Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 75 - Episode 75 : Dipujuk dan Dirayu

Chapter 75 - Episode 75 : Dipujuk dan Dirayu

Darra baru sahaja tarik kerusi hendak duduk sewaktu di tepinya muncul seseorang dan lengannya terus dipegang.

         "Ikut saya sekejap."Putera Eilian berdiri melangit di sebelahnya waktu itu.

         "Ada apa?"mata Darra turun memandang tangan yang ada di lengannya sebelum naik memandang muka Putera Eilian.

          "Ikut aje la.."Putera Eilian meletakkan beg Darra atas meja sebelum menarik gadis itu bersamanya keluar dari kelas. Mereka melintasi kawasan koridor yang sibuk sebelum berhenti di tepi tembok depan jendela petak-petak di situ.

         "Nak apa lagi ni?"Darra menarik tangannya dari cengkaman Putera Eilian dan menjarakkan sedikit dirinya dari lelaki itu.

         "Bila kamu akan bertolak keluar dari sini?"soal Putera EIlian dengan kening berkerut.

         "Kan saya beritahu kita takkan bincang hal ni lagi?Berapa kali nak saya ulang?"

         "Saya tanya bila kamu akan bertolak keluar negeri?"

Haih!Kenapa la Putera Eilian ni tidak mahu berputus asa dari menghalang dia?Memangnya lelaki ini pentingkan diri sangat ke sampai tak fikir apa perasaan yang dirasai oleh dirinya dan juga ayah dia selama ini?Darra tenung wajah konflik Putera Eilian dengan kening berkerut kerimasan.

           "Hari sama Puteri Eiliana dan Master Alfareeze bertunang.."tipu Darra dengan muka kesalnya. Majlis pertunangan tu minggu depan. Dia nak bertolak esok subuhnya! "Memangnya kenapa tuanku sibuk nak tahu?"

          "Dari mana ke mana?"

          "Saya tanya dulu kan?"

          Kasar-kasar Putera Eilian pegang lengan Darra, dia tarik Darra rapat kepadanya. "Saya tanya awak dari mana ke mana?Naik apa?"

          Kepala Darra terdongak kerana jarak rapat mereka waktu itu. Deru nafasnya menjadi kasar kerana menahan sabar. "Saya tak tahu...saya Ikutkan saja aturan yang ayah saya dah tetapkan..boleh tak berhenti sentuh saya!"

         "Saya merayu pada awak Darra..berikan saya masa untuk betulkan semula situasi ni.."

         "Kalau memang tuanku mahu cuba betulkan bukan selepas lima bulan berlalu tuanku. Sudah la. Saya letih nak teruskan perbualan ni!"Darra cuba menarik lengannya tetapi tindakannya itu hanya membuatkan Putera Eilian merapatkan jurang antara mereka berdua.

          "Awak tak fikir ke perasaan Pearl nanti sekiranya awak pergi?"bisik Putera Eilian di depan muka Darra.

           "Urusan saya untuk fikirkannya. Tuanku tak perlu ambil peduli!Lepaskan saya sekarang!"

Serius!Ada tak sesiapa yang boleh cakap dengan Putera Eilian ni? Lelaki ni dah memang dah tak faham bahasa dia terus!Sungguh susah nak faham sampai tidak berputus asa merayu padanya supaya stay.Darra cuba menolak lengan Putera Eilian supaya menjauh dari dia.

            "Kalau tuanku risau sekiranya Pearl tahu punca pemergian saya nanti..tuanku pastikan sajalah rahsia antara kita ni tidak diketahui. Rahsiakan apa yang berlaku antara Raja Alan dan ayah saya..senang cerita. Tiada siapa yang tahu...tiada siapa yang kisah!" dengus Darra sudah berserah dengan desakan Putera Eilian. Dan dia tidak kuas hendak menolak lelaki ini.

Mencerlung kening Putera Eilian. Lelaki itu berekspresi seakan ingin menangis kerana kata-kata Darra itu ibarat tamparan buatnya. Sampaikan tangan yang memegang lengan Darra tadi perlahan-lahan turun ke bawah hilang semangat. Kepalanya tunduk memandang ke bawah.

Untuk seketika Darra diam di situ, dia nak pergi tapi lepas nampak muka muram Putera Eilian dia melepaskan keluhan mengalah.

            "Beritahu saya...sebenarnya tuanku mendesak saya jangan pergi bukan kerana Pearl kan?Tuanku guna nama Pearl sebab dia kawan baik saya sebab itu tuanku buat alasan itu dan ini kerana Pearl. Sedangkan alasan yang betul adalah kerana tuanku bersalah pada saya dan ayah saya kerana keputusan Raja Alan, betul?"

Putera Eilian terus mendiam.

Darra memang sudah mengagak hal ini dari awal sebenarnya. Tapi masa kali pertama dengar dia memang dah terpercaya tau yang Putera Eilian tak nak dia pergi kerana Pearl. Tapi lepas berkali-kali dipujuk di rayu, Darra sedar satu perkara ini. Putera Eilian memujuk dia jangan pergi kerana rasa bersalah yang lelaki ini rasakan!

            "Ayahanda saya buat silap Darra.."bisik Putera Eilian menekup sebelah muka dengan tangan kanan kerana begitu malu dan sedih. "Dia tikam belakang orang terkuat dia hanya kerana anggapan tidak berasas dia. Hanya kerana perasaan insecure dia terhadap Duke Elijah, ayahanda saya telah mengkhianati orang sendiri...saya malu dengan kamu dan Duke Elijah..."beritahunya lagi. "Maafkan saya sebab saya gagal yakinkan ayahanda untuk tarik semula rancangannya itu.."

             "Tuanku-"

              Putera Eilian turunkan tangan dan angkat kepalanya semula memandang Darra. "Kalau saya melutut depan awak...adakah awak akan maafkan saya dan ayahanda saya di atas kekejaman yang dilakukan ayahanda saya...memikirkan saja sudah cukup buatkan saya malu seumur hidup saya inikan lagi menanggungnya buat selamanya"

            "Jangan begini Putera Eilian.."

            "Sungguh saya beritahu awak...saya benar-benar malu dengan Duke Elijah. Saya tak tahu nak buat macam mana lagi..."

           "Tuanku tak perlu lakukan apa-apa lagi."

          "Macam mana saya nak teruskan hari-hari saya dengan teringat perbuatan memalukan ayahanda pada ayah awak...macam mana saya nak berdepan dengan Pearl jika setiap kali saya melihat wajahnya saya akan teringatkan pada awak..."mata Putera Eilian kemerahan.

Kalau macam tu lupakan saja dirinya ini. Berhenti fikirkan tentang dia. Jangan ingat lagi. Darra tenung tatapan sedih Putera Eilian dengan senyuman nipis di bibir. Sampai ke sudah lelaki ini akan sentiasa menghantui dirinya.

           "Lupakan saya dari ingatan tuanku. Ianya akan membantu tuanku dari terus menerus berasa bersalah dan memikirkan saya..ianya sudah tiba masa untuk tuanku lepaskan saya"

           Ucapan Darra menyebabkan Putera Eilian mengetap bibir saat keningnya berkerut hendak menangis. "Dari awal sampai ke akhir...saya memang tak pernah berhenti menyusahkan hidup awak kan?"lafaznya dengan sedih.

           Lucu melihat wajah kesedihan Putera Eilian, cepat-cepat Darra berjengket dan menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Kalau dulu mereka bermusuhan sekarang mereka berbaik. "Dah...dah...saya dah lama maafkan tuanku. Semuanya dari awal hingga akhir...saya telah maafkan tuanku...jadi jangan bersedih."

Putera Eilian tunduk menyembam muka ke bahu Darra dan membalas pelukan itu dengan erat. Putera Eilian benar-benar menyesal kerana membencikan Darra tanpa usul periksa. Menyakiti dan menyusahkan hidup Darra selama ini.

           "Saya menyesal tapi penyesalan saya ni dah  terlambat..."nangisnya perlahan kerana terlalu sedih memikirkan selepas ini dia tidak akan dapat menemui Darra lagi.

           "Jangan menangis tuanku...apa kata orang kalau nampak kita berdua begini?"pujuk Darra menggosok belakang badan Putera Eilian atas bawah beberapa kali.

           Semakin menjadi-jadi nangis Putera Eilian sampaikan bahu lelaki itu menggigil kuat kerana menangis tanpa suara. "Saya rela kalau Pearl bencikan saya kerana awak meninggalkan tempat ini...tapi saya tak rela untuk membiarkan awak pergi begitu saja selepas apa yang terjadi...apa patut saya buat?"

           Darra berkerut kening sambil tersenyum. "Saya tak tahu tuanku...serius. Saya tak tahu..."dia tak tahu bagaimana dirinya nanti selepas pergi meninggalkan Alfareeze begitu saja. Harap-harap dia dapat temui Alfareeze sebelum pergi nanti.

Perlahan-lahan Putera Eilian melepaskan pelukan itu untuk memandang Darra. Air mata yang membasahi pipi dibiarkan.

           "Jangan menangis dah. Nanti kita nak masuk kelas nampak tuanku menangis macam ni...tak ke malu mereka pandang nanti.." beritahu Darra menyeka air mata dari pipi Putera Eilian dengan hujung lengan bajunya.

           "Janji dengan saya..selepas awak pergi nanti. Jangan lupa hantarkan surat dan beri khabar..."hujung jari kelingking Darra dia kunci dengan jari kelingkingnya. "Hanya cara ini saja saya dapat hilangkan rasa serba salah saya pada awak..."

            Dengan senyuman dibibir, Darra tunduk memandang tangannya. "Tengok la keadaan. Kalau saya teringat saya akan hantar surat...kalau saya lupa..saya minta maaf awal-awal.."sakatnya.

            "Jangan la macam tu."

            "Ya..ya...saya janji...tapi tuanku kena janji jugak. Jangan beritahu kepada Pearl satu pun mengenai saya dan alasan kenapa saya pergi. Ianya demi kebaikan tuanku jugak.."

            "Patut ke saya buat begitu?"

            "Mesti la patut.."

           "Macam mana kalau ianya hanya akan buatkan Pearl bencikan saya lebih lagi?"

           "Kalau tuanku cintakan Pearl, tuanku tahu macam mana nak buatkan Pearl faham.."

Putera Eilian mendiamkan diri.

            "Dan lagi satu...tolong ya. Jagakan Pearl untuk saya.."

Mereka berdua saling bertentang mata untuk seketika tanpa mengatakan apa-apa.

            "Saya janji."angguk Putera Eilian dengan renungan sedihnya ke jari kelingking yang terkunci pada jari kelingking Darra.