Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 114 - Episode 114 : Terima kasih Sebab Tunggu

Chapter 114 - Episode 114 : Terima kasih Sebab Tunggu

Dari set perhiasan, pasangan kasut, tiara, alat solek dan banyak lagi barang untuk persiapan pengantin tersusun sekeliling katil dan vaniti. Pakaian pengantin juga telah siap di peragakan pada mannequin disertakan bersama veil tergeletak selamat pada penjuru bilik.

Suasana di dalam bilik itu juga sibuk.

Dayang dan juga petata rias pengantin memenuhi bilik tersebut melakukan kerja masing-masing. Sementara Darra sedang duduk di kerusi sewaktu tangan dan kakinya menerima rawatan manicure. Dia berborak juga dengan mereka yang sedang menguruskan persiapan lain.

Sedang Darra sibuk ketawa pada masa itulah pintu bilik tidur terbuka. Tiada bunyi tiada ketukan, ianya terus terbuka ke dalam dan ada yang berjalan masuk ke situ.

Yang perasan dulu adalah mereka yang paling hampir dengan pintu tersebut. Sekali menyedari siapa yang berjalan masuk ke situ, cepat-cepat mereka beri tundukkan hormat.

"Lord Alfareeze"tunduk dayang di situ dengan serta merta.

Maka barulah yang lain tersentak. Terutama sekali Darra.

Masing-masing macam apa bila menoleh ke arah pintu dan terpandang akan lelaki lampai yang segak mengenakan uniform rasmi komando itu.

"Arghh!"Darra dengan riang terus turun dari kerusi dan berlari ke arah Alfareeze tanpa berfikir panjang. Dia terlalu teruja taktala bertentang mata dengan bakal suaminya itu. Sudah sebulan mereka tidak bertemu!Dan akhirnya!

Bersama senyuman lebar di bibir, Alfareeze depakan tangannya dan menyambut Darra ke dalam pelukan.

Senang melihat mereka di situ, dayang-dayang mula jalan mengundur dan keluar dari bilik tersebut meninggalkan dua orang tersebut.

Darra melompat sedikit lantas melingkarkan pelukan di sekitar leher itu sebelum menghujani wajah lelaki tersebut dengan kucupannya.

Alfareeze pula sekadar ketawa kecil saat dukung badan kecil itu ke dalam pelukan hingga terangkat dari lantai. "Hai sayang..."senyumnya saat Darra tidak berhenti dari mengucup sekitar wajah dan bibirnya beberapa kali.

"Hai...."balas Darra sebelum menjarakkan sedikit wajahnya untuk pandang muka Alfareeze. Tersenyum lebar dia dibuatnya bila sedar yang muka itu bermisai lagi. "Terima kasih sebab balik dengan selamat..."

Alfareeze pandang hidung Darra sebelum dia melagakan hujung hidungnya perlahan-lahan. "Terima kasih jugak sebab tunggu..."beritahunya.

Darra kembali memeluk Alfareeze dan merehatkan kepalanya ke atas bahu itu.

"Aku belum berjumpa dengan ayah kau...jadi aku tak dapat nak berborak lama dengan kau."beritahu Alfareeze saat dukung Darra gaya pengantin menuju ke arah katil.

Setiba di katil itu,barulah Alfareeze duduk Namun dia memangku Darra di atas ribanya.

"Ke mana kau dah pergi selama sebulan ni?Sepucuk surat pun kau tak kirim pada aku?"Darra membetulkan kain mantel yang terpasang di bahu kiri Alfareeze. Berkedut sikit kerana pelukannya tadi.

Alfareeze tidak menjawab. Lelaki itu terlalu asyik memandang wajah Darra. Tangannya pula masih melingkar di sekeliling pinggang itu. Bukannya dia enggan berikan surat, Ikutkan hati dia mahu berikan surat, tapi risau pula kalau dia hantar nanti akan di intercept dengan musuh pula. Kan dia berada di luar kawasan jajahan. Jadi ianya amat berisiko tinggi untuk lakukan hal tersebut.

"Sekurang-kurangnya aku tahu kau selamat dekat sana...tak adalah siang malam aku risaukan kau yang aku sendiri tak tahu berada di mana...hanya skrol yang kau hantar pada ayah aje yang diterima. Jahatkan kau.."

"Maafkan aku sebab buatkan kau risau..."ucap Alfareeze sebelum gerak merehatkan kepalanya ke atas ceruk leher Darra. Hidungnya di sentuh pada kulit leher itu sebelum dia menarik nafas dengan dalam. "Banyak perkara yang terjadi aku tak dapat nak hantarkan surat kepada kau.."Lagipun dia tidak dapat memberitahu Darra yang dia telah ke Cameron untuk bertemu dengan Pearl dan yang lain.

Darra pun rehatkan pipinya ke atas kepala Alfareeze. Tak apalah. Dia bukannya marah cuma risau je. "Tak apa...kau dah balik pun. Itu yang penting."senyumanya sambil menggosok-gosok pipinya pada rambut Alfareeze.

"Macam mana perjalanan kau ke Istana Coravia semalam. Semuanya lancar kan?"

"Mm...bolehlahada pengiring yang sambut kami di perlabuhan selepas tiba. Jadi tak la susah mana.."

Barulah Alfareeze mengangkat kepala dan pandang ke Darra. "Oh ya..aku baru teringat.."

Terkejut Darra sebab tindakan mengejut Alfareeze buatkan kepala dia hampir hendak terhantuk. "Kenapa?"mata bulatnya pandang ke Alfareeze.

"Ini..."Alfareeze mengocek poket dibalik kotnya lalu mengeluarkan satu kotak kecil darinya. "Kau tahu disebabkan semuanya mendadak dan tiba-tiba aku tak sempat nak tanya kau.."

Darra perhatikan saja dengan bingung saat Alfareeze gerak meletakkan Darra ke atas katil sebelum lelaki itu melutut di hadapan kaki depan katil tersebut.

"Kenapa ni?"bulat kejung mata Darra menyedari apa yang Alfareeze hendak lakukan. Dia hampir ketawa di situ.

Dalam kedudukan sebelah kaki melutut sebelah lagi tegak, Alfareeze pun membuka kotak kecil tersebut lalu di sua ke Darra. Terdapat sebentuk cincin di dalamnya. "Darra Emerson, saya mahu menjadikan awak isteri saya. Sudikah awak bersama dengan saya?"

Darra terus mengangguk dan tersenyum lebar. "Saya sudi.."jawabnya sebelum tertawa. "Ingatkan apa tadi.."

"Maaflah...aku ni sibuk orangnya...tak sempat nak buat persiapan yang lengkap untuk melamar kau.."beritahu Alfareeze saat capai tangan Darra dan menyarungkan cincin itu ke jari manis sebelah kanan gadis itu.

"Perlu kau menjadi komando perang?Tak boleh ke kau bertugas sebagai pegawai diraja??"soal Darra sebaik saja cincin selamat tersemat di jari. "Aku risau kau dekat luar tu.."

"Kau nak aku letak jawatan?"

Kepala Darra tersentak ke depan. Dia pandang Alfareeze. "Hish...aku tanya aje.."

"Kalau kau nak. Aku boleh lakukannya."senyum Alfareeze.

Tersentuh kerananya, Darra terus menyondong ke depan. Menarik Alfareeze ke dalam pelukan. Lelaki ini telah banyak berkorban untuk dia. Mana mungkin la dia mahu buat permintaan lagi. "Kalau kau gembira menjadi komando perang, apa salahnya...aku cuma tanya aje.."

"Betul ni?"Alfareeze membalas pelukan itu dalam keadaan bingung.

"Ya..."angguk Darra dengan senyuman lebar di bibir. Dia tahu dia takut, tapi kalau Alfareeze suka dalam bidang ni, dia banyak berdoa dan tidak akan mempersoalkan keputusan Alfareeze tapi terus menyokong.