Chereads / Kiss Me Liar / Chapter 71 - Episode 71 : Lima bulan...

Chapter 71 - Episode 71 : Lima bulan...

Beberapa bulan kemudian.....

Dari pemandangan yang diselimuti dengan salji putih, kini telah berubah menjadi berseri penuh dengan warna warni. Pokok bunga pelbagai jenis mekar di seluruh kawasan. Pokok-pokok hijau pula melambai-lambai taktala di tiup angin. Menghasilkan bunyi kersikan merdu

Sekelip mata saja sudah lima bulan berlalu begitu jugalah dengan musim sejuk yang diganti dengan musim bunga.

Sama seperti musim mereka, begitu jugalah dengan situasi yang akan dihadapi olehnya.

Darra menjalani sisa masanya bersama mereka semua dengan gembira. Setiap harinya diisi dengan pelbagai aktiviti dan hal yang seronok untuk dibuat dengan William, Marvin dan Ricardo. Sama ada mendaki bukit belakang akademi, paling tidak bermain di air terjun atau panjat tembok sambil dikejar dengan pengawas, keluar outing bersama dengan Pearl dan mereka semua. Ada juga Darra mengajak mereka untuk keluar berkelah di kawasan lapang hadapan istana Utama.

Alfareeze pula, begitu sibuk dengan persiapan. Maklumlah hari pertunangan di antara Puteri Eiliana semakin hampir. Mereka memang sudah jarang hendak berjumpa. Kalau sempat pun hanya diwaktu malam atau awal pagi sebelum kelas bermula. Selepas itu memang tidak mereka dapat bertemu.

Kisah Putera Eilian hilang kawalan sebelumnya memang hangat diperkatakan oleh pelajar akademi. Tapi tidak lama. Sekejap saja. Selepas itu semua orang sudah melupakannya. Dan sejak itu Putera Eilian sedaya upaya memperlakukan Darra dengan baik. Dia terlalu sibuk hendak memujuk Darra hingga lupa tujuan utamanya hendak mendapatkan cinta Pearl. Walaupun Darra sudah menjelaskannya berkali-kali Putera Eilian tidak berputus asa. Masih juga hendak buat Darra lengahkan masanya. Walhal masa sudahpun hampir tiba.

Hampir lapan bulan Darra di akademi itu, kebanyakan pelajar sudah mula mengenali Darra. Kebanyakan mereka mesra menegur Darra seakan gadis itu rakan lelaki yang mesra untuk dijadikan kawan. Dan tanpa sedar sebenarnya Darra telah terkenal kerana gelaran yang ramai pelajar berikan kepadanya iaitu Pretty Boy. Ramai yang masih tertanya-tanya. Pemakaian Darra jelas seperti lelaki tetapi wajah gadis itu dapat menyembunyikan feature semula jadi dia sebagai seorang perempuan.

Dulu awal kemasukan ramai yang membencikan kehadiran Darra di situ. Kini disaat Darra hendak pergi, barulah mereka semua menyambut kehadirannya seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Dan sehingga sekarang tiada siapa tahu bila keberangkatan Darra.

        "Angkat sekali kotak di sebelah sana dan juga yang dekat sini.."arah Anthony kepada pekerja pengangkat barang semasa memunggah keluar barang-barang dari dalam bilik Darra.

Sementara Darra berdiri di situ memerhatikan barangnya dibawa keluar dari situ dengan renungan kosong.

Pejam celik rasanya seperti baru aje semalam dia dengar ayah dia mengajaknya untuk berpindah. Sekarang rumahnya telah kosong! Siapa sangka lima bulan beredar pergi begitu saja. Dari musim sejuk kepada musim bunga.

Seakan tiada apa-apa yang berlaku segalanya berjalan seperti biasa, dan ajaibnya sehingga sekarang identitinya masih tidak diketahui.

         "Cik Muda ada nak tambah apa-apa untuk dibawa pergi?"tegur Anthony semasa toleh memandang Darra.

          Untuk seketika Darra tenung wajah Anthony sebelum menggeleng kepala. "Sudah tiada. Yang tinggal hanya set katil dengan almari saja. Sementara yang lain saya dah hantar keluar awal bulan lepas.."beritahunya.

          "Bagaimana dengan kotak di atas katil tu?"aju Anthony.

           "Oh itu...ianya hadiah perpisahan saya untuk kawan-kawan saya.."beritahu Darra semasa palingkan kepala ke balik bahu. Dia pandang kotak dengan senyuman nipis di bibir.

           "Kalau begitu saya letakkan di pedati sebelum cik ke akademi.."

            "Boleh. Terima kasih Anthony.."

Anthony tunduk pamit diri sebelum ke katil dan mengambil kotak tadi dan keluar dari bilik tersebut.

Apabila pintu bilik terbuka, Darra di situ perhatikan langkah Anthony dengan renungan terkilannya. Terasa asing sungguh suasana biliknya semasa dia berdiri melihat sekeliling. Yalah...sebelum ini bilik ini penuh dengan perabot dan barangnya, tetapi kini sudahpun kosong.

Sekosong perasaan yang dia rasakan dalam dada sejak beberapa hari ini.

Perlahan-lahan Darra jalan mendekati ke meja belajar. Setibanya di situ, Darra mengusap permukaan meja yang telah dia gunakan selama ini untuk belajar sehingga hidung berdarah. Tidur pun di atas meja belajar ini. Banyak kenangan yang dia ada dengan meja ini.

Kelakar betul hidup dia ni!

Momen gembira tidak mahu diungkit, malah momen yang tidak seronok pula yang dia ingatkan.

Knock!

Knock!

Lamunannya tersentak dengan ketukan pintu.

Bersama kening terangkat dia pandang ke arah depan sebelum bertentang mata dengan lelaki lampai kemas mengenakan uniform Menteri. Datang dah!

           "Ayah dah nak ke Balai Istana ke?"senyum Darra selepas lihat.

           "Ya...Anthony beritahu kamu belum pergi itu yang ayah ke mari..."

           "Sekejap lagi..."

           Duke Elijah berjalan masuk, lelaki itu tenung   wajah kelam Darra sebelum berkata. "Kita akan bertolak subuh esok. Apa-apa yang kamu perlu uruskan, uruskan saja pada hari ini..."

           "Baik ayah.."angguk Darra dengan patuh.

           Tidak semena Duke Elijah menyeluk tangan ke balik kot yang dipakai. "Sebelum kamu pergi..ayah ingin menyerahkan sesuatu kepada kamu.."

Mata Darra terus terarah ke tangan Duke Elijah.

             "Sebenarnya ayah telah lama hendak serahkannya kepada kamu, tapi tak terberi kerana ayah tidak bersedia. Namun disebabkan ayah telah berjanji yang ayah akan berubah demi kamu, ini adalah seutas liontin milik ibu kamu sewaktu kamu telah dilahirkan. Di dalamnya mempunyai gambar ibu kamu.."setelah Duke Elijah berdiri dihadapan Darra, dia tunduk mencapai tangan kanan Darra lantas meletakkan rantai tersebut atas tapak tangannya. "Ayah tidak akan paksa kamu samaada untuk terus menetap di sini atau ikut ayah selepas ini.."

Darra tunduk memandang rantai dalam tangannya seketika sebelum kembali dongak memandang Duke Elijah. Dia tidak terkejut kerana sudah mengagak tapi reaksi apa yang dia patut tunjukkan?Memang pada awalnya dia beria ingin tahu, tetapi selepas beberapa lama dia berfikir, entah kenapa niatnya itu sudah terkubur.

           "Ibu masih hidup?"

Duke Elijah mengangguk kecil.

           "Kamu telah menemui dia..dan mungkin kamu sudah bertegur sapa dengan dia...malam dimana kamu hadiri majlis ulang tahun kelahiran Ricardo..Puan Agnes."

Wajah Puan Agnes terus terlintas di fikiran Darra serta merta apabila dengar kenyataan itu. Keningnya mencerlung.

           "Tapi kenapa??"giginya diketap erat kerana menahan diri. Dia tahu mengenai kisah kenapa ibubapanya berpisah. Tapi tak tahu pula yang ibunya benar-benar Puan Agnes.

          "Ibu kamu tak bersalah...ayah yang bersalah...jangan bencikan dia."tepi pipi Darra di tekup Duke Elijah. "Bukan niat ayah hendak rahsiakan semua ni dari kamu. Ayah cuma tidak mahu kamu membencikan ibu kamu kerana kesilapan ayah. Sebab itu ayah tipu kamu mengenai kematian dia...kerana ia lebih mudah."

Darra tunduk memejamkan mata.

Apa patut dia buat kalau begitu? Dia yang beria ingin tahu siapa ibunya. Sekarang selepas tahu otaknya jadi kosong.

          "Puan Agnes?Ibu Ricardo?Isteri kepada Duke Brett adalah ibu kandung saya selama ini?"

          "Ya nak...Puan Agnes adalah ibu kandung kamu..."beritahu Duke Ricardo sambil menyeka air mata dari pipi Darra dengan ibu jari. "Kisahnya panjang untuk diceritakan. Tapi sebaiknya kamu tidak perlu tahu. Bukan semua perkara kita kena ambil tahu. Ianya lebih baik tidak tahu apa-apa daripada tahu."

           "Adakah dia tahu Darra anak dia?"

 

           "Ya..pada hari kamu menemui dia..."

           "Jadi selama ini ayah rahsiakan kerana mahu melindungi ibu supaya Darra tidak membencikan dia?Kerana dia pilih untuk tinggalkan kita?Kerana ayah miskin waktu itu?"berjuraian air mata turun ke pipi Darra. "Dan buatkan Darra membencikan ayah dari awal...?"

Malam itu, ibu dia mengenali dirinya, Namun ambil keputusan untuk membisu. Jadi apa fungsinya jika dia menemui wanita itu?Bukannya ibu dia akan menerima dirinya!?Paling parah adalah, dirinya tidak akan diakui sebagi anak Puan Agnes.

             Tidak berlengah, Duke Elijah terus menarik Darra ke dalam pelukan. Belakang kepala itu dipegang kemas. "Jangan menangis...ayah mohon. Melihat kamu menangis buatkan ayah bersedih..."

             "Apa lagi yang ayah rahsiakan dari Darra semata mahu menjaga Darra selama ini ayah?"nangis Darra tersedu sedan. "Apa lagi yang ayah tanggung sendirian tanpa Darra tahu yang selama ini ayah terluka...?"

Sama sekali tiada reaksi. Wajah Duke Elijah dingin. Renungan matanya juga kosong.

             "Tidak mengapa...memang sudah menjadi tanggungjawab ayah untuk hadapi semua ini. Bukan kamu...jangan salahkan diri kamu. Bukan pilihan kamu untuk menjadi anak kami..."pujuk Duke Elijah semasa termenung memandang ke depan. Menepuk pujuk belakang badan Darra yang sedang menggigil kuat kerana nangisnya.

Lengan baju Duke Elijah dicengkam Darra dengan kuat saat dia mahu terduduk di situ juga kerana lututnya hilang daya.

            "Ayah beritahu hari ini sebab mungkin kamu mahu menemui ibu kamu memandangkan selama ini kamu mahu mencari tahu siapakah dia orangnya.."

Darra menggeleng kepala. Dia enggan menemui ibunya. Dia tidak kuat. Cukup la dia tahu ibunya masih hidup.

           "Sudah..jangan menangis lagi."Duke Elijah menjarakkan kepala Darra dari dadanya lalu di seka air mata dari pipi itu dengan tapak tangannya. "Jadi kuat dan gagah. Itu yang akan bantu kamu untuk terus maju ke hadapan."pesannya.

            "Macam mana ayah boleh kekal siuman selepas apa yang berlaku selama ini?"bisik Darra dengan kening berkerut tidak faham. Kalau dia berada di tempat ayahnya, rasanya dia tidak akan berada di dunia ini lagi!

            "Sebab ayah ada seseorang yang perlu ayah lindungi. Seseorang yang memerlukan seorang penjaga untuk teruskan hidup. Itu yang jadi punca ayah kekal berada di sini.."pandang Duke Elijah dengan serius. " Sekarang lekas pulang akademi. Selesaikan apa yang kamu patut selesaikan. Subuh nanti ayah akan hantar orang untuk jemput kamu dari sana."

Disebabkan dia tahu yang dia tidak akan membuat sebarang pilihan, Darra terus mengangguk tanpa membalas apa-apa. Ayahnya telah melakukan banyak perkara untuk hidupnya. Walaupun ianya menyakitkan, dia telah pun ambil keputusan untuk mengikuti ayahnya tidak apa sekalipun yang berlaku. Dan dia tidak menyesal.

          "Baik ayah. Jumpa esok."senyum Darra selepas itu.