Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 84 - Episode 84 : KENAPA!!

Chapter 84 - Episode 84 : KENAPA!!

"Tuan muda!Bawa bertenang!"

         "Lepaskan saya!"

         "Jangan begini tuan muda!Tuan tidak mahu diganggu sekarang."

         "AKU KATA KE TEPI!"ngaum Ricardo kepada pengawal yang cuba menghadang dirinya dari mendekati pejabat dimana Duke Brett berada.

Lima orang pengawal sudah pun berdiri di sekeliling Ricardo. Namun tiada seorang pun dapat menghentikan pemuda yang sedang mengamuk itu.

Ricardo maju ke depan, dia berarak ke depan dimana pintu pejabat ayahnya berada. Hairan dia kenapa ramai betul pengawal?Sejak bila ayahnya mempunyai orang disekeliling seramai ini. Dan lagi satu kenapa pejabat ayahnya berubah dimana Duke Elijah pernah berada?Apa sebenarnya telah berlaku ni!

Pintu dua muka terbuka ke dalam dengan mengejut tanpa amaran sesaat kemudian.

Duke Brett di belakang meja waktu itu tersentak dari berbincang dengan staf diraja di sebelahnya. Lelaki itu dengan lekas mengangkat kepala dan pandang ke pintu bersama kening terangkat tinggi.

Pengawal yang cuba menghalang Ricardo tadi berdiri risau di luar pintu.

           "Ayah!Apa yang dah berlaku?Kenapa semua ni boleh terjadi!?"sembur Ricardo terus kerana begitu berang. "Kenapa ayah ada di pejabat Menteri Pertahanan!jelaskannya sekarang!"dia berdiri di depan meja tersebut selepas tiba ke dalam. Nafasnya kencang, dadanya berombak. Renungan mata kemerahan kerana marah.

           "Keluar terlebih dahulu Ricardo."beritahu Duke Brett saat memalingkan kepala ke kanan bilik.

Ricardo turut memalingkan kepala ke kanan. Dia nak tahu kenapa ayahnya pandang ke situ. Sekali bila matanya tertancap pada meja dimana lima orang Menteri sedang duduk, matanya terbutang kaku.

           "Kenapa semua tuan Menteri di sini?"dia tunding jari ke arah mereka sekembali memaling kepala ke Duke Brett. "Ayah...adakah ayah punca Duke Elijah pergi dari sini?Berpindah terus tanpa meninggalkan jejak dan meletakkan jawatan?Adakah ini perbuatan ayah?"

Para Menteri di situ pandang ke Duke Brett berasa terganggu mendengar tuduhan tidak berasas Ricardo. Mereka mahu bersuara, tetapi Duke Brett malahan memberi isyarat kepada mereka supaya tidak bergerak apatah lagi bercakap.

           "Kita bincang hal ini dirumah nanti Ricardo. Tolong. Sekarang keluar. "

           "Tak. Selagi ayah tak jelaskan apa yang berlaku...saya tidak akan keluar dari bilik ni!Jelaskannya sekarang!Apa yang ayah telah lakukan!Adakah ayah telah menikam belakang rakan baik ayah sendiri!?"

Rahang Duke Brett berketik. Renungan mata kelamnya terarah pada Ricardo. Dia tidak dapat marah bila Ricardo meninggikan suara kepadanya kerana betapa sedihnya perasaan dia saat itu.

           "Tuan...kami keluar dahulu. Kami akan datang kembali selepas ini."beritahu Menteri di situ dengan perlahan.

           "Maaf.."ucap Duke Brett saat mengangguk kepala. Dalam diam dia berterima kasih.

Kelima-lima Menteri tadi pun mula beransur keluar dari pejabat tersebut. Meninggalkan dua beranak itu.

           "Kenapa kamu perlu berkelakuan memalukan seperti tadi Ricardo?"keluh Duke Brett dengan letih duduk menghenyak punggung ke kerusi. "Bukan ke ayah beritahu supaya keluar dahulu."

            Ricardo mengepal penumbuk dan berjalan ke arah meja sebelum menumbuk permukaan meja itu dengan kuat. "Kenapa ayah lakukannya!Kenapa ayah membiarkan semua hal ni terjadi!Dimana hati perut ayah?"

Duke Brett memandang sedih akan wajah berang Ricardo tidak membalas semua tomahan itu. Dia sudah bersedia sejak awal lagi. Semua ini bukan apa-apa buatnya.

           "Bersuara ayah. Kenapa mendiamkan diri!"bentak Ricardo lagi.

            "Apalagi yang ayah boleh katakan lagi Ricardo. Seperti yang kamu lihat sendiri, begitu la kisahnya.."lafaz Duke Brett dengan mendatar.

             "Bagaimana jawatan Menteri Pertahanan Duke Elijah boleh dimiliki dengan ayah?Kenapa beliau pergi?Apa yang menjadi punca keberangkatan Duke Elijah dari sini?Beritahu saya"

             Bibirnya diketap menahan rasa sewaktu Duke     Brett mengalihkan pandangannya ke kanan. "Ianya keputusan Duke Elijah sendiri.."

            Wajah Ricardo menjadi tegang serta merta. Lelaki itu mengetap gigi dengan kuat hingga urat belirat sekitar kepalanya ikut timbul ke permukaan. "Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?"

            "Lupakan saja la Ricardo.."

            "Lupakan?Apa yang perlu dilupakan kalau tiada perkara yang hendak dilupakan ayah?"

Duke Bret melepaskan hela nafas yang panjang.

             "Darra telah pergi ayah!Saya belum sempat menyatakan perasaan suka saya terhadap dia...dan ayah di sini berlagak tenang di tempat dimana sepatutnya Duke Elijah berdiri...!"berita Ricardo dengan bengang. Hingga timbul urat lehernya.

           "Apa kamu katakan tadi?Suka?Kepada Darra?Anak Duke Elijah?"

           Ricardo pandang dengan dada naik turun tidak menentu. "Ya..."

           "Kamu tak boleh Ricardo. Menyukai mahupun bersama...kamu tak boleh."

            "Kenapa?"

Beberapa saat berlalu kerana Duke Brett berfikir panjang sama ada hendak menceritakan hal sebenar kepada Ricardo ataupun tidak. Dia sudah berjanji kepada Duke Elijah untuk merahsiakan segalanya dari sesiapa termasuk ahli keluarganya.

           "Ayah...!"Ricardo menumbuk sekali meja di depannya dengan bengang.

Terpejam mata Duke Brett kerana terkejut di buat amukan itu. Perlahan-lahan dia membuka mata dan memandang Ricardo dengan dalam.

              "Duke Elijah dia terlalu kecewa. Kepercayaan dia telah dimusnahkan. Untuk elakkan dirinya dari terus disakiti, beliau mengambil keputusan untuk pergi dari sini. Sebagai ganti, ayah diberi jawatan dengan Duke Elijah untuk meneruskan tugas beliau..dan beliau tidak akan kembali lagi ke Cameron. Sebab itu."

              "Dikecewakan?Dengan siapa?"kening Ricardo berkerut tidak faham.

              "Dikecewakan dengan semua orang.Semua yang disekeliling beliau. Jadi hentikan amukan kamu ini kerana ianya tiada guna. Kamu mahu menjerit meraung memberontak. Ayah tak dapat lakukan apa-apa mengenai pemergian Darra."

Setitis air mata mengalir turun ke pipi Ricardo.

               "Selama 20 tahun Duke Elijah hidup dengan sengsara...dibelot rakan baik sendiri, ditinggalkan isteri tercinta, terpaksa menyakiti anak sendiri kerana trauma dia, kemurungan kerana dihina, dikhianati dengan raja sendiri yang dia telah abdikan...sekarang cuba kamu beritahu ayah...patut ke ayah halang Duke Elijah dari pergi?"mata letih Duke Brett naik memandang Ricardo.

Nafas Ricardo tertahan-tahan kerana mendengarnya.

              "Apa ayah cuba katakan ni?"

              "Ayah telah pun berpesan kepada kamu bukan. Jangan sehingga kamu suka kepada Darra jika kamu mahu mendekati dia..dari awal lagi ayah dah beritahu..."

              Ricardo mengetap gigi menahan sabar sebelum mengundur ke belakang. "Jadi sebab itu Darra pergi?Sebab saya sukakan Darra?Atau ada sesuatu yang ayah sembunyikan dari saya...kalau benar apakah perkara tu?Saya tidak percaya itu alasan sebenar...kenapa saya tak boleh menyukai Darra?"

Sabar Duke Brett telah menipis. Lelaki itu terlalu tertekan dengan desakan Ricardo yang tiada henti sejak tadi. Sedegil Duke Elijah sendiri!

           "Sebab dia adik tiri kamu..."luah Duke Brett akhirnya dengan marah. Dia enggan berterusan begini. Namun begitu Ricardo telah menyentuh suis kesabarannya. "Untuk pengetahuan kamu, ibu tiri kamu adalah ibu kandung Darra, Ricardo...ayah mengahwini ibu kandung Darra Emerson kerana Duke Elijah meminta ayah menjaga Puan Agnes buat pihaknya selepas mereka berpisah. Dan alasan kenapa Duke Elijah memilih kamu untuk menjaga Darra sewaktu di akademi adalah kerana kamu adalah abang tirinya...punca kenapa ayah tidak dapat menjelaskan alasan kenapa ayah lakukan semua ini untuk Duke Elijah dari awal kepada kamu!"

  

              Terkedu Ricardo. Dia menghembus nafasnya tersekat-sekat kerana terkejut yang amat sangat. "Tak...semua ni tak mungkin.."tangannya kelam kabut mengocek poket kot. Mengambil rantai pemberian Darra semalam. Kalau begitu, apa yang Darra sampaikan untuk ibunya adalah bukan untuk berterima kasih atas pemberian mafela tempoh hari...tapi sebagai perpisahan!Sebaik saja Ricardo memegang liontin di dalam tangan, dia buka loket itu lantas melihat gambar Puan Agnes dan tertera nama yang tertarah di dalam pendant loket tersebut. Jelas tertera nama Agnes dan Elijah di situ.

Duke Brett pandang Ricardo tanpa mengatakan apa-apa selepas itu kerana burn out. Dia sendiri pun masih frust dengan pemergian Duke Elijah. Nak menghadap kerja lagi kepala angin Ricardo lagi.  Siapa aje tak penat.

Begitu kecewa dengan kenyataan mengejutkan tadi, Ricardo terduduk di atas kerusi dengan kepala tunduk memandang liontin dalam tangannya. Bibir terketap sebak. Air mata jatuh menitis di pipi. Hancur musnah perasaannya. Sehancur deraian kaca!

Kenapa dia baru tahu semua ini selepas Darra pergi!?

KENAPA!!