Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 93 - Episode 93 : Hampir Bertembung.

Chapter 93 - Episode 93 : Hampir Bertembung.

Tergesa-gesa Duke Elijah berjalan mengejar kumpulan rombongan yang sedang berarak hendak keluar dari istana itu.

          "Alfareeze!"panggilnya.

Alfareeze di hadapan sekali dengar, tetapi dia buat tidak endah. Malah langkahnya diteruskan juga ke hadapan. Umpan telah terjerat...hmm..

          "Tunggu sebentar Alfareeze!"Duke Elijah melewati para pengiring Alfareeze dengan susah payah sebelum berdiri dihadapan Alfareeze tepat semasa mereka tiba di depan pedati berkuda!

          Barulah Alfareeze berhenti. Dia pandang wajah bercemberut Duke Elijah dengan tatapan kosong. "Ada apa tuan?" sapanya mendatar.

          "Saya tak tahu kenapa kamu lakukan semua ni  sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kepada kamu..."

          "Tak lakukan apa-apa?Serius?" Alfareeze berdengus tak percaya sebelum tersengih. "Jangan la bergurau Duke Elijah...tuan sendiri jelas apa yang saya cuba lakukan sekarang ni...nak saya terangkan jugak ke?"

         "Kamu lakukan sehingga ke tahap ini semata mahu menemui saya kemudian apa?Kamu dah temui saya...nak saya minta maaf..untuk kesilapan ayah kamu macam tu?" soal Duke Elijah selepas itu.

         "Ini bukan tentang tuan...saya ke sini kerana satu tujuan saja. Iaitu mengambil apa yang sepatutnya menjadi hak milik saya."kata Alfareeze sedaya upaya mengawal diri dari naik angin. Ikutkan hati sudah pun dia maki Duke Elijah. Tapi dia tidak boleh melakukan hal itu kerana masih ada rasa hormat dan serba salahnya pada lelaki ini.

Untuk seketika Duke Elijah terdiam. Lelaki itu terkesima kerana Alfareeze dengan tenang membuat tuntutan ke atas anak perempuannya begitu saja. Sejak bila masanya Darra hak milik Alfareeze!? Buat dia marah aje la memikirkan semua ni!

Dan lagi satu, ada perkara yang terlintas dalam fikiran dia tadi!

            "Adakah kamu membuat provokasi di Slivalon selepas mendapat tahu saya bekerja dibawah Raja Aryyan di Marlowe ini?Supaya kamu boleh bertemu sendiri dan membuat rundingan yang kamu yakin saya tiada pilihan selain akur pada permintaan kamu itu. Begitu?"

             Hujung bibir Alfareeze terjungkit. "Tepat sekali. Tuan sangat bijak. Dan saya serius dengan apa yang saya katakan. Selama 9 tahun tuan cuba sedaya upaya tuan untuk menjauhkan Darra dari saya, sejak awal sehingga sekarang...tuan sentiasa ada di tengah-tengah antara saya dan Darra. Tidak pernah berhenti membuatkan Darra berjauhan dengan saya. Untuk itu saya nak tuan rasa sendiri bagaimana perasaan bila orang yang tuan sayangi dijauhkan dari tuan nanti..."

Berderau laju darahnya naik ke otak kerana butir bicara Alfareeze yang penuh dengan bisanya itu. Mata Duke Elijah mula kemerahan kerana terlalu marah.

          "Tuan tak tahu apa yang saya telah lakukan selama tiga tahun ini semata untuk mencari kekasih saya."Alfareeze sondong ke depan mendekatkan muka ke Duke Elijah. "Seperti lunatic. Saya ke hulu dan ke hilir setiap negeri, jarah tanah demi tanah. Tunggang langangkan setiap negeri semata ingin mencari tuan...adakah tuan tahu mengenainya?"

Nafas Duke Elijah tertahan-tahan. Bulu romanya tegak meremang. Dia mula berasa seram sejuk. Siapa Alfareeze sebenarnya!?Bagaimana anak muda yang dulu masih ada hati perikemanusiaan boleh berubah menjadi lebih kejam dari sebelum ni!?

          "Terkejut?Jangan terkejut...ini baru sedikit. Jika tuan enggan saya melakukan hal yang lebih tidak berperikemanusiaan, saya cadangkan tuan pulangkan semula Darra kepada saya. Sementara saya cakap dengan baik. Jika tuan mengalah sekarang, saya akan berundur dari Slivalon serta merta. Semua isu ini akan selesai."

           "Kamu lakukan semua hanya kerana Darra?"

            Alfareeze mengangguk kepala. "Sudah tentu. Kalau tidak mananya saya sanggup musnahkan kehidupan ayah saya sendiri hingga dia tidak dapat bercakap lagi. Kalau tidak mana mungkin saya sanggup khianati tanah tumpah darah saya sendiri dengan menakluk Cameron kerana rajanya yang tidak amanah. Dan mana mungkin saya sanggup menjarah seluruh tanah yang ada semata mencari Keluarga Duke Elijah pindah dimana..."beritahunya satu persatu dengan jelas.

Perlahan-lahan Duke Elijah melepaskan kepalan penumbuk yang digenggam sejak tadi. Dia lepaskan hela nafas mengalahnya selepas itu. Memang jelas dia tiada peluang sama sekali hendak menentang Alfareeze tidak kira sebijak mana dia sekalipun. Kalau dia cuba pun, Alfareeze sudah lima langkah ke hadapan. Sementara dia masih di petak yang sama jauh ke belakang.

           "Jika tiada apa-apa lagi saya minta diri kalau begitu. Terima kasih untuk masanya Duke Elijah."tunduk Alfareeze dengan kecil sebelum meneruskan langkahnya untuk ke pedati.

Pintu pedati dibuka oleh Tolan untuk Alfareeze sewaktu sebuah pedati berhenti di belakang pada masa yang sama.

Di saat Alfareeze masuk ke dalam pedati, keluar pula Darra dari pedati belakang tadi. Gadis itu diiring dengan Soul sebaik berdiri di luar kenderaan itu apabila Tolan menutupi pintu pedati setelah Alfareeze naik ke dalam pedati sesaat kemudian.

Di dalam pedati, Alfareeze sama sekali tidak menyedari kemunculan Darra di situ. Dia diam memandang ke depan dengan renungan kosongnya.

Tidak lama kemudian, pedati Alfareeze mula bergerak ke depan. Meninggalkan Duke Elijah sendirian di hadapan laluan bertangga sewaktu Darra berjoging ke arah Duke Elijah pada masa yang sama. Kebetulan waktu itu kumpulan pengiring Darra yang baru hendak beransur ke kuda masing-masing melihatnya.

           "Ayah..."panggil Darra sebaik berdiri di samping Duke Elijah. Lengan itu disentuh perlahan.

Masih belum sedar dari terkejutnya, Duke Elijah pandang Darra dengan letih. Nafasnya waktu itu tersekat-sekat lagi. Tiada perkataan yang dapat dia katakan kepada Darra lagi.

           "Maafkan saya tuan...Cik Muda Darra menggesa saya supaya ke istana."beritahu Soul.

Tolan waktu itu berdiri di kuda berhampiran dengan mereka dengar nama itu. Dia kerling ke Darra. Ingin melihat siapakah insan bertuah yang telah mengikat hati tuan komando menakutkan dia selama ini.

           "Kenapa muka ayah pucat semacam ni?Ayah tak apa-apa ke?"soal Darra dengan risau sebelum memalingkan kepala ke kirinya kerana perasan ada yang memerhati diri dia ketika itu. Sekali bila dipandang dia bertentang mata dengan seorang lelaki berambut pendek dengan corak terbelah di tepi kepala.

Tolan serta merta memberi tunduk hormat kepada Darra sebaik saja mereka bertemu muka. Patutlah tuan komandonya begitu kemaruk dengan cik muda yang seorang ini. Tidak dinafikan Cik Muda Darra seorang yang menawan dan menggamit hati bila memandang.

Darra membuat muka. Dah kenapa pandang-pandang? Dia berasa semacam kerana ditenung dengan lelaki berpakaian serba hitam itu. Mereka ni orang dari Coravia ke?

Tiba-tiba Duke Elijah jatuh terduduk ke bawah. Mengejutkan Darra dan Soul di situ.

           "Ayah!"panggil Darra dengan cemas, memegang lengan ayahnya dengan kuat sebelum ikut terduduk di situ hendak elakkan tubuh ayahnya dari baring atas lantai batu panas dibawah mereka. "Kenapa ni?"pipi itu di tepuk perlahan. Sejuk betul!

Berkerut-kerut kening Duke Elijah menahan pening dikepalanya. Pandangannya jadi gelap dan kepalanya juga ringan. Dia tidak dapat membuka mata. Mungkin kerana tekanan darahnya naik mendadak kerana begitu terkejut agaknya itu yang dia pitam!

             "Bawa tuan naik ke belakang saya cik muda. Kita bawa beliau pulang terus.."ajak Soul sewaktu bercangkung di hadapan Darra dan Duke Elijah.

Mahu tak mahu Darra tampung badan ayahnya lalu dibawa ke belakang badan Soul dengan susah payah. Terus lupa niat dia hendak melihat siapakah orang dari Coravia tadi lepas lihat keadaan ayahnya begini.

           "Boleh tak ni?"cemas Darra waktu itu kerana  melihat Soul bergelut hendak berdiri. Sudahnya nanti dua-dua tergolek, dia jugak yang susah. "Sekejap saya panggil-"tolehnya hendak memanggil kelindan pedati mereka Namun belum sempat dia hendak panggil, dua tangan muncul mengejut dari belakang bahunya.

Terperanjat Darra ketika itu. Dia pandang akan dua lelaki berpakaian serba hitam bantu memegang badan ayahnya untuk diangkat dari belakang Soul.

Soul ikut tersentak kerana belakang badannya tidak berasa berat. Ingatkan Duke Elijah jatuh menelentang mengenai Darra ke apa, sekali bila dia toleh, dua lelaki lampai sedang memeluk badan Duke Elijah dengan mudah.

Darra dan Soul dengan bingung perhatikan dua lelaki tadi bawa Duke Elijah ke arah pedati yang dinaiki Darra. Masing-masing terkedu.

            "Maafkan saya."sapa satu suara di sebelah dengan tiba-tiba.

Melompat Darra ke belakang Soul sebab terperanjat dengan teguran tersebut. Dia pegang lengan Soul sambil membutang mata akan lelaki sama yang dia pandang sebentar tadi. Kuss!Lemah semangat!Sejak bila lelaki ni ada dekat sebelah dia!?

           "Ahh...tak mengapa. Terima kasih kerana membantu."balas Soul menilik lelaki di depan mereka dari atas ke bawah. Tinggi betul!?

Tolan pandang Darra sebelum berpaling ke arah kudanya semula.

Darra di belakang Soul hanya diam perhatikan kumpulan lelaki berpakaian serba hitam tadi naik kuda dan meninggalkan halaman istana sesaat kemudian. Menakutkan betul aura mereka tu!Buatkan dia teringat kepada Alfareeze sebab aura lelaki itu juga menakutkan!

           "Cik muda...saya rasa kita dah terlambat untuk tengok siapakah orang dari Coravia tu?"toleh Soul ke lengan kirinya dimana Darra sembunyikan diri tadi.

            "Hish!Pedulikan orang Coravia tu..mari kita balik dulu. Ayah saya pengsan dah tu.."Darra tolak Soul supaya mula bergerak ke depan. Memang bukan rezeki dia untuk cari tahu hari ni. Tak apa..nanti ada masa dia cuba lagi!