Menatap ke wajah yang indah di pandang mata, secara spontan bibir mengukir senyuman kecil. Walaupun dia tahu perasaannya itu tidak sepatutnya hadir, tapi Ricardo masih mahu menyukainya. Tenang dia atur langkah mendekati lokarnya dimana Darra sedang menanti. Perasaan teruja menari-nari dalam dada taktala semakin hampir.
Beberapa minit termenung dan menunggu Ricardo di situ, Darra tolak dirinya dari bersandar pada lokar. Tangan yang bersilang di dada di turunkan kerana mahu hendak pergi dari situ memandangkan Ricardo tidak ke situ. Dia perlu hadiri kelas sebentar lagi, jadi tidak boleh berlengah.
Tanpa disedari Darra, Ricardo sudahpun mendekat.
Ricardo menarik nafas dalam. Dia sentiasa gugup sekiranya berada sama dengan Darra, tidak kira la situasi apapun, dia akan tetap gugup!
"Darra..."panggilnya perlahan.
Kepala Darra tersentak. Dia mengerling ke wajah ceria di kanannya. Serta merta dia terarah pada mata yang memandangnya penuh cinta. Menambahkan rasa susah di hati. Penat sungguh ucapkan selamat tinggal ni.
"Hai."sambut Darra terkejut sekejap
"Kau dari mana aje ni?"
"Bilik majlis pelajar. Ada beberapa urusan yang saya perlu selesaikan. Berapa lama awak berdiri di sini?Kenapa tak beritahu nak jumpa?"
Mata Darra terarah pada kolar baju Ricardo yang tidak dilipat kemas tanpa sengaja. Tergerak terus tangan dia hendak membetulkannya. "Boleh la dikatakan lama..."jawabnya sambil tu.
Terkedu Ricardo. Dia serta merta menelan air liur apabila Darra berdiri begitu rapat kepadanya.
"Maaf...kolar baju kau tak kemas...aku tolong betulkan.."beritahu Darra semasa mengundur dua langkah ke belakang hendak jarakkan diri.
"Terima kasih..."senyum Ricardo. Masih gugup.
"Kau ada kelas ke?"
Ricardo menggeleng. "Belum. Jam 9 nanti baru mula.."
Elok juga.. Kebetulan kelas dia juga akan bermula jam 9 nanti. "Kalau macam tu boleh la kita bercakap sekejap."
Lama pun tak apa!Ricardo mengangguk sambil tersenyum. "Tentang apa?"
Lantas Darra mengocek poketnya. "Kau ingat hari tu ibu kau ada hadiahkan aku mafela?"soalnya sambil memandang muka kacak Ricardo. Bersih sahaja muka itu hingga sejuk mata memandang. Namun begitu, siapa sangka lelaki yang selama ini dia anggap sebagai kawan adalah abang tirinya. Dan tanpa pengetahuan Ricardo, lelaki ini juga menjaganya pada masa yang sama. Agaknya apa reaksi Ricardo kalau lelaki ini tahu hal sebenar?
"Kenapa ya?"
"Ada sesuatu yang aku nak kau berikan kepada ibu kau sebagai tanda terima kasih."untuk itu dia akan tinggalkan hadiah terakhir kepada Ricardo selepas dia pergi nanti. Iaitu pesan terakhir untuk ibunya. Darra tersenyum nipis sambil capai tangan kanan Ricardo. "Ini adalah milik ibu aku... ianya adalah harta berharga yang ayah aku berikan kepada aku. Kalau tak kisah, aku harap kau dapat sampaikan liontin ni kepada ibu kau..."beritahunya semasa meletakkannya.
Dengan perasaan tidak kena Ricardo tunduk memandang tangannya semasa Darra pegang. Seutas liontin berbentuk 'heart' di tapak tangan. "Kenapa awak serahkan liontin ini kepada ibu saya sekiranya ia penting.."
Mata Darra terarah pada tangan Ricardo seketika sebelum dia tenung tepat ke mata itu. "Ianya sebagai tanda terima kasih sebab berikan mafela tu...rantai ni tak seberapa kalau nak dibandingkan tenaga dan masa yang ibu kau luangkan untuk mengait mafela kita...."
Ricardo tunduk membawa liontin itu ke depan mukanya.Kenapa Darra tiba-tiba menyerahkan hadiah kepadanya begini?Tak pernah-pernah dibuatnya, tiba-tiba saja?
"Ianya bukan hal yang besar sampaikan awak perlu berikan hadiah sebagai balasannya. Ibu saya sendiri tidak tahu yang saya serahkan mafela tu kepada awak...ianya hanya terlintas di fikiran, sebab itu saya serahkannya kepada awak..."ujar Ricardo.
"Aku tahu.."Darra pandang tangan Ricardo yang sedang menggengam liontin tadi. "Masa kau serahkan tu, sampaikan salam sayang aku pada dia. Beritahu pada ibu kau, yang aku ucapkan terima kasih..."
Semakin berkerut kening Ricardo. Cara Darra bercakap waktu itu penuh dengan tapisnya. Seakan ada maksud sebaliknya dalam tutur kata Darra. Tapi dia tidak tahu hendak tafsirkannya dengan jelas. Tapi dia yakin, ada maksud tersembunyi.
"Boleh saya tahu...kenapa awak tiba-tiba ambil keputusan untuk menyerahkan hadiah kepada saya dan berkata seperti tadi. Memangnya saya ada buat salah ke?"
"Mana ada...tak mungkin la aku nak salahkan kau. Ianya tiada kaitan pun. Aku cuma teringat. Sebab itu la."
Ricardo seluk liontin tadi ke dalam poket blazer. Dia tidak tahu kenapa Darra lakukan semua ni.Tapi dia pasti ada sebab yang tersembunyi. Dan sebab tersembunyi itu benar-benar buatkan dia susah hati.
"Okay. Saya akan serahkannya kepada ibu saya nanti. Dan sampaikan apa yang awak beritahu saya.."akurnya mahu tak mahu.
Selepas itu Darra pegang tangan Ricardo.
"Lagi satu...."Darra tersenyum.
"Kenapa?"
"Seandainya sepanjang kita berkenalan aku ada menyakiti hati tanpa aku sedar, aku nak minta maaf. Dan aku harap kau tak simpan dendam..sebab bukan niat aku nak berkasar. Ianya dah jadi nature buat aku untuk perlakukan seseorang dengan kasar tanpa sedar..."
Kelopak mata Ricardo berkedip sekali. Terpaku kerana senyuman Darra kepadanya. Serius beritahu dia masih tidak habis fikir kenapa Darra bersikap begini. "Jangan risau...saya faham. Dan sekalipun tak pernah terasa hati dengan awak..."
Andai diberi peluang kedua,dia akan cuba mengenali ahli keluarga kedua ibunya ini dengan baik. Supaya tidak ada rasa penyesalan dalam hayat akan datang. Tapi demi menghormati keputusan ibunya untuk tidak menemuinya, dia rela mengundurkan diri tanpa dedahkan siapa dirinya pada Ricardo. Sebab dia tidak mahu Ricardo membencikan ibunya.
"Aku dengar banyak tentang Duke Brett...dari ayah aku yang beliau banyak membantu ayah aku waktu kami susah..."beritahu Darra. "Sebab itu aku nak buat baik dengan kau...jadi jangan la curiga sangat..."
Ricardo berdengus kecil. "Tak adalah...cuma hairan je."
Lelaki sepandai Ricardo ni senang aje nak agak apa niat dia sekarang. Tapi Darra tidak hiraukannya. Tangan Ricardo Darra eratkan cengkamannya pada jari jemari tu. "Terima kasih untuk semuanya. Dari awal hingga akhir. Kalau aku diberikan seorang abang, aku nak orang tu adalah kau. Bukan setakat peramah, ceria tapi ambil berat tanpa diminta. Aku harap suatu hari nanti, kau menemui seseorang yang boleh balas perasaan cinta kau dan jaga kau dengan baik macam mana kau buat untuk aku."ucapnya.
"Kenapa awak cakap macam ni?Awak cakap macam awak nak tinggalkan tempat ni?"semakin risau Ricardo selepas mendengarnya. Hatinya ditandang rasa tidak sedap. "Awak nak ke mana-mana ke?"
Darra boleh pilih untuk menemui ibu kandungnya dan menceritakan segalanya kepada Ricardo. Tapi Darra tidak sampai hati hendak lakukan hal tersebut. Dia takut kalau dia temui ibunya secara berdepan ibunya akan menyesal dan merayu supaya dia menetap disini. Dan Ricardo pasti akan rasa terluka lebih dari dia.
Yalah..dia tahu Ricardo suka padanya. Kalau Ricardo tahu mereka berdua adik beradik tiri kan makin patah hati lelaki ni!?
"Mana ada...kita ni kalau nak ucapkan terima kasih dan hargai seseorang tu bukan pada masa nak pergi tinggal orang tu aje... Bila-bila masa boleh buat..ni aku tengah rajin nak ingat kau."
Mata Ricardo tunduk memandang tangan Darra di dalam tangannya. Merasakan seperti dia tidak mahu melepaskannya, dia cengkam erat genggaman Darra. "Adakah awak katakan semua ni sebab awak dah tahu perasaan saya terhadap awak ke?"
"Mana ada.."Darra buat muka semasa pandang funny ke Ricardo. "Memangnya kau sukakan aku ek?"
"Tak adalah...cara awak macam awak nak jauhkan diri dari saya.."kerut Ricardo kerana berasa terganggu dengan perasan aneh yang membisik kepadanya supaya menghalang Darra dari ke mana-mana.
"Memangnya kalau aku pergi...kau nak buat apa?Marah?Bencikan aku?Cari aku?"
"Jadi betullah awak nak pergi?"
"Tanya aje...seandainya. Bukan betul-betul pun."
"Kalau betul, saya akan marah lepas tu cari awak...tapi mana la saya sampai hati nak bencikan awak.."jawab Ricardo dengan jujur.
Senang mendengarnya, Darra tarik tangan Ricardo sebelum menjengket kaki kerana ketinggian lelaki itu. "Terima kasih kalau macam tu... untuk semuanya ya Ricardo.." ucapnya saat memeluk tubuh lampai itu.
Kaget kerana pelukan tidak terduga Darra itu, Ricardo kejung di situ tidak bergerak. Nafasnya tertahan sendiri. Jantung didalam dada berdegup kencang hendak meledak. Dia tidak menjangka yang cinta pandang pertamanya akan memeluknya!
"Kita jumpa di lain masa..."bisik Darra di dalam hati semasa memejamkan mata melingkarkan tangan ke sekeliling bahu itu.