Flashbacks
"Hai!"terjegul kepala Pearl depan muka Darra semasa dia sedang diam termenung memandang pemandangan kawasan lapang kediaman Duke Wendell.
Alasan kenapa dia di situ adalah kerana ayahnya tadi menjemput dia pulang dari Kediaman Master Freddie, enggan berulang alik kerana jarak perjalanan mengambil masa sejam lebih untuk ke situ, dia di arahkan untuk menunggu sehingga urusan ayahnya selesai.
Ingatkan takkan bertemu dengan cik muda kuat bercakap ni, sekali memang bertemu jugak.
Darra pandang Pearl dengan muka tak berminat.
"Awak ni memang berat mulut nak bercakap eh?Ada emas ke sampai bila orang tegur malas nak balas?"tambah Pearl lagi sebelum berdiri di depan Darra dengan tangan di belakang badan, tersengih kepadanya.
Tsk!
Tak padan dengan usia, mulut tu langsung tak bertapis!
Cuba bayangkan, kanak-kanak berusia 12 tahun yang baru saja pulang tidak lama dari luar bandar, bertemu dengan anak perempuan terlebih kasih sayang seperti didepannya ini, siapa aje yang tak terkejut?
"Dan kau ni jadi budak jenis tak reti nak malu ke suka hati tegur orang macam tu aje?"balas Darra dengan muka kerimasan..
Tidak semena Pearl ketawa. "Hahaha...saya suka la dengan perangai awak ni...lain dari yang lain..."
Gila!Darra getus perlahan memandang ke kiri.
"Kita berkawan ya...Saya Pearl Chang..12 tahun."tidak menunggu lama Pearl terus capai tangan kanan Darra lalu digenggam. "Awak pasti Darrius Emmerson...anak lelaki Duke Elijah.."
Cepat-cepat Darra menarik tangannya dari Pearl. "Apa ni..pegang orang tanpa kebenaran?"
Masih dengan sikap tidak pedulinya, Pearl terus berpaling. Dia tunding jari ke satu arah. "Awak nak ke sana?Saya ada ladang kuda dengan kebun sayur yang luas. Pondok rahsia saya selalu bermain pun ada di sana.."
Dengan renungan hairannya, Darra pandang tepi muka Pearl yang comel tersenyum ketika berbicara.
Tak pernah ke bercakap dari tadi?Dia yang dengar aje ni pun dah naik penat tau tak!?
"Kau tak takut ke berkawan dengan aku?"
"Hm?Kenapa kena takut?"
"Sebab aku anak Duke Elijah?"
"Hahah...saya tak faham kenapa awak cakap macam tu Darrius. Tapi saya suka tengok awak...tak macam tuan muda lain yang tak henti-henti hendak menggangu saya. Tapi awak tak..awak malah kalau boleh nak jauhkan diri dari saya..itu yang saya suka.." jelas Pearl merangkul lengan Darra.
Dulu dia selalu dengar, orang tak berani nak berkawan dengan dia, ada seorang budak lelaki tu beritahu ayahnya menakutkan sebab melarang dari mendekatinya. Jadi sehingga sekarang tiada seorang pun berani dekati dia.
Sekarang bila Pearl hendak berkawan, Darra jadi skeptikal.Dia risau jika ayahnya akan buat Pearl menjauh dari dia juga.
Mata Darra turun ke tangan yang sedang memegangnya. "Kau tak dengar ke cerita tentang ayah aku?Ramai orang bencikan ayah aku...jadi dia orang bencikan aku...kau tak takut malu ke berkawan dengan aku?"soalnya lagi berasa risau sekiranya nama baik Pearl akan terpalit arang kerana dia.
"Kenapa awak cakap macam tu...kenapa saya kena takut?Ayah saya cakap, kita ni jadi orang kena berkawan dengan semua orang tak kira la latar belakang keluarga seseorang tu...yang paling penting adalah hormat."beritahu Pearl mengusap kepala Darra yang berambut pendek.
Waktu itu kali pertama Darra merasakan dirinya akhirnya diterima oleh seseorang. Tidak di tolak atau tidak dinafikan kehadirannya.
End of flashbacks
Tap!
Tap!
Tap!
Bergema bunyi tapak kasut Pearl semasa dia berlari merentasi laluan menyusur untuk ke pintu Utama akademi. Senyuman lebar terukir di bibir kerana gembira.
"Darrius!"dia mendepa tangan ingin menyambut Darra yang sedang berdiri di depan pintu gerbang bersama pengawal keselamatan.
Sama seperti Pearl, Darra di situ juga menarik senyuman lebar. Dulu ke sekarang sama saja Pearl. Walaupun mereka sudah menginjak dewasa sikap ceria dan girang Pearl sedikit pun tidak berkurang.
"Kalau begitu saya minta diri dulu."tunduk pengawal keselamatan tadi kepada Darra lalu berlalu pergi dari situ.
Dan waktu itulah Pearl memeluk Darra. "Kenapa kau dekat sini?Tiba-tiba pulak tu..."sekejap saja dia peluk. Lepas tu dia jauhkan diri dari Darra. "Kita boleh aje jumpa hujung minggu kan..macam biasa..."
Garisan nipis terukir di bibir Darra setelah mendengar ucapan itu.
Sebab selepas ini tiada lagi hujung minggu untuk mereka berdua.
Dia yakin selepas ini Pearl akan terus membencikan dirinya.
"Aku kebetulan lalu depan akademi masa perjalanan nak balik ke akademi..." beritahu Darra sambil tunduk memandang beg kertas berisi hadiah untuk Pearl. "Ada hadiah untuk kau sekali..."
"Hahaha...dah kenapa dengan kau ni...apapun terima kasih."ucap Pearl begitu gembira mendengarnya. Dia capai beg kertas tersebut lantas memeriksa isi kandungannya. "Apa ni?"
"Kotak muzik...ianya adalah hasil tangan aku suatu masa dulu."beritahu Darra. Kotak muzik tu dia jumpa dalam simpanannya. Dari dia bawa terus bersama, sebaiknya dia tinggalkan di sini kepada Pearl sebagai kenang-kenangan.
"Serius?Tapi kenapa kau beri aku hadiah?Hari lahir aku lama lagi.."'Pearl pandang semula ke Darra dengan senyuman lebar di bibir. Dia bukannya apa, dia cuma gembira sebab dua minggu lepas mereka tidak bertemu kerana dia ada aktiviti di luar akademi. Jadi tak berjumpa atau berborak dengan Darra kecuali menghantar nota melalui perutusan masing-masing saja.
"Saja...aku teringat dekat kau. Sebab itu aku bagi dekat kau..."beritahu Darra dengan perasaan sedih yang ditahan-tahan. Dia nak tarik nafas tu pun kena hati-hati sebab tidak mahu jelas sangat.
"Sweet pulak kau ni...hahaha!"Pearl peluk beg kertas itu rapat ke dada dengan kedua belah tangan.
"Aku tak boleh lama..."beritahu Darra dengan dada mula sebu hendak menangis.
"Okay..."
"Tapi sebelum aku pergi..aku nak tanya kau sesuatu.."
Cepat-cepat Pearl mengangguk kepala. "Apa dia?"
"Andai kata...suatu hari nanti aku dah tak ada dekat sini...tak bersama dengan kau. Adakah aku masih kawan kau?"senyum Darra selepas itu untuk mengelakkan diri dari menangis.
Soalan itu membuatkan kening Pearl berkerut. Dia pandang funny. "Kenapa kau tanya macam ni...mesti la kau kawan aku. Jauh ke dekat ke..kau tetap kawan baik aku. Kan aku dah beritahu kau..."
"Kalau aku tinggalkan kau...adakah aku masih kawan baik kau?"
Air muka ceria Pearl berubah menjadi risau.
"Darra...kau kenapa?Tanya soalan yang pelik-pelik macam ni..Memangnya kau nak ke mana-mana ke?"tidak semena Pearl merapat ke depan Darra. Berbisik supaya perbualan mereka itu tidak didengari.
"Saja...aku nak tahu..."pandangnya ke tatapan risau Pearl.
"Hei...kau jangan pergi mana-mana. Kalau kau pergi tinggalkan aku...aku cari kau!Sampai dapat."beritahu Pearl mencubit perlahan tepi pinggang Darra hendak bergurau.
Begitu bergelutnya Darra waktu itu cuba mengawal riak mukanya.
Dia tak boleh lakukannya!
Sumpah!
Dia tak boleh nak beritahu Pearl mengenai keberangkatannya.
Darra perlahan-lahan mengangkat tangan dan mendakap tubuh Pearl dengan gigi terketap kuat. "Terima kasih Pearl...untuk 7 tahun ini. Menjadi sahabat kau adalah perkara pertama yang buatkan aku gembira...mengenali kau adalah anugerah terindah dalam hidup aku.."ucapnya di dalam hati kerana tidak kuat hendak menuturnya dengan terang-terangan.
"Ada apa ni?"risau Pearl jadinya. "Kau bergaduh dengan ayah kau lagi ke?"
Air mata mula bergenangan di kelopaknya. Darra mencebik bibir mahu menangis. Dia bersalah kerana pergi tidak beritahu tapi dia tidak mahu Pearl menghalangnya jika kawannya tahu. Sebab dia yakin jika Pearl merayu padanya supaya tidak pergi, dia memang tidak akan pergi. Dan semua itu tidak boleh terjadi. Bagaimana dengan ayahnya nanti!Dia tidak boleh meninggalkan ayahnya. Jadi dia terpaksa pergi begitu saja.
"Aku sayangkan kau Pearl..."ucap Darra perlahan mengeratkan pelukan itu.
"Aku pun sayangkan kau...tapi kenapa kau ni?"Pearl peluk dengan sebelah tangan. Menepuk belakang badan Darra.
"Maafkan aku kalau selama kita berkawan aku ada banyak buat salah pada kau atau berkasar bahasa dengan kau.."
Semakin bingung Pearl kerananya. Dia cuba tolak Darra dari pelukan mereka. "Apa kena dengan kau ni?Kenapa kau cakap yang pelik-pelik sejak tadi...lepaskan aku sekarang.."
Namun Darra mengeratkan lagi pelukannya. Dia dakap badan Darra dengan kuat. "Janji dengan aku. Kau takkan bencikan aku."
Untuk seketika Pearl diam tidak membalas sebab kebingungan. Namun dia terpaksa mengalah juga. Serius dia tak faham."Ya. Aku janji. Aku takkan bencikan kau..."jawabnya dalam nada tidak pasti.
Lantas Darra lepaskan pelukan, dia pandang ke bawah untuk beberapa saat sebelum mengangkat pandangannya ke Pearl dengan senyuman sedih. Di tenung dalam-dalam wajah Pearl selepas itu.
"Kenapa?"soal Pearl taktala Darra memandangnya begitu.
"Tak. Aku cuma nak tahu. Kalau macam tu aku pergi dulu."pamit Darra dengan ketulan Udara dalam kerongkong. Dadanya sebu yang amat sangat.
"Sekejap!"Pearl pegang pergelangan tangan Darra. "Kau pasti kau tak apa-apa?"
Darra mengangguk. "Aku okay. Aku ada kelas kejap lagi. Jumpa nanti Pearl."
Nak tak nak Pearl lepaskan tangan Darra, dia pandang wajah mendung Darra dengan kening berkerut kebingungan. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang Darra rahsiakan dari dia. Tapi dia tidak pasti betul ke tidak, atau mungkin mainan perasaan dia saja. Tak pernah Darra bersikap janggal seperti tadi. Memangnya ada apa sebenarnya?
Tepat semasa Darra berpaling membelakangkan Pearl, waktu itu la air mata yang dibendung sejak tadi tumpah ke pipi. Dia tahu Pearl akan marah dengan keputusannya ini. Namun dia tidak boleh berada di sini lagi dengan melihat lelaki yang dia cintai bersama dengan orang lain bukan dengannya. Sebelum dia tanggung rasa sakit lebih dari apa yang dia sedang tanggung, baik dia pergi.
"Maafkan aku Pearl..."ucapnya semasa pintu dibelakang perlahan-lahan tertutup rapat.
Dan di luar berdiri Anthony depan pedati memandang ke arahnya dengan kening mencerlung sedih. Menambahkan rasa sebak yang mengasak.