Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 94 - Episode 94 : Balang Gula-Gula Lagi

Chapter 94 - Episode 94 : Balang Gula-Gula Lagi

Darra diam memandang wajah ayahnya semasa lelaki tersebut sedang menyisip air suam yang dipesan olehnya tidak lama selepas mereka selesai sarapan semangkuk bubur tadi. Menurut doktor yang memeriksa keadaan memberitahu ayah Darra diserang tekanan darah tinggi. Kerana itu ayahnya pengsan. Doktor nasihat untuk berehat dahulu.

Memang hairan Darra lepas dapat tahu. Ayah dia?Pengsan sebab tertekan!?

Anthony diam di sebelah katil memerhatikan riak wajah Duke Elijah begitu dalam keadaan konflik. Sebenarnya dia perasaan sejak Duke Elijah sedarkan diri, Namun pada pagi itu ianya semakin keruh. Hendak ditanya berasa seperti menyibuk pula. Tapi risau juga dia kerana Darra juga tidak berehat sejak semalam lagi selepas Duke Elijah tidak sedarkan diri.

          "Ayah perlukan apa-apa lagi?"Darra mencapai gelas kaca dari Duke Elijah selepas lelaki itu selesai minum. "Saya sediakan..."

           Duke Elijah mendiamkan diri. Dia termenung memandang hujung kakinya yang berselimut dengan renungan kosong. "Tidak perlu. Kamu boleh pergi. Ayah mahu sendirian seketika."beritahunya perlahan.

Darra teragak-agak. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut Namun tidak pasti sama ada dia patut bertanya ke tidak memandangkan keadaan ayahnya begini. Dia cuma nak tanya apa yang buatkan ayahnya begitu tertekan sehingga pengsan. Serius beritahu ini adalah kali pertama ayahnya begini.

            "Kenapa kamu masih ada di sini?"

            "Tak adalah...saya cuma tertanya-tanya.."

            Duke Elijah membuat muka kekesalan saat memandang ke kanannya. Enggan memandang Darra. "Tentang apa pula?"

            "Ayah tahu ini kali pertama ayah pengsan kan? Seumur hidup saya ini kali pertama ayah pengsan. Memangnya apa yang dah buatkan tekanan darah ayah mendadak hingga pengsan?Sesuatu berlaku di istana ke semalam?"Darra jengahkan kepalanya ke tepi ingin memandang mata Duke Elijah.

Alfareeze!Itu yang berlaku. Detik hati Duke Elijah sambil termenung. Dia nak beritahu Darra, tapi tidak tahu bagaimana. Entah apa reaksi Darra nanti kalau Darra tahu bahawa Alfareeze ada di sini declare perang sekiranya dia tidak memberikan Darra kepada lelaki itu. Susah sungguh hatinya saat ini.

            "Tiada apa-apa. Ayah cuma letih saja."nafi Duke Elijah masih enggan memandang Darra.

            Degil sungguh. Darra pandang Duke Elijah sambil melepaskan hela nafas panjang. Berasa tidak percaya yang dia juga mempunyai sikap yang sama seperti ayahnya ini. "Ya sudah. Kalau macam tu ayah rehat la. Darra keluar dulu. Kalau ada apa-apa maklumkan pada mereka yang ada."pesannya sebelum bangun dari situ.

          "Saya ada di sini bersama tuan. Cik muda tidak perlu risau."tegur Anthony semasa menutupkan pintu bilik sebaik saja Darra keluar dari situ bersamanya tadi.

           Sambil tersenyum senang, Darra pandang wajah Anthony. "Saya tahu..terima kasih untuk kerja keras kamu Anthony..saya tak tahu apa saya nak buat kalau kamu tiada bersama kami di sini."lengan itu diramasnya dengan perlahan.

           "Tiada apa-apa cik muda. Saya hanya ingin membalas jasa baik Duke Elijah yang telah banyak membantu saya dan keluarga saya. Hanya ini yang saya dapat balas semua jasa baik beliau."tunduk Anthony dengan sopan.

Hendak dijadikan kisah, beberapa tahun dahulu semasa Anthony mula bekerja, lelaki ini seorang yang susah. Ibunya sakit tenat. Duke Elijah bantu untuk biayai kos perubatan ibu Anthony sehingga Wanita itu meninggal dunia. Tidak lama kemudian isteri Anthony disahkan mengandungi tapi tidak lama kemudian keguguran kerana komplikasi ibu mengandungi. Namun sewaktu Darra berusia 15 tahun isteri Anthony meninggal dunia. Dan sepanjang tempoh itu Duke Elijah juga yang membantu mencari penawar untuk sakit isteri Anthony sehingga la Wanita itu menghembus nafas yang terakhir. Sejak itu, Anthony abdikan diri sebagai butler di rumah Duke Elijah. Tidak berkahwin sehingga la sekarang.

           "Kami disini pun dah jadi sebahagian keluarga kamu juga Anthony."beritahu Darra sebelum berpusing dari situ.

Anthony hantar pemergian Darra dari situ dengan tundukkan kecil. Ya!Dia sudah menganggap Duke Elijah seperti saudaranya sendiri. Dan Darra sudahpun ibarat seperti anak perempuannya. Dengan itu dia bersumpah, yang dia akan menjaga ahli keluarga ini sehingga hujung nafasnya!

Sedang Darra hendak mendekati anak tangga tingkat atas, seorang butler lelaki muncul dari anak tangga bawah. Apabila butler itu bertembung dengan Darra, lekas-lekas butler tersebut memanggilnya.

             "Cik Muda Darra..."

             Terhenti satu langkah di anak tangga Darra dibuat panggilan itu. Kepalanya laju berpaling ke bahu kiri. Kenapa pulak tu? "Ya?"dia pandang Butler Dean berjalan sambil membawa dua balang kaca berisi gula-gula dalam pelukan mendekatinya.

Huh?

             "Kebetulan betul saya jumpa cik muda di sini.."

Mata Darra turun ke balang gula-gula yang amat dia kenali. Dah lama dia tak Nampak gula-gula kegemarannya ini sejak dia berpindah keluar dari Cameron. Tapi dari mana pulak datangnya gula-gula ni?

             "Putera Mahkota Malik hantar orang untuk  memberi pesan kepada cik muda."beritahu Butler Dean.

           Perhatian Darra terus dilarikan dari balang gula-gula tu ke Butler Dean. Tempting betul gula-gula dia tengok."Putera Malik?"

           "Ya...baginda minta cik muda untuk bertemu dengannya nanti.."ujar Butler Dean lagi.

             Kenapa?Tiba-tiba je? "Sekarang ke?"tanya Darra.

             Butler Dean mengangguk. "Bukan sekarang tapi bila cik muda dah selesaikan semua urusan. Sekiranya cik muda dah lapang, tuanku minta cik muda masuk ke istana nanti." tersenyum-senyum dia semasa memerhatikan reaksi comel bingung cik muda depannya. Dulu dia selalu tengok Darra berambut pendek. Kini apabila rambut itu sudah panjang maka semakin terserlah la kecantikan Darra.

            "Oh..okay."angguk Darra masih tidak faham. Jarang sekali Putera Malik memanggil dia. Biasanya Permaisuri Luana aje yang rajin hantar orang untuk jemput dia masuk ke istana. Bukan Putera Malik.

           "Oh ya..sebelum saya terlupa. Tadi..ada maid berikan balang gula-gula ni. Katanya cik muda punya. Nak saya letak di mana ya?"

Mata Darra berkedip satu kali.

Dia yang punya?

Seingatnya la tak ada pulak dia beli atau dapatkannya!?

            "Kamu pasti ianya saya punya?"

            Butler Dean mengangguk. "Ya. Maid Yasmin yang beritahu tadi. Dia cakap kepada saya untuk berikan gula-gula ini kepada cik muda"

Serius la?

            "Siapa pula yang berikan gula-gula ni kepada Maid Yasmin?"Darra capai kedua balang kaca berisi gula lalu dipeluk di kanan dan kiri lengannya. Dah orang bagikan... takkan tak ambil. Sayang!Sudahlah ianya kegemaran dia.

             "Tak cakap pulak...saya sendiri lupa nak tanya. Saya fikir cik muda yang pesan atau beli dan suruh orang hantar ke sini memandangkan ianya kegemaran cik muda kan.."Bulter Dean menarik sengih serba tidak kena saat menggaru belakang tengkuk.

Kalau dia yang buat pesanan tak adanya dia tanya!

             "Tak apa...terima kasih. Saya bawa sendiri."beritahu Darra.

            "Baik. Nanti kalau cik muda nak keluar, cik muda beritahu ya. Saya arahkan kelindan untuk siapkan pedati."

Darra mengangguk sebelum kembali mendaki tangga.

Setibanya di dalam bilik tidur, Darra letakkan dua balang kaca berisi gula-gula pelbagai warna tadi ke atas meja kerjanya. lalu dia bersilang tangan ke dada meneliti curiga. Hmm?Kenapa benda ni boleh ada di sini?Biasanya dia dapat balang kaca ini setiap kali Alfareeze datang menjenguknya saja.

Sejak dia tinggalkan Alfareeze, dia tidak lagi makan gula-gula ini kerana enggan teringat pada kekasihnya itu.

Tapi kenapa ia kembali semula!?

          "Takkanlah....."tangan yang bersilang ke dada tadi turun jatuh ke sisi. Darra pandang takut akan balang kaca depannya. "Alfareeze tak mungkin berada di sini kan?"bicara dia sendirian lagi. Bulu roma terus tegak meremang. Mintak simpang!Kalau Alfareeze berada di sini, dia nak lari ke mana lagi?Sudahlah dia tinggalkan Alfareeze macam tu aje!?Tak terbayang dia kalau Alfareeze menemui dia. Entah bagaimana reaksi lelaki tu nanti!?Entah marah entah benci!Dia tak nak tahu!

Selepas bersiap. Darra gerak keluar dari rumah agam terus ke istana. Sebenarnya dia enggan keluar kerana badannya agak letih gara-gara tidak tidur satu malam. Tapi memikirkan Putera Malik mahu menemuinya terpaksa digagahkan juga.

Perjalanan selama 10 minit itu berakhir setelah pedati yang membawa Darra berhenti di laluan pintu masuk. Soul yang menemani turun dari pedati terlebih dahulu sebelum menyambut turun Darra dari situ.

            "Tunggu saja saya di sini.."pesan Darra sewaktu tunduk membetulkan kain dress di bawah supaya tidak dipijak saat memegang tangan Soul. "Nanti saya dah selesai, kita terus balik.."

            Soul dengan patuh menundungkan badannya sedikit. "Baik cik muda...."

Lantas Darra berjalan masuk ke dalam istana. Yang mana kebetulan waktu itu Zen ada di lobi Utama laluan masuk. Bila lelaki itu nampak Darra dengan bersahaja dia menyambut Darra.

             "Selamat siang cik muda.."sapa Zen.

              "Putera Mahkota ada dimana?"tanya Darra sejurus berdiri dihadapan lelaki lampai itu.

             "Saya baru saja hendak memanggil tuanku turun..."beritahu Zen. "Sepertinya Raja Aryyan dan Putera Mahkota masih berbincang..."

Kening kanan Darra terjungkin. Bincang? "Tentang apa?"

             "Duke Elijah tidak memberitahu cik muda ke apa yang berlaku di istana semalam?"

Terus membuat muka Darra dibuatnya.

            Hmm...untung la nak beritahu. Dia tanya pun susah hendak menjawab. Inikan lagi nak bercerita kepada dia apa yang dah berlaku? "Tak ada."geleng Darra perlahan.

           "Lah iya ke...tak apa. Biar saya beritahu.."

            "Apa dia perkara tu?"

            Zen palingkan kepala kanan dan kiri. Ingin pastikan tiada sesiapa berdekatan. Selepas yakin memang hanya ada mereka berdua di situ, dia mendekat ke Darra. "Wakil dari Coravia declare untuk berperang dengan Marlowe.."

           "Hah!Apa dia?"Darra membutang mata dengan luas. Pandang terkejut ke Zen.

            "Itu yang saya dengar.."

Darra terus berkerut kening. Peperangan?