Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 115 - Episode 115 : The Day

Chapter 115 - Episode 115 : The Day

Selepas pelbagai persiapan, akhirnya tiba

hari kegemilangan yang dinantikan oleh semua orang. Seluruh kawasan laman Utama istana telahpun penuh dengan hiasan serba putih dan bunga-bunga. Dayang dan pekerja istana sibuk kelihatan di setiap tempat. A

Sama ada yang menghidang makanan atau menguruskan tempat makan tetamu. semuanya tidak berehat sejak tiga hari yang lepas. Mereka semua ingin memastikan semuanya dalam keadaan sempurna. Sampaikan Raja Kayan sendiri turun padang untuk memantau setiap persiapan yang dibuat oleh mereka.

Para tetamu yang telah dijemput hadir telahpun berada di kerusi masing-masing. Memenuhi barisan kerusi yang tersusun kemas menghadap pentas. Sebelah kanan adalah tetamu untuk keluarga pengantin lelaki jadi kebanyakannya mereka mengenakan pakaian warna rasmi Kerajaan Coravia.

Sementara yang di belah kiri adalah tempat dimana tetamu yang hadir untuk pihak pengantin perempuan. Tiada warna yang seragam namun wajah-wajah yang ada di situ sangat familiar. Raja Salas, Putera Eillian, Puteri Eillian, Permaisuri Kirana, Dekan Lorenzo, Marvin, Ricardo, Duke Brett, Puan Agnes, Duke Wendell, Pearl. Semuanya ada di situ. Tapi mereka tak perasan lagi kerana masing-masing berada di tempat duduk yang berbeza dan jauh dari antara satu sama lain.

Seakan meraikan hari bahagia itu, langit pada pagi itu sangat cerah dan harmoni. Bunyi kicauan burung dan ombak kedengaran diselangi dengan alunan lagu dari kugiran yang berada di tepi barisan meja di situ. Suara perbualan tetamu juga kedengaran perlahanan yang ceria. Membuatkan suasana untuk majlis pada hari tersebut sungguh tenang.

Beberapa ketika kemudian, berjalan masuknya pengantin lelaki yang segak mengenakan uniform rasminya. mengundang perhatian para tetamu di situ taktala melihat susuk lampai tersebut berarak merentasi red carpet. Ada yang bersorak, ada juga yang bertepuk tangan.

Raja Kayan yang mengetuai majlis angkat sumpah sudahpun berdiri di hadapan pentas menyambut kehadiran Alfareeze dengan senyuman lebar di bibir. Dia dakap badan sepupunya dengan mata terpejam gembira.

Sementara yang memerhati pandang dengan renungan masing-masing. Gembira, terkilan, sedih, kosong semuanya ada di setiap mata yang ada di situ. Pearl sudah berkaca air mata hendak menangis kerana dapat melihat sahabat baiknya sebentar lagi. Ricardo pandang dengan renungan terkilannya sebelum tunduk memandang ke jari jemarinya dengan senyuman sedih di bibir. Marvin pandang dengan renungan termenungnya. Sementara Putera Eillian pandang ke Puteri Eilliana di sebelah. Menyedari wajah kelam dari tepi muka itu, Putera Eillian capai tangan Puterai Eilliana lantas diramas lembut ingin memberi semangat. Tersentak kerana sentuhan itu Putera Eilliana terus berpaling bersua muka dengan abangnya. Putera Eillian hanya pandang tidak mengatakan apa-apa, tapi Puteri Eilliana terus faham, jadi tanpa berkata dia terus tepuk tangan Putera Eillian sebagai tanda 'tak apa-apa' padanya.

Selepas menunggu, akhirnya pengantin perempuan pula yang berarak merentasi red carpet di situ melewati para tetamu yang hadir. Diiringi dengan Duke Elijah, semua mata terarah pada pengantin perempuan yang berjalan menuju ke tempat pengantin lelaki. Darra memang sudah tersipu malu di sebelah Duke Elijah hanya mampu pandang ke bawah. Sementara Alfareeze di atas pentas depan Raja Kayan waktu itu sudah bergenangan air mata taktala melihat Darra. Lelaki itu sedaya upaya kawal cool dia agar tidak menangis, tapi semakin dia cuba mengawal reaksi, semakin merah muka dia waktu itu.

Duke Elijah tiba di depan Alfareeze. Buatkan mereka berdua saling bertentang mata untuk seketika. Waktu itulah air mata tumpah ke pipi Alfareeze. Dia tidak dapat membendung rasa sebaknya setelah melihat tatapan Duke Elijah kepadanya. Namun Duke Elijah balas dengan senyuman senang di bibir.

"Sekarang...tanggungjawab ayah telahpun diserahkan kamu Alfareeze. Jadi ayah titipkan kamu Darra. Maka jalankan tugas kamu sebagai pelindung dan suami yang baik untuk anak ayah nanti.."

Darra terus angkat tangan untuk menyeka air mata dari pipi Alfareeze apabila ianya turun dengan lebat ke pipi itu. Sedih sungguh dah!

"Baik ayah.."angguk Alfareeze dengan anggukan kecil.

Maka Duke Elijah angkat tangan kanan Alfareeze sebelum meletakkan tangan Darra ke atas tangan Alfareeze. Selepas ini dapatlah dia berehat dengan tenang memandangkan Darra telahpun mempunyai penggantinya. Tenang la dia harungi hari tuanya selepas ini tanpa memikirkan apa-apa masalah.