Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 73 - Episode 73 : Pocket Watch

Chapter 73 - Episode 73 : Pocket Watch

Setibanya di dewan makan tingkat bawah bangunan Utama itu, Darra mencari kelibat Marvin. Dan taktala melihat lambaian lelaki itu di meja yang agak tersembunyi, dia balas dengan lambaian kecil. Hatinya dihambat rasa serba salah. Dan kini langkah disusun sebaik mungkin sebab dia sendiri baru bertenang dari menangis.

          "Hai Darrius...dah sarapan belum?Saya ada ambil makanan lebih ni.."

Berdenyut sakit hati Darra apabila Marvin tersenyum kepadanya semasa bangun lalu menarik kerusi untuk dia duduk. Mereka duduk saling bertentangan. Setiap kali pandang wajah ceria Marvin, semakin serba bersalah Darra rasakan.

           "Kenapa dengan awak hari ni?Muka tu lain macam aje?"

           "Lain yang macam mana?"dengus Darra cuba kelihatan bersahaja. Dan bila Marvin tersenyum, keningnya ikut berkerut. Berhenti la tersenyum. Buat dia makin susah nak beritahu.

           "Tak adalah...nampak muram dari biasa. Awak okay?"Marvin meletakkan pinggan berisi donat di hadapan Darra sebelum satu cangkir berisi kopi hangat di letakkan pada tepi pinggan pula. "Makan la sikit kalau awak belum sarapan.."

           "Terima kasih...aku okay je."ucap Darra sebelum angkat beg ke atas peha. "Oh ya..tadi masa aku balik dari rumah, aku ada teringatkan kau..jadi ni ada barang aku nak berikan kepada kau.."beritahunya semasa mengeluarkan satu bekas kecil kayu beige darinya.

Sambil menyuap donut glazing caramel ke mulut, Marvin pandang penuh dengan renungan ternanti-nanti. Hujung bibir terjungkit kerana dia mahu tersengih. Apakah itu?Tak pernah-pernah Darra hendak berikan dia hadiah!Gembira pulak tiba-tiba.

            "Tengoklah.."aju Darra semasa menyuakan kotak kepada Marvin.

             Tidak berlengah, Marvin meletakkan sisa donat ke dalam pinggan semula dan lap tangan ke kain napkin di riba. "Apa yang awak berikan kepada saya ni..."sengihnya semasa mengambil kotak itu dengan kedua-dua tangan.

Terbuka saja penutup peti itu, sebuah pocket watch silver tersemat kemas pada span putih peti tersebut.

            "Macam mana? Kau sukakannya?" tanya Darra sewaktu memandang Marvin sedang tunduk membelek pocket watch silver yang ditarah khas dengan nama Marvin. Bersama ukiran mahkota serta pedang di depan penutup jam tersebut.

           "Cantiknya!!"ucap Marvin semasa mengangkat kepala memandang Darra. Senyuman lebar terukir di bibir. "Awak buatkannya khas untuk saya?"nama yang tertarah pada permukaan dalam penutup jam dia usap dengan perlahan. "Ada nama saya"

           Perlahan-lahan mengangguk kepala. "Bagus la kalau kau suka.."Mata mendung Darra memandang wajah ceria Marvin. "Jadi lepas ni aku tak ada sebarang hutang budi dengan kau la ya."

           "Kenapa awak cakap macam tu? Tak pernah terlintas dalam fikiran saya awak berhutang budi dengan saya Darr-ius."tuturnya habis hendak terlepas sebut nama sebenar Darra.

Ucapan Marvin membuatkan Darra berkerut kening serba salah. Tapi pada masa yang sama dia masih teringatkan permintaan ayahnya.

           "Marvin, kau tahu kan yang dari awal sehingga la sekarang kau sentiasa ada bersama aku, temani aku, jadi kawan pertama aku masa semua orang tak sudi terima kehadiran aku...kau banyak bantu aku. Jadi aku berikan hadiah ni sebagai penghargaan untuk jasa baik kau..."beritahu Darra. Wajah lelaki itu yang segak dan kemas di pandang tepat. "Untuk tu, aku nak ucapkan terima kasih untuk semuanya. Dari awal sehingga sekarang..."

             "Hahaha....awak cakap macam nak tinggalkan saya pulak. Jangan risaulah. Saya ikhlas lakukan semua itu. Walaupun saya tak tahu identiti awak dari awal, saya masih akan tetap bersama dengan awak Darra...."kata Marvin lembut. "Mungkin kalau jodoh panjang, saya boleh lafazkan perasaan suka saya pada awak sekali..."

Semakin mengasak rasa serba salahnya.

Darra tatap wajah Marvin dengan bibir terketap nipis kerana memaksa diri untuk tersenyum.

             "Tentang tu, aku minta maaf Marvin. Sekarang atau kemudian hari, aku memang takkan dapat balas perasaan suka kau... sejujurnya aku suka berkawan dengan kau...tapi perasaan suka aku ni tak dapat nak dipatah balikkan dari menyukai kekasih aku sendiri.."beritahunya hampir sebak.

Jatuh air muka ceria Marvin. Lelaki itu tercengang.

            "Ke-kekasih?"

            "Hm. Aku ada kekasih Marvin...sebab itu aku beritahu kau, jangan sukakan aku...sebab aku takkan dapat balas perasaan suka kau tu..."

Nafas Marvin tertahan-tahan selepas dengar. Dia begitu terkejut hingga kosong kepala otaknya. Dia tidak dapat berfikir apa-apa selepas dengar. Jadi selama ini Darra sudahpun mempunyai kekasih? Dia ingatkan Darra menolak cintanya kerana perlukan masa. Patutlah layanan Darra kepadanya dingin.

            "Siapa?Ricardo ke?"

            Darra menggeleng kepala. "Bukan...tapi Alfareeze."menggeletar bibir Darra kerana menahan sebak.

           "Master Alfareeze?Bukan ke dia bakal-"

           "Aku tahu..."lafaz Darra dengan mata kemerahan. "Dia akan bertunang dengan Puteri Eiliana. Tapi aku tak boleh buat apa-apa mengenai hal tu. Aku beritahu kau semua ni sebab aku dah anggap kau kawan baik aku... sebenarnya aku dah bercinta dengan Alfareeze awal beberapa bulan yang lepas..sampailah sekarang. Jadi aku harap kau tak lagi menunggu aku beri jawapan kepada kau."

             "Maksudnya selama ni kau orang berdua bersama walaupun tahu yang Master Alfareeze akan bertunang dengan Puteri Eiliana...itu maknanya awak selama ni-"tahan sakit yang sama seperti dia?

Darra menundukkan pandangnya ke pinggan makanan depannya semasa air mata jatuh setitis ke atas riba. Dia faham perasaan bila cinta tidak berbalas. Sebab itu dia kena beritahu Marvin lebih awal supaya lelaki ini tidak terluka seperti mana dia rasai.

            "Kita kosong-kosong la ya?"senyumnya semasa memandang Marvin. "Anggap aje apa yang berlaku antara kita ni macam tak pernah berlaku...aku tak nak susahkan kau lagi."

Air muka Marvin makin mendung. Hancur sungguh perasaan dia waktu itu. Sudah lama dia berharap yang dia dapat menyatakan perasaan Sukanya kepada Darra suatu hari nanti. Sekali tu, Darra sudah menyukai orang lain. Dan orang itu adalah master mereka sendiri!Sekarang dia berasa tidak percaya pula yang impiannya itu telah punah.

             "Saya tak kisah semua tu. Nak buat macam mana. Hati manusia ni kita tak boleh nak kawal, siapa akan sukakan siapa dulu. Tapi...Awak okay ke?"soalnya tidak lagi mengungkit mengenai perasaannya. Bagi Marvin perasaan Darra adalah keutamaan dia sekarang ini. Bukan perasaannya.

Kalau ditanya dia okay ke tidak, memang tidak la jawapannya.

Tapi nak di apakan lagi.

Dia dan Alfareeze tiada pilihan.

              "Aku okay...."angguk Darra dengan senyuman sedih di bibir. "Lebih dari okay..."

Jawapan Darra itu membuatkan Marvin bangun dari kerusi lalu mengelilingi meja itu sebelum duduk di sebelah Darra dan menarik tubuh itu ke dalam pelukan. Tidak peduli sama ada yang memerhati atau tidak kerana semua orang faham betapa akrabnya mereka berdua selama ini.

             "Maafkan saya sebab tak bertanya tentang perasaan awak. Selama ini saya terlalu sibuk fikirkan perasaan saya sendiri sampaikan saya tak sedar yang awak pun sama terluka.."bisik Marvin dalam pelukan itu.

Tindakan mengejut Marvin meleburkan senyuman sedih di bibir Darra. Dada mula terasa ketat saat rasa sebak mula mengasak kerana teringat yang mereka berdua tidak akan lagi bertemu selepas ini. Maka hilang la seorang lagi sahabat karibnya. Dengan keluhan kecil, dia mengalihkan pandangan ke sisi. Serba salah hendak memberi kata balasan.

            "Jangan risau. Saya takkan desak awak lagi untuk menerima perasaan suka saya. Selepas ni kita berkawan sahaja pun saya tak kisah..."

Sayangnya....dah dapat seorang kawan yang memahami seperti Marvin kena berpisah pula!

Sungguh terkilan dia rasakan.

           "Terima kasih Marvin. Aku tak menyesal berjumpa kau dan berkawan dengan kau. Terima kasih jugak sebab sentiasa ada dengan aku masa aku perlukan seseorang.."air mata yang bertakung di tubir mengancam ingin mengalir.

          Dengan erat Marvin memeluk badan kecil itu dalam pelukannya. "Apapun saya suka dengan hadiah awak...lain kali saya sediakan hadiah untuk awak pula..."ucap dia sambil tu.

Kening Darra berkerut -kerut.

          "Tiada lain kali Marvin. Lepas kita takkan bertemu lagi."rintih Darra dalam hati. Matanya dipejam rapat menahan nangis. Lantas dia tolak dirinya lepas dari pelukan dengan susah payah dari menangis.

            Marvin ketawa kecil. Belakang kepala Darra di usapnya semasa tunduk mencari mata itu. "Kenapa kita bercakap macam nak berpisah terus...dah jangan emotional sangat dah...ceria...ceria!"ujarnya hendak menyerikan suasana.

            Darra pun ikut ketawa walaupun dia hendak menangis. "Maafkan aku Marvin. Aku minta maaf sangat-sangat...."ucapnya berkali-kali di dalam hati. Bukan sekali dia sakiti hati Marvin...

            "Apa yang penting kita teruskan perjuangan belajar akademi ni dan terpilih menjadi pegawai diraja suatu hari nanti. Okay?"

Darra mengangguk walaupun dia tahu semua itu tidak akan terjadi. Bukannya dia tidak mahu memberitahu pemergiannya kepada Marvin, cuma dia boleh agak apa reaksi Marvin nanti. Risau pula nanti Marvin libatkan ramai orang dan semua akan jadi kecoh. Dia tidak mahu!

          "Macam mana kalau aku tak dapat lepas dari belajar akademi ni?"

          "Saya sara awak..."

          "Apa dia?"

          "Kalau awak tak terpilih..biar saya yang kerja dan sara awak..."

Darra melepaskan hela panjang. Dia jadi serba salah dan keliru. Tapi percayalah, ini saja yang dia dapat lakukan untuk Marvin sebelum pergi nanti.