Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 85 - Episode 85 : Awak dah Janji!

Chapter 85 - Episode 85 : Awak dah Janji!

Seperti biasa pada minggu itu, di kelas tari menarinya. Pearl bersama rakan sekelas yang lain akan hadir ke Akademi Latihan Muda untuk kelas tersebut. Namun pada hari itu Pearl bawa buah tangan untuk Darra memandangkan rakan baiknya telah memberikan dia hadiah.

Tersenyum riang, dia palingkan kepala kanan dan kiri sebelum mengjengah leher cuba mencari kelibat Darra di antara ramai-ramai pelajar lelaki yang ada di dalam dewan tari menari di situ. Biasanya Darra ada aje terselit dekat sekitar kumpulan kelas Putera Eilian. Tapi entah kenapa tak ada pulak. Tak masuk akademi ke?Ke tak hadir?Sakit?Eh!Takkan lah!

Pada masa itulah ekor mata Pearl menangkap kelibat Putera Eilian tidak jauh dari dua orang pelajar lelaki yang sedang berbual sesama mereka.

Aha!

Mungkin Putera Eilian tahu.

Langkah riang Pearl di atur ke arah lelaki segak berkemeja putih garis keemasan tadi.

          "Tuanku.."panggil Pearl.

Menung Putera Eilian tersentak. Lelaki itu terus menggerakkan kepala ke kanan dimana Pearl sedang menuju mendekatinya. Jantung di dalam tulang rusuk mula menghentak-hentak kuat dalam dada.

Senyuman manis terukir di bibir Pearl Setibanya dia dihadapan Putera Eilian.

         "Di mana Darrius?Kenapa saya tak nampak dia dalam kelas ni?"tanya Pearl sebelum tersenyum lebar.

Mata Putera Eilian berkedip sekali sebelum dia lempat pandang ke sekitar dewan. Susahnya dia mahu menatap mata Pearl. Apa yang patut dia beritahu kepada Pearl?Patut ke dia beritahu apa yang sebenarnya berlaku?

Kepala Pearl terlentok sedikit ke kiri kerana Putera Eilian tidak memandangnya.

           "Putera Eilian??"lengan kiri itu dipegang Pearl dengan perlahan.

           "Ya saya.."sambut Putera Eilian dengan perasaan serba salah dan dada yang sempit yang amat sangat. Lututnya tiba-tiba saja hilang daya hendak berdiri.

           "Darrius tak sihat ke?Ke dia ada tak dekat akademi sekarang ni?"tanya Pearl lagi. "Ada sesuatu yang saya nak serahkan kepada dia.."jengahnya sambil tu mencari kelibat Darra.

Semakin sebu dada saat itu. Putera Eilian diam-diam menarik dan menghela nafas beberapa kali hendak menenangkan diri.

Pesan Darra berlegar-legar dalam kepala. Putera Eilian begitu dilemma. Dia diberi pilihan untuk mendiamkan diri dan tidak menceritakan hal sebenar atau beritahu semuanya kepada Pearl dan perlu bersedia untuk kehilangan cinta hatinya yang satu ini.

Bagaimana dia mahu mengatakannya kepada Pearl?

              "Baik kelas...kita mulakan kelas tari menari  kita sekarang. Diminta para pelajar supaya beratur dalam satu barisan lurus membentuk pasangan.."

Pearl terus memalingkan kepala ke balik bahu. Memandang ke masternya seketika sebelum pandang Putera Eilian.

Terselamat sekejap Putera Eilian waktu itu apabila Pearl mengundur dan masuk ke dalam barisan. Waktu itu dia langsung tidak dapat mengangkat matanya ke Pearl. Walaupun dia tahu pandangan Pearl terarah padanya sepanjang masa itu.

Alunan lagu mula berkumandang. Pelajar lelaki dan perempuan mula maju ke hadapan bertemu dengan pasangan masing-masing.

Dan sekali lagi Putera Eilian bertemu dengan Pearl, kerana gadis itu menjadi pasangannya. Berpegangan saja tangan mereka, Pearl bertanya.

             "Kenapa ni?Tuanku tak apa-apa ke?Kenapa tuanku nampak macam terganggu?Sesuatu berlaku ke?"

Putera Eilian pandang tangan Pearl yang ada di dalam tangan kanannya sebelum dia peluk perlahan sekeliling pinggang Pearl. Dia menggerakkan mereka mengikut rentak lagu yang dimainkan. Tepi pipi disandarkan ke tepi kepala.

             Kening Pearl berkerut kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Putera Eilian. "Kenapa?Ada apa ni?"

             Perlahan-lahan Putera Eilian memejamkan mata. "Maafkan saya kerana gagal menunaikan janji saya kepada awak, Pearl.."bisiknya.

             Tangan kiri yang bebas Pearl gerakkan ke     lengan kiri Putera Eilian saat menjarakkan kepalanya ke belakang sedikit untuk pandang wajah lelaki itu. "Kenapa tuanku cakap macam ni?"

Dia tahu dia akan patah hati jika Pearl membencikan dirinya kerana tindakan ayahandanya. Namun dia tidak tega hendak merahsiakan semua ini dan membuatkan Pearl membencikan Darra. Darra tidak bersalah dalam hal ini. Jadi dia telah ambil keputusan untuk mengakui kesemua ikhlafannya.

            "Saya cuba menghalang...dan cuba hentikan pemergian Darrius...tapi saya tidak boleh menghalang Duke Elijah dari berpindah ke luar dari negeri ini..."

 

              "Hah?Apa yang awak kata kan ni?Hentikan siapa?Pindah!?"

Putera Eillian mengangguk.

               "Darra pindah?"bisik Pearl begitu bungkam. "Kenapa?Ke mana dia pergi?"senaknya perut dia lepas dengar. Seakan baru ditumbuk pun ada sakitnya itu kerana terlampau terkejut.

                "Ikut Duke Elijah...kerana beliau kecewa dengan keputusan ayahanda saya untuk mengganti posisi beliau kepada Duke Marcel..."

                 Pearl menggeleng. Dia tolak dirinya menjauh dari Putera Eilian. Apa yang lelaki ni merepekkan!Kawan baiknya tidak mungkin akan meninggalkan dirinya begitu saja!"Apa yang tuanku katakan ni!Tak mungkin Darra tinggalkan saya!"nafi dengan nafas tertahan-tahan tidak percaya.

                Putera Eilian cuba mendekat, lelaki itu hendak menggapai Pearl. "Maafkan saya Pearl...saya sendiri tahu perkara tidak lama selepas Duke Elijah memberi surat peletakkan jawatan beliau.."

              Air mata mengancam hendak tumpah dari tubir mata. Pearl pandang sekeliling dengan cemas. Jantungnya berdegup sakit!"Tak...Darra tak mungkin tinggalkan tempat ini begitu saja. Dia tak ucapkan selamat tinggal lagi!Saya tak hantar dia pergi!"marahnya. "Apa yang tuanku dah lakukan!"

Pekikan dari Pearl buatkan para pelajar sekitar berhenti dari menari. Mereka kebingungan memandang ke arah Pearl.

             "Jangan begini Pearl. Tolong bawa bertenang..."rayu Putera Eilian.

              "Jangan sentuh saya!Berapa kali saya beritahu!Darrius bukan seperti yang tuanku fikirkan. Dia seorang gadis!Kawan baik saya!Pulangkan kembali Darra kepada saya!"Pearl tumbuk dada Putera Eilian apabila lelaki itu cuba memeluknya.

             "Ada apa ni Putera Eilian?"soal master kelas Pearl semasa mendekat.

               Kening Putera Eilian sudah berkerut kesedihan. Dia susah hati melihat reaksi Pearl. "Saya akan cari dia Pearl..saya janji...jadi jangan begini Pearl...saya mohon!"

Tidak semena Pearl teriak. Bergema la satu dewan itu dengan suaranya.

                "Saya nak jumpa Darra!Awak dah janji!Awak dah janji kepada saya awak takkan sakiti Darra lagi!Kenapa!"ronta Pearl dalam pelukan Putera Eilian. Air mata berjuraian membasahi pipi mulusnya. Teresak-esak ingin melepaskan diri dari kekangan Putera Eilian. "Kenapa Darra tinggalkan tempat ni!Kenapa dia tinggalkan saya!!!"

              "Ya. Saya tahu. Maafkan saya... Pearl!"tunduk Putera Eillian saat membawa kepala Pearl ke atas bahu dan dipeluk dengan erat.

Tangan Pearl waktu itu sudah memukul dan menumbuk tanpa henti lengan dan belakang badan Putera Eillian.

Semua ini tidak mungkin terjadi!

Darra sudah berjanji kepada dia untuk menjadi sahabatnya sampai bila-bila. Kenapa boleh jadi begini!

                "Tak!Darra!Arghhh!!!!Kau janji kau akan ada dengan aku!Kenapa kau pergi!" nangis Pearl dengan sedih dan tersedu sedan teruk. "Saya bencikan awak Putera Eilian. Saya bencikan awak!!!!"sebab itu ke Darra menemuinya semalam?Pertemuan mengejut mereka di akademinya semalam adalah perpisahan mereka!Darra mahu pergi dan dia tidak menyedarinya!Hadiah yang diterima itu juga adalah hadiah perpisahan! "Awak dah janji Eilian.." nangisnya teresak-esak.

Kelam kabut keadaan dewan itu apabila rakan sekelas dan master Pearl cuba hendak menenangkannya. Namun tiada satupun yang berguna. Putera Eillian sendiri tidak dapat melakukan apa-apa untuk hentikan tanggisan Pearl. Lelaki itu turut bersedih dengan semua itu.