Chereads / Janji. / Chapter 2 - ➣ J. 1

Chapter 2 - ➣ J. 1

Suasana di petang itu terlihat mendung, mungkin sebentar lagi akan hujan. Di sebuah rumah mewah yang terletak jauh dari bandar terlihat sebuah kereta mewah yang baru sahaja tiba. Seorang gadis melangkah keluar dari kereta itu. Dia berjalan ke arah pintu rumahnya sambil membawa beberapa barang miliknya. Dia membuka pintu sambil memberi salam.

"Assalamualaikum. Bonda ohh bonda... Dimanakah kamu berada?" Dia meletakkan barangannya di sofa yang berada di ruang tamu lalu dia bergerak ke arah dapur untuk mencari bondanya. Selalunya bonda memang akan berada di dapur untuk membuat sesuatu yang boleh menghilangkan rasa suntuk di dirinya.

Sesampainya di dapur dia dapat melihat kelibatnya bondanya yang sedang menghias kek cawan. Dia tersenyum lalu berjalan mendekati bondanya itu.

"Bonda~" Panggilnya manja sambil menyandar kepalanya di bahu Puan Ezrianna. Puan Ezrianna hanya tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya itu.

"Lambat kamu balik hari ni. " Ucap Puan Ezrianna sambil menyusun kesemua kek itu di dalam pinggan. Dia hanya membiarkan anak gadisnya itu memeluknya. Gadis itu bergumam perlahan lalu melepaskan pelukannya.

"Hari ni banyak cust, so lambat sikit. " ujarnya sambil mengambil kek yang berada di hadapannya. Puan Ezrianna mengangguk faham.

"Daddy dah balik ke belum? " Tanya Gadis itu kepada ibunya.

"Daddy? "

"He'em"

"Daddy dah balik. Dia ada kat dalam bilik kerja dia kot. Cuba you pergi tengok." Ujar Puan Ezrianna.

"Okay, bondaa. Qhal naik dulu tau. " Ucap gadis itu.

Dia kemudiannya melangkah keluar dari dapur lalu bergegas ke tingkat 3 rumah mereka. Bilik kerja mereka bertiga sememangnya berada di tingkat 3.selain dari bilik kerja ada juga beberapa buah bilik yang lain. Sesampainya di tingkat 3 di membawa langkah ke bahagian kiri yang mana terletak bilik kerja daddynya. Bilik itu berhadapan dengan library.

Dia mengetuk pintu bilik sebelum membukanya. Di dalam terlihat daddynya sedang tersenyum menyambut kedatangannya. Dia membalas senyuman daddynya lalu berjalan mendekati meja kerja daddynya.

"Daddy~" Dia berlari kecil sambil memanggil daddynya. Erick Owen atau nama Melayunya Muhammad Eiman tertawa kecil mendengar suara manja anak tunggalnya itu. Dia membuka lebar tangannya agar sang anak dapat masuk ke pelukannya.

Gadis itu terus masuk ke pelukan daddynya. Dia menggeselkan mukanya di dada sang daddy. Menghidu bau perfume milik daddynya yang sangat menenangkan itu.

"Kenapa, hmm?" Tanya Erick Owen sambil mengelus rambut anaknya. Di belai dengan lembut lalu di cium ubun-ubun anaknya.

Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya sambil memainkan kancing baju daddynya.

"Hello~ Bonda ganggu ke? " Suara milik Puan Ezrianna membuat mereka mengalihkan perhatian ke arah pintu bilik.

"Sayang, come here. " Panggil Erick Owen. Mendengar arahan suaminya Puan Ezrianna lantas melangkah mendekati suaminya dan anaknya.

Dua beranak yang melihat Puan Ezrianna berjalan terkedek-kedek dengan perutnya yang besar itu tertawa pelahan. Puan Ezrianna mencebik bibirnya apabila mendegar suara tawa milik mereka berdua. Erick Owen terus menarik isterinya kedalam pelukannya apabila melihat wajah masam sang isteri. Di kucup dahi sang isteri.

" Daddy ngan bonda ni tak hormat orang single langsung. Sampai hati buat i macam ni. " ucap gadis itu sambil membuat mulut muncung. Dah macam itik.

Puan Ezrianna dan Erick Owen tertawa mengekek apabila melihat mimik rajuk sang anak. Erick Owen dengan sengajanya mencium pipi isterinya sambil tersenyum mengejek. Semakin masam muka gadis itu.

"Daddy ni kan! " marah si anak.

"Why? daddy cium isteri daddy je, salah ke? " tanya Erick Owen kepada anak gadisnya.

"Ishh dah laa Qhal nak keluar je laa macam ni. I nak pergi cari duda. Bye! " Ucap gadis itu sambil mengibas rambutnya kebelakang. Dia mengatur langkahnya untuk keluar dari bilik kerja daddynya.

"Jangan macam-macam Luthfia Qhaleesya! " Lutfia yang mendengar amaran daddynya hanya ketawa mengekek sambil berlari keluar.

"Ishh sayang, tengok anak kau tu. gedik. " Ucap Erick Owen sambil berdecih.

"Haihh you ni dia main-main je tu " Ucap Puan Ezrianna sambil mengusap rambut suaminya yang sedang bergelayut di tangannya.

✧TBC

By Jyoozaa.