Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 83 - Episode 83 : Maju Ke Depan

Chapter 83 - Episode 83 : Maju Ke Depan

"Ayah...apa maksud semua ni?Ayah bergurau kan!Semua ni tak benar kan!Darra tak mungkin berpindah dari sini!?"Marvin mengekori langkah Dekan Lorenzo sepanjang laluan menyusur di luar bangunan.

          "Ianya benar Marvin. Tolong hentikannya."

          "Kenapa!?Apa yang ayah telah lakukan kali ni? Kenapa Darra berhenti?"Marvin berhenti di depan Dekan Lorenzo.

Ikut sama kerana tindakan mengejutnya, Dekan Lorenzo berdiri di situ memandang Marvin.

          "Kenapa ayah tak beritahu saya?Saya tak sempat ucapkan selamat tinggal kepada Darra..."

          "Ayah sendiri baru tahu mengenai hal ini Marvin."

Tak!

Dia tidak percaya semua ini terjadi.

Darra tidak mungkin telah meninggalkan tempat ini.

         "Ke mana Duke Elijah membawa Darra pergi?Ayah tahu mengenainya?"

Dekan Lorenzo menggeleng kepala. Air mukanya juga kelam dan Renungannya suram. Dia pun kecewa di atas keberangkatan mengejut Duke Elijah. Bukan setakat tidak dapat bertemu buat kali terakhir, dia juga tidak sempat hendak berterima kasih kepada rakannya itu.

          "Ayah tidak tahu Marvin."

          "Kenapa ayah jawab semuanya tidak tahu!"

          "Sebab ayah memang tak tahu...Duke Elijah tidak memberitahu ayah kenapa dia pergi. Tolonglah...berhenti bertanya..dia tak pernah ceritakan dekat ayah. Jadi ayah memang tak tahu.."

Air mata bergenang di tubir mata Marvin saat dia termenung memandang ke satu arah. Dia teringatkan ucapan Darra semalam kepadanya. Dia tidak menyangka yang ucapan itu adalah ucapan selamat tinggal Darra kepadanya.

Dia begitu dungu sehingga tidak dapat menangkap maksud tersirat air mata Darra semalam.

Taktala dia melihat air mata menitis dari mata kanan Marvin, ketika itulah Dekan Lorenzo sedar kenapa Marvin beri reaksi seperti ini.

           "Marvin..."panggil Dekan Lorenzo perlahan.

Dengan sedih Marvin kerling Dekan Lorenzo.

           "Adakah kamu menyukai Darra?"

Sudah tentu dia menyukai Darra. Sejak awal lagi!Tapi kalau dia beritahu sekalipun, adakah ianya akan mengembalikan Darra semula! Dia tahu Darra telah menolak perasaannya dari awal, tapi itu tak bermakna mereka perlu berpisah dengan cara begini. Ianya terlalu kejam dan tidak berhati perut!Tidak menjawab soalan itu, Marvin menunduk ke bawah mengetap gigi menahan rasa. Matanya terpejam rapat.

             Dekan Lorenzo pun melepaskan hela nafas kekesalan. Dia pegang bilah bahu Marvin lalu berkata. "Lupakan saja perasaan suka kamu terhadap anak Duke Elijah itu. Kamu lakukan la apa pun, kamu tidak mungkin dapat bersama dengan Darra. Lagipun Duke Elijah itu ramai musuh dan saingannya. Ianya tidak selamat untuk kamu berhubungan dengan anak beliau.."pesannya penuh hemat.

             "Tapi saya boleh jadi lebih baik untuk Darra!Kenapa ayah tak cuba halang Duke Elijah...bukan ke ayah itu kawan baiknya?"

             "Marvin...kamu kenal sikap Duke Elijah itu bagaimana bukan?Lelaki senekad Duke Elijah itu, tiada siapa dapat merobohkan pendiriannya sekalipun tumpah darah ke tanah. Duke Elijah akan tetap pada keputusannya."

             "Ayah...tolong la. Tolong carikan Darra untuk saya. Saya hanya mahu menemui dia buat kali terakhir. Saya janji selepas ni saya takkan cuba dekati dia lagi."

Dekan Lorenzo menggeleng.

            "Bukannya ayah tidak mahu. Tapi ayah memang tidak tahu bagaimana. Duke Elijah hanya menyampaikan pelantikan pangkat baru kepada ayah serta keberangkatan dia sahaja. Selebihnya ayah tidak tahu hendak mula dari mana. Darra juga telah ucapkan terima kasih dan selamat tinggal secara tertiba kepada ayah tempoh hari. Kamu tak usahlah pening kepala mengenai Darra lagi.."

Kening Marvin sebelum dia berdiri di situ dengan bahu jatuh hilang semangat.

Sebagai seorang ayah, dia faham dengan keperluan anaknya ini. Tetapi masa masih panjang dan anaknya masih muda. Jadi dia enggan anak sulungnya membuang masa untuk hal remeh temeh begini hingga menjejaskan prestasi diri sendiri. Seeloknya begini la.

            " Sekiranya benar kamu mahu menemui Darra. Belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang yang pandai dan cekap. Kemudian berjayakan diri kamu sehingga kamu boleh mencari Darra dengan mudah. Dengan cara itu saja kamu boleh bersama dengan sesiapa yang kamu suka. Fokus pada diri sendiri dahulu, baru hal lain. Boleh kamu lakukannya?"Dekan Lorenzo meramas perlahan bilah bahu Marvin memberi semangat.

Ucapan tersebut membuatkan Marvin mengangkat kepala dan memandang tatapan Dekan Lorenzo. Entah kenapa dia merasakan satu aliran hangat menjalar di seluruh badannya sebaik mendengarnya. Perasaan dreadful yang dirasai sebentar tadi hilang dengan mengejut.

            Bersama senyuman hangat seorang ayah, Dekan Lorenzo mengangguk satu kali. "Ayah tahu ianya bukan mudah. Namun masa depan kamu masih jauh dihadapan. Fokus pada masa depan kamu. Selepas itu ayah tidak akan menegah kamu untuk mencari Darra atau bersama dengan orang yang kamu mahukan. Sebab apa?Sebab kalau kamu tidak dapat melindungi diri kamu, bagaimana kamu hendak lindungi orang lain?Tak begitu?"

             Mahu tak mahu Marvin mengangguk. Hatinya terus terpujuk. Tiba-tiba saja dia bersemangat. "Baik ayah."

             "Sudah. Jangan bersedih lagi. Ayah yakin, Darra juga enggan lihat kamu begini. Kamu kena tahu satu perkara ni.."Dekan Lorenzo menurunkan tangannya ke bawah. "Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap perkenalan pasti akan ada kekesalannya."

              "Saya faham ayah."akur Marvin saat tunduk memegang sutnya dimana pocket watch pemberian Darra tersimpan. Ya!Itu lah yang sepatutnya dia lakukan.