik.

" Tunggu saya balik ye, sayang. "Ujar jejaka itu lalu dia melangkah pergi.

Air mata gadis itu mengalir tanpa di pinta. Dia memandang gelang yang berada di tapak tangannya. Dia perlahan-lahan membawa gelang itu ke dadanya sambil terisak-isak.

" Saya akan selalu tunggu awak. Espero que no me . Te espero, dueño de mi corazón. " Ucapnya lirih sambil memeluk erat gelang yang berada dalam gengamannya.

Dan itulah pertemuan terakhir mereka.

Tidak ada yang tahu berapa lama harus mereka tunggu untuk bertemu semula.

Di saat itu sebuah janji terucapkan. Janji yang belum tentu ditepati. Sang gadis yang setia menunggu sang jejaka dam sang jejaka yang berusaha untuk bertahan hidup jauh nun disana.